Anda di halaman 1dari 10

TAMADUN ISLAM DAN KESANNYA KEPADA TAMADUN BARAT

Muhammad Hasyim Mustamin (P.28635)

ABSTRAK

Bebicara mengenai tamadun Islam pada hakikatnya sangat luas cakupannya jika dilihat
dari perspektif ajaran tauhid yang telah disyiarkan oleh para nabi dan rasul Allah SWT.
sebelum datangnya nabi Muhammad SAW. namun dalam kertas kerja ini akan dibahas
secara lebih spesifik kesan tamadun Islam terhadap tamadun barat bermula daripada
lahirnya ajaran Islam yang dibawa oleh nabi di tanah Arab sampai kepada zaman
pemerintahan Dinasti Abbasiyah. Beberapa kesan yang ditimbulkan oleh tamadun Islam
sama ada secara theologi, politik dan ilmu pengetahuan telah menjadikan kristen barat
(Eropa) membuka mata, mengenali dan mempelajari Islam. Suasana dan sikap
keterbukaan ajaran Islam telah menjadi satu motivasi terwujudnya sikap ilmiah dalam
menemukan dan mengembangkan ilmu pengetahuan yunani klasik sehingga menjadi
lahan terbentuknya pola transmisi ilmu-ilmu Islam terhadap eropa barat dan telah
memberi kesan yang sangat mendalam terhadap munculnya pembaharuan (renaissance)
dan menjadi apa yang sekarang kita kenali dengan tamadun barat.

1.0 PENGENALAN

Sebahagian tokoh yang terlibat dalam mengkaji sesebuah tamadun nampaknya tak boleh
melepaskan diri (independent) terhadap pandangan yang subyektif. Subyektifiti tersebut
dapat dipengaruhi oleh pelbagai faktor sama ada motivasi sosial, politik dan agama.
Tamadun Islam dan tamadun barat (Kristen) adalah dua fenomena historis dan
kontemporer yang banyak dikaji, ini tidaklah bererti penulis tak memperhatikan beberapa
bentuk tamadun lainnya namun kerana kedua tamadun ini silih berganti mendominasi
sama ada secara sosial, politik, ekonomi, budaya dan agama sehingga saling memberikan
kesan terhadap perjalanan tamadun dunia.

1.1 Memahami konsep dan perbezaan Tamadun Islam dan Barat

Perkataan Tamadun pada hakikatnya berasal dari bahasa arab dan telah
diselaraskan penggunaannya dalam bahasa melayu. Dalam Kamus Dewan
Bahasa, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan, peradaban. Dalam
bahasa arab ada beberapa istilah yang digunakan untuk menunjukkan pengertian
tamadun, Ibnu Khaldun umpamanya menggunakan kata umran dan Hadarat, al-
farabi, Farid Wajdi dan syeik Muhammad Abduh menggunakan kata madaniyat.
Kemudian muncul pula perkataan tamaddun yang pertama kali diperkenalkan
oleh Jurji Zidan, seorang penulis kristian yang banyak menulis tentang sejarah
Islam dan sastera arab.

Prof. syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan tamadun Islam


sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.
Didalam bahasa inggeris pula perkataan yang sama pengertiannya dengan
tamadun ialah civilization. Perkataan ini diambil dari bahasa latin dan perkataan
mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku inggeris dalam kurun yang ke
sembilan belas masehi. Istilah ini secara umum dalam International Encyclopedia
of Sosial science seperti yang dijelaskan oleh Taylor seorang penyelidik British
bahawa pengertian tamadun ialah suatu himpunan fenomena abstrak yang
mengandungi segala macam pengetahuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai
moral, undang-undang dan tradisi sosial; serta segala kemampuan dan kebolehan
yang dihasilkan oleh manusia, sifatnya sebagai anggota dalam masyarakat. (Daud,
1987).

M.A.J Beg (1980) telah mengemukakan satu teori tentang tamadun.


Menurutnya di dalam dunia ini hanya terdapat dua sahaja konsep tamadun iaitu
konspe tamadun Islam dan konsep tamadun barat. apabila sesebuah tamadun itu
memenuhi ciri-ciri yang digariskan oleh tamadun Islam ia dikatakan sebagai
sebuah tamadun Islam, manakala apabila tidak menepati ciri-ciri yang
dikehendaki oleh Islam seperti sekular atau materialistik, ia dikategorikan sebagai
tamadun barat. ringkasnya semua bentuk tamadun yang bersifat sekular dikatakan
sebagai tamadun barat.

Dari pelbagai pandangan diatas dapatlah disimpulkan bahawa tamadun


Islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat
Islam berlandaskan ciri-ciri Islam. Penekanan dalam pembinaan tamadun Islam
adalah merangkumi aspek spiritual, material dan intelektual. Ringkasnya Islam
merupakan sebuah tamadun yang bersifat multidimensional. Sedangkan tamadun
barat ialah kemajuan dan pembangunan yang dibina ialah lebih menjurus untuk
mendapatkan keuntungan dan pembangunan yang bersifat kebendaan (material)
sedangkan aspek spiritual dikesampingkan dan lebih berasaskan kepada nilai-nilai
kebendaan dan moral.

2.0 LATAR BELAKANG KRISTEN BARAT (EROPA) SEBELUM


MASUKNYA ISLAM.

Sivachandralingam (1997), menyatakan bahawa sejarah awal tamadun eropa iaitu


dimulai sejak zaman Greek (2000 SM-1200 SM) hingga zaman Rom (753 SM.-
509 M). Agama yang mendominasi kedua zaman ini sebelum masuknya pengaruh
kristen adalah menyembah berhala yang berasaskan kepada politheisme
(menyembah banyak tuhan). Malah pada zaman Rom kuno, setiap negara
mempunyai agamanya sendiri dan menyembah Tuhan atau hero yang menjadi
penemu tradisional atau pelindung empayar. Kaisar Agustus pada masa itu
dianggap sebagai penyelamat dan Tuhan. Dibawah pemerintahan maharaja
Domition (81-96M) menyembah maharaja menjadi agama yang direstui oleh
negara.

Empayar Rom mencapai zaman kegemilangannya di zaman romana iaitu


dari 27 SM sehingga 180 M. selepas berakhirnya era keamanan ini, Rom telah
melangkah ke zaman kemerosotan yang disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada
kerana perluasan empayarnya yang melampaui batas dan kemampuan, perubahan
dalam sistem pentadbiran, kemerosotan ekonomi, serangan wabak penyakit,
serangan orang-orang gasar dan pengaruh agama kristen. Edward Gibbon (…….)
menyatakan bahawa sikap teologi ajaran kristen yang menyerah kepada tuhan
dalam saat kesusahan menjadi punca utama kemerosotan tamadun Rom. Gruman
(1961) juga menambahkan bahawa wujudnya kebebasan penduduk Rom dalam
menganut kepercayaan agama Pagan (menyembah berhala) yang tak boleh
diseimbangkan oleh empayar Rom menjadi punca kejatuhan empayar Rom
sehingga perkembangan agama kristian juga menamatkan amalan penyembahan
terhadap maharaja. Dan puncaknya ialah pada masa agama kristen diterima oleh
maha raja Constantine (312-337 M) sebagai agama rasmi Rom, ia telah
melahirkan skeptisisme yang keterlaluan dan menyebabkan pemikiran masyarakat
mula diselubungi oleh kemusykilan. Agama kristian semakin melengkapkan
kemerosotan dalam keseimbangan agama dengan menamatkan toleransi dalam
sistem kegerejaan kristiani.

Pada masa pemerintahan raja constantine ia memindahkan ibu kota dari


rom ke konstantinopel. Namun kerana pengganti-penggantinya mendapati amat
sukar untuk memerintah empayar yang begitu luas yang meliputi rom dan
konstantinopel maka empayar dibahagi kepada dua, satu berpusat di rom dan satu
berpusat di konstantinopel. Maharaja konstantinopel memerintah di timur dan
maharaja rom memerintah di barat. apabila maharaja rom terbunuh, hanya
terdapat seorang maharaja iaitu maharaja di konstantinopel yang menggelarkan
dirinya sebagai roman emperor walaupun dia hanya memerintah bahagian timur
empayar rom. Empayar inilah yang berkekalan dari 456M hingga 1453M.

Empayar timur ini meliputi negeri-negeri seperti di tenggara eropa, asia


minor, syam yang meliputi syiria, palestin, mesir dan pulau-pulau timur
mediterranean. Syam khususnya diduduki oleh bangsa arab dan bukan arab.
Pengaruh agama kristian di wilayah tersebut sangat kuat dan di wilayah-wilayah
inilah yang banyak penduduknya menganut agama krisitian yang mana sebelum
datangnya Islam terletak dibawah kuasa kerajaan rom (Byzantine) yang
menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara yang telah diakui sebagai
agama rasmi di mesir pada tahun 381M (Mahayuddin, 2000).

