Anda di halaman 1dari 25

HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Nama: Nombor Matrik: No.

Kad Pengenalan: Alamat E-mel: Tutor: Local Learning Centre:

SEMESTER SEPTEMBER 2011

PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana memberikan kesihatan yang baik, kekuatan dan sokongan moral yang teguh dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan jutaan terima kasih atas sumbangan dan sokongan kepada mereka yang telah membantu saya dalam melaksankan tugasan ini. Sokongan daripada pensyarah adalah amat membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan tulus ikhlas ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberi pendapat dan paduan. Penghargaan yang tidak terhingga buat keluarga yang tercinta kerana sokongan yang berterusan serta memahami dalam masa sukar dan senang adalah sangat bermakna buat saya. Akhir sekali, saya juga sangat bersyukur kepada pihak kerajaan yang membenarkan saya untuk meneruskan pembelajaran saya dalam bidang ini.

ISI KANDUNGAN ISI PENGHARGAAN BIBLIOGRAFI 1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 Definisi Budaya Definisi Tamadun Perbandingan serta Perbezaan Budaya dan Tamadun Secara Umum 2.0 KONSEP BUDAYA DAN TAMADUN 2.1 2.2 3.0 Konsep Budaya Konsep Tamadun 7 10 4 5 6 MUKA SURAT 2 20

FUNGSI DAN PERANAN BUDAYA DAN TAMADUN 3.1


3.2

Fungsi dan Peranan Budaya Fungsi dan Peranan Tamadun

12 13

4.0

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN TAMADUN 4.1


4.2

Kepelbagaian Budaya Kepelbagaian Tamadun

14 17

5.0

CONTOH-CONTOH GAMBAR RAJAH 5.1


5.2

Budaya-budaya di Malaysia Tamadun Melayu yang pernah wujud

17 18

6.0

KESIMPULAN.

19

1.0

PENGENALAN Definisi Budaya

1.1

Terdapat pelbagai definisi atau takrifan yang boleh diambil kira dalam menerangkan maksud budaya.Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskria yaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai perkara-perkara yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Menurut istilah, kebudayaan merupakan sesuatu yang agung dan tidak ternilai kerana tercipta dari hasil rasa, karya, karsa,dan cipta manusia yang kesemuanya merupakan sifat yang hanya ada pada manusia dan tidak ada mahluk lain yang memiliki anugerah itu. Menurut definisi buku OUM budaya memberi maksud - ( sila rujuk buku teks anda ) Mengikut definisi dari Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya dapat ditakrifkan sebagai: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju (akal budi) Perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud budaya ialah cultural. Perkataan ini berasal daripada perkataan cultura dalam bahasa Latin yang bermaksud mengerjakan tanah, mengolah dan memelihara ladang. Selain itu, terdapat definisi-definisi budaya yang dikemukakan beberapa ahli dari dalam dan luar negara iaitu:
i.

M. Jacobs dan B.J. Stern Kebudayaan mencakup keseluruhan yang meliputi bentuk teknologi sosial, ideologi, agama, dan kesenian serta benda, yang kesemuanya merupakan warisan sosial. ataupun hanya berupa buah pikiran dan dalam penghidupan. Kebudayaan adalah peraturan dan norma yang dimiliki bersama oleh para anggota masyarakat, yang jika dilaksanakan oleh para anggotanya akan melahirkan perilaku yang dipandang layak dan dapat diterima oleh semua masyarakat.

ii. R. Seokmono Kebudayaan adalah seluruh hasil usaha manusia, baik berupa benda

iii. Ki Hajar Dewantara Kebudayaan bererti hasil budi manusia adalah hasil perjuangan

manusia terhadap dua pengaruh kuat, yakni zaman dan alam yang merupakan bukti kejayaan hidup manusia untuk mengatasi berbagai rintangan dan kesukaran didalam hidup dan kehidupan yang mencapai keselamatan dan kebahagiaan yang pada zahirnya bersifat tertib dan damai.

iv. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

1.2

Definisi Tamadun

Terminologi peradaban atau disebut tamadun dibicara dan dikupas oleh para sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-masing. Biarpun begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana, menyebabkan wujudnya penafsiran yang berbeza. Mengikut buku teks OUM tamadun didefinisikan sebagai - (sila rujuk buku anda) Dengan berpandukan Kamus Dewan Edisi Empat, tamadun didefinisikan sebagai;
i.

keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang tinggi. perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang tinggi.

ii. negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta

iii. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. iv. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus,

Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan. Terdapat juga beberapa penulis yang boleh dianggap sebagai pelopor dalam bidang pengajian ini mengetengahkan pendapat serta idea mereka tentang tamadun seperti;
i.

Wan Hashim Wan The Seorang ahli antropologi tempatan menegaskan bahawa konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan mengurus sebuah kerajaan yang demokratis. tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.

ii. Ibn Khaldun menggunakan istilah umran bagi menjelaskan makna dan maksud

iii. Said Hawa membahagikan tamadun itu kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam manakala tamadun jahiliyah ialah segala kemajuan yang

dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. iv. Abu Bakar Hamzah menitikberatkan soal pembangunan yang sepadu antara dua unsur iaitu unsur kerohanian dan unsur kebendaan. Pembangunan itu lahir seiring, sejalan dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia, sama ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan.

1.3

Perbandingan serta Perbezaan Budaya dan Tamadun Secara Umum

Budaya dan Tamadun secara umumnya mempunyai persamaan kerana wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi antara masyarakatnya dalam setiap tamadun. Semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya dan nilai hidup. Perbezaan yang jelas kita lihat adalah budaya keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat manakala tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju dalam bentuk sosial dan budaya hidup masyarakatnya. Semua tamadun menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik dan hal ini penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun. Carta 1.0 Persamaan Kekeluargaan Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dan Masyarakat dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Agama(Teologi) Semua agama menekankan konsep ketuhanan dan mempunyai doktrin serta amalan-amalan tertentu. Pendidikan Semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadi seseorang individu Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk Alam Sekitar hidup bersama dengan manusia. Idea Intelektual Pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan. Falsafah tradisional menekankan akhlak sebagai asas kerajaan Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah Raja mesti adil dan ada akhlak yang baik Perbezaan Kekeluargaan Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dan Masyarakat dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t. Agama(Teologi) Manifestasi ketuhanan yang berbeza konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza dan wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi. Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri dan
6

mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat sebagai tempat ibadah dan upacara keagamaan. Pendidikan Konsep pendidikan yang berbeza contohnya Islam- konsep tauhid manakala Budhha dan beberapa ajaran Hindu transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. Idea Intelektual Islam -bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik berbeza dengan sekularisme. Socrates dan Plato (Greek & Yunani) lahirkan idea sistem pemerintahan demokrasi menghapuskan sistem pemusatan kuasa. 2.0 KONSEP BUDAYA DAN TAMADUN 2.1 Konsep Budaya

Budaya ialah matriks kompleks unsur-unsur berinteraksi. Budaya adalah di manamana, pelbagai dimensi, kompleks, dan semua-meluas. Kerana ia adalah begitu luas, tidak terdapat satu definisi tunggal atau teori pusat dengan apa yang ada. Definisi budaya menjalankan gamut dari "fenomena menyeluruh" kepada penerangan yang menyenaraikan hampir semua aktiviti manusia. Kita boleh mentakrifkan budaya sebagai deposit pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, makna, hierarki, agama, idea-idea masa, peranan, hubungan ruang, konsep alam semesta, dan objek-objek material dan harta benda yang diperoleh oleh kumpulan orang dalam perjalanan generasi melalui individu dan kumpulan berusaha. Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. i. Jenis-Jenis Budaya
a) Budaya dapat dibahagi kepada 3 kategori dilihat dari keadaan jenis-jenisnya:

Hidup-kebatinan manusia, yaitu sesuatu yang menimbulkan tertib damainya hidup masyarakat dengan adat-istiadatnya,pemerintahan negeri, agama atau ilmu kebatinan Angan-angan manusia, yaitu sesuatu yang dapat menimbulkan keluhuran bahasa, kesusasteraan dan kesusilaan. Kepandaian manusia, yaitu sesuatu yang menimbulkan macam-macam kepandaian tentang perusahaan tanah, perniagaan, kerajinan, pelayaran, hubungan lalu-lintas, kesenian yang berjenis-jenis; semuanya bersifat indah (Dewantara; 1994).

b) Budaya berdasarkan wujudnya perbezaan dan kebudayaan dibezakan oleh:

Gagasan ( idea) berbentuk kumpulan idea-idea, gagasan, nilai-nilai, normanorma, peraturan, dan sebagainya yang sifatnya abstrak, tidak dapat diraba atau disentuh iaitu dalam alam pemikiran masyarakat. Jika masyarakat tersebut menyatakan idea mereka dalam bentuk tulisan, maka ia berada dalam karangan dan buku-buku hasil karya para penulis warga masyarakat tersebut. Aktiviti (tindakan) Aktiviti adalah suatu tindakan berpola dari manusia dalam masyarakat itu dan disebut sistem sosial. Sistem sosial ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti manusia yang saling berinteraksi, berkenalan, serta bergaul dengan manusia lain menurut pola-pola tertentu yang berdasarkan adat tata kelakuan. Bersifat konkrit, terjadi dalam kehidupan harian, boleh diamati dan didokumentasikan. Artifak (karya) merupakan bukti fizikal yang bersifat konkrit hasil dari aktiviti, perbuatan, dan karya semua manusia dalam masyarakat berupa bendabenda atau hal-hal yang dapat diraba, dilihat, dan didokumentasikan.

Dalam kenyataan kehidupan bermasyarakat, antara wujud kebudayaan yang satu tidak boleh dipisahkan dari wujud kebudayaan yang lain.
c) Budaya dapat digolongkan atas dua komponen utama iaitu:

Kebudayaan material mengacu pada semua ciptaan masyarakat yang nyata, konkrit iaitu melalui penemuan-penemuan arkeologi seperti mangkuk tanah liat, perhiasan dan senjata serta penciptaan alatan moden melalui revolusi. Kebudayaan nonmaterial ciptaan-ciptaan abstrak yang diwariskan dari generasi ke generasi, misalnya dongeng, cerita rakyat, dan lagu atau tarian tradisional.

ii. Ciri-Ciri Budaya


a) Budaya ialah Satu Mekanisme Adaptif

Kebudayaan ialah mekanisme menyesuaikan diri dikalangan manusia. Kebudayaan telah memberikan kita kelebihan utama memilih dalam persaingan untuk hidup berbanding hidupan yang lain. Kebudayaan telah dibenarkan populasi manusia global berkembang kepada lebih daripada 6.5 bilion orang hari ini.

b) Budaya adalah dipelajari.

Bayi manusia mempunyai kecenderungan untuk mempelajari bahasa dan ciriciri budaya yang lain. Bayi merupakan mesin pembelajaran yang paling menakjubkan. Kerana budaya bukanlah naluri, kita tidak diprogramkan secara genetik untuk mempelajari sesuatu secara spesifik. Setiap generasi manusia yang berpotensi mengetahui perkara-perkara baru dan mencipta teknologi yang lebih baik. Kemahiran kebudayaan dan pengetahuan baru ditambah kepada yang dipelajari dalam generasi sebelumnya. Oleh itu budaya bersifat akumulatif.

c) Budaya boleh berganti mengikut peredaran masa.

Semua pengetahuan budaya tidak sentiasa terkumpul. Jika satu ciri budaya ditambahkan pada hari ini dan pada masa yang sama beberapa ciri budaya lama hilang kerana mereka tidak lagi berguna. Perubahan boleh berlaku sebagai hasil ciptaan kedua-duanya dalam masyarakat serta penyebaran ciri-ciri budaya dari satu masyarakat yang lain.

d) Budaya adalah saling berkaitan.

Ciri-ciri ini bertujuan untuk memaklumkan kepada kita bahawa budaya ialah seperti sistem yang kompleks. Jika anda menyentuh budaya di sesuatu tempat dan perkara-perkara lain akan terjejas."

e) Budaya bersifat etnosentrik.

Ciri-ciri etnosentrisme, yang tertumpu kepada kumpulan sendiri, mungkin berkaitan terus kepada komunikasi antara budaya. Kecenderungan untuk mana-mana orang untuk meletakkan budaya dan masyarakat sendiri di kedudukan pusat keutamaan dan nilai sejagat

f) Budaya adalah terpilih 9

Tiap-tiap budaya mewakili pilihan terhad pola tingkah laku dari corak tak terhingga pengalaman manusia yang menentukan sempadan kumpulan-kumpulan yang berbeza. Budaya mengingatkan kita bahawa budaya apa yang dipilih untuk memberitahu setiap generasi yang berikutnya adalah penting untuk masyarakat itu. Budaya cenderung untuk memisahkan satu kumpulan dari yang lain.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan boleh disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat

10

2.2

Konsep Tamadun

Terdapat pelbagai konsep tamadun yang boleh kita pelajari berdasarkan aspek bahasa (semantik) dan pandangan para sarjana. Dalam bahasa Arab, beberapa istilah sering digunapakai bagi menjelaskan konsep tamadun. Beberapa istilah seperti madaniah, hadarah dan tamaddana. Perkataan tamadun diambil daripada kata dasar bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran Dalam korpus berbahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering digunakan iaitu tamadun dan peradaban. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islam perkataan yang digunakan bagi maksud peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi. Hal ini dicerminkan dalam adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman. Jelaslah tafsiran terhadap istilah tamadun atau peradaban dari sudut bahasa mempunyai pelbagai maksud dan pengertian tersendiri. Rata-rata tafsiran yang diberikan mencakupi aspek material dan spritual. i. Jenis-Jenis Tamadun Berikut merupakan beberapa contoh tamadun yang unggul pada suatu ketika dahulu;

a) Tamadun Islam;

berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Avicenna atau Ibn Sina, Averroes atau Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia.

b) Tamadun Mesopotamia;

Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai') yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates.

c) Tamadun Mesir;
11

tamadun yang maju kerana mereka telah mulai bercucuk tanam menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita).

ii. Ciri-Ciri Tamadun a) Secara Umumnya pembentukan sesebuah tamadun adalah berdasarkan:

Nilai agama yang tinggi. Negara yang tersusun rapi. Sistem undang-undang. Kehidupan bandar. Bahasa dan sistem tulisan yang maju. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

b) Menurut pandangan sarjana Barat - Darcy Roberio terdapat 11 ciri-ciri bagi sesebuah

tamadun:

Penyebaran teknik pertanian Penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan tertentu Revolusi perbandaran Kemunculan bandar dan Negara Stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial Pertanian Perairan Teknik, bilangan dan kalendar Perkembangan kapal Penciptaan mata wang

Konsep peradaban kurang lengkap jika definisinya tidak dimasukkan unsur-unsur kemajuan material dan spritual. Pencapaian dalam bidang material seperti unsur seni bina,
12

pentadbiran yang berkesan, pencapaian ilmu pengetahuan dan sebagainya perlu disertai dengan unsur-unsur moral atau kerohanian. Pencapaian dalam semua aspek perlu diambil untuk menentukan keunggulan sesuatu tamadun.

13

3.0 3.1

PERANAN BUDAYA DAN TAMADUN Fungsi dan Peranan Budaya i. Terhadap masyarakat setempat

Hasil karya manusia akan melahirkan suatu kebudayaan atau teknologi yang nantinya akan berguna untuk melindungi atau pun membantu masyarakat untuk mengolah alam yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat itu sendiri. Di dalam kebudayaan terdapat pola-pola perilaku yang merupakan cara-cara manusia untuk bertindak bersama dan harus diikuti oleh semua anggota masyarakat, ertinya kebudayaan merupakan suatu garis pokok tentang perilaku yang menetapkan peraturan-peraturan mengenai bagaimana masyarakat harus bertindak, bagaimana masyarakat melakukan hubungan dengan orang lain atau bersosialisasi, apa yang harus dilakukan, apa yang dilarang dan sebagainya. Secara khusus kebudayaan berfungsi: a) Suatu hubungan pedoman antara manusia atau kelompok b) Wadah untuk menyalurkan perasaan-perasaan dan kehidupan lainnya c) Pembimbing kehidupan manusia d) Pembeza antara manusia dan binatang e) Hidup lebih baik, lebih manusiawi dan berperikemanusiaan Secara umum pengertian kebudayaan adalah merupakan jalan atau arah didalam bertindak dan berfikir untuk memenuhi keperluan hidup baik jasmani atau pun rohani. Kebudayaan mempunyai fungsi yang sangat besar bagi manusia dan "masyarakat". Masyarakat memiliki keperluan-keperluan yang harus dipenuhi dalam menjalani kehidupannya. Keperluan-keperluan "masyarakat" tersebut sebagian besarnya akan dipenuhi oleh "kebudayaan" yang bersumber pada "masyarakat" itu sendiri. Hal ini adalah kerana manusia terbatas sehingga kemampuan "kebudayaan" yang merupakan hasil ciptaannya juga terbatas di dalam memenuhi segala keperluan. ii. Terhadap diri sendiri Budaya merupakan sesuatu yang sangat penting dalam membentuk seseorang peribadi yang akan membentuk satu masyarakat yang mempunyai kebudayaan yang tinggi. Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk mempelajari, meneruskan dan mewariskan budaya yang ada pada masa kini untuk generasi yang seterusnya untuk membina satu bangsa yang berbudaya.

14

3.2

Fungsi dan Peranan Tamadun i. Terhadap masyarakat setempat

Semua tamadun mempunyai sistem pegangan agama mereka seperti di tamadun Melayu yang mempunyai pegangan agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Ekonomi banyak berbentuk pertanian, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan menternak binatang. Terdapat juga aktiviti perdagangan dan pertukaran wang. Dapat dilihat dari hubungan perdagangan tamadun China dengan tamadun Melayu. Disebabkan berlaku lebihan hasil pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah maka bilangan rakyat akan bertambah dan menjamin pembangunan sesebuah tamadun dan mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang teratur. Menurut Zuraina Majib (1993), tamadun Melayu bermula sejak zaman Paleolitik dan tamadun ini telah bertapak di Kota Tampan, Perak. Pada zaman ini. masyarakat tidak mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana nilai yang ditonjolkan pada jumpaan artifak masih lagi menggunakan alat batu kelikir yang besar dan mempunyai beberapa rempihan yang dibuat pada hujung batu berkenaan mengikut alat tetak-menetak Movius. Masyarakat Melayu pada zaman Neolitik pula telah dijumpai di Bukit Tenku Lembu (Perlis), Gua Cha (Kelantan) dan Ban Kao (Thailand). Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan inovatif dengan munculnya aktiviti bercucuk tanam. Alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang-kala alat tersebut digosok sehingga licin. Pada permulaan zaman lebih kurang 10,000 hingga 5,000 tahun dahulu telah menyebabkan masyarakatnya hidup menetap dan zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian (G. de G.Sieveking, 1993). Selepas berlakunya zaman Revolusi pertanian masyarakat mula hidup secara menetap dan mula menjalankan perdagangan dengan kawasan sekitarnya. Masyarakat Melayu pada masa ini telah pandai menjalankan aktiviti perdagangan dengan kawasan sekitarnya untuk mendapat barang-barang keperluan. Oleh itu, fungsi dan peranan tamadun sangat besar nilainya kepada masyarakat setempat kerana masyarakat mulai memperbaharui cara hidup mereka untuk mencapai keselesaan hidup. Pembentukan tamadun awal Melayu merupakan asas pembinaan Negara bangsa Malaysia.

15

4.0 4.1

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN TAMADUN Kepelbagaian Budaya i. Mengikut etnik di negara ini

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. Kepelbagaian budaya dan agama masyarakat berbilang kaum menjadi sumber kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. Carta 1.1 Semanjung Malaysia Melayu Cina India Orang Asli Minangkabau Teochew Malayali Melayu asli Boyan Hakka Punjabi Senoi Bugis Hokkien Telegu Negrito Banjar Hailam Tamil Jawa Kanton Kerinci Hok-Chew Mendaling Kwangtung Kampar Rawa Johor-Riau a) Suku Kaum / Etnik Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Kebanyakannya orang Cina adalah keturunan para penghijrah dari China Selatan pada abad ke-18 dan ke-19 kerana tertarik oleh peluang lumayan melombong emas di Tanah Melayu, di samping melarikan diri daripada peperangan dan ketaktentuan politik di negara asal mereka. Suku Cina yang berkahwin dengan orang Melayu dan berasimilasi dengan budaya Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Cina Peranakan yang pernah mekar di Pulau Pinang dan Melaka sewaktu zaman penjajahan Eropah. Peranakan Baba dan Nyonya Chetty Malaysia Timur Sabah Sarawak Kadazandusun Sungai Kedayan Bajau Brunei Visaya Murut Iban Bidayuh Kayan Kenyah Melanau Penan Kelabit Melayu Murut Kedayan

16

Masyarakat India di Malaysia pula kebanyakannya adalah suku Tamil. Mereka adalah keturunan penghijrah India yang bekerja sebagai pedagang, guru atau pekerja mahir yang lain, tetapi sesetengah mereka dipaksa oleh penjajah British untuk mengusahakan dusun. Kaum bumiputera bukan Melayu terbesar di Malaysia ialah kaum Iban dari Sarawak, diikuti kaum Bidayuh dan tertumpu di kawasan barat daya Sarawak. Kaum peribumi terbesar di Sabah pula ialah Kadazan yang mengusahakan sawah padi. Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Kebanyakan puak minoriti ini mengikut tradisi pemburu-pengumpul yang berpindah-randah, terutamanya kaum Punan, Penan dan Senoi. b) Bahasa

Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa utama negara ini. Setiap suku boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandaraya utama.

c) Agama Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak beragama Kristian Orang India menganut agama Hindu, Islam dan Kristian Orang Cina pula menganut agama Buddha, Kristian dan Taoisme

d) Alat muzik Kaum / Etnik Melayu India Cina Kadazandusun Iban Alat Muzik gendang, rebab, serunai, seruling dan lain-lain kaudi, veena, sitar, ukulele dan lain-lain gitar bulan, dram dan lain-lain gong, sompoton, kulintangan dan lain-lain sape

ii. Budaya yang diamalkan masa kini


17

Masyarakat Malaysia amnya masih mengamalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka yang mempunyai nilai-nilai ketimuran yang tinggi. Walaupun budaya dan adat ketimuran itu semakin ditenggelami oleh kemasukan budaya-budaya asing yang tidak sihat namun ramai rakyat Malaysia masih berpegang kepada budaya asalnya. Anggota masyarakat yang menerima unsur-unsur moden Barat ini akan mengubah cara hidup, cara bertindak dan budayanya. Antara contoh yang boleh kita lihat ialah;

a) Kesenian Malaysia banyak persamaannya dengan negara jiran Indonesia, terutamanya wayang kulit, silat, seni kraf seperti menenun dan perlogaman. Muzik dan seni persembahan tradisional Melayu dipercayai berpunca dari kawasan Kelantan-Pattani serta mendapat pengaruh dari India, China, Thailand dan Indonesia. Muzik Melayu tradisional bertengahkan gendang, rebab, serunai, seruling dan banyak lagi. Negara ini kaya dengan tradisi seni tarian dan drama, antaranya dikir barat yang diwar-warkan oleh kerajaan sebagai lambang budaya kebangsaan. Namun, kemasukan pengaruh seni dari luar negara menyebabkan ramai anak muda tidak mengendahkan lagi seni dan muzik tradisional yang menjadi lambang budaya mereka sebagai anak Malaysia. Mereka lebih cenderung mendengar muzik-muzik rock dan Hip-Hop serta mempelajari seni tarian dari barat. b) Cuti dan perayaan Rakyat Malaysia menikmati berbilang cuti dan perayaan sepanjang tahun. Sesetengahnya adalah cuti umum yang diwartakan di peringkat persekutuan atau negeri. Sungguhpun kebanyakan perayaan dikaitkan dengan satu-satu kelompok kaum atau agama, namun perayaan muhibah juga dipupuk untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Misalnya, "Kongsi Raya" apabila Aidilfitri bertembung dengan Tahun Baru Cina; atau "Deepa Raya" apabila Aidilfitri dan Deepavali disambut serentak. Cuti yang paling disambut ramai ialah:

Hari Kebangsaan (atau Hari Kemerdekaan) pada 31 Ogos sempena ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha (atau Hari Raya Haji), Awal Muharram (Maal Hijrah) dan Maulidur Rasul. Tahun Baru Cina dan Hari Wesak iaitu hari keputeraan Buddha. Pesta cahaya Deepavali dan Thaipusam dirayakan oleh orang India.

18

Krismas dan Easter disambut oleh masyarakat beragama Kristian. Gawai di Sarawak dan Kaamatan di Sabah.

Masyarakat Melayu turut mengambil bahagian dalam pembangunan dan kemodenan, tetapi mereka juga menyedari tentang pentingnya dalam mempertahan warisan tradisi dalam usaha mengekalkan jati diri Melayu itu. Orang Melayu mahukan jati diri Melayu diterima sebagai jati diri kebangsaan. Tradisi budaya Melayu merupakan asas atau teras kepada budaya kebangsaan. Walau bagaimanapun orang Melayu juga menyedari untuk mempertahankan tradisi itu bukan perkara yang mudah, memandangkan negara amat pesat membangun dan melalui perubahan.

19

4.2

Kepelbagaian Tamadun

Alam Melayu telah mempunyai beberapa petempatan awal tamadun Melayu seperti Kedah Tua, Srivijaya, Angkor, Lembah Bujang, Langkasuka dan Funan. Pertempatanpertempatan awal ini telah mewujudkan kerajaan sementara dan dalam masa yang singkat telah mengalami zaman keruntuhannya serta akan digantikan oleh kerajaan baru yang akan mengambil alih semua peranan yang pernah dijalankan di negeri tersebut. Oleh sebab itu, tamadun alam Melayu mempunyai susur-galur seperti yang terdapat dalam teori kitaran tamadun yang bermula dengan petempatan sesebuah tamadun dan diakhri dengan kemerosotan dan kehancuran tamadun berkenaan.

5.0
i.

CONTOH - CONTOH GAMBAR RAJAH Budaya-budaya di Malaysia Carta 1.2 Seni Ukir dan Tulisan Permainan

Batu Bersurat Terengganu bukti Islam di Terengganu sebelum 1326. Kepelbagaian Suku Kaum / Etnik

Permainan Congkak dan Sepak raga adalah permainan tradisional Melayu. Alat Muzik

Perpaduan pelbagai suku kaum di Malaysia. Alat Mempertahankan Diri

Alat muzik yang pelbagai mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia. Adat Istiadat

Keris digunakan oleh masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu untuk mempertahankan diri.

Tepak sirih digunakan khas sebagai barang perhiasan dan dalam upacaraupacara rasmi.

20

ii. Tamadun Melayu yang pernah wujud

a) Tamadun Melayu Melaka

Gambaran pelabuhan Melaka ketika pemerintahan Parameswara.

b) Tamadun Kedah Tua

Candi Batu Pahat Lembah Bujang yang merupakan tapak ritual yang dibangunkan pada tahun 110 Masihi dan dipercayai menjadi pusat kepada tamadun di Sungai Batu.

c) Orang-orang Melayu pada Zaman Melayu Kuno Carta 1.3 Melayu Minangkabau Melayu Moro

Melayu Acheh

Melayu Batak

21

22

6.0

KESIMPULAN

Faktor yang mempengaruhi sesebuah tamadun ialah ekonomi, pegangan kepada agama, keselesaan hidup atau kemewahan dan kepimpinan politik. Tamadun merupakan asas utama dalam pembentukan negara. Tamadun awal Melayu banyak di pengaruhi oleh agama Buddha dan Hindu namun sejak kemasukan Islam dalam Pembinaan Budaya Kebangsaan Islam yang telah bertapak di alam Melayu sejak abad ke 13 telah berkembang pesat dan menjadi teras kepada budaya Melayu di Negara kita. Budaya merupakan keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Konsep ini diketengahkan oleh Andreas Eppink dan dipersetujui oleh Edward B. Taylor yang berpendapat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kesimpulannya, kemunculan setiap tamadun yang unggul mempunyai nilai budaya yang tinggi untuk memajukan masyarakatnya. Pembentukan budaya yang mempunyai nilai estetika memberikan kesan kepada generasi yang seterusnya untuk membina jati diri dan membentuk individu yang berjiwa bangsa. Oleh itu, pembinaan budaya kebangsaan amat penting dan diberikan perhatian serta tumpuan. Budaya kebangsaan itu bukan sahaja dapat menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan juga penting dalam memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini.

23

7.0

BIBLIOGRAFI

Buku: Abdul Rahman Abdullah. 2006. Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara tradisional. Shah Alam: Karisma Publications Alan Bryan 1963 "The Essential Morphological basis for Human Culture" Current Anthropology 4: 297 Arnold, Matthew. 1869. Culture and Anarchy. New York: Macmillan. Third edition, 1882, available online. Retrieved: 2006-06-28. Bakker, JWM. 1999. Filsafat Kebudayaan, Sebuah Pengantar. Penerbit Kanisius; Yogyakarta. Deddy Mulyana dan Jalaluddin Rakhmat. Komunikasi Antarbudaya:Panduan Berkomunikasi dengan Orang-Orang Berbeda Budaya. 2006. Bandung:Remaja Rosdakarya.hal.25 Dewantara, Ki Hajar. 1994. Kebudayaan. Penerbit Majelis Luhur Persatuan Tamansiswa; Yogyakarta. Forsberg, A. Definitions of culture CCSF Cultural Geography course notes. Retrieved: 200606-29. Geertz, Clifford. 1973. The Interpretation of Cultures: Selected Essays. New York. ISBN 978-0-465-09719-7. Gerald Weiss 1973 "A Scientific Concept of Culture" in American Anthropologist 75(5): 1382 Hall, D.G.E, 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Hj. Musa, 2005. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia menghadapi globalisasi Barat, Petaling Jaya: DJ Gemilang Sdn. Bhd. H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263. Ismail Hussein, et al. 1995. Dunia Melayu dan dunia Indocina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keith W. Taylor. 1992 . The early Kingdoms dalam Nicholas Tarling. The Cambridge History of Southeast Asia: From Early Times to c. 1800. Cambridge: Cambridge University Press. Korn, Wolfgang; 2004. Mesopotamien - Wiege der Zivilisation. 6000 Jahre Hochkulturen an Euphrat und Tigris, Stuttgart, ISBN 3-8062-1851-X

24

Kroeber, A. L. and C. Kluckhohn, 1952. Culture: A Critical Review of Concepts and Definitions. Cambridge, MA: Peabody Museum Lee Kam Hing dan Tan Chee-Beng (ed.). 2000. The Chinese in Malaysia. Shah Alam: Oxford University Press. M.Rajantheran. 1999. Sejarah Melayu kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mysteries of Egypt National Geographic Society, 1999, ISBN 0-7922-9752-0 O'Neil, D. 2006. Cultural Anthropology Tutorials, Behavioral Sciences Department, Palomar College, San Marco, California. Retrieved: 2006-07-10. Patty Jo Watson 1995 "Archeology, Anthropology, and the Culture Concept" in American Anthropologist 97(4) p.685 Poedjawijatna, 1980, Pembimbing ke Arah Alam Filsafat, Jakarta, PT. Pembangunan, 5th edition, p. 14 R.O. Winstedt, 1962.A History of Malaya, revised ed., p. 40. Sarjono. Agus R (Editor). 1999. Pembebasan Budaya-Budaya Kita. Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama; Jakarta. Suseno, Franz Magnis. 1992. Filsafat Kebudayaan Politik. Penerbit Gramedia Pustaka Utama; Jakarta. Laman Sesawang : http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia http://zanas.wordpress.com/budaya-kebangsaan-dan-permasalahan-budaya/ http://melayu2008.blogspot.com/2008/06/takrif-dan-ciri-ciri-tamadun.html http://personal.carthage.edu/jlochtefeld/gened/samovarandporter.doc http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakatmajmuk/3242-kaum-kaum-di-malaysia.html

25

Anda mungkin juga menyukai