Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM TAHBIB AL-LUGHAH TAHUN 2013 SMA DATO HJ TAN AHMAD

Program Tahbib Al-Lughah SMA Dato Hj Tan Ahmad pada sesi 2013 telah dijalankan kepada pelajar tingkatan satu sesi 2013. Tingkatan satu dibahagikan kepada 2 buah kelas iaitu Tingkatan 1 al-Farabi yang berjumlah seramai 35 pelajar serta Tingkatan 1 al-Kindi seramai 34 pelajar. Hanya seorang guru yang bertugas ketika program ini dijalankan untuk kedua-dua tingkatan ini. Program dilaksanakan mengikut garis panduan buku panduan pelaksanaan program Tahbib al-Lughah 2007 yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah. Penilaian telah dibuat terhadap pelajar-pelajar mengikut garis panduan buku panduan pelaksanaan program tahbib al-lughah 2007. Tahap pencapaian yang dicapai adalah memuaskan dan boleh dipertingkatkan walaupun perbezaan tahap

penerimaan memang wujud antara dua kelas tingkatan ini (perbezaan dapat dilihat melalui cepat atau lambat dalam penerimaan pengajaran antara kedua-dua kelas tersebut). Mereka telah mampu menyebut kata ganti nama, penggunaan kata isim isyarah, sebutan anggota-anggota badan, ucap permohonan izin serta lain-lainnya yang berkenaan. Pencapaian ini boleh dipertingkatkan lagi kerana program tahbib ini adalah bertujuan untuk menarik minat serta kefahaman permulaan bagi pelajar dalam menguasai bahasa arab. Laporan ini disertakan sekali dengan borang markah instrument penilaian bagi pihak-pihak yang berkenaan untuk tujuan penambahbaikkan. Semoga Program Tahbib Al-Lughah ini dilanjutkan tempoh

pelaksanaannya kerana program ini mudah dan senang untuk difahami dan dihayati seterusnya menjadikan pelajar berminat untuk mendalami Bahasa Arab.

Akhir sekali, semoga pelaksanaan Program Tahbib Al-Lughah mampu membina kecemerlangan penguasaan pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Segala kekurangan haraplah dibantu-pulih bagi menjayakan maksud tujuan pembelajaran Bahasa Arab di Negeri Sembilan amnya dan Malaysia khususnya. Sekian terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH:

DISEMAK OLEH:

(SYED ALI URAIDY BIN SYED DAHALAN)

(ZAMRUD BTE RIDZUAN)

Anda mungkin juga menyukai