Anda di halaman 1dari 3

BAB 1

[BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU]

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Seseorang guru seharusnya bijak merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang baik bermula dengan penyediaan rancangan pengajaran yang berkualiti. Perancangan

pengajaran yang baik dan berkualiti akan menghasilkan tahap kefahaman yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Selain itu, seseorang guru yang berkesan juga mempunyai keupayaan mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan konteks pelajarnya. Teknik pengajaran yang baik belum tentu akan dapat dilaksanakan dengan bermakna jika tidak dirancang dengan baik. Oleh itu, sebelum mengaplikasikan mana-mana sesi pengajaran, seseorang guru perlu merancang aktiviti pengajarannya dan memilih teknik yang sesuai dengan aktiviti berkenaan dan pada masa sama mengambil kira keupayaan serta persekitaran murid.

Jadi, melalui subjek yang diambil pada semester 5 kali ini iaitu subjek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104), kami dikehendaki untuk membuat penjelasan yang lengkap tentang

pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu. Bagi memenuhi kehendak tugasan ini, kami juga dikehendaki untuk

menghasilkan satu rancangan mengajar yang lengkap dan berkualiti serta satu set instrumen penilaian kemahiran bahasa yang sesuai dengan RPH yang dihasilkan.

BAB 1

[BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU]

1.2

Objektif Kajian

Melalui tugasan kerja kursus projek ini, pelajar dapat : i. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa, pendekatan (lima), kaedah (lima), dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa (lima). ii. Menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian (RPH) bagi satu tajuk, pengajaran di sekolah rendah yang lengkap dengan menggunakan format KSSR.

1.3

Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk contoh buku dan bahan bukan buku seperti majalah, jurnal, dan internet.

1.4

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada menghasilkan satu penulisan dan penjelasan yang lengkap tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu dan penulisan rancangan pengajaran harian.

1.5

Definisi Operasional Tajuk kerja kursus yang diberikan pada kali ini ialah Pengajaran Kemahiran Bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan
2

BAB 1

[BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU]

mengajar

seperti

cara

atau

sistem

mengajar

dan

aspek

yang

dipentingkan. Manakala kemahiran pula membawa maksud kecekapan atau kepandaian. Bahasa pula menurut kamus dewan bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Jadi, dapat disimpulkan bahawa maksud keseluruhan tajuk kerja kursus kali ini ialah mengajar tentang sesuatu kecekapan berbahasa.