Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN POST MORTEM Post mortem ini memberi ruang kepada peserta dan ahli jawatankuasa meluahkan perasaan

atau pandangan berdasarkan apa-apa perkara yang berlaku sepanjang kursus kepengadilan berlangsung. Perkara yang penting adalah keikhlasan menyampaikan sesuatu yang membawa kepada kebaikan. Berikut adalah hasilan dari pandangan semua peserta dan ahli jawatankuasa terhadap Kursus Kepengadilan Bola Jaring Peringkat Daerah Petaling Utama tahun 2013. Dapatan ini dianalisa dan dicantumkan supaya segala kekurangan dapat dibaiki dimasa hadapan. KEKUATAN: 1. Kursus Kepengadilan Peringkat Daerah Petaling Utama berjalan dengan lancar dan jayanya. 2. Kehadiran peserta amat memuaskan. Kesemua peserta hadir ke kursus kepengadilan. 3. Semua peserta lulus ujian kepengadilan dan mendapat Gred C. 4. Perancangan awal yang sistematik dan teratur. 5. Kerjasama semua peserta dan ahli jawantuakuasa dan fasilitator amat baik. 6. Kesepakatan ahli jawataankuasa dengan semua pihak juga amat baik. 7. Tiada peserta yang tercedera semasa kursus kepengadilan bola jaring dijalankan. 8. Jawatankuasa tahu dan memahami peranan masing-masing. 9. PA sistem dan statistik berjalan dengan lancar dan baik. 10. Susunan aturcara yang teratur dan menepati masa. KELEMAHAN: 1. Makanan tidak sampai pada jadual waktu yang ditetapkan. 2. Kekurangan bips untuk para peserta. 3. Segelintir peserta lewat mendaftarkan diri.

4. Garisan gelanggang menimbulkan kekeliruan. 5. Cuaca yang panas menyebabkan para peserta tidak menumpukan tumpuan kepada fasilitator. Cadangan / Pandangan : 1. Kursus kepengadilan diadakan setahun sekali. 2. Kursus boleh diadakan di tempat yang lebih menarik. 3. Menjemput fasilitator dari luar negara. LAPORAN KEWANGAN PENDAPATAN Yuran Penyertaan (RM40X50) Tajaan daripada Syarikat Bekalan Alat Tulis Malik Tajaan daripada Syarikat Sukan Kemajuan Dana daripada Syarikat Alam Dunia JUMLAH RM2000 RM 40 PERBELANJAAN Makanan Bahan dan Alat tulis Bola Jaring (10 biji x RM30) JUMLAH RM 960 RM 40

RM 300

RM 300

RM 560

Cenderahati

RM 400

Kertas Ujian (RM24 x 50) RM2900

RM1200 RM2900

Kesimpulannya, kursus kepengadilan bola jaring kali ini telah dijalankan dengan lancar. Semua pihak telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kursus kepengadilan peringkat daerah Petaling Utama. Harap cadangan yang diberi dapat menambahbaikan kursus kepengadilan yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Dicatat oleh,

______________________ (AMIRAH BINTI JUMAT) Setiausaha, Jawatankuasa Kursus Kepengadilan.

Anda mungkin juga menyukai