Anda di halaman 1dari 26

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KHSR

DISEDIAKAN OLEH : NOR AINIZURAIMI BINTI MD NOAR NAZARIZAH BINTI BUROK NORALIZA BT HASHIM

SIMULASI : MAIN PERANAN DAN LAKONAN


Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk

menyerupai keadaan sebenar. Dengan kaedah ini, murid-murid melakukan sesuatu perkara secara olok-olok dalam satu keadaan yang teratur. Simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang sangat menarik, menggalakkan serta menyeronokkan. Boleh digunakan untuk menguasai kemahiran membinan pemikiran kritis dan dapat mengaitkan simulasi tersebut dengan isi pelajaran supaya lebih mudah difahami serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Prinsip simulasi- Satu situasi bermasalah secara bertulis atau lisan diberikan penerangan diberi tentang :
Masalah yang hendak diselesaikan
Peranan diagihkan kepada watak-watak berlainan Arahan yang perlu diberikan Tempoh masa sesi simulasi ditetapkan

Ketika simulasi sedang berjalan guru hanya memerhati


Selepas simulasi, murid diminta memberi pandangan tentang cara-

cara penyelesaian masalah melalui simulasi Perbincangan di antara guru dan murid diadakan di peringkat akhir untuk mencapai satu rumusan.

LANGKAH-LANGKAH
Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah

mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut :


1. Guru mewujudkan situasi yang bermasalah 2. Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan. 3. Guru memilih murid untuk memainkan peranan. 4. Murid-murid memainkan peranan sambil menyelesaikan masalah dalam situasi itu 5. Guru berbincang dengan murid-murid cara penyelesaian masalah yang telah dibuat 6. Satu kesimpulan atau rumusan dibuat tentang simulasi yang dijalankan.

TUJUAN
Murid dapat membina pemikiran secara analitis dan kritis Membawa situasi sebenar ke dalam bilim darjah Membina sikap positif

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran


Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif Murid dapat menguasai kemahiran

KELEBIHAN
Membenarkan murid mempraktikkan kemahiran dalam keadaan yang selamat Pembelajaran adalah berkesan kerana murid boleh bersedia dengan rapi Peluang untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa Maklum balas tentang prestasi murid dalam satu-satu situasi dapt dikesan dengan cepat Murid-murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru Suasana pembelajaran lebih menyeronokkan Sikap dan perasaan murid dapat dilihat semasa simulasi Ia dapat memupuk daya cipta murid Murid-murid didedahkan dengan pengalaman yang menyerupai situasi sebenar

Menggalakkan interaksi antara murid-murid

LAWATAN
Lawatan merupakan satu kaedah pengajaran yang menepati pendekatan

pembelajaran kontekstual.

Pelajar biasanya dibawa ke tempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium

atau organisasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran.

Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaaan sebelum

lawatan dan kerja-kerja susulan selepas lawatan itu.

Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada murid-murid. Disamping itu anda boleh menyediakan soalan-soalan berkaitan tentang

aspek-aspek penting tempat yang dilawati. Cara ini dapat membantu murid-murid memberi perhatian kepada perkara-perkara penting yang harus diperhatikan semasa lawatan itu.

PRINSIP-PRINSIP LAWATAN
Tempat lawatan hendaklah sesuai dengan topik

pelajaran dan murid-murid Guru perlu merancang dengan teliti pengisian semasa lawatan Sediakan soalan yang berkaitan untuk dijawab oleh murid semasa lawatan Perbincangan dan refleksi hendaklah dibuat selepas lawatan

KEBAIKAN LAWATAN
Dapat memberi pengalaman secara langsung kepada

murid Kesedaran murid-murid tentang alam sekitar akan bertambah Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria Kaedah lawatan sesuai untuk semua mata pelajaran Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktivitiaktiviti bilik darjah

KELEMAHAN LAWATAN
Tanggungjawab membawa murid-murid adalah berat Masalah disiplin murid-murid mungkin wujud

Banyak prosedur yang perlu dipatuhi

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN LAWATAN :


Sebelum lawatan
Memilih tempat yang sesuai Dapatkan kebenaran pihak berkaitan seperti pengetua, ibu bapa, pihak polis

dan tempat yang hendak dilawati Menyediakan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tempat lawatan Sediakan jadual lawatan Sediakan panduan yang harus dipatuhi oleh murid-murid Sediakan soalan berkaitan untuk dijawab oleh murid-murid

Semasa lawatan
Berikan keterangan mengenai tempat, tempoh dan perkara yang perlu diberi

perhatian kepada murid-murid. Memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif Kawalan ke atas murid-murid perlu untuk mengelakkan kemalangan atau kesalahan disiplin

Selepas lawatan
Perbincangan dan refleksi diadakan bersama murid-murid Aktiviti susulan boleh diberikan kepada murid-murid

PROJEK
Kaedah projek adalah suatu kaedah yang mana murid-murid

melakukan kegiatan dalam situasi sebenar untuk mendapatkan hasil. pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Kaedah ini biasa dijalankan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. membina rak serba guna sebagai projek dalam mata pelajaran ini.

Melalui kaedah ini murid-murid bolah belajar melalui

Murid-murid menanam sayur-sayuran, membina landskap dan

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN KAEDAH PROJEK


Pastikan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan disediakan

atau mudah diperolehi oleh murid-murid


Murid-murid dibimbing dalam memilih dan melaksanakan projek

mereka
Objektif-objektif sesuatu projek dijelaskan Penyeliaan perlu untuk memastikan projek berjaya dilaksanakan Penilaian projek dibuat oleh guru dan murid-murid turut diberi

peluang untuk menilai

Kebaikan kaedah projek Kaedah ini melibatkan domain afektif, kognitif dan psikomotor Penyertaan murid-murid dalam perancangan digalakkan, ini menambahkan lagi minat dan motivasi mereka Projek dapat mengembangkan sikap tanggungjawab, nilai kepimpinan dan inisiatif murid-murid Menyediakan peluang murid-murid bekerja di dalam kumpulan. Kolaborasi antara murid-murid akan memupuk semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan mereka hidup bermasyarakat Kelemahan kaedah-kaedah projek Projek biasanya mengambil masa yang panjang Bahan dan sumber terhad Murid mungkin melakukan kesilapan kerana kekurangan pengetahuan Masalah disiplin mungkin timbul sekiranya guru kurang cekap kawalannya.

KAEDAH PERMAINAN
DEFINISI Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan CIRI-CIRI PENTING 1. 2. 3. 4. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah

5. 6.

KAEDAH KOPERATIF
DEFINISI

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya CIRI-CIRI PENTING 1. Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

2.

Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut
Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar

3.

4.
5. 6

Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat
Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif

Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.

Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. LIMA UNSUR ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF :

saling bergantung di antara satu sama lain secara positif saling berinteraksi secara bersemuka akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri kemahiran koperatif pemprosesan kumpulan

JENIS PEMBELAJARAN KOPERATIF


Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah : 1) Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

2) Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan. 3) Jigsaw Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

4) Team-Accelerated Instruction' (TAI) Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya

KAEDAH PERBINCANGAN
DEFINISI Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah CIRI-CIRI PENTING 1. Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah

2. 3. 4.

Perbincangan merupakan suatu kemahiran, beberapa panduan bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan dengan berjaya;
Kenali pelajar anda, tentukan pelajar mana akan dipanggil

bercakap kemudian diperluaskan kepada pelajar lain Perancangan bagi memastikan perbincangan dibawa ke hala tuju yang betul Pelajar kenal antara satu sama lain Hargai semua soalan dank omen Mulakan dengan soalan terbuka, yang boleh membawa pelbagai jawapan Elakkan daripada pelajar hanya memberi maklumat Pastikan setiap orang berpeluang melibatkan diri Sekali sekala guru membuat rumusan, dan akhirnya segala yang diperolehi hendaklah dihubungkan dengan soalan asal yang kemukakan

PEMBELAJARAN MASTERI
Konsep Pembelajaran Masteri

Didefinisikan sebagai pembelajaran penguasaan.Perkataan MASTERI : berasal daripada bahasa Inggeris bererti kepakaran ataumampu menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap.
Juga dapat didefinisikan sebagai kepakaran dalam pembelajaran ketikamenguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untukmemastikan murid-murid menguasai apa yang diajar serta mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan berkesan. Bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap pembelajaran danmembuat pengubahsuaian begi meningkatkan keberkesanannya.

Memberi bantuan dan masa yang diperlukan oleh murid-murid mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan berkesan.Strategi pengajaran/pembelajaran terdiri daripada 4 langkah yang berikut :

Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secaraeksplisit, iaitu berdasarkan hasil perlakuan murid-murid setelah merekadidedahkan kepada proses pengajaran/pembelajaran. Objektif pembelajaraneksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam prosespenilaian. Beri pendedahan kepada murid-murid tentang kaedah dan teknik mengajar yang berkesan serta penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai.

Lakukan penilaian hasil pembelajaran dengan ujian formatif(diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid-murid selepas aktiviti P&P. Laksanakan aktiviti pemulihan untuk murid-murid yang belum menguasaikemahiran yang diajarkan sepenuhnya. Berikan aktiviti pengayaan untukmereka yang telah mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai