Anda di halaman 1dari 1

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya diberi keizinan untuk

dilaksanakan program mega PERUBATAN's Sports Day. Kali ini PERUBATAN


Cawangan Mansurah telah diberi kepercayaan sebagai tuam rumah.
Sekalung perhargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
terutamanya ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus
bersengkang-mata bagi menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada
pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Perubatan Pusat yang turut
membantu menjayakan program ini . Seterusnya penaja-penaja peribadi
yang sanggup berkorban demi kelancaran perjalanan program ini dan
sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Selamat datang diucapkan kepada kontinjen-kontinjen dan anggaplah


bumi Mansurah ini seperti tempat anda sendiri.

Saya berharap agar PERUBATAN's Sports Day ini akan menjadi wadah
penghubung ikatan persaudaraan dan kasih saying antara kita sesama
ahli Perubatan. Selama ini jarak yang memisahkan tetapi kini kita dapat
berkumpul bersama bersua muka dan bermah mesra, saling bertukar-
tukar pendapat dan paling menarik sekali kita dapat sama-sama beriadah
dan bersaing secara sihat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Hayatilah objektif yang digariskan agar program ini dapat dimanfaatkan


bersama. Moga program ini menjadi titik permulaan sebuah masa depan
yang baharu untuk kita semua pelajar Perubatan.Akhir kalam daripada
saya,semoga program ini dapat berjalan lancar dan yang paling penting
mendapat keredhaan ilahi.Selamat bersukan, majulah sukan untuk islam.

Anda mungkin juga menyukai