Anda di halaman 1dari 7

Apa dia bahan pengajaran?

Bahan pengajaran ialah perisian yang boleh digunakan oleh guru secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penggunaan bahan pengajaran adalah untuk mengekalkan penumpuan para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, di samping memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran mereka. Apabila kita memperkatakan tentang bahan pengajaran, apa yang kita ketahui, lazimnya guru-guru sering menggunakan bahan-bahan daripada buku-buku teks yang sedia ada daripada Kementerian Pendidikan. Melihat dari segi logika, bahan-bahan pengajaran sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja, malahan terdapat pelbagai jenis peralatan atau sumber yang lebih baik dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Terdapat dua jenis peralatan yang boleh digunakan iaitu bahan pengajaran berbentuk elektronik dan bahan pengajaran yang bukan elektronik. Contoh bagi bahan pengajaran elektronik ialah seperti radio, televisyen, slaid, video dan yang seumpamanya. Bahan pengajaran yang bukan elektronik pula ialah seperti model hidup, gambar, carta dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293): The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."

PROSES PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN Peringkat seterusnya ialah peringkat pembinaan bahan-bahan pengajaran. Setelah guru selesai memilih dan mengolah bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu memberikan penekanan terhadap beberapa aspek yang berkaitan dengan pembinaan bahan-bahan pengajaran. Antaranya adalah seperti berikut:

A .Bentuk dan fungsi Apa dia bentuk-bentuk bahasa? Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan wacana. Manakala fungsi pula merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Oleh yang demikian, bahan-bahan pengajaran perlulah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa kerana ia dapat menyatakan maksud dan fungsi. Tanpa bentuk-bentuk komunikasi, verbal tidak akan berlaku. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian untuk membolehkan pelajar mengenal dan menggunakan bahasa dengan betul b. Ketepatan Ketepatan di sini merujuk kepada ketepatan bahasa yang digunakan, terutama sekali yang berhubung dengan fungsi dan konteks sosial. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerapkan situasi sosial dan kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu. c. Kepelbagaian Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar terhadap variasi-variasi bahasa membolehkan pelajar memilih variasi yang bersesuai dengan konteks dan situasi yang tertentu. d. Kemahiran bahasa Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran mendengar dan membaca dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Keempat-empat kemahiran ini perlu dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kesemua kemahiran ini perlu digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-

bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaranuntuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dankemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yangabstrak dengan lebih jelas. Kemahiran Lisan Kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Aspek-aspek Pertuturan Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut; Sebutan, Tekanan, Mora ( panjang pendek), Jeda ( persendian), Intonasi, Nada, Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan dan Laras Bahasa.

TEKNIK PENGAJARAN LISAN Diantara teknik mengajar bahasa secara lisan ialah bercerita, berbual, menyanyi, lakonan, boneka, main peranan, berbincang, dan berbahas.

LATIH TUBI LISAN Aspek sebutan Aspek struktur

Contoh Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Lisan KAD CERITA KANAK-KANAK

BONEKA

Aktiviti Pengamatan

KEMAHIRAN MEMBACA Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang- lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

JENIS PERINGKAT MEMBACA Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu; Bacaan mekanis (bersuara) Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman) Bacaan intensif (mendalam) Bacaan ekstensif (meluas)

Sudut Bacaan

Kad Tetingkap

Contoh Bahan Bacaan Pemulihan

Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tandabaca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas.

Kemahiran Menulis Secara Mekanis Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan.

Kemahiran Menulis Mentalis. Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan- latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap

KONSEP PEMULIHAN TULISAN Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dijalankan, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini dinamakan sebagai saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dandiasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada dalam bidang membaca, menulis atau mengira. Langkah diagnosis akan memberi petunjukkepada guru mengenai langkah- langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. Kaedah Pengajaran Pemulihan Tulisan Latihan dan pengukuhan - Guru sebagai model dalam menyalin tulisan. Kad dan lembaran kerja bertulis. Memegang pensil dengan semua jari dan gerak dari arah kanan ke kiri.

CONTOH-CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR PEMULIHAN MENULIS

Masalah dalam Tulisan dan cara Membimbing Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Lambat Arah tulisan yang tidak betul Terlalu jarak atau terlalu dekat Bercelaru Senget Terlalu menekan ketika menulis Tulisan yang berlapis-lapis.

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas. Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel. Selain daripada itu, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru erlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

RUJUKAN

Pendekatan Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. (Ketrampilan Bahasa). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6. (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya dan Masyarakat Malaysia). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS. Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai