Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ia dikatakan sebagai jelmaan hasrat kerajaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dalam satu pemikiran, wawasan dan cita-cita. FPK merupakan satu dasar secara praktikal yang menjadikan sistem pendidikan di Malaysia berpotensi melahirkan masyarakat yang berorientasikan acuan Malaysia serta mempunyai sifat kemapanan serta jati diri yang unggul. FPK ini juga memastikan segala proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Matlamat FPK dan Pendidikan di Malaysia Suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.
Memperkembang potensi individu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu insan yang seimbang dan harmonis
rakyat malaysia yang bertanggungjawab rakyat malaysia yang berkeupayaan menikmati sejahteraan diri
raykat malaysia yang dapat memberi sumbangan
Kepentingan setiap elemen FPK Elemen Pendidikan suatu usaha berterusan Kepentingan Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperolehi secara berterusan dari kecil sehingga ke
akhir hayat. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Perkembangan potensi individu Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Setiap individu diberi peluang untuk memperkembang dan meningkatkan potensi diri sehingga mencapai tahap cemerlang. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani).
Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul Unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira dan menulis. Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebar luaskan ilmu). Unsur rohani Menyedari dan percaya kepada Tuhan. Bersyukur dengan pemberian Tuhan. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan stabil. Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan Unsur jasmani Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan Mengakui tentang kewujudan Tuhan dan sebagai pencipta manusia dan alam. Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan setiap individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.
Cintakan ilmu pengetahuan. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Mempunyai fikiran luas dan terbuka.
Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berpandangan jauh dan berinisiatif. Memupuk pembawaan diri yang baik.
Mempunyai perwatakan diri yang baik. perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.
Boleh dipercayai. mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara. Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya. menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan. Sering mengamalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup. Memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat. Cintakan negara. Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Intipati utama dalam FPK ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang dikenali sebagai JERI yang boleh dirumuskan dibawah:-
Intelek
Rohani
Jasmani Emosi
Tanggungjawab dan peranan sekolah terhadap masyarakat ataupun komuniti adalah amat penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Fungsi utama sekolah adalah untuk memberi pendidikan dan latihan.
Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk meneruskan perkembangan masyarakat atau komunitinya. Selain itu, sekolah juga sebagai suatu institusi masyarakat yang mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku muridmurid mengikuti arah aliran dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasikan ini memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai. Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Tidak ketinggalan juga, sekolah mengajar murid seperti mencinta sekolah dan alam sekitar, demi membentuk masyarakat penyayang. Nilai-nilai budaya masyarakat ini adalah penting kerana ia menentukan kandungan normanya. Misalnya, jika anggota-anggota masyarakat meletakkan nilai yang tinggi terhadap kemahiran teknik dan vokasional, maka norma-norma masyarakat tersebut akan berusaha membekalkan peluang bagi anggota-anggotanya agar memperolehi kemahiran teknik dan vokasional itu. Di Malaysia, sistem pendidikannya adalah meletakkan nilai tinggi terhadap usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan menggubal dan melaksanakan kurikulum baru ke arah mencapai matlamat pendidikan tersebut. Sekolah merupakan tempat yang mengekal dan menyebarkan budaya masyarakat menerusi pemupukan budaya ilmu di kalangan pelajar. Kejayaan memupuk budaya ilmu dapat diperlihatkan daripada situasi-situasi berikut:
Kewujudan keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak dalam kegiatan keilmuan. Ilmu dianggap sebagai keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat. Kewujudan keadaan di mana segala tindakan manusia pada peringkat individu dan masyarakat dilakukan atas landasan keilmuan. Kewujudan keadaan usaha manusia menggunakan ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup serta membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Kewujudan keadaan segala lapisan masyarakat menggunakan ilmu untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kejahilan dan kepalsuan.
Kita dapat mengkaitkan peranan yang berkaitan sekolah kepada beberapa skop utama dalam merealisasikan FPK negara kita:
GURU BESAR
GURU KELAS
I.
Bagi peranan guru besar pula, guru besar merupakan orang paling penting dan berkuasa dalam sesebuah sekolah iaitu memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa. Selain itu, guru besar juga bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar. Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar memainkan peranan yang penting dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Selaras dengan FPK iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, dan juga misi meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagai program boleh dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan. Contohnya dalam meningkatkan akademik. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah dengan membuat nota poket, peta minda, program bijak sifir, reading program, vocabulary building dan sebagainya. Kelas tuisyen malam juga bolah diadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan bekerjasama degan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Di samping itu, dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu turut boleh diterapkan dalam diri setiap murid. Contohnya, guru besar boleh memberi perkataan-perkataan bahasa Inggeris kepada murid pada perhimpunan dan pada perhimpunan yang seterusnya, guru besar akan menanya semula perkataan-perkataan itu. Selain itu, nilai-nilai keagamaan turut juga boleh diterapkan. Seiring dengan hasrat FPK, guru besar juga boleh melaksanakan aktivitiaktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah ialah persatuan akademik, unit beruniform, kelab serta sukan dan permainan. Aktiviti-aktiviti seperti permainan secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam. Murid-murid juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan kaum. Selain itu, aktiviti untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab juga bolah disediakan agar
dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit beruniform. Jawatankuasa boleh ditubuhkan bagi menguruskan segala aktiviti-aktiviti kokurikulum. Prasarana dan kemudahan yang cukup berkaitan dengan aktiviti kokurikulum juga perlu dipastikan jumlahnya cukup dan berada dalam keadaan yang baik.
II.
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru Penolong Kanan Penatadbiran (GPK1) merupakan orang yang kedua
terpenting di sekolah selepas Guru Besar. Guru Penolong Kanan Penatadbiran (GPK1) bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum. Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS), menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggaran maklumat tentang kurikulum dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan
pembelajaran guru-guru, urusan berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya. Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi ataupun cuti sakit akan diganti oleh guru lain. Ini bertujuan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan. Contohnya, menyemak ujian serta skema pemarkahan yang disediakan oleh Guru Panitia. Tujuannya penyemakan ini dibuat adalah supaya penilaian dan peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format yang ditetapkan serta menepati kurikulum yang terkini. III. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah juga memainkan peranan yang amat penting. Antaranya ialah mengadakan dan menyusun program aktiviti
tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Bidang kokurikulum merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek jasmani murid-murid di sekolah. Apabila aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri setiap murid, minda yang cerdas terhasil daripada tubuh badan yang sihat. Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani murid-murid, sekolah ini telah
mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Melalui kegiatan unit beruniform ini, murid-murid dapat menambahkan pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui penglibatan murid dalam unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara membuat ikatan, simpulan, memasang khemah dan sebagainya. Ilmu ini juga diharap dapat diaplikasikan ke dalam hidupan seharian. Disiplin murid-murid juga dapat dibina dan diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini. Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk melatih pasukan sekolah. Menerusi penglibatan murid dalam aktiviti ini, secara tidak langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah. Mereka kemudiannya akan diberi latihan yang berterusan sebagai strategi untuk mewakili sekolah ke pertandingan kelompok, daerah atau negeri. Kelab dan persatuan pula melatih murid-murid belajar menerima serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid perlu bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan insan yang mempunyai potensi yang menyeluruh dan bersepadu.
IV.
Guru Kelas Guru kelas juga memainkan peranan dalam merealisasikan FPK. Guru
bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga perlu
ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan murid-murid, tugas Guru Kelas juga meliputi menjalankan pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, mengatur jadual waktu bertugas, kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas untuk kemudahan murid-murid. Guru Kelas juga bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, tekun, berdedikasi, berusaha dengan gigih dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab menjaga kebajikan murid-muridnya. Murid-murid yang kurang berkemampuan diutamakan untuk menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Dalam meningkatkan prestasi muridmurid, banyak program yang boleh dirancang oleh pihak sekolah seperti GBUDDY, untuk murid-murid Tahun 6, kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2 dan sebagainya.
V.
