Anda di halaman 1dari 2

Tawar belajar di China

Peluang itu dibuka kepada 10 individu yang layak dan akan mengikuti kursus bahasa Mandarin selama setahun sebelum meneruskan pengajian di sana. Dalam kenyataannya YSD berkata projek yang dijalankan bersama Majlis Biasiswa China (CSC) bertujuan mempromosi kerjasama baik dalam bidang pendidikan tinggi termasuk meningkatkan kefahaman budaya kedua-dua negara. Program biasiswa kali kedua berkenaan akan menaja pelajar sepenuhnya dengan bayaran tuisyen, kediaman, buku, elaun komputer riba, wang sara hidup selain bayaran keseluruhan pengajian. Mereka juga akan terbabit dengan program pembangunan, kebajikan dan latihan industri sebelum menyertai Sime Darby. Seorang pelajar yang sedang mengikuti program berkenaan, Ayesha Ellya Fadzli Iftikhar Ahmad, 19, berkata, ia adalah pengalaman pembelajaran berfaedah dan menarik apabila bukan saja dapat mempelajari bahasa ketiga malah menyelami budaya masyarakat negara lain. Dia kini sedang mengikuti kursus Bahasa Mandarin dan Ekonomi di Universiti Bahasa dan Kebudayaan, Beijing. Ahli Majlis YSD, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, selain itu pihaknya juga membuka jalinan kerjasama dengan akademi pendidikan di Sabah dan Sarawak bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah, diploma dan kurus teknikal serta vokasional. YSD mengesan ramai pelajar yang berkebolehan dalam pelajaran tetapi disebabkan masalah kewangan, ia tidak dapat dilaksanakan, katanya. Sehubungan itu katanya, YSD akan terus memberi fokus kepada keluarga kurang berkemampuan dengan peruntukan lebih 70 peratus projek biasiswa. Biasiswa untuk program di universiti tempatan terbuka untuk pelajar yang memperoleh CGPA minimum 3.0 dalam keputusan

akademik tertinggi dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM2,500 sebulan, katanya. Bagi program biasiswa di universiti tempatan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) pula, kelayakan akademik minimum adalah CGPA 2.5 tanpa syarat khusus untuk pendapatan keluarga.

Anda mungkin juga menyukai