Anda di halaman 1dari 5

Soalan Esei

1. Baca dan hayati sajak di bawah ini


Impian
Merangkul kejayaan dalam tanganku
Kukuatkan azam
Dengan usaha kendiri
Yang tak pernah
Jemu dan putus asa
Siang malam
Menelaah ilmu
Mengasah minda
Untuk berjaya
Kubuktikan kepada semua
Termasuk orang tua
Yang banyak berjasa
Kini,
Walau aku setinggi burung
Masih ku kenang
Guru dan rakan
Yang membawaku
Ke menara jaya
Nukilan
Daneng anak Biki

Berdasarkan sajak di atas,huraikan nilai yang diamalkan oleh Daneng?


[ 10m]


................................................................
2. Baca dan fahami pantun di bawah ini.
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap lalu di pohon kuini
Masyarakat Malaysia kaum berbilang
Bertolak ansur hidup harmoni
Nakhoda belayar ke negeri China
Singgah lalu di Tanjung Tuan
Kadazan, Melayu, India dan China
Hidup harmoni mengukuh perpaduan
Ke Pulau Puteri naik perahu
Perahunya sarat dengan peti
Tolong menolong berganding bahu
Jadi pegangan seluruh komuniti

Huraikan nilai-nilai yang digambarkan melalui pantun di atas.


[ 10m]

Anda mungkin juga menyukai