Anda di halaman 1dari 6

1.

REFLEKSI UNIT 1

PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH Era ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada genarasi seterusnya. Hala tuju pendidikan berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. Pendidikan era masyarakat tradisional diajar oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran yang dimiliki. Jika bapa seorang nelayan sudah tentu perkara yang diajarkan kepada anaknya adalah berkaitan dengan teknik menangkap ikan, menghadapi gelora dan sebagainya. Di samping itu, ibu akan mengajar anaknya kemahiran memasak, mencuci dan segala yang berkaitan dengan pekerjaan di rumah. Falsafah pendidikan lebih cenderung untuk melahirkan generasi yang mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam yang dipelajari. Hal ini bertepatan dengan pendapat Hasan Langgulung (1995) yang mengatakan bahawa fungsi pendidikan adalah pengembangan potensi yang ada pada individu supaya dapat digunakan olehnya dan masyarakat untuk menghadapi arus perubahan. Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas. Pembelajaran yang diajarkan berteraskan kepada agama Islam seperti Tauhid, Akidah dan Akhlak. Intitusi pendidikan berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai agama pada setiap masa dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran. Konsep sekolah vernakular diperkenalkan iaitu sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik dan terdapat juga sekolah Inggeris, sekolah pondok serta madrasah. Sekolah aliran Melayu yang ditubuhkan oleh pihak penjajah menekankan kepada kurikulum asas, iaitu pelajaran membaca, mengarang, ejaan, menulis, ilmu kira-kira, ilmu alam dan latihan jasmani. Bentuk kemahiran asas yang diajar pula ialah perkebunan dan penternakan. Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu. Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-

ekonomi negara. Keadaan ini telah membentuk keadaan sosial yang tidak seimbang di Malaysia apabila negara mencapai kemerdekaan. Kurikulum sekolah vernacular Cina meliputi ajaran-ajaran Confucius, klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Pengajaran adalah secara menghafal, mengira dan menulis. Tenaga pengajar, isi pelajaran dan bahan-bahan pengajaran dibawa masuk dari tanah besar Cina. Sekolah vernacular Tamil ditubuhkan apabila Kod Buruh dikuatkuasakan bagi tujuan rnembasmi buta huruf, Banyak sekolah vernakular Tamil dibuka di estet. Kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan mereka yang pelbagai seperti bahasa Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi atau Hindi. Sekolah Inggeris kebanyakannya didirikan di bandar-bandar bertujuan memberikan pendidikan untuk anak-anak pegawai Inggeris, anak-anak ahli-ahli perniagaan serta anak-anak golongan elit Melayu pada masa itu. Kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik. Corak kurikulum dan pengajaran berorientasikan Inggeris termasuk bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah daripada Britain.

Sekolah Nihongo didirikan oleh tentera Jepun ketika mereka menakluki Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua. Kandungan kurikulum dan pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Laporan Cheeseman 1946 Cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran; 1. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diberi kepada semua murid di sekolah rendah. 2. Pelajaran vokasional seperti dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksana dengan sepenuhnya. Laporan Barnes 1950 Laporan Barnes merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan negara apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Sistem vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah nasional (kebangsaan). Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan bahasa Inggeris

di samping mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan di sekolah. Namun begitu, laporan ini telah ditentang hebat oleh orang bukan Melayu terutama orang Cina kerana mereka khuatir sekolah Cina akan hilang. Laporan Fenn-Wu 1951 Laporan Fenn-Wu diperkenalkan ekoran ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat Cina. Di samping mempertahankan kedudukan bahasa Cina, laporan ini juga ditugaskan untuk memberi nasihat tentang penyediaan buku teks sekolah Cina yang berorientasikan kepada Tanah Melayu sebagai satu cara untuk mendekatkan masyarakat Cina dengan situasi kehidupan Tanah Melayu. Ordinan Pelajaran 1952

Pihak Inggeris kemudiannya telah menyatukan kedua-dua laporan itu dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah menetapkan bahawa penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Selain itu, Bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah dan Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan. Walau bagaimanapun, Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana menghadapi pelbagai masalah. Namun begitu Jawatankuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu: 1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan. 2. Mengehadkan kadar kemasukan murid ke sekolah kebangsaan Inggeris seperti sediakala. 3. Penubuhan pendidikan menengah vokasional. Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada kepada hala tuju dan falsafah pendidikan yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala kaum Cina terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala. Laporan Razak 1956 Objektif Laporan Razak ialah untuk melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan sistem

pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanakan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.

Akta

Pelajaran 1961

Cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran 1. 2. 3. Kurikulum yang sama. Sistem peperiksaan yang sama Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

4. Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan di SRK, SRJK(C) dan SRJK(T). 2. RUMUSAN UNIT 1 Unit ini telah membincangkan senario pendidikan di negara ini dari sudut kurikulum dan pengajarannya meliputi tiga zaman iaitu zaman penjajahan Inggeris, zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. Mempunyai bahasa pengantar dan kurikulum yang berbeza. Namun, menjelang kemerdekaan, wujud kesedaran untuk mewujudkan satu system persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah diwujudkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu.

3.

PETA MINDA UNIT 1

4.

5 KONSEP YANG TERDAPAT DI DALAM TAJUK INI

1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu.
2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA

Hala tuju pendidikan lebih cenderung untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang matematik, sains, dan sebagainya.

3. SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL Terdapat empat jenis sekolah vernakular Tamil, iaitu dibiayai oleh pemerintah, pengurusan ladang, komuniti India tempatan dan Persatuan Mubaligh Kristian.

4. SEKOLAH INGGERIS Penubuhan sekolah Inggeris adalah berteraskan falsafah untuk memperkembangkan agama Kristian dan menyebarkan ideologi penjajah Inggeri.

5. PENDIDIKAN DI ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS IALAH BERSIFAT BEBAS ATAU LAISSEZ-FAIRE terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza.

6.

IMPAK TERHADAP ILMU PERGURUAN

Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep intergrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi rumit dalam sistem pendidikan sekarang dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional. (Sufean Hussin, 1993). Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Razak (1956). Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di negara kita. 7. BIL 1. 2. KATA KUNCI KATA KUNCI Mubaligh Kurikulum MAKSUD Orang (golongan) yg menyebarkan ajaran sesuatu agama skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dll, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di

3. 4. 5.

Kemerdekaan Bahasa pengantar Ordinan

sekolah dll. keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. bahasa yg digunakan utk berhubung dlm mesyuarat, dlm pemberian pelajaran di sekolah dsb. perintah, peraturan, statut, dsb oleh sesuatu pihak berkuasa, undang-undang.

Anda mungkin juga menyukai