Anda di halaman 1dari 3

Kompetensi kecerdasan emosi ialah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain

serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik.Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.Kompetensi kecerdasan emosi mempunyai dua komponen iaitu kompetensi personal dan kompetensi sosial. Didalam kompentesi personal, ia mempunyai tiga elemen iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan diri dan motivasi kendiri. Manakala di dalam kompetensi sosial, terdapat dua elemen utama iaitu kesedaran sosial(empati) dan kemahiran sosial. Kesedaran kendiri bermaksud seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Masalah seperti senior belasah junior berkait rapat dengan subkompetensi ini. Mereka tidak dapat mentafsir emosi mereka dan tidak memikirkan kesan yang akan menimpa mereka setelah mereka membelasah junior mereka. Jika individu terbabit mempunyai subkompetensi ini biasanya dia sedar akan emosi yang dirasakan dan sebabnya dan sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan. Mereka juga akan sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri. Ini akan membuatkan mereka akan menjadi reflektif dan boleh belajar daripada pengalaman. Untuk memahami subkompetensi ini, pendedahan mengenai kesedaran kendiri perlu diperbanyakkan. Guru kaunseling juga perlu memberi penerangan yang berkesan mengenai kesedaran kendiri ini. Di samping itu, pelajar juga perlu sentiasa muhasabah diri sendiri dan berfikir dengan teliti sebelum melakukan sesuatu tindakan. Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari segi kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Tiap tiap aspek didalam komponen ini mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi khususnya. Kawalan kendiri amat penting bagi mengatasi masalah yang berlaku di kalangan guru dan pelajar. Hal ini kerana individu itu akan dapat menguruskan emosi yang destruktif. Contohnya sebagai seorang guru, mereka perlu mengurus emosi negatif dengan baik serta tenang semasa tertekan, Mereka juga perlu berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan. Jika kita merujuk kepada petikan Pelajar cedera dakwa di tumbuk guru, kita dapat lihat bahawa guru tersebut lemah dari segi kawalan kendiri. Kawalan kendiri boleh di pupuk sekiranya guru tersebut berkongsi masalah dengan kawan ataupun kaunseling. Jadi, masalah ataupun tekanan yang di alami oleh guru tersebut boleh di kawal dan dapat bertindak dengan lebih relevan.

Amanah juga termasuk dalam subkompetensi pengurusan kawalan kendiri. Ini bererti seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Laporan akhbar yang menyentuh tentang kesalahan rasuah seorang guru cemerlang amat memalukan. Sepatutnya, seorang guru perlu bertindak secara beretika, membina keyakinan melalui kepercayaan serta menunjukkan akhlak yang baik. Bagi mengelakkan kejadian ini berulang, iman yang mantap perlu diterapkan dalam kalangan guru melalui aktiviti kerohanian. Seorang guru itu juga perlu ikhlas dalam pekerjaan serta tidak terlalu mengejar kemewahan dan ingati tanggungjawab mereka terhadap negara iaitu mendidik generasi merdeka yang mempunyai minda kelas pertama. Keratan akhbar yang bertajuk buat kecoh sebab guru lelaki bengis berkait rapat dengan inovasi yang terdapat dalam subkompetensi pengurusan kawalan kendiri iaitu seseorang itu sentiasa berfikir dan menerima idea-idea baru. Bagi mengatasi masalah yang di laporkan dalam akhbar berkenaan, guru perlulah mencari pendekatan yang di sukai pelajar dalam menangani masalah disiplin. Guru berkenaan juga perlu mendalami ilmu yang berkaitan psikologi remaja. Masalah salah laku yang menular dalam kalangan pelajar dan guru juga boleh diatasi dengan pendekatan secara kompetensi sosial. Kompetensi sosial mempunyai dua subkomponen iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Bagi mengatasi masalah tersebut melalui kompetensi sosial, kita boleh menggunakan pendekatan sub komponen yang pertama iaitu kesedaran sosial. Kesedaran sosial memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti empati, oreantasi khidmat, mengembangkan orang lain, melayani kepelbagaian dan kesedaran politik. Empati bermaksud memahami klien kita dan rakan rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka. Laporan akhbar yang bertajuk 17 pelajar pusat latihan menagih berkait dengan elemen empati ini. Antara punca pelajar menagih ialah kurang perhatian di samping masalah keluarga. Oleh hal demikian, bagi menangani masalah ini, seorang guru itu perlu peka terhadap perubahan pelajar, memahami masalah mereka serta menjadi pendengar untuk mereka berkongsi masalah. Keprihatian guru terhadap pelajar seperti ini akan mengelakkan mereka kepada najis dadah. Sub komponen bagi kompetensi sosial ialah kemahiran sosial. Melalui pendekatan kemahiran sosial juga masalah masalah laku dalam kalangan pelajar dan guru juga dapat diatasi. Kemahiran sosial bererti sesuatu individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, menyemai dan

mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama dan keupayaan berpasukan. Masalah salah laku dalam kalangan pelajar boleh di atasi menggunakanpengaruh. Seseorang guru perlu menggunakan pengaruhnya bagi menarik pelajar supaya tidak terlibat dalam gejala sosial seperti dadah. Guru juga boleh menggunakan sahabat baik pelajar untuk menasihati seseorang pelajar kerana kebiasaannya pelajar lebih cenderung untuk dipengaruhi oleh sahabat berbanding guru. Komunikasi merupakan salah satu perkara yang terpenting bagi mengatasi masalah salah laku di kalangan pelajar dan guru. komunikasi yang salah akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kes-kes seperti senior belasah junior dan pelajar cedera dakwa di tumbuk guru berpunca daripada masalah komunikasi. Bagi masalah ini, sesorang individu itu perlulah bertolak ansur, menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan serta memupuk komunikasi berkesan. Pengurusan konflik bermaksud individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan perselisihan. Masalah masalah salah laku pelajar dan guru biasanya terjadi kerana lemah dari segi pengurusan konflik. Bagi mengatasinya, kita perlu mempunyai diplomasi dalam menyelesaikan masalah, menggalakkan perbincangan dan mewujudkan penyelesaian menang-menang ( win win situation ).

Anda mungkin juga menyukai