PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Pendidikan tidak akan terlepas dari kehidupan seharian masyarakat samada pendidikan yang diberi secara normal atau tidak formal. Kesempurnaan dalam pendidikan akan membentuk masyarakat yang mempunyai latar belakang sosial yang baik berbanding masyarakat yang tidak mendapat pendidikan sempurna. Pendidikan tidak harus diserahkan secara bulat-bulat kepada pihak institusi pendidikan sebaliknya peranan dalam memberi pendidikan ini seharusnya dikongsi bersama-sama ibu bapa dan pihak masyarakat. Dalam masyarakat Malaysia pada hari ini budaya menjaga tepi kain orang lain dianggap satu sikap yang tidak baik atau dalam erti kata lain penyibuk oleh sesetengah pihak namun jika diperhatikan nabi junjungan besar nabi Muhammad S.A.W meminta umatnya menegur umat islam yang melakukan kekhilafan tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Hal ini kerana sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan akhlak yang baik tingkahlaku menjaga tepi kain orang lain boleh membantu menyelesaikan sesuatu masalah serta mengeratkan persaudaraan dalam sesebuah masyarakat. Jika semua pihak memainkan peranan dalam memberi pendidikan nescaya masalah sosial mungkin tidak akan berlaku ataupun berkurangan kerana pelbagai pihak memain peranan tidak kira peringkat umur, darjat, status dan pangkat. Di Malaysia pada hari ini, masalah sosial dilihat semakin menular dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan remaja. Pelbagai tingkahlaku di luar norma-norma kehidupan dilakukan oleh golongan remaja seperti mencuri, ponteng sekolah, merokok, gengsterisme dan lain-lain. Segala tingkahlaku ini menunjukan tahap pendidikan dan kesedaran yang rendah. Sikap masyarakat Malaysia yang sambil lewa dan membenarkan tingkahlaku ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah sosial semakin menular dalam masyarakat Malaysia. Pendidikan merupakan satu istilah yang mempunyai definisi dan makna yang luas. Pendidikan merupakan satu proses pembelajaran secara beransur-ansur bagi membolehkan individu mempelajari sesuatu ilmu untuk merubah diri kepada keadaan diri yang lebih baik. 1
Pendidikan akan merubah indidvidu bukan dari satu sudut sahaja tetapi pendidikan merangkumi perubahan dari sudut ekonomi, sosial dan politik seseorang individu. Dalam membentuk sebuah negara yang mempunyai masyarakat berintergriti, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, pendidikan merupakan satu aspek yang perlu diberi penekanan yang serius. Oleh yang demikian melalui falsafah pendidikan kebangsaan(FPK) yang
menyarankan bahawa pendidikan malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, mencapai berketrampilan, kesejahteraan berakhlak diri serta mulia, memberi bertanggungjawab sumbangan dan
berkeupayaan
terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.(Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).
Hasrat Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan ini juga akan menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka seharusnya memiliki ciri-ciri yang berikut, iaitu percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara, berbakti dan mernberi surnbangan kepada masyarakat, agama, bangsa negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Dalam konteks ini, pada 28 Februari 1991, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia, telah mengemukakan pandangan mengenai Wawasan 2020 iaitu ingin menjadikan Malaysia negara perindustrian, sekaligus negara maju. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara maju dengan masyarakat Malaysia yang berkeyakinan, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang dan adil dari segi pengagihan ekonomi. progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental (Dewan Masyarakat, julai 1991, m.s. 10). Beliau juga telah menggariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi sebelum Malaysia mencapai taraf negara maju sepenuhnya.
FPN
negara yang diimpikan melalui Wawasan 2020, menunjukkan iaitu kedua-dua elemen saling berkait dan saling melengkapi. Sehubungan dengan ini, Wan Zahid (1994) telah
2
FPN,
dibentuk melalui pendidikan menjadi jelas. Dengan pengisytiharan wawasan 2020 pula, citra dan intipati generasi kedua (selepas merdeka) yang hendak dibentuk menjadi semakin jitu. Kedua-duanya adalah selaras dan saling melengkapi. Jelasnya, pelajar yang ingin dilahirkan melalui sistem pendidikan negara ialah yang mempunyai peribadi yang seimbang, berakhlak dan bermoral serta menjadi warganegara yang baik dan mampu memberi sumbangan dalam agenda pembangunan negara.
1.2 Latar Belakang Kajian Masalah sosial yang melanda negara kini semakin serius, keadaan ini menjadi semakin buruk apabila gejala lesbian, gay, bioseksual dan transeksual (LGBT) mula menjangkiti masyarakarat Malaysia pada masa kini. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi mencari punca bagi masalah ini. Kebanyakan penyelidik dalam kalangan ahli akademik dan golongan profesional banyak mensasarkan masalah berpunca daipada tingkah laku delinkuen remaja lelaki yang merangsang kepada masalah sosial namun begitu jika dilihat dari perspektif dan skop kajian yang lebih luas, tingkahlaku delinkuen remaja perempuan merupakan penyumbang besar dalam masalah sosial yang dihadapi. Dalam bidang keberhasilan hasil utama negara(NKRA) petunjuk bagi gejala ponteng sekolah dalam bandar lebih cenderung kepada remaja perempuan berbanding lelaki. Mengapa hal sedemikian boleh terjadi? Adakah perubahan keadaan kebudayaan sesuatu tempat mempengaruhi sikap remaja sehingga terjadinya perkara sebegini, dimanakah penyelesaiannya? Jesteru kajian ini dilakukan bagi mencari punca bagi tingkahlaku pelajar perempuan di sekolah yang mempunyai tingkahlaku delinkuen. Bagaimana tingkahlaku ini terbentuk? Adakah pelajar semata-mata mahu menarik perhatian kerana kurang kasih sayang keluarga ataupun sememangnya ini satu budaya di Malaysia?
1.3.1
Apakah faktor yang menyumbang kepada tingkahlaku delinkuen remaja perempuan di sekolah?
1.3.2
Bagaimanakah cara mengatasi tingkahlaku delinkuen ini dan apakah tindakan kerajaan terhadap isu ini?
1.3.3
Mengapa remaja perempuan cenderung untuk melakukan tingkah laku delinkuen ini
1.4.1
Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan tingkahlaku delinkuen dalam kalangan pelajar perempuan.
Mengenal pasti kesan-kesan tingkahlaku delinkuen. Mengenal pasti langkah-langkah yang dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Menganalisis tingkahlaku remaja perempuan di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian/Hipotesis 1.5.1 Adakah faktor kebudayan persekitaran mempengaruhi remaja perempuan
mempunyai tingkahlaku delinkuen sehingga menjadi salah satu punca utama kepada masalah sosial di negara. 1.5.2 Adakah kemajuan teknologi dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar menjadi satu punca utama tingkahlaku delinkuen dalam kalangan remaja perempuan di sekolah. 1.5.3 Adakah terdapatnya pemantauan oleh pihak kerajaan dalam isu-isu seperti ini?
1.6 Kepentingan kajian Kajian ini akan memberi kepentingan kepada masyarakat, ahli akademik, mahasiswa/i yang menceburi bidang sains sosial serta bidang pembangunan kognitif manusia, golongan profesional serta kerajaan. Antara kepentingan dan manfaat kajian ini bagi golongan yang dinyatakan adalah seperti berikut:Golongan Ibu Bapa Kajian ini akan memberi input kepada golongan ibu bapa dalam memahami tingkahlaku yang dilakukan oleh anak mereka. Secara tidak langsung kajian ini akan memberi jalan penyelesaian kepada ibu bapa untuk mengawal tingkahlaku anak remaja mereka. Kajian ini juga akan mewujudkan hubungan dua hala antara anak dan ibu bapa kerana kajian ini akan membuka minda ibu bapa untuk lebih kerap berkomunikasi dan berinteraksi dengan anakanak dalam memahami kehendak dan keperluan mereka sebagai anak. Hal ini demikian akan memberi ibu bapa panduan dalam mengawal tingkahlaku anak-anak dengan mengambil berat terhadap pergaulan, pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak bagi membentuk anak-anak yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia serta dapat membangunkan negara, agama dan bangsa. Diharap dengan kajian ini ibu bapa dapat
menyedari peranan mereka dalam pembentukan akhlak anak dan bukan diserahkan sematamata pada pihak sekolah. Pelajar atau remaja Kajian ini akan membuka minda pelajar atau remaja dalam menilai tingkahlaku yang dilakukan oleh mereka. Selain itu juga pelajar atau remaja dapat mengetahui faktor-faktor yang mendorong mereka melakukan tingkahlaku tersebut dan mereka juga akan dapat mengetahui langkah-langkah untuk membendung tingkahlaku tersebut. Selain itu juga, diharap kajian ini akan memberi ruang kepada pelajar atau remaja dalam memahami tindakan yang dilakukan oleh guru, ibu bapa dan masyarakat adalah demi membentuk mereka menjadi insan yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Pihak sekolah Kajian ini berfokus kepada remaja perempuan yang bergelar pelajar sekolah, oleh yang demikian diharap kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam merangka programprogram yang dapat membantu pelajar dalam membentuk jati diri mereka supaya tidak terlibat dalam tingkahlaku delinkuen ini. Kajian ini juga menyediakan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah dalam membentuk peraturan-peraturan sekolah yang lebih menjaga akhlak, sosial dan akademik pelajar selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Kebanyakan masa pelajar adalah berada di sekolah, oleh yang demikian sewajarnya pihak sekolah mengambil serius dalam mengawal tingkahlaku delinkuen ini dengan menyediakan langkah-langkah penyelesaian yang efisien dan berkesan dan pihak sekolah juga tidak seharusnya meletakkan kesalahan tingkahlaku delinkuen pelajar semata-mata kepada ibu dan bapa pelajar, sebaiknya pihak sekolah dan ibu bapa bersama-sama mencari persefahaman dan membentuk jalan keluar bagi kebaikan pelajar. Ahli akademik Kajian ini akan membuka peluang kepada ahli akademik untuk melakukan kajian yang lebih mendalam berkenaan tingkahlaku delinkuen remaja perempuan. Kajian ini juga akan membolehkan ahli akademik untuk mencari satu formula bagi menyelesaikan masalah ini dengan kaedah yang lebih efisien dan berkesan. Selain itu juga kajian ini juga dapat menjadi rujukan bagi ahli akademik yang berminat untuk membuat kajian berkaitan bidang sains sosial atau bidang pembangunan kognitif manusia.
Golongan profesional Bagi golongan profesional, kajian ini dapat membantu dalam melaksanakan tanggungjawab koparat sperti menghulurkan dana kepada kajian yang lebih menyeluruh dan secara tidak langsung dapat membantu kepada pembangunan sosial negara. Kajian ini akan menjadikan golongan profesional lebih matang dalam menilai sesuatu keadaan, bukan itu sahaja kajian ini juga akan dapat memberi input kepada golongan profesional untuk turut bersama-sama dengan masyarakat lain dalam membentuk keadaan sosial negara Malaysia menjadi lebih baik. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kajian ini mengandungi faktor-faktor yang mencetus kepada tingkahlaku delinkuen dalam kalangan pelajar perempuan. Jika dilihat dari sudut sosial, ini merupakan satu masalah yang sangat membimbangkan jesteru itu diharap pihak kementerian dapat menjadikan kajian ini sebagai satu rujukan silang dengan kajian lain bagi membentuk atau merangka satu rang peraturan sekolah yang dapat mengekang masalah ini daripada terus menular dalam kalangan pelajar. Penglibatan pihak kementerian akan dapat menyokong tindakan pihak sekolah dalam mendidik pelajar sejajar dengan acuan kementerian pelajaran Malaysia. 1.7 Batasan kajian 1.7.1 Batasan tempat kajian tempat kajian tertumpu kepada dua buah kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan hulu selangor iaitu kawasan zon setapak atau lebih spesifik lagi iaitu sekolah dalam kawasan perumahan Air panas dan juga kawasan batang kali, hulu selangor. 1.7.2 Batasan populasi dan sampel secara umumnya populasi yang terlibat dalam kajian ini adalah penduduk di sekitar kawasan Air Panas dan penduduk di sekitar batang kali, hulu selangor. Sampel yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bersistematik, mengikut kaedah yang digunakan batasan dalam pemilihan sampel adalah mengikut spesifikasi yang disediakan oleh penyelidik iaitu remeja perempuan bersekolah dan dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun. 1.7.3 Batasan kaedah kajian kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Bagi kaedah kualitatif, penyelidik menggunakan rujukan kajian lepas dalam menghasilkan satu kesimpulan berkaitan faktor penyumbang seterusnya 6
merangka beberapa faktor baru untuk diuji. Melalui kaedah kualitatif ini juga, penyelidik membuat beberapa siri temu bual dengan beberapa orang guru dan kakitangan bukan akademik sekolah bagi mendapatkan pendapat serta cadangan berkaitan isu sosial remaja perempuan. 1.8 Kerangka Konseptual Kajian Kerangka konsetual kajian ini bersifat deduktif. Kajian-kajian lepas membuktikan bahawa tingkahlaku delinkuen lebih cenderung kepada remaja lelaki yang masih dalam pengajian atau dalam erti kata lain masih bersekolah. Kajian ini mengambil ruang lingkup yang sama iaitu mengkaji tingkahlaku delinkuen dalam kalangan remaja namun yang membezakan kajian ini adalah kajian ini mengkaji tingkahlaku delinkuen dalam kalangan pelajar perempuan. Dalam kerangka konseptual kajian ini, instrumen-instrumen kajian lebih mendalam bagi mendapatkan keputuasan yang adil. Antara instrumen yang akan menjadi penanda aras bagi kajian ini adalah faktor-faktor berlakunya tingkahlaku delinkuen, kesan tingkahlaku delinkuen dan langkah-langkah membendung tingkahlaku delinkuen daripada terus menular dalam kalangan pelajar perempuan. Kerangka konseptual kajian ini tidak akan lari dari landasan penyelidik hal ini demikian kerana berpandukan kepada 3 instrumen utama yang dinyatakan penyelidik akan menfokuskan kepada ketiga-tiga instrumen tersebut. Kajian ini akan berfokuskan kepada pelajar perempuan dan kajian perbandingan akan dibuat berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh ahli akademik yang lain. Segala analisis kajian akan dibuat berdasarkan kepada data yang diperolehi. Kajian ini akan mengambil kira aspek rohani, agama, dan kebudayaan responden. Hal ini demikian kerana penyelidik akan membuat analisis silang data bagi melihat kesahan data. Walaupun kajian-kajian lepas telah banyak mengkaji mengenai tingkahlaku delinkuen dan devian remaja dari sudut faktor, kesan dan langkah penyelesaian namun kajian-kajian tersebut lebih cenderung kepada remaja lelaki dan kajian-kajian tersebut melihat daripada satu aspek sahaja. Kajian ini akan mengkaji mengikut rangka konseptual yang disediakan oleh penyelidik. Penyelidik akan mengkaji tingkahlaku delinkuen dalam kalangan pelajar perempuan dan membuat perbandingan tahap tingkahlaku delinkuen pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Selain daripada itu juga, penyelidik akan menggabungkan dua eleman penting dalam penyelesaian iaitu elemen perspektif barat dan elemen perspektif islam bagi mendapatkan langkah yang terbaik dalam membendung tingkahlaku ini mengikut acuan islam dan dapat diterima oleh semua lapisan masyakarat yang berada di Malaysia.
Penggunan teori dalam kajian ini juga merupakan gabungan teori-teori sosiologi barat, teoriteori sosiologi islam dan teori-teori kontemporari. Hal ini demikian bagi mendapatkan sudut pandangan teori yang terbaik dalam mencari jawapan dalam kajian ini dan islam tidak pernah menolak mana-mana teori yang mempunyai penyelesaian terbaik selagi tidak bercanggah dengan syarak. 1.9 Organisasi Bab BAB SATU 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 PENDAHULUAN Pengenalan Latar Belakang Kajian Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalankajian/Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian/Skop Kajian Kerangka Konseptual Kajian Organisasi Bab Rujukan
BAB DUA 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8
KAJIAN LITERATUR pengenalan definis dan konsep teori delinkuen statistik masalah sosial faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkahlaku delinkuen kesan-kesan tingkahlaku delinkuen langkah-langkah penyelesaian bagi membendung tingkahlaku delikuen. kesimpulan
Skop dan Batasan Kajian reka bentuk kajian Pemilihan populasi dan sampel kajian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian 3.6.1 borang kaji selidik 3.6.2 temu bual 3.6.3 kajian rintis
3.7
Pengumpulan Dan Interpretasi Data 3.7.1 prosedur pengumpulan data 3.7.2 kaedah pengumpulan data 3.7.3 interprestasi data primer 3.7.4 interprsetasi data sekunder
3.8 3.9
1.10
Rujukan
Abd. Rahim Abd. Rashid (2006). Menangani Perkembangan dan Masalah Tingkah Laku Remaja Dalam Keluarga. Universiti Malaya: Pusat Pembangunan Keluarga.
Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan Che Hashim Hassan (2006). Krisis & Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd Rashid, Sufean Hussin dan Jamaludin Tubah (2006). Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd . Abdul Hadi Zakaria, Faizah Yunus dan Siti Hajar Abu Bakar Ah (2000). Laporan Kajian Tingkah Laku Remaja Johor Mei 1999-Febuari 2000. Universiti Malaya: Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial.
Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmak Haji Ali (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan Penyelesaiannya. UITM Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon ( 2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya dan Rosnah Buang (2007). Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengsterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2005). Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pendidikan.
Bandura, A. (1977). Self-Efficacy: Toward a Unifying Theory of Behavioral Change. Psyhological Review. 84. 191-215.
Barnes, H. L. and Olson, D. H. (1985). Parent-Adolescent Communication and the Circumplex Model. Child Development. 56. 438-447.
Bronstein, P. (1994). Patterns of Parent-Child Interaction in Mexican Families: A Cross CulturalPerspective. Behavioral Development. 17(3). 423-469.
Calhoun, G., Jurgens, J. and Chen, F. (1993). Juvenile Deliquency: Trends, Problems and Causes.
10
BAB DUA
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Tingkahlaku delinkuen merupakan satu tingkahlaku diluar norma-norma kehidupan. Seringkali tingkahlaku delinkuen dikaitkan dengan remaja tidak kira remaja lelaki atau remaja perempuan. Tingkahlaku delinkuen ini dilihat sebagai satu daripada punca gejala sosial yang terus menular dalam masyarakat bukan sahaja di malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Tingkahlaku ini merupakan titik tolak kepada gejala sosial yang lebih serius tetapi masih ramai masyarakat memandang remeh bahkan juga masih terdapat masyarakat yang tidak memahamai apa sebenarnya tingkahlaku delinkuen ini. Masyarakat seringkali menyalahkan kerajaan apabila masalah sosial semakin meningkat dengan menyatakan alasan bahawa pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan membawa kepada peningkatan masalah sosial yang serius. Masyarakat seharusnya tidak menyalahkan kerajaan atas peningkatan masalah sosial, hal ini kerana masyarakat sendiri tidak memahami apa yang diklasifikasikan sebagai masalah sosial. Tingkahlaku delinkuen dan devian merupakan sebagai daripada faktor yang mendorong kepada masalah sosial. 2.2 Definisi Dan Konsep Delinkuen merupakan satu tingkahlaku yang dilakukan sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri khasnya mereka yang masih bersekolah dan belia. Kumpulan ini merupakan devian dalam masyarakat yang tertentu. Menurut kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa tingkahlaku delinkuen merupakan sikap melanggar undang-undang( tidak serius) atau melakukan sesuatu perkara yang tidak diterima oleh masyarakat. 11
significant daripada norma-norma yang ditentukan untuk individu dalam status sosial... , ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakt sebagai munasabah dan morally binding bagi orang menduduki status yang berlainan. (Robert Merton, Anomie and Social Structure). M.B Clinard dalam bukunya yng bertajuk Sociology of Deviant Behaviour menyatakan bahawa tingkahlaku delikuen merupakan Kelakuan mengikut arah yang tidak dipersutujui, yang bertentangan dengan norma dan darjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat. 2.3 Teori-Teori berkaitan delinkuen Terdapat pelbagi teori sosiologi yang boleh dikaitkan dengan tingkahlaku delinkuen ini. Antar teori-teori yang sering digunakan dalam mengkaji tingkahlaku devian dan delikuen ini adalah teori lokus kawalan, teori kawalan sosial, teori konstrukrisme, teori subkultur, teori konflik, teori ekologi manusia, teori tingkahlaku dan lain-lain. Teori yang akn ditekan dalam kajian ini ialah teori konflik, teori ekologi manusia dan teori tingkahlaku. 2.3.1 Teori Konflik teori bermula daripada pandangan asal Karl Marx & diikuti oleh Weber. Teori ini terbahagi kepada 2 iaitu aliran Marx dan aliran Weber. Menurut Marx, konflik bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi satu cara reformasi sosial. Cara ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Teori ini mengkaji bagaimana hubung kait antara konflik dan perubahan. Ketegangan dan konflik menyumbang kepada perubahan sosial. Perubahan dapat berbentuk revolusi ataupun adaptasi. Sementara itu, menurut George Simmel, konflik ialah sesuatu yang semula jadi dalam masyarakat. Lewis Coser pula mengatakan konflik dapat mempercepat proses kesetiaan dan kehormonian di dalam kelompok sosial. Brinkerhaff dab White (1989) merumuskan tiga andaian penting dalam konflik iaitu: i) Konsep dialektik iaitu evolusi bukan proses utama kepada perubahan sosial tetapi konflik yang menghasilkan perubahan sosial. ii) Penentuan ekonomi iaitu asas kepada perubahan sosial ditentukan oleh faktor-faktor persaingan ekonomi. iii) Aktiviti sosial iaitu tugas utama analisis sosial adalah kritikan sosial.
12
Konsep yang diketengahkan oleh Marx Weber pula hampir sama dengan Karl Marx. Beliau dipengaruhi oleh Marx tetapi menolak konsep Marx. Cthnya, menolak konsep materialisme sejarah Marx yang menganggap agama penting sebagai agen perubahan. Beliau tidak bersetuju dengan revolusi dan mengkritik sosialisisme. Beliau mempersoalkan andaian Marx yang mengatakan ciri-ciri semua institusi sosial berpunca oleh faktor ekonomi.Beliau mengatakan perubahan sosial bukan kerana konflik kelas tetapi pelbagai faktor lain. Menurut pandangan teori ini, masyarakat berada dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Kumpulan yang kuat dan lebih berkuasa dapat memaksa kumpulan yang lemah menerima nilai-nilainya.Mengikut teori ini, terdapat tiga perkara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik,
perubahan dan paksaan. 2.3.2 Teori Ekologi Manusia Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979), menjelaskan bahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem dan persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempat kerja, peraturan dan undangundang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Teori berhubung keluarga dan perkembangan anak serta dapatan pelbagai kajian terdahulu menyokong kenyataan variabel proses keluarga terutamanya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesejahteraan dan perkembangan tingkahlaku anak. Keutuhan dan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh dan implikasi yang unik ke atas kehidupan ahli keluarga dan juga masyarakat. Keluarga yang utuh dan mampu berfungsi dengan berkesan dapat membentuk sifat, tingkah laku dan nilai yang terpuji dalam ahli keluarganya. Fungsi dan kesejahteraan keluarga dapat dicorakkan oleh pelbagai proses yang berlaku dalam ahli keluarga. Contohnya, interaksi antara pasangan hidup mempunyai implikasi kepada kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga dan seterusnya dapat mewujudkan kesejahteraan institusi keluarga itu. Komunikasi yang baik antara ahli keluarga mampu memantapkan dan merapatkan hubungan antara ahli keluarga 2.3.3 model pembangunan sosial Berdasarkan model pembangunan sosial (catalano dan hawkins, 1996) menyatakan bahawa seseorang individu terikat dengan peraturan yang ditetapak oleh sesebuah unit sosial. 13
Tingkahlaku seseorang individu dipengaruhi oleh peraturan dan kepercayaan sesuatu unit sosial dan peraturan ini akan menentukan bagaimana bentuk tingkahlaku seseorang individu samada baik atau melanggar norma-norma masyarakat. Model ini menjelaskan bahawa ikatan kemasyarakatan atau hubungan silaturrahim seseorang individu akan berkembang apabila seseorang individu terlibat dalam satu unit sosial yang lain. Bagi melibatkan diri dalam unit sosial yang lain, seseorang individu harus mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang dapat disumbangkan kepada unit sosial yang ingin disertai( hawkins, 1985). Majoriti masyarakat mempunyai unit sosial yang mempunyai peraturan dan kepercayaan yang mampu mengikat remaja. Seringkali remaja akan terpengaruh dengan unit sosial yang dimiliki oleh ibu bapa dan rakan sebaya. Catalano dan hawkins menyatakan bahawa sesuatu unit sosial membentuk sistem peraturan dan kepercayaan serta nilai moral melalui interaksi anatar komuniti dan interaksi antara unit sosial yang lain. Menerusi perkara ini sesuatu unit sosial akan mempunyai ikatan kepercayaan yang kukuh dalam kalangan ahli. Apabila sesorang individu mempunyai sikap yang menuruti segala peraturan dan kepercayaan sesuatu unit sosial maka seseorang individu itu diterima oleh unit sosial tersebut tetapi apabila sesorang individu bertindak diluar peraturan dan kepercayaan sesuatu unit sosial maka hubungan individu dengan unit tersebut akan menjadi renggang dan ini akan mempengaruhi tingkahlaku individu tersebut. Melalui model pembangunan sosial ini dapat dilihat dan dijelaskan bagaimana sesuatu unit sosial dapat mempengaruhi tingkahlaku remaja dan ahli yang berada dalam sesuatu unit sosial tersebut, sebagai contoh seorang remaja yang menyertai sekumpulan remaja lain untuk mengulangkaji pelajaran. Penyertaan remaja tersebut dalam kumpulan terbabit akan membentuk sahsiah dan tingkahlaku yang baik namun begitu jika seorang remaja terlibat dengan sekumpulan remaja yang suka merokok, merempit dan sebaginya kemungkinan remaja tersebut untuk mempunyai tingkahlau berisiko akan tinggi. 2.3.4 Teori Kognitif Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna.
14
Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).
Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan. Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau, konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah. Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara
15
guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran. Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas. Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperanan aktif dalam proses pembelajaran. Ini merupakanpemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri. Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsepkonsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka. Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran. Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses 16
pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan. Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas. Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan. Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan
menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama. Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan. Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu: 17
- Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial - Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna. Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu: 1. Pengatur awal (advance organizer) Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya pengatur awal itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna. 2. Diferensiasi progresif Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus. 3. Belajar superordinat Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif. 4. Penyesuaian Integratif Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama informasi disajikan.
18
Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan.
Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan dalam mental yang mendorong secara manusia demi
mempersepsikan
perkaitan
unsur-unsur
persekitaran
tiba-tiba
menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatifalternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru. Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal. Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu, boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi. Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.
19
2.4 Statistik masalah sosial di Malaysia. 2.5 Faktor-Faktor Mempengaruhi Tingkahlaku Delinkuen. Kajian yang dilakukan oleh child et all (2010) mengariskan pelbagai faktor yang menyebabkan tingkahlaku delikuen terjadi antaranya ialah faktor peningkatan umur, faktor sifat ingin tahu, faktor kekurangan kawalan keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Antara faktor yang sering menjadi kajian adalah seperti berikut :-
2.5.1 Faktor keluarga Keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkahlaku anak-anak. Banyak kajian menunjukan bahawa cara ibu bapa mendidik anak seperti kawalan keluarga mempengaruhi tingkahlaku anak-anak. Kajian yang dilakukan oleh steinberg (2001) menyatakan bahawa tingkahlaku remaja yang mendapat didikan yang baik dan mempunyai hubungan yang baik antara ahli keluarga akan melahirkan pembangunan sosiofizikal dan kesihatan mental yang baik berbanding remaja yang tidak mendapat didikan yang baik oleh keluarga. Kajian yang dilakukan oleh keijsers, frijns, branje dan meeus (2009) menyatakan bahawa faktor pendedahan dan kesan kawalan ibubapa akan mempengaruhi tingkahlaku remaja. Kajian yang dilakukan oleh keijsers et al( 2009) membuktikan bahawa tindakan ibubapa dalam mengawal tingkahlaku dan aktiviti remaja dengan paksaan serta tidak memahami dan tidak menjalankan tugas sebagai ibubapa akan meningkatkan risiko untuk remaja melakukan tingkahlaku delinkuen. Keijsers at el( 2009) menyatakan seharusnya ibubapa memberikan sokongan yang kuat kepada remaja dan memahami kehendak remaja dalam masa sama memerhatikan tingkahlaku remaja, dengan cara ini remaja akan berada dalam zon selesa dan risiko untuk remaja melakukan akan berkurangan. Faktor pemerhatian dan kawalan ibubapa telah banyak dikaji oleh ahli akademik yang sering dikaitkan dengan tingkahlaku delinkuen. Pada tahun 2000, kerr dan statin telah mengkaji faktor ini dengan lebih komprenhensif. Kajian yang dilakukan oleh kerr dan statin ini menyatkan bahawa untuk melakukan pemerhatian dan kawalan sosial oleh ibubapa terhadap remaja, ibubapa seharusnya mewujudkan satu hubungan yang baik dengan remaja bagi membolehkan pemerhatian dan kawalan sosial dapat difahami oleh remaja. Kerrdan statin menyatakan bahwa dengan kaedah ini hubungan baik antara anak dan ibubapa dapat dikekalkan disamping risiko tingkahlaku delinkuen dapat dikurangkan. 20
Kajian yang dilakukan oleh Laird, Eriss, Pettit, Dodge Dan Bates (2008) menyatakan bahawa faktor kawalan ibubapa sebagai faktor sederhana dalam mempengaruhi tingkahlaku delinkuen remaja. Kajian yang dilakukan oleh Lairds et al (2008) menunjukan bahawa kawalan ibubapa mempunyai hubungan yang sederhana dalam meyumbang kepada tingkahlaku delinkuen. Remaja yang kurang kawalan daripada ibubapa dilaporkan mempunyai risiko yang tinggi untuk melakukan tingkahlaku delinkuen manakala sebaliknya pula bagi remaja yang mempunyai kawalan ibubapa yang tinggi. Kurang sokongan daripada keluarga, kurang kasih sayang dan komunikasi dalam keluarga merupakan faktor yang telah dijangka dalam mengkaji tingahlaku delinkuen. Marcotte dan bouffard (2002) menjelaskan bahawa kemungkinan untuk tingkahlaku delinkuendan tekana diri melampau berlaku kepada remaja adalah disebabkan oleh kurang sokongan dan kasih sayang daripada ibubapa. Hair, moore, garret, ling dan cleverland(2008) memberikan kesimpulan yang hampir sama seperti marcotte dan bouffard. Kajian hair et al(2008) menghuraikan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik yang terhasil dalam keluarga akan mengurangkan risiko tingkahlaku delinkuen untuk terjadi. Dalam kajian yang dilakukan oleh davolos, chavez dan guardiola (2006) yang bertajuk mexican american and non-white latino adolescent menekankan bahawa faktor komunikasi mempunyai impak kepada tingkahlaku delinkuen dalam kalangan remaja. 2.5.2 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya. kajian yang dilakukan oleh Othman Md Johan dan Norazamah mohammad roslan (2008) menunjukan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang sederhana dalam mempengaruhi tingkahlaku delinkuen remaja namun begitu hasil kajian mereka menunjukan bahawa tingkahlaku delinkuen seperti mencuri, ponteng sekolah adalah pengaruh daripada rakan sebaya. Othman (2008) menyatakan bahawa tingkahlaku delinkuen seperti mencuri yang dilakukan bersama sekumpulan remaja lain yang mahu mendapatkan kemewahan dengan cara yang mudah tetapi tidak memikirkan kesannya. Kajian ini selari dengan kajian yang dilakuakn oleh noraini (2000) yang menyatakan bahawa keinginan remaja untuk mendapatkan dan menikmati kemewahan akan memungkinkan remaja untuk melakukan tindakan yang dirasakan betul walaupun pada hakikatnya tindakan yang dilakukan oleh mereka salah. Asmak (2001) dalam kajiannya mendapati remaja akan terpengaruh dengan rakan-rakan yang menganggap peraturan sekolah tidak penting dan mereka membentuk satu kumpulan dengan mempunyai perturan tertentu. Setiap ahli kumpulan harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bermula dengan penyertaan kumpulan seperti ini akan menjerumus remaja dalam tingkahlaku delinkuen seterusnya masalah sosial yang lebih serius 21
Kajian yang dijalan oleh samsaadal dan abdullah (20060 mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan faktor pencetus tingkahlaku berisiko. Remaja akan selesa bersama rakan sebaya apabila mereka diiktiraf. Kajian ini selari dengan kajian fatimah (2006) yang turut menjelaskan bahawa sifat semulajadi remaja yang dahagakan keseronokan. Sifat remaja yang dahagakan keseronokan akan memungkinkan remaja untuk melakukan pelbagai perkara yang dirasakan betul oleh mereka walaupun pada hakikatnya tidak. Romzi(2006) dalam kajian yang dilakukan seoleh-oleh mempunyai pendapat yang sama seperti fatimah. Kajian yang dilakukan oleh romzi(2006) menunjukan bahawa antara punca utama remaja terlibat dalam tingkahlaku berisiko adalah untuk mencari keseronokan tanpa berfikir panjang akan akibat perbuatan mereka. Romzi menyatkan bahawa semakin kuat keinginan mencari keseronokan dalm diri remaja semakin rendah kawalan dalam remaja tersebut. Othman Md Johan dan Norazamah Mohammad Roslan (2008) membuat analisis dan menyatakan bahawa remaja yang terlibat dalam gejala masalah sosial dipengaruhi oleh rakan sebaya. Perasaan malu remaja akan berkurangan apabila mereka bersama-sama rakan sebaya. Apabila perasaan malu berkurang maka pergaulan bebas akan berlaku antara lelaki dan perempuan. Fatimah (2006) dalam kajiannya menegaskan bahawa perasaan ingin berpasangan akan semakin melaup-luap ketika berada dalam alam awal remaja dan jika perasaan ini tidak dikawal maka ia akan menjerumuskan remaja kepada gejala seks bebas. 2.5.3 Faktor Persekitaran Persekolahan Kajian yang dijalankan oleh zainal dan sharani (200
