Anda di halaman 1dari 16

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ( SMP KHAS ) SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011

HBEF 1503 Masyarakat Dan tamadun

NAMA NO.MATRIKULASI NO.KAD PENGENALAN NO.TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: JULIAH BINTI SIDIK : 711222015314001 : 711222 -01-5314 : 012 7501894 : juliahsidik@gmail.com : J03 BATU PAHAT

Pengenalan tentang tamadun dan budaya


1

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Tamadun manusia bermula sejak zaman prasejarah yang dikenali sebagai tamadun purba hingga kini. Tamadun manusia yang terawal telah dikenal pasti pada Zaman Prasejarah Akhir iaitu Empayar Mesopotamia.Sejarah Mesopotamia kuno bermula sekitar 5300 SM dan berakhir dalam abad ke-6 Sebelum Masihi. Tamadun tamadun besar dunia yang dibincangkan secara am ini dimiliki oleh pelbagai bangsa.Tentunya terdapat pelbagai budaya di dalamnya.Warisan budaya tamadun terdahulu ini telah meninggalkan impak yang besar terhadap ketamadunan kehidupan moden. Definisi dan konsep budaya Kebiasaannya masyarakat menganggap budaya adalah hal-hal yang berkaitan dengan kesenian.Konsep budaya dalam pengajian antropologi adalah berkaitan dengan perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemerhatian, pembelajaran seterusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian sehingga diterima pakai oleh sesebuah masyarakat. Dalam bahasa Melayu perkataan budaya itu berasal daripada perkataan budi,dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud akal.Dalam intepretasi lain budaya itu adalah pecahan daripada rangkaian budi dan daya.Ianya membawa maksud cipta rasa penggunaan fikiran manusia . Kamus Dewan edisi ke empat,menyatakan budaya sebagai tamadun atau peradaban.Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau cara berfikir dan berkelakuan. Sarjana antropologi barat seperti E.B. Tylor mendefinasikan budaya sebagai suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan , kepercayaan, seni, tatasusila,serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Budayawan Malaysia pula mendefinisikan budaya seperti berikut : Budaya merujuk kepada segala prinsip, peraturan dan struktur, kod,nilai, norma, dan seumpamanya yang mendasari kelakuan manusia. (Hashim Awang ) moden. Ianya menjadi tonggak dan nadi

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Budaya sebagai satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan kompleks yang merangkumi semua lapangan kehidupan dan sama ada mudah atau kompleksnya bidang-bidang itu kepada tingkat perkembangan kemajuan dan perubahan yang dilalui oleh masyarakat itu sendiri. ( A.Aziz Deraman ) Kesimpulkandaripada definisi budaya yang dinyatakan di atas ialah budaya merupakan cara hidup yang dikongsi bersama dalam sebuah masyarakat yang merangkumi aspek-aspek nilai , kepercayaan , kesenian, dan adat resam yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.sebagai insan sosial kita tidak dapat lari daripada pengaruh budaya sehinggakan budaya itu meresap dalam diri. Konsep dan definisi tamadun Setelah kita meneliti definisi budaya marilah kita perhalusi apakah yang dimaksudkan dengan definisi dan konsep tamadun. Sebenarnya tamadun dan budaya tidak dapat dipisahkan.Berkembangnya tamadun adalah seiring dengan budaya. Perkataan tamadun berasal dari perkataan bahasa Arab. Antara istilah-istilah tersebut ialah madani,tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Kamus Dewan edisi ke empat menyatakan tamadun sebagai suatu keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran , sosial, budaya,politik yang tinggi peradabannya. Menurut Arnold Toynbee menjelaskan tamadun dibina berdasarkan kepada pembinaan tamadun sedia ada yang dilihat sebagai satu proses kemajuan dari satu keadaan yang mudah kepada ketinggian status manusia dalam pelbagai bidang.

