Anda di halaman 1dari 3

SURAT JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN MEWARNA Rujukan: IPGKT/700-14/Jld.

5 (89) Tarikh : 20 Feb 2013 Kepada:-

Tuan, PERTANDINGAN MEWARNA DAERAH TAWAU Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tarikh : 2 Mac 2013 Masa : 8.00 pagi 1.00 petang Tempat : IPG Kampus Tawau 3. Sehubungan itu, sekolah tuan dijemput mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Bersama ini disertakan borang penyertaan sebanyak 10 helai. Tambahan pula, yuran penyertaan sebanyak RM5 seorang. 4. Setiap sekolah dikehendaki menghantar wakil sebanyak 10 orang sahaja iaitu 5 orang peserta dari tahap 1 dan 5 orang dari tahap 2.Untuk maklumat tambahan, setiap peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri dan pertandingan mewarna ini bertema Kebudayaan 1 Malaysia 5. Borang penyertaan dan yuran borang penyertaan hendaklah mengepos sampai ke IPG Kampus Tawau, Unit PISMP Pengajian Seni Visual, alamat Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,Unit PISMP Pengajian Seni Visual, KM36,Jalan Balung,Beg Berkunci No.27, 91009 Tawau, Sabah selewat-lewatnya pada 27 Feb 2013. Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi talian 0137560547 (Encik Mahzuz bin Rahman) atau 013-6389866 (Yap Cia Yee). Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( ) Puan Fazidah binti Mohd Gani Pensyarah IPG Kampus Tawau Jabatan Sains Sosial

Borang Penyertaan Nama Penuh: ... (mengikut Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran) Umur : .

Jantina: L / P

No. MyKad / MyKid: .. Nama Sekolah : ... Tahun/Tingkatan: .. Kelas: ..

Tel Peserta (Rumah / Tel bimbit): ... Tel (Sekolah/Penjaga): ... Nama (Penjaga / Guru Penasihat): .

Tandatangan: . Tarikh: (borang yang tidak ditandatangani oleh peserta dikira tidak layak)