22
BAB TIGA
METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan kaedah dalam menjalankan penyelidikan ini. Metadologi ini dirangka bagi menjawab segala penyataan masalah dan hipotesis yang di rangka oleh penyelidik. Bagi memastikan kajian yang efektif, metadologi yang dirangka adalah meliputi pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, kaedah pemilihan populsai dan pemilihan sampel serta ujian rintis dan kaedah menganalisis data. 3.2 Konsep Pengoperasian Kajian Kajian ini menggunakan konsep seperti berikut:3.2.1 Pengetahuan Sejauhmana responden memahami maksud tingkahlaku delinkuen dan adakah respoden mengetahui langkah-langkah pencegahan serta kesan tingkahlaku delinkuen ini kepada masyarakat sekeliling serta apakah respoden mengetahui tindakan kerajaan dalam mengatasai masalah ini. 3.2 .2 Persepsi/Pandangan Sejauhmana responden bersetuju dengan faktor dan kesan yang dikemukakan oleh penyelidik serta apakah pandangan respoden bagi mengatasi masalah tingkahlaku delinkuen ini dari terus menular ke dalam masyarakat terutama remaja perempuan. 3.3 Skop Dan Batasan Kajian 3.3 1 Batasan lokasi kajian Kawasan kajian adalah kawasan bandaraya utama di malaysia iaitu Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dan Kawasan Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Kawasan bandaraya dan kawasan Batang Kali ini dipilih kerana kapasiti penduduk yang padat dan tepu dengan 23
pembangunan serta menerima lebih banyak impak kebudayaan sosial berbanding kawasan lain. Darjah ketersampaian yang tinggi antara kawasan kediaman penyelidik dengan kawasan kajian juga merupakan salah satu faktor penyelidik memilih kawasan bandaraya kuala lumpur, malaysia dan kawasan hulu selangor, selangor. 3.3.2 Batasan tempat kajian Penyelidik telah memilih sebuah sekolah menengah kebangsaan perempuan di kawasan setapak, kuala lumpur sebagai tempat kajian. Hal ini demikian kerana skop kajian penyelidik yang menfokus kepada remaja perempuan yang masih bersekolah. Sekolah ini merupakan sebagai salah satu sekolah yang terawal berada di kuala lumpur selain sekolah menengah victoria dan sekolah in telah diberi nafas baru dari segi struktur binaan bagi menggantikan struktur bangunan lama. Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai sejarah yang lama dalam melahirkan pelajar perempuan yang berjaya menjadikan sekolah ini sebagai tempat kajian yang sesuai bagi penyelidikan dilakukan. Bagi menjaga nama baik dan kepentingan sekolah tersebut, pihak sekolah meminta supaya nama sekolah dirahsiakan. 3.3.3 Batasan masa kajian Kajian ini mengambil masa selama 10 bulan bermula dari pertengahan bulan Julai 2012 sehingga awal bulan november 2012 dan pertengahan bulan Februari 2013 sehingga akhir bulan mei 2013 . Terdapat 2 fasa dalam batasan masa kajian kerana fasa yang pertama merupakan fasa penyelidik mencari maklumat dan kaedah dalam melaksanakan kajian dan fasa yang kedua merupakan fasa pelaksanaan kajian serta menganalisis dapatan kajian 3.4 Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan( servey). Dalam reka bentuk kajian ini, kaedah tinjauan yang digunakan adalah cross sectional iaitu kaedah tinjuan untuk jangka masa singkat. Kaedah ini dipilih oleh kerana kajian ini memerlukan respoden yang ramai dan kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk mendapatkan pandangan responden terhadap isu yang hendak dikaji oleh penyelidik. 3.5 Pemilihan Populasi Dan Sampel kajian Pemilihan populasi bagi kajian ini menggunakan kaedah persampelan sistematik iaitu populasi yag terlibat dalam kajian ini adalah golongan remaja perempuan yang masih belajar diperingkat rendah dan menengah. Melalui kaedah persampelan sistematik, penyelidik telah mengklasifikasikan sampel kepada beberapa peringkat umur bagi mewakili remaja 24
perempuan di malaysia. Sampel yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seramai 150 orang remaja perempuan yang masih mendapat pendidikan di peringkat menengah dan penyelidik juga mengambil 25 sampel yang terdiri daripada guru-guru serta staff sekolah bagi melihat pandangan dan keberkesanan kajian ini. Bagi kaedah persampelan sistematik ini, penyelidik telah menetapkan sampel berada dalam kumpulan masing-masing iaitu remaja perempuan yang berumur 13 tahun sehingga 18 tahun. Setiap peringkat umur akan diwakili oleh 30 orang respoden. Bagi respoden guru dan kakitangan bukan akademik pula, penyelidik akan memilih secara persampelan rawak mudah bagi menjimatkan masa dan kos. 3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Instrumen kajian yang akan digunakan adalah terdiri daripada borang maklumat soal selidik tentang tingkahlaku delinkuen dalam kalangan pelajar perempuan dan temuramah berpandu .penyelidik akan menggunakan bahan-bahan yang dinyatakan bagi mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan tingkahlaku delinkuen terjadi dan kesanya kepada individu, keuarga, masyarakat dan negara. Bagi temuramah berpandu pula, penyelidik melaksnakan temuramah tersebut bagi mendapatkan pandangan serta untuk menilai pengetahuan guruguru dan staff bukan akademik berkaitan tingkahlaku delikuen bagi mengukuhkan kajian penyelidik. Sebagai pengetahuan, kajian rintis telah dijalankan dengan populasi dan sampel yang berbeza namun menggunakan instrumen kajian yang sama. 3.6 1. Borang kaji selidik Borang soal selidik akan diwujudkan bagi mendapat input mengenai faktor-faktor dan kesan tingkahlaku delikuen serta cadangan langkah-langkah mengatasi masalah tingkahlaku delinkuen.. Borang ini mengandungi 20 item yang diukur dengan menggunakan skala likert 5 mata. Ia akan diedarkan kepada pelajar perempuan mengikut klasifikasi sampel kajian yang di nyatakan oleh penyelidik. Borang soal selidik tentang tingkahlaku delinkuen remaja perempuan pelajar dinilai dengan menggunakan skala likert 5 mata iaitu :-
1. 2. 3.
