Anda di halaman 1dari 63

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%207_Perkembanga n%20Sosio-emosi.pdf http://www.slideshare.

net/faezahnoordin/perkembangan-sosio-emosi-11979629

http://bmurusan.blogspot.com/2010/08/perkembangan-sosioemosi.html http://www.scribd.com/doc/28304469/perkembangan-sosio-emosi PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI Setiap kanak-kanak melalui proses sosialisasi di mana ianya berlaku dalam persekitaran sosialnya. Persekitaran sosial yang dimaksudkan adalah keluarganya sendiri, saudara mara, jiran, pengasuh dan juga segala yang terdapat di sekelilingnya. Melalui pengalaman yang diperoleh dari proses sosiolisasi ini, seseorang kanak-kanak akan mencapai perkembangan emosi. Tahap perkembangan emosi ini bergantung kepada pengalaman dan persekitaran sosial yang dialaminya. Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud semua hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja dan girang. Manakala emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosioemosi di kalangan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasikan diri dalam masyarakat. Perkembangan sosio-emosi khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan. Ianya dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Ianya dikategorikan sebagai tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku yang positif merujuk kepada berkongsi, berdikari, mengikut peraturan dan lainlain. Manakala tingkah laku negatif merujuk kepada bergaduh, mengasingkan diri, dan menggigit. Belajar melalui bermain dapat menyumbangkan kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak. Contoh permainan yang

menyumbangkan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah yang berkonsepkan main peranan. Antaranya ialah berurus niaga (ambil pesanan makanan), bermain bola dalam bulatan, ekspresi wajah dan lain-lain. Melalui permainan ini, kanak-kanak akan belajar bagaimana untuk menjalinkan perhubungan sosial. Selain itu, mereka akan belajar cara untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Ini dapat dilihat melalui cara mereka bermain. Di sampinng itu, mereka juga akan belajar untuk saling menegur dan menasihati. Perkembangan sosioemosi membolehkan seseorang kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/04/kerja-kursus-pendekperkembangan-kanak.html

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PISMP SEM 1 2010 Disediakan Oleh : Muhammad Ridhuan Bin Hanafi (2010211310030) PISMP Mathematics Cohort 5 IPG KBA

1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaikbaik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin(2009) dalam buku bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru, perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980).

Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.

Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang(2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak).

Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.

Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanakkanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanakkanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.

Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktorfaktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.

Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima

aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu.

Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.

Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut

kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.

Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.

Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat.

Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia.

Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan.

Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepadaanak-anak.

Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.

Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanakkanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanakkanak.

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.

Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan

berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.

Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan,

kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahirankemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.

Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.

Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang. Peralihan akhir kanak-kanak

kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal.

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

3.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanakkanak.

Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak (6-12 tahun).

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak

memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.

Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsepkonsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sudah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya.

Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah. Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-kanak lebih yakin dalam menhadapi dunia sebenar.

3.2 DATA DAN PERBINCANGAN

3.2.1 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 7 TAHUN

JADUAL 1 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 1 BIL NAMA TINGGI(CM) BERAT(KG) SAIZ KEPALA(CM)

SAIZ BADAN 1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA 125.0 31.6 51 S 2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR 125.1 29.4 50.4 S 3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF 128.4 32.2 50.8 S PURATA 126.2 31.1 50.7 S

Jadual 1 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 1 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Ahmad Syazwan bin Zakaria, Mohd Faiz bin Mohd Nor dan Fiqree bin Mohamed Yusof . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang berlainan. Ahmad Syazwan merupakan murid kelas 1A, Mohd Faiz dan Fiqree pula merupakan murid kelas 1B. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 125 cm dan 125.1 cm manakala Fiqree mempunyai ketinggian 128.4cm. Ini menjadikan purata ketinggian murid tahun 1 adalah 126.2cm.

Dari segi berat badan pula, Fiqree lebih berat berbanding Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz. Fiqree mencatakan berat sebanyak 32.2kg, Ahmad syazwan 31.6kg dan Mohd Faiz 29.4kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 31.1 kg.

Ketinggian dan berat badan Fiqree adalah lebih berbanding Ahmad syazwan dan Mohd Faiz adalah disebabkan oleh faktor genetik dan faktor pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang rendah dan kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanak-kanak yang mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding dengan kanak-kanak yang kurang mendapat nutrien.

Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan S iaitu kecil. Kanak-kanak pada usia 7 tahun kelihatan kecil kerana dalam lingkungan usia ini mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walau bagaimanapun, faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga pemakanan

mereka dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan mereka ideal.

Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal.

Dari segi saiz kepala, Ahmad syazwan, Mohd Faiz dan Fiqree masing-masing mencatatkan saiz kepala 51cm, 50.4cm, 50.8cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 50.7cm. Jadi, saya dapat simpulkan bahawa, dalam lingkungan kanak-kanak 7 tahun, perkembangan saiz kepala adalah hampir sama.

Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak 7 tahun adalah hampir sama tetapi faktor genetik dan faktor pemakanan yang membezakan perkembangan mereka.

3.2.2 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 10 TAHUN

JADUAL 2 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 4 BIL NAMA TINGGI(CM) BERAT(KG) SAIZ KEPALA(CM) SAIZ BADAN 1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN

131.4 34.8 52.5 S 2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN 131.6 34.5 53.5 S 3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN 128.7 32.1 52.3 S PURATA 130.6 33.8 52.8 S Jadual 2 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 4 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Muhd Syafiq bin Kamaruddin, Mohd Izzat bin Mazlan dan Azizol bin Mohamed Deraman . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang sama iaitu kelas 4A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 131.4 cm dan 131.6 cm manakala Azizol mempunyai ketinggian 128.7cm. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah 130.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding kanakkanak 7 tahun.

Dari segi berat badan pula, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai berat badan yang hampir sama iaitu masing-masing mencatatkan berat badan 34.8kg dan 34.5kg. Berat badan Azizol pula adalah 32.1kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih banyak berbanding kanak-kanak 7 tahun.

Perbezaan ketinggian dan berat badan ketiga-tiga responden adalah tidak ketara. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga responden mengamalkan pemakanan yang sihat.

Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan S. Pada tahap ini, kanak-kanak sangat aktif bergerak dan bermain, jadi saiz badan mereka tidak mengalami masalah obesiti sekiranya mereka menjaga pemakanan merekaa.

Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal.

Dari segi saiz kepala, Muhd Syafiq, Mohd Izzat dan Azizol masing-masing mencatatkan saiz kepala 52.5cm, 53.5cm, 52.3cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 52.8cm. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-kanak 10 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak terus berlaku dari semasa ke semasa. Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini juga hampir sama bagi ketiga-tiga responden.

3.2.3 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN

JADUAL 3 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA TINGGI(CM) BERAT(KG) SAIZ KEPALA(CM) SAIZ BADAN 1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK 143.4 44.5 52.9 M 2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR 131.4 36.7 53.6 M

3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD 144.1 49.3 55.0 L PURATA 139.6 43.5 53.8

Jadual 3 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 6 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Badrul Hisyam bin Ishak, Khairul Amin bin Mohd Nor dan Mohd Hafizul bin Ahmad. Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang sama iaitu kelas 6A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Badrul dan Hafizul mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 143.4 cm dan 144.1 cm manakala ketinggian Amin adalah lebih rendah iaitu 131.4. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah 139.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Dari segi berat badan pula, Hafizul mempunyai berat badan yang lebih berbanding Badrul dan Amin. Berat badan Hafizul ialah 49.5kg, Badrul 44.5kg dan Amin 36.7kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Dari aspek saiz badan pula, Badrul dan Amin mempunyai saiz badan yang sederhana iaitu M manakala Hafizul mempunyai saiz badan yang agak besar iaitu L. Saiz badan hafizul adalah lebih berbanding Badrul dan Amin kerana kanak-kanak ini berasal daripada keluarga yang mempunyai saiz badan yang besar. Hafizul mengamalkan pemakanan yang tidak sihat kerana dia suka makan coklat. Hasil soal selidik, dia juga menyatakan bahawa dia suka makan setengah jam sebelum tidur. Dari segi pemakanan yang tidak sihat, akan menjadikan saiz badan kanak-kanak lebih besar.

Jika dikira Body Mass Index (BMI) ketiga-tiga responden ini, Badrul dan Amin mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. Namun, bagi Hafizul, dia mempunyai BMI yang tidak normal kerana mencatatkan BMI sebanyak 23.8. Ini menunjukkan dia mempunyai berat badan yang berlebihan. Sekiranya, dia tidak menjaga pemakanan kemungkinan besar dia akan mengalami masalah obesiti.

Dari segi saiz kepala, Badrul,Amin dan Hafizul masing-masing mencatatkan saiz kepala 52.9cm, 53.6cm dan 55.0cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 53.8cm. Saiz kepala Hafizul lebih besar disebabkan badannya yang besar. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-kanak 12 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini mengalami proses perkembangan fizikal secara berbeza-beza disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran.

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif Kanakkanak Prasekolah(cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran ( Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif

memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial.

Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengungati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.

4.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanakkanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.

Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanakkanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.

Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padanan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.

Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanakkanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanak-kaak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.

4.2 DATA DAN PERBINCANGAN

4.2.1 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 7 TAHUN

JADUAL 4.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 1 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA

SAMA TIDAK SAMA 1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA

2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang telah dijalankan ke atas murid tahun 1 ataupun murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama. Murid tersebut perlu menyatakan adakah kedua-dua bekas air tersebut mempunyai kuantiti air yang sama ataupun tidak. Ketiga-tiga responden menyatakan bahawa kuantiti air dalam bekas tersebut adalah sama.

Kemudian, salah satu air dalam bekas itu dimasukkan ke dalam bekas lain yang mempunyai saiz yang berbeza. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, seorang daripada responden, Ahmad Syazwan telah menyatakan kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama manakala dua orang responden lagi, Mohd Faiz dan Fiqree menyatakan bahawa kuantiti air adalah tidak sama.

Dalam hal ini, Ahmad Syazwan berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat manakala dua orang lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Ini menunjukkan Ahmad Syazwan sudah menguasai prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanakkanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuatiti yang ditambah atau dikurangkan , maka kuatiti air tersebut tetap sama walaupun dimasukkan di dalam bekas yang berbeza saiznya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sepatutnya sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun kelihatan paras air berbeza disebabakan air tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang berbeza saiznya.

JADUAL 4.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 1 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA

SAMA TIDAK SAMA 1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA

2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Dua utas tali tersebut disusun dalam dua baris yang sama tersebut akan ditunjukan kepada responden. Responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Daripada ujian yang dijalankan ke atas ketiga-tiga responden, mereka menjawab

bahawa dua utas tali yang disusun dalam dua baris yang sama, adalah sama panjang seperti yang direkodkan dalam jadual diatas.

Seterusnya, seutas tali dialihkan ke tepi sedikit dan kemudiannya responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Hasilnya, Ahmad Syazwan menyatakan bahawa kedua-dua utas tali tersebut tetap sama panjang manakala dua orang lagi menyatakan tali yang dialihkan tersebut lebih panjang.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya telah diubah.

Daripada ujian panjang tali ini, didapati bahawa hanya Ahmad Syazwan yang boleh menguasai prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih gagal untuk menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan.

JADUAL 4.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 1 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA SAMA TIDAK SAMA 1

AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA

2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR

3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 1. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan.

Daripada jadual 4.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, hanya Ahmad Syazwan yang berjaya menyatakan bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Bagi, Mohd Faiz dan Fiqree, mereka menyatakan bahawa bilangan bola yang diubah susunannya adalah lagi banyak.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ).

Daripada ujian ini, hanya Ahmad Syazwan telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Ini juga mungkin kerana Ahmad Syazwan lebih bijak daripada Mohd Faiz dan Fiqree kerana dia berada dalam kelas 1A. Mohd Faiz dan Fiqree pula masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

4.2.2 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 10 TAHUN

JADUAL 5.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 4 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA

SAMA TIDAK SAMA 1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN

2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN

3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya, ketiga-tiga responden iaitu Syafiq, Izzat dan Azizol menyatakan bahawa kuantiti

air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual.

Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 4 ini menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut.

Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

JADUAL 5.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 4 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA SAMA

TIDAK SAMA 1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN

2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN

3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang.

Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketiga-tiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan panjang asal.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah.

Daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.

JADUAL 5.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 4 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA SAMA TIDAK SAMA

1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN

2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN

3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan.

Daripada jadual 5.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketigatiga responden menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ).

Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

4.2.3 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 12 TAHUN

JADUAL 6.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 6 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA SAMA

TIDAK SAMA 1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK

2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

Jadual 6.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya, ketiga-tiga responden iaitu Badrul,Amin dan Hafizul menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual.

Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 6 ini menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut.

Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

JADUAL 6.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 6 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA

SAMA TIDAK SAMA 1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK

2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

Jadual 6.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden

akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang.

Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketiga-tiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan panjang asal.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah.

Kesimpulannya, daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.

JADUAL 6.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 6 SEBELUM SELEPAS BIL NAMA SAMA TIDAK SAMA

SAMA TIDAK SAMA 1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK

2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR

3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

Jadual 6.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan

responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan.

Daripada jadual 6.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketigatiga responden juga menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Mereka berkata demikian kerana mereka mengatakan bahawa apabila bola yang sama digunakan sudah tentu bilangannya adalah sama walaupun diubah kedudukannya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ).

Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak dalam peringkat umur 7-12 tahun ini telah mengalami perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan dan kanak-kanak dalam lingkungan umur ini juga kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberikan kepada mereka.

Pada usia lingkungan 7-12 tahun ini, kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah pun mengalami perkembangan otot-otot halus. Perkembangan otot-otot halus ini membantu mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas dan kuat.

Selain itu, ibu bapa dan pendidik boleh melibatkan kanak-kanak ini dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang dan gimnastik kerana aktiviti seperti ini mampu menguatkan otot, daya tahan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap. Pendidik boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki seperti bermain bola sepak, ragbi dan hoki kerana kanak-kanak lelaki cenderung untuk melakukan aktiviti lasak. Manakala pendidik juga perlu menyediakan permainan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perempuan seperti bola jaring dan bola baling.

Selain menyediakan aktiviti fizikal, kanak-kanak juga perlu disajikan dengan makanan yang seimbang dan bersesuaian dengan tahap umur mereka. Dalam lingkungan umur ini mereka perlu disajikan dengan makanan yang mampu memberikan tenaga kepada mereka kerana kanak-kanak di antara 7-12 tahun ini sangat aktif bergerak dan bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk mejalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Menurut Gorbin dan Lindsey ( 1994 ), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran psikomotor halus menjadi lebih baik dan cekap.

Kebiasaannya, dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian diri seseorang individu. Jika diperhatikan, dalam sebuah kelas akan terdapat

perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk badan pelajar. Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi dan rendah. Kebiasaanya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik pelajar yang berbeza dari aspek bentuk fizikal. Jika diperhatikan, kaum cina mempunyai kulit yang cerah, bermata sepet manakala kaum melayu mempunyai kulit yang sedikit gelap berbanding kaum cina dan kaum india mempunyai kulit yang gelap. Namun perbezaan fizikal mengikut kaum merupakan ciri-ciri universal dan diterima umum. Kanak-kanak tidak merasakan perbezaan kaum menggangu kehidupan mereka seharian. Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan seperti kanak-kanak yang mempunyai saiz badan yang besar, gemuk, pendek dan sebagainya.

6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu.

Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget.

Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah.

Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komples.

Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid.

Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada faktafakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para pelajar.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

7.1.1 RUMUSAN

Selepas mengkaji dan memahami pelbagai teori serta pandangan ahli-ahli psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan.

Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir(prenatal), bayi, kanakkanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka.

Oleh hal yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita. Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan renungkan apakah nasib yang akan menimpa mereka kelak.

7.1.2 CADANGAN

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak. Setelah menyedari dan mengetahuai faktor baka dan persekitaran adalah amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik, jadi pertama sekali, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Selain itu, ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anakanak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula.

Di samping itu, kanak-kanak perlu didedahkan untuk bersosial bersama-sama anak-anak jiran ataupun anak-anak penduduk kawasan perumahan. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak- kanak akan mempelajari bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat.

Aktiviti yang dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak- anak mereka.

Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalin persahabatan dengan individu di persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak dan tingkah laku yang baik.

Guru juga perlu mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak supaya dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahap perkembangan mereka. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Melalui mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru untuk memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak dan membawa mereka kearah kejayaan dan kesejahteraan.

Sebagai seorang pendidik, meneliti perbezaan fizikal murid-murid adalah sangat penting kerana pendidik perlu melihat potensi dan kekurangan murid dan dapat melaksanakan proses pengajaran mengikut tahap muridnya. Pengaruh perbezaan individu dari aspek fizikal mampu mematikan minat dan masa depan murid-murid (Sheldon, 1992). Dengan mengetahui perbezaan fizikal individu akan membantu guru mengawal dirinya supaya tidak menyinggung hati dan perasaan muridnya.

Cadangan seterusnya, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang sedia maklum, strategi pengajaran terbahagi kepada 3 jenis iaitu, pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan latihan. Pemilihan strategi adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa murid. Guru yang pandai memilih strategi pengajaran akan menjadikan proses P&P menarik dan berkesan.

Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Antara kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah kaedah kumpulan, kooperatif, inkuiri, kuliah dan sebagainya. Pemilihan kaedah pengajaran yang tepat akan menjadikan proses P&P lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mereka. Justeru, guru perlu bijak melihat kecenderungan murid agar proses pembelajaran sentiasa menjadi sesi yang menarik.

Selain itu, guru perlu merancang variasi penyampaian. Guru seharusnya menggunakan segala kebolehan dan bakat yang dikurniakan contohnya bermain muzik, bercerita dan sebagainya. Selain itu, guru perlu bijak mengawal intonansi suara agar murid-murid sentiasa terhibur. Satu peringatan kepada guru ialah, mereka perlu sentiasa memastikan tahap kemampuan pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Bagi murid yang cerdas, guru perlu membimbing dalam proses pengkayaan ilmu manakala bagi pelajar yang lembap guru perlulah sentiasa membimbing dan melakukan aktiviti asas dan mudah untuk memudahkan mereka memahami pembelajaran yang disampaikan.

Di samping itu, guru perlulah sentiasa merancang objektif pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menyelaraskan objektif pengajaran mengikut tahap kemampuan pelajar. Bagi pelajar yang pintar, objektif pembelajaran seharusnya lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang lemah. Dengan adanya perancangan dan kajian yang teliti berkenaan dengan tahap perkembangan fizikal dan kognitif pelajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik dan objektif pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan sempurna dan seterusnya kanak-kanak ini akan menjadi aset negara yang paling bernilai.

8.0 RUJUKAN

Buku :

Rohani Abdullah, (2001). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara Portfolio, Serdang: Penerbit UPM.

