Anda di halaman 1dari 4

Bidang: Sukatan dan Geometri Tajuk: Ruang Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 14.

1 Mengenal pelbagai jenis prisma. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: (i) Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga. (ii) Melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma: permukaan, tapak, bucu dan sisi. EMK Masa: : Kreativiti & inovasi 60 minit

1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. b. Guru menyediakan beberapa bahan maujud yang berbentuk ketiga-tiga jenis prisma ke dalam sebuah kotak kepada setiap kumpulan. Contoh:

c. Murid mengasingkan objek-objek dalam kotak mengikut jenis prisma.

2. Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea a. Kemudian guru mengedarkan kad perkataan prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga. Prisma segiempat tepat Prisma segitiga Prisma segiempat sama b. Murid meletak kad perkataan pada bahan yang telah diasingkan tadi. c. Guru dan murid berbincang hasil dapatan mereka 3. Perkembangan Penambahbaikan a. Setiap kumpulan dibekalkan satu jenis model prisma dan satu sampul surat yang mengandungi nombor.

prisma segiempat sama

prisma segiempat tepat

Prisma segitiga b. Guru menerangkan maksud permukaan. c. Murid melabelkan permukaan dengan melekatkan kad perkataan d. Guru dan murid mengulang aktiviti untuk melabelkan tapak , bucu dan sisi .

permukaan bucu

tapak sisi

e. Setiap kumpulan melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan. f. Berbincang dengan murid hasil kerja mereka 4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan a. Edarkan lembaran kerja. b. Bincang jawapan murid. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid melakukan aktiviti secara kumpulan dan mengenalpasti jenis prisma melalui pengasingan bahan maujud. Nilai dan Sikap Bekerjasama, menumpukan perhatian

Nama :.. Kelas : .. Lengkapkan jadual berikut. Prisma Bilangan Bucu

Tarikh : .

Bilangan Sisi

Bilangan Muka

Anda mungkin juga menyukai