Guru pendidikan moral merupakan suatu agen perubahan dan pembentuk modal insan yang amat terdekat dengan murid-murid. Guru-guru pendidikan moral berperanan membentuk masyarakat pelapis yang mempunyai wawasan serta daya saing yang amat tinggi seperti yang diharapkan oleh FPK. Kepentingan guru-guru pendidikan moral dalam pembentukan knowledge worker dalam era kepesatan teknologi dan pembentukan murid yang seimbang serta mempunyai semangat serta
daya saing yang tinggi dalam sejahteraan diri, intelek, rohani dan jasmani amat perlu dititikberatkan. Peranan guru pendidikan moral boleh dilihat dari segi pembinaan unsure JERI yang seimbang seperti yang boleh diperjelaskan di bawah:Unsur Keseimbangan jasmani Peranan guru Guru boleh memberikan impak positif dalam perkembangan jasmani. Mengalakkan murid merancang sesuatu aktiviti yang berfaedah dengan kekuatan jasmani yang ada pada mereka. Mengalakkan murid membincang pelaksanaan aktiviti dan penggunaan jasmani yang ada mengikut kemampuan. Pembentukan keseimbangan jasmani akan memberikan galakkan untuk sedia menghormati mereka yang kurang upaya serta perbezaan kudrat antara lelaki dan perempuan. Ini dapat memahamkan murid bahawa di dunia ini terdapat golongan yang kuat dan lemah dan saling kebergantungan antara kedua-dua golongan ini. Keseimbangan rohani Rohani berkait rapat dengan jiwa. Galakkan murid untuk mempelajari bagaimana mewujudkan suasana jiwa yang bersih dan suci. Galakkan murid percaya bahawa setiap perlakuan kita ialah pancaran rohani kita. Guru perlu menerapkan nilai rohani yang bersih dan suci. Guru perlu menggunakan kaedah p&p seperti main peranan yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka sentiasa bersedia untuk mengamalkan keseimbangan rohani agar dapat membantu mereka berinteraksi serta
bersosialisasi dengan positif. Keseimbangan intelek Intelek merujuk kepada kecerdasan. Galakkan murid percaya bahawa kurang atau lebihnya kecerdasan seseorang itu adalah sesuatu yang patut dijadikan sandaran bahawa setiap ciptaan tuhan itu ada kelebihannya. Perlu mendedahkan kepada murid penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang melibatkan kecergasan intelek. Guru menjadi contoh teladan yang baik agar membimbing murid menggunakan kecerdasan intelek kea rah kebaikkan dan bukan kepada kemusnahan atau perlakuan yang negatif dan memudaratkan. Keseimbangan emosi Emosi merujuk kepada perasaan. Keseimbangan emosi pula bererti setiap murid berupaya membendung dan menggunakan perasaan secara positif. Guru mesti mengalakkan murid mengamalkan perasaan yang amat dituntut semua orang seperti sifat kasih saying, sikap menolong, empati dan sebagainya. Guru perlu sedar bahawa lebih banyak kita membentuk keseimbangan dalam perasaan murid lebih banyaklah kebaikkan yang akan diperolehi dalam setiap diri mereka. Menyedarkan kepentingan keseimbangan emosi iaitu bertindak secara rasional dan tidak sematamata menggunakan perasaan dalam membuat sesuatu keputusan.
Kesimpulan Setiap guru pendidikan moral perlu memberi penekanan kepada pembentukan insan yang seimbang. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi p&p yang seharusnya menyepadukan unsure keseimbangan dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi yang positif yang berupaya membangunkan tingkah laku serta sahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. Disamping itu, guru juga perlu ingat akan konsep ketuhanan yang diutamakan dalam FPK. Ini adalah kerana kita perlu mengalakkan murid percaya bahawa asas kepada pembentukkan insan yang benar-benar seimbang adalah kepercayaan kepada tuhan.
Peranan guru Moral dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Peranan guru Moral dalam mencapai hasrat Rukuegara. Intipati Rukunegara Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Rukunegara.
Rukun Negara Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat Malaysia. Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil, liberal, progresif dan beretika. Pernyataan Rukunegra:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat. memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan berbagai corak, membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden, MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan
Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua. Setiap prinsip tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murini yang unggul. Guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan dimana ia tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat untuk melahirkan rakyat yang dinginkan dapat dicapai.
Pembentukan Rukun Negara Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1981. Konsep Rukun Negara telah dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) tujuan: membentuk masyarakat Malaysia yang berdasarkan prinsip hidup sedia ada dan boleh dijadikan sebagai pegangan masyarakat antara kaum di Malaysia. MAGERAN telah dibentuk pada 16 mei 1969 yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang bertujuan mengembalikan keamanan negara berikutan dengan suatu peristiwa rusuhan kaum di Malaysia pada 13 Mei 1969. MAGERAN kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan Strategi Perpaduan Nasional.Pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos1970, ideologi negara iaitu Rukun Negara mula
diperkenalkan.
1.Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya 2.Memelihara satu cara hidup demokratik 3.Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksaman 4.Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai bagai corak; dan 5.Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
1. MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masingmasing . Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap Negara
2. MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh
disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
3. MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
4. MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara .
5. MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era
globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan.
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan
Penjelasan Prinsip Rukun Negara 1. Kepercayaan kepada Tuhan Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Kesedaran tentang betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Prinsip kepercayaan kepada Tuhan akan menjadi asas kepada setiap rakyat untuk memahami bahawa ada pencipta dan akan sentiasa melakukan
kebaikan
serta
mengamalkan
nilai-nilai
murni
bersepadan
dengan
kepercayaan kewujudan pencipta. 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Konsep kesetiaan Kepada Raja dan Negara melambangkan kesucian dan kerelaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendaulatkan perlembangan yang meletakkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sbg ketua negara dan raja-raja sebagai ketua negeri. Konsep ini akan menjadi asas kepada pembangunan modal insan yang sanggup berkorban demi bangsa dan negara. Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara
3. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukanPerlembagaan Negara. 4. Kedaulatan Undang-Undang Prinsip ini menjamin hak dan kebebasan setiap rakyat dalam pemerintahan yang bercorak demokrasi.
Undang undang juga akan dapat menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk kepada pelaksanaan dan pengamalan undangundang.
Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
Rakyat
bertanggungjawab
dalam
memastikan
undang-undang
negara
sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Mereka yang melanggar undang-undang akan dihukum tanpa mengira warna kulit, kedudukan, bangsa dan kaum. 5. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankansekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakatpelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
1. Guru berperanan dan bertanggungjawab mengajar murid-murid lagu" Rukun Negara" agar murid dapat memahami dan mengingati prinsip-prinsip Rukun Negara. 2. Perbuatan yang mempunyai nilai-nilai yang terdapat dalam prinsip rukun negara harus ditekankan melalui akitviti harian dalam bilik darjah atau pun di luar bilik darjah. 3. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran guru dalam bilik darjah seperti melakasanakan aktiviti simulasi, main peranan, lakonan yang mempunyai nilai-nilai dalam rukun negara akan membantu murid memahami,menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui akitiviti sebegitu.Pembelajaran aktif secara verbal sangat sesuai dalam mengajar Pendidikan Moral. 4. Interaksi guru dan murid akan mengeratkan lagi perhubungan guru dan murid semasa aktiviti .
1. Pihak sekolah harus mewujudkan budaya sekolah berdasarkant prinsipprinsip rukun negara. 2. Pihak sekolah harus menyediakna tayangan vidio di kantin , bilik darjah dan dewan agar murid sentiasa dapat menonton tayangan video yang berkaitan dengan prinsip-prinsip rukun negara. 3. Pertandingan melukis poster yang berdasarkan prinsip rukun negara. 4. Menubuhkan jawatan kuasa yang bertanggungjawab untuk menghidupkan suasana.
Peranan guru Moral dalam mencapai Wawasan 2020 Intipati Wawasan 2020 Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Wawasan 2020.
Wawasan 2020 merupakan sebuah wawasan kerajaan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Negara kita yang Keempat iaitu Tun. Dr .Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Wawasan ini diperkenalkan oleh beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan ini merangkumi bidang-bidang seperti bidan ekonomi, bidang politik, bidang sosial, bidang kerohanian, bidang psikologi dan perpaduan nasional. Wawasan ini merangkumi sembilan cabaran:
Cabaran- cabaran Wawasan 2020 ( Intipati Wawasan 2020) Cabaran 1 : Membentuk Sebuah Negara Bangsa yang Bersatu Padu Merupakan cabaran yang asas dan utama Mewujudkan integrasi dalam kalangan kelompok etnik dan wilayah Rakyat mempunyai hak sama serta dijamin menikmati suasana kehidupan yang sejahtera dan keadilan yang sama Kesejahteraan hidup akan membentuk satu bangsa Malaysia yang penuh ketaatan dan sanggup mendabdikan diri terhadap negara dan bangsa
Cabaran 2 : Melahirkan Sebuah Masyarakat Malaysia yang Bebas, Teguh dan Mempunyai Keyakinan Diri Mewujudkan warga yang cukup tangkas untuk menghadapi segala halangan Mewujudkan warga yang tidak terkongkong jiwanya, menyedari akan kebolehan dirinya dan yakin serta berani mengejar kecemerlangan Dengan yang demikian anggota masyarakat yang berpendirian teguh, berkeyakinan dan berjiwa bebas akan dihormati oleh bangsa lain
Cabaran 3 : Membangunkan Masyarakat Demokratis yang Matang Kemajuan bukan hanya diukur dari segi pendapatan dan perbelanjaan tetapi diukur juga dari segi kemampuan berpolitik Hak rakyat untuk melibatkan diri dalam pentadbiran dan pemerintahan negara juga sebagai pengukur kemajuan
Untuk mewujudkan sebuah negara yang benar-benar maju, masyarakat Malaysia perlu dibentuk untuk menjadi sebuah masyarakat demokratis dan matang Konsep demokrasi yang menekankan kepada permuafakatan dan musyawarah adalah penting untuk membangunkan masyarakat yang demokratis dan matang
Cabaran 4 : Membentuk Sebuah Masyarakat yang Kukuh Moral Etikanya dan Utuh Nilai Keagamaannya Berbudi pekerti yang luhur, nilai moral, etika , keagamaan dan kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu Nilai moral dan etika seharusnya disemai dan diamalkan secara berterusan oleh semua rakyat tanpa mengenal kaum atau bangsa bagi melahirkan bangsa yang berbudi pekerti dan luhur serta beretika Pembangunan yang seimbang perlu ditekankan dengan mengambil kira pembangunan moral, sahsiah dan etika setiap rakyat
Cabaran 5 : Mewujudkan Masyarakat yang Matang dan Bresifat Toleran Dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya, sifat toleran merupakan prasyarat utama mengekalkan perpaduan dalam kalangan kelompok etnik Undang-undang yang dicipta di Malaysia memberikan hak dan kebebasan mengamalkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan masing-masing selagi tidak bercanggah dengan undang- undang Rakyat daripada pelbagai bangsa dan kaum mestilah ikhlas dan penuh toleran menerima dan melindungi hak mereka yang bukan seagama dan sebudaya dengannya mengamalkan kebudayaan serta kepercayaan masingmasing Hal ini dapat menjamin dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam jangka masa yang lama
Cabaran 6 : Membentuk Masyarakat yang Bersifat Sains serta Progresif Segala usaha untuk menjadi negara maju mestilah mengambil kira pembangunan sains dan teknologi Rakyat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh perlu diwujudkan jika negara ini hendak menjadi negara industry yang disegani di mata dunia Bukan sekadar memanfaatkan teknologi yang sedia ada, tetapi mesti maju satu langkah lagi sebagai penyumbang kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan
Menyuburkan kembali peranan komuniti dan masyarakat dalam menjaga kebajikan rakyat Selepas merdeka, tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat telah dipindahkan daripada komuniti dan keluarga kepada negara Cabaran sekarang ialah untuk mengembalikan tugas ini kepada komuniti dan keluarga di mana sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri mesti dibentuk dan akhirnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berbudi dan penyayang
Cabaran 8 : Menjamin Pembentukan Sebuah Masyarakat yang Adil Ekonominya Sesebuah negara yang telah mencapai status negara industry yang kaya tidak boleh dianggap negara maju selagi masih wujud kelompok-kelompok miskin yang hidup melarat Oleh itu, pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat perlu diteruskan dengan mewujudkan satu mekanisme yang berkesan
Cabaran 9 : Mewujudkan Masyarakat yang Makmur Membentuk masyarakat yang makmur bukanlah satu usaha yang mudah Malaysia sebagai sebuah negara kapitalis di dalam global village yang wujud sekarang terpaksa bersaing dengan negara-negara yang sudah maju dan sesama dengannya Untuk berjaya, kita perlulah mewujudkan suatu sistem ekonomu yang bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan
1. Peranan sebagai Guru Pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang boleh guru rancang untuk memastikan setiap pengajaran akan memberikan impak positif kepada murd-murid memahami tanggungjawab serta keperluan mereka menghadapi cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Dalam konteks perubahan minda serta cara hidup masyarakat di sekeliling guru boleh bantu mengubahnya dengan memberikan
3. Peranan sebagai Individu Kita juga adalah sebahagian daripada masyarakat yang memerlukan penganjakan serta perubahan sikap dan pandangan. Perubahan secara positif khususnya dalam menangani cabaran Wawasan 2020 sepatutnya menjadi penanda aras atau Brenchmark untuk kita meluncur laju menerokai segala kemajuan yang ada seiring dengan keupayaan dan kebolehan kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja menanti yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memajukan diri sesuai dengan keperluan semasa.
4. Peranan sebagai Ahli Keluarga Memasyarakatkan cabaran Wawasan 2020 akan lebih sempurna jika kita bermula dari rumah. Jika kita seorang ayah, kita juga boleh memaklumkan kepada setiap ahli keluarga kita tentang cabaran Wawasan 2020 yang sememangnya mempunyai nilai kemajuan serta kecemerlangan dan kesejahteraan hidup. Kita patut memaklumkan ahli keluarga agar sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan. Intipati kod etika perguruan. Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan kod etika perguruan.
Maksud etika Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Kepentingan intipati kod etika perguruan : Menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
Guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat.
Tanggungjawab guru terhadap pelajar : Menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkaraperkara lain. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka,
sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada muridmuridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Tanggungjawab guru terhadap Sekolah : Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugastugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatanjawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Tanggungjawab guru terhadap Masyarakat dan Negara : Hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .