Anda di halaman 1dari 27

Muhammad Khairul Basyar Bin Ab.

Basir Simon Jack Ak Aaron

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) , FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) & IMPLIKASI FPG KEPADA PENDIDIKAN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertang gungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran rakyat dan negara.

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan.

Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Unsur-unsur Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.


Memperkembangkan potensi individu. Menyeluruh dan bersepadu. Insan yang seimbang Unsur intelek. Unsur rohani dan emosi. Unsur jasmani. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Rakyat Malaysia yang berketerampilan. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan. Keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUT PENDIDIKAN

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM


Perubahan kurikulum selaras dengan cita dan tujuan FPK. Ini meliputi:
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.

Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

perubahan sikap pendidik dan profesionnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar FPK. Ini meliputi: Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita FPK. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN


Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajarpelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.

Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dikalangan mereka.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,progresif dan berdisiplin.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

BERTIMBALBALIK KEPADA NEGARA


Modal insan yang berwibawa Warna-warni dan corak dunia pendidikan Sanjungan warisan kebudayaan negara Citra mahmudah

PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK


Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan falsafah Pendidikan Guru. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.