Anda di halaman 1dari 27

Penghargaan Assalamualaikum Alhamdulillah ,saya melafazkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, dapat saya meneruskan

kehidupan sehingga pada saat ini. Saya bersyukur kerana dengan izin Allah, saya dipermudahkan untuk menyelesaikan

tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya dan dalam tempoh yang ditetapkan. Di sini , saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan,

panduan,material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan buat pensyarah bimbingan, Encik Mohd Zamri bin Mohd Akhir kerana telah menjadi sumber rujukan utama kepada saya dalam

menyiapkan kerja kursus yang telah di pertangungjawabkan ini. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ayahanda dan ibunda saya atas kata-kata semangat yang tida pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersama-sama membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik mereka. Sekali pena melirik, serumpun bicara, seuntai madah penghargaan buat pensyarah-pensyarah lain di Jabatan Pengajian Melayu, yang menjadi perintis bergabung tenaga menjana pendapat dan idea mengenai tajuk yang telah ditugaskan. Dengan terhasilnya tugasan yang telah diamanahkan ini, diharapkan semoga benih-benih ilmu yang di tanam dalam helaian tugasan ini bercambah sebagai pohonan rimbun yang mampu memayungi seluruh umat manusia pada masa akan datang. Akhir kalam, penutup bicara, penyudah kata, kalungan terima kasih kepada pihak lain yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam proses

penyempurnaan tugasan ini.

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan

: ..........................................

Nama

:Muhammad Fakhruddin Bin Bakri

Tarikh

:...........................................

HALAMAN JUDUL

Literasi Bahasa (WAJ 3104)

JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Pengenalan

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam pendidikan Malaysia penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) amat di pentingkan pada peringkat awal. Ini membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Prabacaan dijalankan untuk murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan murid-murid yang belum menguasai tiga kemahiran ini.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat serta gaya belajar individu murid itu sendiri mengakibatkan ada segelintir murid lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding dengan rakan sebayanya. Melalui prabacaan keperluan-

keperluan murid berpencapaian rendah dapat di penuhi untuk mengharungi masa depan mereka.

Membaca merupakan kemahiran yang paling di utamakan dalam prabacaan. Pada masa dahulu membaca merupakan kemahiran yang memindahkan tulisan kepada suara semata-mata. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripadda itu difikirkan tentu mengerti apa yang dituturkannya.

Mengikut

fahaman

sekarang

membaca

itu

bukanlah

bermakna

memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan

kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung sebagai pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

Tulisan juga amat penting dalam 3M. Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan merupakan satu alat untuk melahirkan buah fikiran, perasaan dan minda mereka. Seseorang individu akan dapat menghayati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisan. Oleh itu, pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.

Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.

Prabacaan

Pada masa kini terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara tidak boleh membaca ini berlaku. Mungkin kesediaan murid-murid untuk membaca tidak dititik beratkan pada awal alam persekolahan.

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan).

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.

Oleh yang demikian,

kaedah bacaan Bahasa Melayu di peringkat awal

(Darjah 1 atau 2), harus perlu digubal dengan cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan untuk mencari penyelesaian masalah tidak menguasai kemahiran ini. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guruguru kita kaedah abjad , kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah eklektik dan sebagainya.

Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca.

Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ilmu pengetahuan, mesej moral, dan sebagainya.

Prabacaan

Pengamatan Penglihatan

Pengamatan Pendengaran

Pergerakan Tangan dan Mata

Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar

Laksanakan Latihan

Konsep Pengamatan Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971).

Menerima Rangsangan

Bertindak Balas (Respon)

Merakam Maklumat

Memproses Maklumat

Proses Pengamatan Janet W. Leaner

Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna kepadatugastugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang

berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002).

Penerimaan

Proses Data

Tindak Balas

Proses Pengamatan Noresah Baharom et al. Komponen dan Bentuk Pengamatan Berikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan. I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi motor dan visual-kinestetik) II. Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visual-

visual-pendengaran) III. Pergerakan tangan dan mata.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun Bahan Aktiviti Murid adukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan. gambar benda maujud yang sama jenis, : : Pelbagai gambar kereta, warna baju, dan saiz.

lain-lain.

Murid melaksanakan gambar yang telah dicampur

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan :Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.

Aktiviti Guru/Murid : 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidu sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1

Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan : Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan : Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik,

angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti Guru/Murid: 1. 2. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.

Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan

jenis bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan : Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan : Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model

tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Kaedah membaca

Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. Kemahiran 3M adalah alat asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita

memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan.

Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal. Antaranya ialah:Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,chingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya.

Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata ba tu, ka ki dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Selepas itu latihan menulis ayat-ayat pendek diberikan. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .

Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan

menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.

Kaedah asas membaca paling tua (Zaman Greek & Rom) Habis masa eja perkataan. Dimulai pengenalan huruf dan bunyi.

KONSEP
Melambatkan pemahaman. Cantuman huruf dan bunyi suku kata. Pengajaran wacana setelah tahu bunyi bacaan dalam ayat.

Cara Perlaksanaan

Perkenal huruf a-z

Latihan menulis setiap huruf dalam buku.

Kegagalan murid kenal huruf ikut susunan murid tidak boleh membaca. Menghafal nama huruf sebelum ke peringkat seterusnya.

Hafal huruf vokal & konsonan

Kaitkan gambar dgn huruf.

BM Konsonan + Vokal=Bunyi (ba, be, bi, bo dan bu)

Eja suku kata dalam perkataan.

Bunyi-bunyi disambung jadi suku kata (ba+tu=batu)

Mesti kenal huruf ikut susunan dahulu sebelum membaca. (Ajar lagu ABC)

Kelebihan Kaedah Abjad. Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu. Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat membaca perkataan baharu. Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca. Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.

Kaedah Abjad
Kelemahan Kaedah Abjad. Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahaminya. Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja. Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang kali dalam bilik darjah. Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang penghayatan.

Sebut nama huruf besar/huruf kecil A-Z/az.

Eja dan sebut frasa dengan kuat. Cth: buku+biru=buk u biru.

CONTOH AKTIVITI

Sebut suku kata yang ditulis atas kad perkataan. Cth: a + da

Eja kemudian sebut suku kata. Cth: ma+ta=mata

Aktiviti-aktiviti Prabacaan

Aktiviti Peringkat Prabacaan Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf. Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan. Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan. Membaca perkataan bergambar. Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan gambar. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan. Mengeja perkataan dan membaca ayat Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan yang diberi. Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi. Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan. Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah. Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan. Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan

Pratulisan

Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

1) Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah

bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut: Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lainlain 2) Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. 3) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. 4) Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Setelah kanak-kanak melalui proses pratulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada muridmurid. Sebagai-permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan

membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat : Kemahiran mengawal dan memegang pensel. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Aktiviti Peringkat Pratulisan

Aktiviti membuat corak : Aktiviti mewarnakan corak : Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak : Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul Menulis huruf mengikut urutan yang tetap Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

Rumusan

Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses Pengajaran & Pembelajaran boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, pembelajaran diperlukan kemahiran peruntukan supaya masa mereka yang panjang bagi sesuatu menguasai

benar-benar

dapat

tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak

memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.

Guru juga perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan caracara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad

tulisan

dan

lembaran-lembaran

kerja

bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat

pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanakkanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

Jika pengajaran dan pembelajaran guru tersebut menarik, murid-murid akan tertarik dengan pengajaran guru tersebut dan ini akan meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

Refleksi

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Literasi Bahasa (WAJ 3104) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari segi bahasa mereka dan sebagainya seperti sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti yang diajarkan oleh En. Mohd Zamri.

Saya juga mula merasai kepentingan Literasi Bahasa initerhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, suatu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang amat mencabar. saya

ebagao bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah terfikirkan sebelum ini. melalui pembelajaran subjek Literasi Bahasa ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan semua ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah S.W.T, saya akan praktikkan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada murid-murid. Saya juga mula sedar tentang kepentingan subjek Literasi Bahasa ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai seorang guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proes menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semua semakin rapat. Sikap toleransi dan berkerjasama antara

pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan ahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara dan kemahiran saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat

melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dalam proses menyiapkan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri saya dan tidak akan

mengulanginya pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek Literasi Bahasa ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion keguruan yang mulia ini serta menambahkan semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan danggup berkorban demi agama, banga dan negara.

Saya berharap agar semua pihak terutamanya warga IPG Kampus Tuanku Bainun dapat menerima segala kebaikan dan dapat memanfaatkannya di masa hadapan.

Rujukan

Buku Azman Wan Chik (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Marohani Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Putra Malaysia. Universiti

Internet

Siti Nurfazira Ramli (2009). Pemulihan Tulisan. http://ctfazira.blogspot.com/2009/09/pemulihan-tulisan.html

Siti Nurfazira Ramli (2009). Pratulisan. http://ctfazira.blogspot.com/2009/09/pratulisan.html

Zaman Haq (2009). Literasi Bahasa Melayu WAJ 3104. http:// zamanrasa.blogspot.com/2009/08/literasi-bahasa-melayu-waj-3104-pgrs.html

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai