Anda di halaman 1dari 8

BIODATE BADEN POWELL (PENGASAS PENGAKAP)

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Sejarah Pengakap Dunia Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord BadenPowell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama William Henry Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti

sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askaraskar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik

sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budakbudak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Sejarah Pengakap Malaysia Pada tahun 1910, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sands datang ke Singapura dan menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak Inggeris. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsajoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri-negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah di Pekan, Pahang oleh G.M. Laidlow. Pada tahun 1915, pergerakan pengakap ditubuhkan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik, iaitu H.R. Chessman di Penang Free School. Pada tahun 1922, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perak oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Di Melaka dan Negeri Sembilan ia ditubuhkan oleh Brunstone, di Selangor oleh Ameen Akhbar, di Terengganu oleh A.J. Gracle pada 1927, di Kelantan oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong dan di Johor oleh Chessman pada 1928 di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Pada tahun 1931, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perlis. Sabah pula menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sarawak pada tahun 1915. Sebelum perang dunia kedua, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri. Selepas perang dunia kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britian. Selepas merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, namanya telah ditukarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan keahliannya termasuk negeri Sabah, Sarawak dan Singapura. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Kuala Lumpur merupakan Ibu Pejabat PPM. Ia telah dibuka secara rasminya pada 5hb Januari 1957 oleh Tuan Yang Teramat Mulia Sir Donald Macgillivray K.C.M.G., M.B.E. sempena menyambut perayaan ulang tahun ke-50 pengakap dunia.

Hormat Pengakap

1) Ibu jari dan jari kelengkeng. Bermaksud yang kuat melindungi yang lemah. 2) 3 jari sebagai tanda pengakap dan bermaksud persetiaan pengakap. 3) a) Digunakan apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. b) Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera. d) Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah.

Pakaian Seragam Pengakap

Undang-undang Pengakap
Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Anda mungkin juga menyukai