Rohani Abdullah, (2002). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara Portfolio, Serdang: Penerbit UPM.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanakkanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, (2009): Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Kamaruddin, (2009). Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru. Tanjung Malim : Penerbit UPSI.

Fazli, A.B., ( 2006). Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/faktor-faktor-yang-mempengaruhi_17.html

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN


Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan Tutorial Dua, faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu fakor endogen dan faktor eksogen, manakala bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula baka dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor bermaksud faktor dalaman semenjak individu dalam kandungan hingga lahir ( pembawaan dan keturunan ). Baka menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak pula merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada ibu bapa mengandungi gen-gen tersebut. Maka, ia akan menguasai perkembangan manusia dan adalah unik dan berbeza bagi setiap individu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata. Di sini pengaruh genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak sebaya mereka. Menurut buku Psikologi Kanak-kanak hasil dapatan dari laman web http://www.pts.com.my, kemahiran kanak-kanak menggunakan jari juga merupakan contoh yang dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak

yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Disamping itu, ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanakkanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu Faktor eksogen menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor pula ialah faktor dari luar individu ( pengalaman dari persekitaran ). Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu yang akan hadapi rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada. Persekitaran juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Persekitaran sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan dan gaya hidup ibu. Sebagai contoh, ibu merokok semasa anak di dalam kandungan , rawatan yang diterima ibu serta usia dan keadaan emosi ibu semasa anak dalam kandungannya. Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikam keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia adalah antara penyumbang kepada pengalaman selepas kelahiran seseorang individu. Menurut model ekologiBronfenbrenner, peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi individu terbahagi kepada lima peringkat, iaitu peringkat mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Lapisan mikrosistem, merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang sering berlaku di pusat asuhan taska, tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individuindividu dalam kategori mikrosistem semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakat dalam berinteraksi antara dua individu berlainan dalam satu kelompok yang sama. Lapisan mesosistem pula terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya. Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila adanya sokongan dan kestabilan mikrosistem. Lapisan eksosistem pula menerangkan perbezaaan dengan peringkat lapisan yang lain. Dalam peringkat ini, kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di dalam lapisan ini, tetapi secara tidak langsung organisasi tersebut seperti keluarga dan saudara mara mempengaruhi perkembangan mereka.

Lapisan makrosistem pula merupakan satu konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung mikrosistem, mesosistem, dan eksosistem. . Ia adalah ideologi yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut dianggap pada diri mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usaha dan capai akhirnya. Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.

Lapisan terakhir pula adalah lapisan kronosistem. Lapisan ini merupakan peringkat yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Sebagai contohnya, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga akan membawa kepada perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/faktor-yang-mempengaruhiperkembangan.html

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan


Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk

zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum. Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsurunsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya; Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya: Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaranpembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

http://milandows.blogspot.com/2011/05/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html FAKTOR-FAKTOR KANAK YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-

FAKTOR-FAKTOR KANAK

YANG

MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN

KANAK-

Faktor Kebakaan (Genetik) Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.

Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.

W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu.

Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaanpersamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli

dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.

Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.

Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.

Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu.

Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut:

Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

Ciri Fisiologi Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

Kecacatan mental. Rencatan mentaladalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus.

Sahsiah. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka.

Kecerdasan. Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak.

Faktor Persekitaran.

Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.

Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.

W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir.

Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.

Faktor Pralahir Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut: Pemakanan. Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.

Kesihatan Ibu. Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau buta.

Penyalahgunaan Dadah. Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide.

Kesan X-Ray. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada XRay yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental.

Emosi Ibu. Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat.

Umur Ibu. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.

Faktor Selepas Lahir Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut: Pemakanan. Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit.

Keluarga.

Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat keputusan.

Rakan Sebaya. Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.

Sekolah. Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta kejeleketan di

antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan.

Tempat Tinggal. Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan pendudukpenduduk di luar bandar. Dengan i