( STS ) ( TS ) ( TP )
25
4. 5.
(S) ( SS )
3.6.2 Kaedah Temu Bual Kaedah temu bual dilakukan bagi mendapatkan data sokongan daripada respoden yang terpilih. Kaedah ini dilakukan oleh penyelidik melalui dua cara iaitu temu bual berpandu dan temu bual secara spontan. Bagi cara temu bual berpandu, penyelidik akan merangka beberapa soalan yang telah mendapat kelulusan daripada penyelia bagi memudahkan penyelidik untuk mendapat maklumat secara terus tanpa perlu menghabiskan masa yang panjang. Sebanyak 15 soalan bagi temubual berpandu yang harus dijawab oleh responden yang terpilih dan soalan yang selebihnya akan ditanya apabila perlu. Segala jawapan yang diberikan oleh respoden akan direkodkan oleh penyelidik melalui perakam suara dan juga secara penulisan. Penyelidik akan merangka kembali segala maklumat yang diperolehi daripada responden terpilih dan kemudian meminta responden menyemak semula kenyataan supaya laporan yang disediakan oleh penyelidik sahih mengikut jawapan yang dinyatakan oleh responden. 3.6.3 Kajian Rintis Kajian rintis telah dilakukan oleh penyelidik dengan menggunakan prototaip borang kaji selidik yang belum memdapat pengesahan daripada penyelia. Kajian rintis yang telah dijalankan oleh penyelidik melibatkan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah bandaraya Kuala lumpur. Kajian rintis ini dilakukan bagi mendapatkan maklum balas mengenai kajian yang bakal dilakukan oleh penyelidik. Dalam kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik, majoriti sampel yang dipilih secara rawak tidak mengetahui apakah tingkahlaku delinkuen dan bentuk-bentuk tingkahlaku delinkuen. Sampel yang digunakan berdasarkan
persampelan rawak adalah seramai 55 orang pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan sebanyak 80 % sampel tidak mengetahui apakah tingkahlaku delinkuen. Hasil daripada kajian rintis ini menunjukan 95% sampel setuju bahawa faktor yang mendorong remaja melakukan tingkahlaku delinkuen adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Faktor keluarga juga telah dikaji dan sebanyak 60 % sampel bersetuju bahawa keluarga punca kepada remaja melakukan tingkahlaku delinkuen mankala sebanyak 30 % tidak bersetuju dan 10 % tidak pasti.
26
Kajian rintis ini juga mengkaji indikator persekitaran sekolah dalam mempengaruhi tingkahlaku delinkuen remaja. Hasil daripada kajian mendapati sebanyak 40 % bersetuju persekitaran sekolah menyumbang kepada tingkahlaku delinkuen manakala 20 % tidak bersetuju dan 15 % tidak pasti serta 15 % tidak tahu. Dalam kajian rintis yang dijalankan, penyelidik juga menggunakan indikator pembangunan rohani iaitu kurang didikan agama dan kepercayaan menyebabkan tingkahlaku delinkuen. Hasil kajian menunjukan bahawa sebanyak 90 peratus bersetuju bahawa kurang didikan agama boleh menyumbang kepada tingkahlaku delinkuen manakala 10 % tidak pasti. Kajian rintis yang dijalankan juga mengkaji berkaitan kesan tingkahlaku delinkuen. Penyelidik telah menyenaraikan 5 kesan utama yang berlaku disebabkan oleh tingkahlaku delinkuen. 100 % bersetuju dengan kesan tingkahlaku delinkuen boleh menyebabkan remaja terjerumus ke dalam gejala sosial yang lebih teruk seperti menghisap dadah, jenayah dan lain-lain. Bagi kesan yang kedua iaitu mencemarkan imej negara, keputusan yang diperolehi juga 100 peratus bersetuju dengan kesan yang kedua. Bagi kesan yang ketiga iaitu memalukan keluarga dan mencemarkan maruah keluarga, keputusan yang diperolehi sebanyak 60 % bersetuju manakla 40 % tidak brsetuju dan menyatakan alasan tidak bersetuju kerana tingkahlaku remaja mencerminkan keadaan keluarga yang sebenar dan keadaan itu boleh diperbaiki jika masyarakat mengambil tanggungjawab bersama. Bagi langkah pula, penyelidik mendapat pelbagai langkah yang ditulis oleh responden sehingga penyelidik berasa sukar untuk mengkelaskan langkah yang diutarakan oleh responden. Penyelidik mengambil 2 contoh cadangan langkah yang ditulis oleh responden. Respoden mencadangkan agar kerajaan menyediakan peraturan atau undang-undang yang boleh mengikat remaja daripada berkelakuan seperti samseng. Respoden juga ada mencadangkan seharusnya kem PLKN dijadikan sebagai kem separa askar supaya dapat membentuk jatidiri remaja yang cintai agama, negara dan bangsa. 3.7 Pengumpulan dan interprestasi Data 3.7.1 Prosedur Pengumpulan Data Prosedur pengumpulan data akan dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada penyelia latihan ilmiah Dr Tan be Piang setelah beliau berpuas hati terhadap kesahan borang kaji selidik yang digunakan oleh penyelidik. Setelah mendapat kelulusan borang kaji selidik, penyelidk akan meminta surat kebenaran melakukan kajian luar di pihak fakulti bagi membolehkan penyelidik mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk melakukan kajian di kawasan sekolah tersebut iaitu SMK Syed Mashor, Batang Kali, Hulu Selangor dan SMK Perempuan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur. Penyelidik akan meninggalkan borang 27
kaji selidik bagi membolehkan pelajar menjawab borang kaji selidik dalam keadaan selesa dan penyelidik akan mengumpulkan semula semua borang kaji selidik setelah tamat masa untuk menjawab borang kaji selidik tersebut. Hasil daripada kajian ini akan diterbitkan dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Prosedur pengumpulan data ini boleh di rujuk dalam carta aliran prosedur pengumpulan data rajah 3.7.1 RAJAH 3.7.1 CARTA ALIRAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
PENGETUA SEKOLAH
GURU/STAFF
PELAJAR
3.7.2 Kaedah Pengumpulan Data Kajian ini menggunakan data primer iaitu data yang diperolehi melalui kaji selidik ataupun kajian lapangan. Penggunaan borang kaji selidik dan focus group digunakan bagi mendapatkan data daripada respoden iaitu pelajar perempaun manakala kaedah temuramah pula digunakan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam dan terperinci. Selain daripada data primer, penyelidik juga menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Statistik Negara dan bidang keberhasilan utama negara( NKRA) dan sumber lain yang boleh dipercayai bagi membuat perbandingan serta sebagai data sokongan kepada kajian penyelidik. 28
3.7.3 Interprestasi Data Primer Data primer yang diperolehi melalui kajian lapangan iaitu melalui borang kaji selidik dan temu bual akan di analisi dengan menggunakan SPSS 12.0 bagi mendapatkan analisa yang tepat bagi kajian ini. Data yang dikumpul melalui borang kaji selidik akan dikelaskan mengikut katogeri yang ditetapkan oleh penyelidik bagi memudahkan penyelidikan memasukan data ke dalam sistem. Bagi data yang diperolehi melalui kaedah temu bual pula penyelidik akan melakukan klasifikasi data mengikut pendapat dan pandangan yang dibeikan oleh respoden. Data yang diperolehi melalui kaedah temubual ini akan digunakan bagi menyokong data borang kaji selidik. 3.7.4 Interprestasi Data Sekunder Bagi data sekunder pula, data yang diperolehi daripada laman sesawang akan ditapis dan dipastikan kesahihanya terlebih dahulu sebelum digunakan bagi menyokong data pimer. Data sekunder diperolehi melalui kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh ahli akademik yang mengkaji tingkahlkau devian dan delikuen remaja. Selain itu data sekunder yang diperolehi daripada laman sesawang PDRM, NKRA, jabatan penjara malaysia, jabatan statistik malaysia, institusi penyelidikan dan pembangunan belia dilampirkan dan di analisa seperti data primer, perbezaaan interprestasi data sekunder dan primer ialah data sekunder tidak memerlukan formula pengiraan SPSS kerana data yang diperolehi merupakan data yang telah dianalisa menggunakan sistem tertentu. Data sekunder yang diperolehi akan dihuraikan secara tafsiran data yang sedia ada bagi membantu mengukuhkan data primer. 3.8 Kaedah Kajian Kajian ini merupakan penyelidikan gunaan kerana keputusan yang diperolehi melalui kajian ini akan digunakan sebagai rujukan oleh para ahli akademik sebagai salah satu sumber penyelesaian masalah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah penyelidikan kuantitatif dan kaedah penyelidikan kualitatif. Kaedah campuran ini dipilih bagi mendapatkan data yang menyeluruh bagi kajian ini. Melalui kaedah kuantitatif, penyelidik akan dapat menjawab persoalan kajian iaitu mengapa, bagaimana, siapa dan apa. Kaedah kuantitatif digunkan bagi mendapatkan data numerik iaitu data berbentuk angka yang diterjemahkan melalui SPSS 12.0 bagi memahami dan menjelaskan sesuatu keadaan. Oleh kerana terdapat kelemahan bagi menggunakan kaedah kuantitatif maka oleh yang demikian penyelidik menggabungkan kaedah kualitatif bagi menyokong data yang diperolehi melalui kajian kuantitatif. Kaedah kuantitatif menggunkan kajian jenis tinjuan atau lebih popular dengan nama kajian servey. Dalam kajian tinjauan terdapat 2 jenis kajian tinjauan iiati kajian tinjauan cross sectional (jangka pendek) dan kajian tinjauan longitudal (kajian jangka 29
panjang). Bagi kajian tinjauan yang dilakukan oleh penyelidik, penyelidik mengggunakan kajian tinjaun jenis cross sectional oleh kerana masa kajian yang terhad. Penyelidik memilih untuk melkaukna kajian tinjauan kerana penyelidik memerlukan responden yang ramai bagi mewakili populasi tertentu dan bagi menjimatkan masa kajian tinjauan cross sectional merupakan kaedah yang terbaik boleh dilakukan. Cara pemilihan sampel yang digunakan dalam kajian ini merangkumi dua cara iaitu pemilihan sampel bersistematik dan pemilihan sampel secara rambang mudah. Bagi sampel yang dipilih melalui kaedah pemilihan sampel bersistematik ialah sampel yang telah ditetapkan had umur dan bilangan sampel oleh penyelidik. Bagi kaedah sampel ini penyelidik telah mengklasifikasikan sampel kepada beberapa bahagian iaitu sampel remaja perempuan berumur 13 hingga 18 tahun. sampel yang berumur 13-18 tahun mengikut kelompok seramai 30 orang mewakili satu kelompok umur. Bagi instrumen kajian pula, penyelidik menggunakan borang kaji selidik dan kaedah temu bual bagi mendapatkan data mentah ataupun data primer dengan menggunakan indikator faktor penyumbang, kesan tingkahlaku delinkuen dan cadangan mengatasi masalah. Bagi data yang diperolehi melalui borang kaji selidik, penyelidik menyerahkan sendiri borang kaji selidik kepada respoden dan memberi masa kepada responden untuk menjawab dan penyelidik meminta guru untuk mengutip kembali borang kaji selidik bagi pihak penyelidik. Bagi kaedah tem bual pula, penyelidik merakamkan segala jawapan yang diberikan oleh responden dengan menggunakan perakam suara dan penyelidik juga menulis jawapan yang diberikan responden di atas lampiran kertas. Kaedah kualitatif pula digunakan oleh penyelidik bagi memndapatkan pandangan responden terpilih bagi menyokong data yang diperolehi melaui kaedah kuantitatif. Penyelidik melakukan pembacaan terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan oleh ahli akademik yang lalu berkaitan dengan sosiologi manusia dan tingkahlaku manusia bagi mendapatkan data yang boleh menyokong kepada kajian penyelidik. Selain daripada kutipan data kajian lepas, penyelidik juga menjalankan temubual dengan responden terpilih bagi mendapatkan data yang terbaru dan pandangan masyarakat semasa mengenai tingkahlaku delinkuen. Sampel bagi kaedah ini dipilih dengan menggunakan cara persampelan bertujuan iaitu penyelidik mencari sampel yang bergelar guru dan kakitangan bukan akademik bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai tingkahlaku delinkuen ini. Instrumen yang digunakan oleh penyelidik bagi kaedah kualitatif ialah temu bual,
30
3.9 Kesimpulan Metadologi kajian merupakan salah satu aspek penting dalam membantu pelaksanaan kajian. Melalui metadologi kajian penyelidik akan dapat merangka dengan baik segala keperluan kajian sebelum melakukan kajian. Penyediaan instrumen kajian merupakan satu faktor penting kepada kejayaan kajian, sekiranya penyediaan instrumen kajian dilakukan sambil lewa maka data yang diperolehi akan mengalami disorder data atau kepincangan data. Pemilihan kaedah kajian samda kaedah berbentuk kuantitatif ataupun kualitatif akan menilai kebolehan seseorang penyelidik dalam menghasilkan kajian yang baik. Pemilihan kaedah yang bersesuaian akan menjimatkan masa dan kos kajian. Populasi dan sampel memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kajian, tanpa populasi dan sampel maka kajian tidak boleh dilaksanakan mengikut acuan yang disediakan oleh sesorang penyelidik. Pembentukan skop dan batasan kajian akan membantu penyelidik untuk membataskan kajian yang dilakukan supaya dapat menjaga ketulenan data dan tidak melanggar peraturanperaturan serta adab-adab dalam kajian.
31