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Manakala Islam memberi definisi yang berbeza mengenai tamadun.Prof.Syed Naquib AlAttas telah mentafsirkan tamadun Islam sebagai suatu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Manakala Hadarah pula membawa maksud satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Daripada pelbagai definisi yang diberi kepada istilah tamadun walaupun nampak berbeza, namun intipati istilah itu membawa maksud yang sama.Ianya jelas menunjukkan saling berkait di antara satu sama lain.Konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral. Oleh itu secara keseluruhannya tamadun membawa maksud kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk material atau spiritual. Fungsi Budaya Budaya mel;iputi satu konsep yang amat luas.Budaya dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota masyarakatnya.Perlakuan mamusia didorong oleh berbagai-bagai aspek lain seperti norma.nilai,peraturan,adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Fungsi budaya yang akan dibincangkan dalam konteks ini adalah berkisar tentang budaya masyarakat di Malaysia.Dengan menekankan prinsip bahawa budaya itu dicipta oleh manusia, maka budaya itu amat diperlukan oleh manusia dalam kehidupan masyarakat itu sendiri dalam kehidupan sehariannya. Fungsi-fungsi budaya yang akan dibincangkan di sini ialah : i. Memenuhi dan menyediakan keperluan. ii.Budaya merupakan agen perpaduan iii.Budaya membentuk identiti kaum iv.Budaya sebagai pemangkin ekonomi Negara

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

i. Budaya memenuhi dan menyediakan keperluan Semua manusia di muka bumi ini memerlukan keperluan asas seperti makanan , tempat tinggal, pakaian dan keperluan harian. Dewasa kini, keperluan asas perlu dicari dengan cara bekerja. Manusia berlumba-lumba dalam semua bidang pekerjaan untuk mendapat impak yang lumayan. Dalam apa-apa juga bidang, tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.Oleh itu setiap orang atau pekerja perlu mempunyai budaya kerja yang cemerlang.Budaya ini membentuk pemikiran , sikap , dan disiplin dalam bekerja.Nilai-nilai positif yang telah dibudayakan dalam diri itu dengan sendirinya akan membentuk sikap pekerja yang mementingkan kualiti dan semangat berpasukan terhadap tugas yang dipikul.Lantaran itu kuantiti dan kualiti dapat ditingkatkan manakala kos dan masa dapat dijimatkan. Budaya kerja cemerlang ini telah diamalkan oleh negara negara seperti Jepun dan Korea Selatan yang lebih dahulu mencapai kemodenan .Malaysia telah mencontohi negara negara berkenaan melalui Dasar Pandang Ke Timur yang telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Mahathir b. Mohamed.. Pada ketika itu Malaysia mula mengorak langkah menuju negara membangun.Beliau telah menumpukan kepada tiga bidang utama iaitu perubahan struktur antaranya memperkenalkan kad perakam waktu, tanda nama dan kumpulan meningkatkan mutu kerja, perubahan sikap dengan menerapkan konsep bersih cekap dan amanah , perkhidmatan cemerlang dan mengadakan program latihan. Impak daripada dasar tersebut kini kualiti dan mutu kerja rakyat negara ini telah dipertingkatkan memandangkan peri pentingnya kualiti sesuatu produk sebelum menembusi pasaran global. Kenyataan ini telah ditegaskan oleh Tun Mahathir bahawa kualiti adalah suatu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja.apabila kita mencapai kualiti , ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar. Impak daripada peningkatan budaya kerja cemerlang contohnya kini, Malaysia mampu menghasilkan kenderaan sendiri seperti kereta nasional seperti Proton Waja dan Inspira.

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Sumber :isuisumalaysia.blogspot.com

ii.Budaya sebagai agen perpaduan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Peristiwa 13 Mei 1969 dan darurat merupakan suatu pengalaman pahit yang amat memberi kesan di jiwa rakyat.Para pemimpin telah mengambil iktibar daripada peristiwa itu.Dari situ maka lahirlah Dasar Ekonomi Baru, gagasan Rukun Negara, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Idea-idea tersebut merupakan menifestasi terhadap kesungguhan kerajaan dalam usaha menyuburkan perpaduan antara kaum. Dalam konteks ini kita menyorot lebih utama kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Objektif dasar ini ialah: (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. satu

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Unsur-unsur kebudayaan setiap kaum yang sesuai wajar diterima sebagai suatu yang dinamik. Prinsip perkongsian budaya yang dapat mengukuhkan ikatan perpaduan rakyat dilihat dari beberapa aspek seperti: a) Rumah terbuka Malaysia b) Gagasan 1 Malaysia
6

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

a) Rumah Terbuka Malaysia Budaya rumah terbuka semasa musim perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Gawai dan Deepavali dulunya hanya hanya amalan menjamu sahabat handai dan di adakan di rumah secara individu. Kini, dalam memperkukuhkan lagi erti perpaduan budaya rumah terbuka itu telah diluaskan konteksnya oleh pihak kerajaan hingga wujudnya Majlis Rumah Terbuka Malaysia. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama negara. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni. Biasanya rumah terbuka disambut di padang atau dalam dewan. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Ia juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.Kenyataan ini disokong dengan pendapat Mantan Menteri Kebudayaan , kesenian dan pelancongan Malaysia, katanya.. Soal perpaduan kaum di negara kita ini tidak boleh diserahkan kepada nasib semata-mata. Oleh itu, dalam semua usaha pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan, aspek perpaduan kaum sentiasa diutamakan. Dalam hubungan ini, sukacita saya menyatakan bahawa mulai tahun 2001 ini pihak Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menjadikan enam perayaan kaum yang utama di negara ini sebagai perayaanperayaan nasional.Perayaan-perayaan tersebut adalah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. (Dato Abdul Kadir b. Hj Sheikh Fadzir) Amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang,
7

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

ns.gov.my

utusan.com.my

Budaya dikongsi perpaduan dihargai,rakyat Malaysia hidup harmoni.

b) Gagasan 1Malaysia Budaya itu sendiri bersifat integratif dan saling berubah dari masa ke semasa.Perubahan itu melalui dua proses iaitu difusi dan inovasi.Inovasi merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat. Gagasan 1Malaysia merupakan inovasi budaya yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB DatoSeri Najib Tun Abd.Razak.Tujuan gagasan itu untuk memupuk perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yang mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional . Nilai-nilai inclusive diterapkan dalam masyarakat Malaysia dalam membina sebuah negara Malaysia.

iii) Budaya sebagai pengenalan identiti.


8

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai ras dan etnik.Melayu , Cina dan India merupakan tiga kumpulan etnik yang terbesar di samping etnik Sabah dan Sarawak.Kepelbagaian ini mempersembahkan kepelbagaian budaya yang berbeza di antara kaum .Perbezaan budaya dapat menyerlahkan identiti sesuatu kaum tersebut.Di antara keunggulan identiti itu ditonjolkan daripada aspek berikut: a) pakaian b) makanan a) Pakaian Setiap bangsa mempunyai pakaian tradisional yang berbeza-beza.Orang Melayu megah dengan baju Melayu, baju kurung , kebaya ,songket , dan batik. Orang Cina pula boleh berbangga dengan pakaian tradisionalnya seperti ceongsam ,dan samfu. Manakala sari , kutta dan sarong merupakan pakaian tradisional etnik India.Tidak ketinggalan juga bumiputera Sabah dan Sarawak terkenal dengan perhiasan manik dan kain pua kumbu.

zainoorainjamil.blogspot.com pusatsumberskbangsar.blogspot.com

Gambar menunjukkan pakaian tradisional rakyat Malaysia yang menonjolkan identiti sesuatu kaum. Bukan sahaja masyarakat Malaysia yang masih mengekalkan pakaian tradisional malahan negara negara lain seperti Jepun dan Arab Saudi juga masih menonjolkan identiti bangsanya melalui pakaian. Kimono merupakan identiti wanita Jepun , manakala jubah dan serban adalah identiti pakaian lelaki Arab. Ciri-ciri budaya itu sendiri bersifat berubah-ubah dan berlakunya asimilasi. Asimilasi budaya dalam berpakaian telah berlaku dalam masyarakat Malaysia kesan dari penjajahan kuasa Barat dan
9

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

kedatangan migrant contohnya dari Arab. Kini rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama lebih selesa berkemeja dan berseluar bagi orang lelaki ketika bekerja , manakala wanitanya berbaju kurung atau memakai skirt dan blouse..Jubah yang menjadi pakaian tradisi masyarakat Timur Tengah juga telah diterima sebagai sebahagian pakaian masyarakat Islam di negara ini. b) Makanan Negara Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan kerana masyarakatnya terdiri daripada himpunan pelbagai etnik dan sub-etnik.Bazar Ramadhan merupakan contoh terbaik bagi pusat himpunan makanan yang diolah dari resepi tradisional hinggalah menu masakan moden dari resepi pelbagai etnik yang telah menjadi hidangan Malaysia. Di sini dinyatakan serba ringkas jenis-jenis makanan tradisional yang menjadi lambang kemegahan kaum dan sub-etnik negara ini. Masyarakat kaum Kadazan Dusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum itu ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun. Kaum Cina di Malaysia masih mengekalkan tradisi ini hingga ianya menjadi identiti kaum tersebut.Selain kuih tradisional , identiti masyarakat Cina dapat dilihat daripada penyediaan makanan harian.Kaum Cina lebih sinonim dengan hidangan berasaskan sup .Bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain.Contohnya yong tau foo, char koay teow,dan dim sum . Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Sumber:safafatin96.blogspot.com
10

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Kuih Bulan dan sup merupakan makanan tradisi masyarakat Cina. Hidangan kuih-muih dan lauk pauk orang Melayu mempamerkan kualiti kulinari dari himpunan resepi masyarakat Melayu dari seluruh pelosok negeri di Malaysia.Nasi merupakan makanan utama diserikan dengan ulam-ulaman dan pelbagai lauk-pauk.Lauk-pauk popular orang Melayu seperti asam pedas , masak lemak cili padi, gulai tempoyak dan sayur masak lemak.Hidangan ini tidak lengkap tanpa sambal belacan , cincaluk , dan sambal tempoyak. Ketupat , lontong,rendang , dodol dan wajik juga masih popular hingga kini .

Sumber:bmmdnazri.blogspot.com Nasi lemak digemari oleh semua lapisan masyarakat. Roti canai,capatti, puri dan dhal antara jenis makanan tradisional masyarakat India di Malaysia.Hidangan ini berasaskan kari dan rempah ratus yang digiling sebagai penyedap rasa .Maruku , wade, dan suji merupakan kuih tradisi yang menjadi hidangan istimewa semasa menyambut hari perayaan seperti Deepavali dan Pongal.

Sumber: classiqueredberry.blogspot.com Roti canai enak dicicah dengan dhal atau kari.
11

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Namun begitu, sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan sehingga menjadi Hidangan Malaysia. Fenomena ini berasaskan dengan ciri-ciri budaya itu bersifat dikongsi.Contohnya nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.Roti canai dan nasi lemak juga dikongsi oleh semua kaum di Malaysia.Kini orang Melayu mahir menebar roti canai dan orang Cina mahir membuat nasi lemak. Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat . Justru itu terdapat juga restoran makanan segera yang menjadi tumpuan masyarakat seperti Restoran McDonald dan KFC atau Kentucky Fried Chicken. Fenomena ini merupakan kesan asimilasi budaya Barat yang telah meresap dan diterima masyarakat.

iv. Budaya sebagai pemangkin ekonomi negara Kerajaan Malaysia menyedari akan pentingnya industri pelancongan itu sebagai sumber ekonomi negara. Di samping dapat meningkatkan kegiatan ekonomi, industri pelancongan ini juga dapat mendorongkan penduduk tempatan terus menumpukan kepada kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan budaya tradisi. Dalam keadaan ini, kerajaan dapat melahirkan dua kepentingan dengan mempergiatkan industri pelancongan ini, iaitu di samping sebagai kegiatan ekonomi, negara juga dapat terus menonjolkan budaya tradisi sebagai usaha melambangkan identiti negara atau dengan kata-kata lain dapat terus mengembangkan identiti negara dalam konteks budaya kebangsaan. Bagi mencapai tujuan itu kerajaan telah menggabungkan kegiatan kebudayaan dan pelancongan di bawah satu bumbung iaitu Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan.
12

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Industri pelancongan dapat memberikan perhatian kepada warisan budaya rakyat tradisi yang masih kedapatan di negara ini sebagai bahan promosi untuk menarik para pelancong, terutama pelancongpelancong luar negeri. Kumpulan-kumpulan kesenian selalu dihantar ke luar negeri dengan tujuan menjual Malaysia kepada orang-orang luar. Kesenian yang selalu dipersembahkan kepada pelancong dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: i. seni suara ii. seni gerak iii. seni rupa iv. permainan tradisional . Seni gerak merupakan cabang seni yang banyak dipersembahkan di khalayak umum bertujuan untuk tontonan umum.Contoh seni gerak yang popular ialah tarian zapin, tarian naga, tarian bhangra, India Natyam, tarian sewang dan tarian ngajat. Drama juga merupakan seni gerak.Drama tradisi masyarakat Malaysia yang popular seperti makyung, opera, menorah dan wayang kulit. Tarian naga dan tarian singa merupakan warisan kaum Cina.Ianya dipersembahkan semasa Sambutan Tahun Baru Cina.Persembahannya diadakan di kawasan terbuka seperti di bandar-bandar , pekan dan di kawasan perumahan.Selain tarian naga yang ada kaitan dengan hari perayaan , tarian ngajat juga ditarikan semasa musim perayaan juga iaitu sambutan Hari Gawai.Tarian bhangra dari keturunan India bersifat lebik klasik. Ianya dipersembahkan di lantai dewan.Tanpa meminggirkan budaya dari kaum asli ,tarian sewang juga telah diketengahkan dan dijadikan tontonan umum .

