Anda di halaman 1dari 6

PEMBACA

SKRIP

ATURAN MAJLIS

Bismillah Hirrahmanirrahim.... Alhamdulillahhirabbilalamin... RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH... Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Dialu-alukan, Encik Woo Yuen Seng Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya Yang Berusaha, EN.abdul rahman bin mansor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya. Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SKPJP : Puan Rafeah binti Basri GPK Pentadbiran Puan tee Lin Choo GPK Ko-Kurikulum Puan raja Ainon binti Raja Abdul Rahman GPK HEM Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SKPjP sesi 2010/2011 guruguru penjana modal insan gemilang, para ibu bapa pendukung generasi berwawasan, , dan seterusnya muridku anakku sayang.
Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang Sek.Kebangsaan Puchong Jaya 2011 Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan. Tetak buluh panjang suluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Hadirin dihormati.

Cik eym

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

faisol

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz ................................................... , dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz .................................................................... kerana mengetuai bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Hadirin yang dihormati,


Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada anak-anak kita agar menempa kejayaan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang. Sekolah KebangsaanPuchong Jaya yg masih diusia awal remaja telah melahirkan begitu ramai pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum. Justeru, kita mengharapkan anak-anak cemerlang yang ada dihadapan kita hari ini akan meneruskan kesinambungan tersebut. Hadirin yang dihormati, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan guru besar skpjp, Untuk itu dijemput En.Abd.Rahman bin Mansor, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan...

Cik eym

UCAPAN GB

Terima kasin tuan guru besar dengan ucapan itu tadi.... Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Sidang dewan yang dihormati, Tibalah masa yang ditunggu-tunggu... Marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh woo yuen seng, ydp PIBg skpjp 2011, dan seterusnya merasmikan Majlis hari anugerah cemerlang 2011. dengan segala hormatnya dipersilakan...

fesol

Cik eym

Majlis merakamkan ribuan terima, kasih kepada Tuan Yang Dipertua PIBG, di atas ucapan dan sudi merasmikan majlis kami sebentar tadi. Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri teguh bersama-sama PIBG, dengan penuh minat dan iltizam demi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah Bulat air

YDP PIBG

kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.


Hadirin yang dihormati, Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah....dengan ini dijemput tuan guru besar Abd.Rahman bin mansor diiringi Puan rafeah binti Basri Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada EN WOO YUEN Seng YDP PIBG SKPJP. Sekali lagi dijemput

fesol

En.Woo Yuen Seng untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata dari pihak sekolah. Terima kasih tuan guru besar kerana sudi menyampaikan cenderamata. Hadirin yang dihormati,
Kurikulum kebangsaan perlu telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan Bidang pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat perubahan Pada tahun 1983 kita mengguna pakai Kurikulum Sekolah Rendah

cenderamata

Cik eymL

Kemudia ianya berubah kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 Seterusnya bidang pendidikan telah berpaksikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)2003 Dan setelah dibuat semakan KBSR 2011 maka wujudlah dasar yang ada sekarang iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Momentom transformasi dalam bidang pendidikan akan sentiasa berlaku sejajar dengan perkembangan globalisasi semasa.

TAYANGAN SLIDE

Untuk kita lebih memahami apa itu KSSR


Marilah sama-sama kita menonton tayangan slide berkaitan KSSR Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita nikmati persembahan daripada murid-murid prasekolah Dipersilakan....

fesol

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang cukup berbakat ini...

persembahan

Hadirin yang dihormati....


majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah ...dimulakan dengan murid tahun duapenyampaian hadiah buat murid-murid yang diibaratkan buah akhir KBSR sebelum penilaian yg akan dibuat sejajar objektif KSSR...majlis mempersilakan puan raja ainon bt raja abd.rahman untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan..... Baca senarai nama.........

BADROL

Penyampaian hadiah tahun 2,3 YDP bagi

Terima ksih puan raja ainon bt raja abd.rahman gpk kokurikulum kerana sudi menyampaikan hadiah.

Majlis seterusnya menjemput puan tee lin choo GPK HEM untuk menyampaikan hadiah kepada murid tahun 3

fesol

Baca senarai nama.................... Terima kasih pn.tee lin choo...gpk HEM Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu

Cik eym

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil gaduasi dan hadiah bagi murid-murid prasekolah. Untuk itu majlis menjemput Puan rafeah binti basri bagi mengiringi yang dipertua PIBG dan Tuan guru besar untuk menyampaikan hadiah dan sijil graduasi. Dipersilakan. Terima kasih tuan yg dipertua PIBg dan tuan guru besar kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil graduasi buat muridmurid prasekolah.

fesol

Majlis penyampaian hadiah dihentikan lagi buat seketika bagi menikmati satu lagi persembahan iaitu __________________________________dari murid-murid tahun ............. dibawah bimbingan en.abd.Hamid dan Puan Norazila. Dipersilakan.... Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Cik eym

Majlis anugerah Cemerlang SKPjP 2011 diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk murid-murid Tahap 2 Dijemput puan rafeah binti basri untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.... ( Baca senarai nama penerima hadiah tahun 4,. Terima kasih puan rafeah binti basri...GPK pentadbiran

fesol

Majlis diterukan dengan menpersilakan puan rafeah binti basri bagi mengiringi tuan guru besar ...en.abd.rahman bin mansor untuk menyampaikan hadiah buat murid-murid tahun 5 Baca senarai tahun 5 Terima kasih tuan guru besar kerana sudi menyampaikan hadiah.

fesol

Hadiri dihormati.... Seterusnya adalah penyampaian hadiah buat murid-murid tahun 6.untuk itu dijemput tuan guru besar bagi mengiringi YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah

Cik eym

Tokoh kokurikulum Tokoh murid Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________ di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang itu tadi.

Hadirin yang dihormati.... Selesai sudah majlis Anugerah Cemerlang Sek Keb Puchong jaya 2011 pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang.... Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu... Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. Sekian, tarima kasih..... assalammualaikum