13

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

warisanmelayujohor.blogspot.com

sinuihik.blogspot.com

Zapin dan sewang merupakan warisan budaya yang menjadi tarikan pelancong. Selain daripada seni tari, Malaysia juga kaya dengan seni rupa tradisi seperti kraftangan, seni tembikar , anyaman , tekatan , seni batik ,seni tenun dan seni tembaga.Produk ini dihasilkan bertujuan sebagai barang cenderamata yang dijual kepada pelancong untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia.Dengan sifatnya sebagai serampang dua mata, industri kecil dapat diwujudkan sekaligus membantu rakyat tempatan menjana pendapatan. Permainan tradisi seperti gasing , layang-layang dan wau, congkak dan sepak raga merupakan salah satu produk yang mampu menjadi tarikan pelancong. Bukti yang baik dapat dilihat dengan adanya festival Layang-Layang Sedunia yang diadakan saban tahun bertempat di Bukit Layang-Layang , Pasir Gudang, Johor.Festival ini telah disertai oleh lebih daripada 20 buah negara di dunia.Kenyataan ini bersandarkan kata-kata Yang dipertua majlis Perbandaran Pasir Gudang dipetik , pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan penganjuran festival tahun ini mendapat sambutan hangat pengunjung dari dalam dan luar negara.Festival tahun lalu, kategori antarabangsa hanya disertai 11 negara dengan 25 peserta berbanding pesta kali ini yang menyaksikan penyertaan 30 negara membabitkan lebih 200 peserta. ( A. Rahim Nin ) Penglibatan yang menggalakkan daripada pelbagai negara ini tentunya menarik perhatian warganya untuk berkunjung ke Malaysia.Kedatangan pelancong menggalakkan pengaliran masuk mata wang asing ke negara ini.
14

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Keunikan Malaysia dengan himpunan pelbagai budaya ini terjalin dalam suasana yang harmoni dan aman.Malahan ianya telah menjadi kebanggaan setiap rakyat seperti mana yang diujarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya semasa merasmikan Karnival Merdeka 2011 di Tun Razak Reasearch Centre di Brickendonbury, London . "Ini menunjukkan bahawa perbezaan budaya dan agama di negara kita tidak pernah menghalang rakyatnya daripada mengecapi keamanan dan keharmonian. Malah, kepelbagaian budaya inilah yang merupakan kebanggaan dan kemegahan yang sering kita pamerkan kepada masyarakat dunia," ( Tan Seri Muhyiddin Yassin )

Penutup Melihat kepada fungsi budaya yang amat menguntungkan negara adalah dicadangkan agar warisan seni dan budaya ini terus dipelihara walaupun zaman terus berubah meniti arus kemodenan.Biarlah bak kata pepatah Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan budaya ini terus dipelihara agar generasi akan datang mendapat manafaat daripadanya. (2951 perkataan )

Bibliografi Abdul Samad Ahmad ( 1990 ), Seni Kehidupan dan Masyarakat, Melaka:Associated Educational Distributors. A.Aziz Deraman (1975 ),Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur:Kementerian Belia Dan Sukan Azhar Hj. Mad.Aros (2004 ),Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( TITAS ) Kertas 1 dan 2, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
15

HBEF 1503 711222015314001 SMP KHAS

Kamus Dewan edisi keempat (2005),Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamed Yusoff Ismail,Hazidi Abdul Hamid,Sarjit Singh ( 2011 ),Masyarakat dan Tamadun,Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Rujukan Maya Festival layang-layang sedunia bermula (17.2.2011 ) dicapai pada 31.10.2011 dari http://www.iskandarmalaysia.com.my/news/110217/Festival-layang-layang-Sedunia-bermula http://www.bharian.com.my/articles/KepelbagaianbudayadanagamasumberkekuatanMalaysia/Artic Norani Sidek (2005 ),Pembudayaan Makanan Malaysia, dicapai pada 28.10.2011 dari: http://9-ofus.blogspot.com/2010/09/sumbangan-makanan-segera-terhadap.html

Perpaduan kaum penting dalam mencorak budaya bangsa dicapai pada 15.10.2011 dari http://utusan- malaysia-online.com Portal Rasmi Kerajaan Johor, dicapai pada 1.11.2011 dari http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/tarian-tradisional Rumah Terbuka Nasional ( 26.4.2001 ) dicapai pada 18.10.2011 dari http://www.sabah.org.my/mpgaya/government/parlimen/qa/2001/mac/rumah_terbuka_nasional.htm

16

Anda mungkin juga menyukai