3.0 HUBUNGAN ISLAM DENGAN KRISTEN KLASIK

Pada hakikatnya sebelum datangnya Islam, Kristen barat telah memiliki hubungan
perdagangan, diplomatik dengan orang-orang Arab pra Islam dan hubungan ini
berlanjut hingga datangnya Islam ke arah hubungan yang lebih akrab lagi.
Sebagaimana Hugh Goddard (2000)menyatakan, bahawa sebelum dilantiknya
Muhammad SAW. sebagai Nabi dan Rasul oleh Allah SWT. pada masa dibawa
oleh saudara Bapanya Abu Thalib ke syam untuk urusan perniagaan, bertemu
seorang rahib di Busra yang bernama Bahira. Bahira dikatakan mendapat tanda-
tanda kerasulan pada diri Muhammad SAW. beliau memberitahu bahawa antara
tanda-tanda itu ialah sifat dan perangai baginda yang luar biasa. Sifat dan tanda
kenabian itu dinyatakan dalam agama nasrani.

3.1 Hubungan Perdagangan


…………………………….Hisam
3.2 Hubungan Diplomatik
……………………………….Hisam

3.3 Pandangan Kristen terhadap ajaran Muhammad SAW dan


hubungannya dengan Kristian.

Ajaran Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. pada masa awal
pada hakikatnya memiliki hubungan yang sangat bererti iaitu adanya
persefahaman antara Islam dan kristian dalam ajarannya, hal ini boleh
dilihat pada masa awal Nabi Muhammad SAW. menasihatkan kepada
sahabatnya yang baru memeluk Islam supaya pergi ke negeri Habasyah.
Tujuan kesana bukan semata-mata untuk mengelakkan penyeksaan kaum
quraisy, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang iaitu berdakwah
untuk menyebarkan agama Islam di kalangan orang Habasyah. Habasyah
dipilih kerana di sana terdapat seorang raja yang adil bernama Najasyi
yang menganut agama kristian.

Raja Najasyi mendapati bahawa ajaran yang dibawa oleh


Muhammad SAW. memiliki kesamaan ajaran dengan apa yang dibawa
oleh nabi Isa yang memiliki sumber sama dan oleh kerana itu ia
memberikan perlindungan kepada orang-orang Islam (Goddard, 2000).

3.4 Hubungan Pasca Kedatangan Islam


…………………………Hisam

4.0 KRITERIA KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM.


……………………………… (Faisal)

5.0 KONDISI KRISTEN BARAT PADA PADA ABAD KEGELAPAN


(PERTENGAHAN).

Menurut Brian Tierney dalam buku Western Europe in The Middle ages, zaman
pertengahan (medieval ages) atau biasa juga disebut sebagai zaman belenggu
(Dark ages), adalah bermula dari 300-1475M. sedangkan Sivachandralingam
(1997) menyatakan bermula dari tahun 500 masihi dan berlanjutan hingga 1050
M.

Zaman pertengahan awal ini adalah merupakan zaman yang telah


mengganggu perkembangan manusia zaman klasik (Greek dan Rom). Pada zaman
ini peperangan, kebuluran dan penyakit menjadi lumrah. Lebih kurang 500 tahun
lamanya masyarakat eropa mengalami kemerosotan dalam pelbagai sektor sama
ada kemerosotan dalam perkembangan pendidikan, perdagangan dan tamadun, hal
ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara dibawah ini.

5.1 Dominasi Gereja

Gereja pada abad pertengahan merupakan institusi yang sangat dominan


dalam memainkan peranannya dalam setiap aspek kehidupan masyarakat
kristian pada masa itu. Fungsi dan sikap gereja jauh lebih penting daripada
sekarang. Gereja mengatur kehidupan harian masyarakat kristian ketika
itu, daripada perkara kecil hinggalah yang besar seperti menentukan bakal
maharaja. Kerjaya yang paling tinggi statusnya ialah kerjaya di dalam
institusi gereja. Tidaklah menghairankan jika sikap orang eropa pada masa
itu banyak ditentukan oleh sikap gereja terhadap sesuatu perkara.

Sebahagia besar tanah dizaman pertengahan adalah milik gereja.


Menurut Ferguson (1948) dan Bruun (1969), pada abad ke-12 dan ke-13,
hampir 1/3 (sepertiga) daripada tanah yang boleh digunakan di eropa barat
dikawal oleh gereja. Bioshop, abbot dan pegawai-pegawai lain yang
memegang jawatan penting di dalam gereja biasanya adalah golongan
kelas bangsawan. Justeru itu, mereka ini sering campur tangan dalam
pilihan raya gereja untuk mendapatkan jawatan bishop dan jawatan-
jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya
pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan
material dan mempunyai dua tanggung jawab.

5.2 Hubungan Gereja dan negara

Hubungan gereja dan negara boleh dikatakan bermula sejak agama


kristian menjadi agama empayar Rom pada tahun 343 M apabila maharaja
Constantine memeluk agama Kristian dan menjadikan kristian agama
rasmi empayar Rom sehingga terkesan tindakan maharaja ini telah
memberi rahmat kepada perkembangan agama ini. Telah menjadi
kebiasaan, apabila maharaja menerima sesuatu agama, rakyat juga akan
turut sama memeluk agama berkenaan.

Hubungan gereja dan negara semakin erat tatkala Charlemagne


(768-814 M.) dianggap sebagai raja dan penakluk yang termasyhur selepas
Constantine. Ia adalah penyokong kuat Pope dan penganut kuat mazhab
Roman Katolik, oleh itu Pope telah mengambil peluang untuk
menjadikannya maharaja dengan meletakkan mahkota di atas kepalanya
dan diberi gelaran “Charles The Great”. Oleh kerana ia menyokong kuat
pope, maka ia dikatakan telah melakukan suatu pekerjaan suci. Justeru
itulah kerajaan Rom dikenali sebagai kerajaan rom suci.
Rom bukan sahaja menerima agama kristian, tetapi mengatur dan
menyebarkannya ke merata tempat dan juga menakluk dengan
menggunakan kuasa legion (bala tentera).

5.3 Suasana Politik Yang tidak stabil

Pada abad pertengahan ini suasana politik di eropa barat sangat tidak
stabil. Serangan orang-orang Gasar ke atas wilayah eropa barat telah
mengheret eropa ke satu zaman yang dikenali sebagai zaman pertengahan.

Orang-orang Gasar adalah suku kaum yang menetap di utara Rhine


dan Danube dan telah menyerang Empayar Rom dari semasa ke semasa
mulai abad ke-3 hingga abad ke-6 masihi. Mereka ini terbahagi kepada
beberapa puak/suku kaum; antaranya Goths, Huns, Vandals, Franks dan
Lombard (Sivachandralingam, 1997).

5.4 Kemerosotan Intelektual

Pada fase pertengahan ini perkembangan sains mencapai tahap terendah


sekali di eropa barat. sebab utama yang berlaku demikian ialah kerana
suasana ketika itu tidak membenarkan sains berkembang disebabkan
ketidakstabilan politik, ketiadaan unsur yang melindungi dan dominasi
gereja yang tidak menggalakkan mempelajari ilmu daripada orang yang
bukan kristian.

Institusi gereja beranggapan bahawa ilmu yang berasal daripada


peradaban yang bukan kristian adalah ilmu yang sesat, kerana tidak
berpandukan kepada kitab injil, disamping tidak merujuk kepada institusi
keagamaan itu. Oleh sebab itu, ilmu orang yunani seperti yang ada pada
penulisan Aristotle daripada Stagira (384-322 SM.), Socrates, Parminedes,
Thales dan Anaxigoras dan Plato tdiak dapat mereka terima. Kebetulan
juga kebanyakan orang yunani menganut agama yang menyembah dewa-
dewa yang tidak dapat diterima oleh geraja.

Gereja pada dasarnya sentiasa memandang serong kepada ilmu


ternasuk ilmu greek. Sikap tidak konsisten institusi gereja menjadi
hambatan utama kepada perkembangan ilmu, sikap inilah akhirnya yang
menyebabkan penyiasatan diperkenalkan, seperti yang berlaku semasa
pemerintahan Raja Ferdinand dan Maharani Isabella di Spanyol yang
mengakibatkan 2000 orang disalib dan dibakar hidup-hidup. (Abdul Latif,
2001).

5.5 Munculnya Feudalisme

Pada abad pertengahan ini sistem feodal bermaharajalela dimana-mana


dalam sistem kehidupan masyarakat. Dalam institusi ini, raja mempunyai
kuasa mutlak dan berada pada kedudukan yang tinggi sebagai penguasa ke
atas semua tanah dalam kerajaannya. Sedangkan gereja pula berkuasa di
atas pelantikan raja dan ahli-ahli gereja.

Dominasi gereja pada masa itu juga memunculkan sistem feudal


dimana gereja menjadi salah satu tempat penggantungan dalam sistem
hidup masyarakatnya.

6.0 KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM PADA ABAD PERTENGAHAN


6.1 Keterbukaan
6.2 Kesadaran masyarakat dan Khalifah terhadap ilmu.
6.3 Berkembangnya Ilmu Pengetahuan
6.4 Dukungan dan kestabilan politik
6.5 Tokoh-tokoh Islam yang banyak berpengaruh terhadap munculnya
tamadun barat.
……………………… Faisal

7.0 SUMBANGAN DAN KESAN TAMADUN ISLAM TERHADAP TAMADUN


BARAT

7.1 Pencerahan kemajuan intelektual

Pada zaman nabi dan khulafaurrasyidin tiga bidang ilmu penting yang
tumbuh dan berkembang iaitu: aqidah, syariah dan akhlak (tasawwuf).
Ketiga dasar ilmu tersebut telah mengasaskan pola kebebasan
pengembangan kemajuan intelektual yang tidak hanya berpengaruh
terhadap perkembangan intelektual muslim pada abad pertengahan zaman
keemasan Islam tapi juga telah menjadi dasar terhadap perkembangan
ilmu selanjutnya dan secara tidak langsung pola ini menjadi bentuk
revolusi pemikiran terhadap sekatan paus dan doktrin kristen dalam
mengembangkan sains.

Nasr (1984) menegaskan bahawa sains barat berkembang


berdasarkan ilmu sains yang dibina dan diketengahkan oleh ahli-ahli sains
dalam peradaban Islam. Sains dalam peradaban Islam telah berkembang
dengan pesatnya dari 900 M sehingga 1400 M dalam kebanyakan bidang.
Pada bidang-bidang yang khusus pula seperti perubatan dan logik,
perkembangannya berterusan sehingga 1750 M. dan inilah yang banyak
memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan sains barat.

7.2 Munculnya Orientalis Barat

Munculnya beberapa orientalis barat yang mempelajari Islam merupakan


suatu pertanda bahawa Islam pada hakikatnya bukan sahaja sebagai agama
tapi juga sebagai suatu sistem yang telah berhasil dalam masa yang cukup
singkat dalam membangun suatu sistem sosial, politik, pendidikan, dan
budaya yang mesti dipelajari oleh barat. seorang daripada orientalis barat
John L. Esposito (1995) menyatakan keperluan untuk mempelajari Islam
sebab Islam memberikan dukungan ideologis yang kuat untuk terobosan
yang luar biasa dalam organisasi sosial ini. Dalam hal ini, penaklukan-
penaklukan tersebut benar-benar merupakan gerakan Islam. Karena, Islam
adalah rangkaian kepercayaan agama yang diajarkan oleh Muhammad,
dengan segi-segi sosial dan politisnya yang menyulut keseluruhan proses
integrasi penyebab utama keberhasilan penaklukan terhadap dunia. Lebih
lanjut Ismail Yakub (1970) menyatakan bahawa tujuan kaum orientalis
pada umumnya mempelajari Islam dan hal-hal yang bersifat ketimuran
ialah disebabkan oleh beberapa faktor :
- Tujuan Pengacauan terhadap Islam
- Tujuan kegamaan dan politk
- Tujuan ilmiah semata-mata demi ilmu pengetahuan.

7.3 Medium kepada tamadun romawi-yunani

Munculnya beberapa tokoh dalam kecemerlangan tamadun Islam abad


pertengahan semakin membuktikan bahawa Islam telah menjadi medium
untuk lebih memperkenalkan tamadun barat dengan tamadun romawi-
yunani. Sebagaimana Murad W. Hofmann (2002), menyatakan bahawa
bukan bangsa-bangsa barat yang mewarisi peradaban yunani kuno,
melainkan dunia Islam. Mengingat ledakan ilmu pengetahuan dan
teknologi yang terjadi di dunia Islam, tampak jelaslah bahawa pertukaran
budaya di abad pertengahan itu seperti jalan sehala. Sesungguhnya, kaum
muslim bahkan tidak dapat menemukan apapun yang layak dipelajari dari
barat pada masa itu.

7.4 Renaisans dan pengembangan ilmu moden

Renaisans adalah suatu gerakan intelektual yang berkembang di selatan


Eropa, iaitu di Itali dari abad ke-14 hingga abad ke-16 dan secara literal
bermaksud sebagi kelahiran semula (Rebirth). Ia diertikan sebagai
kelahiran semula kerana masyarakat Eropa abad ke-14 ingin kembali ke
zaman kegemilangan Greek dan Rom.

Keadaan ini disebabkan hampir 600 tahun eropa barat melalui


zaman gelap yang tidak menjanjikan kemajuan pesat dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Secara keseluruhan, renasissance mendukung
beberapa ciri yang nyata, antaranya ia menekankan keperluan mengkaji
klasik Greek dan Room. Permusuhan terhadap ilmu semakin lama
semakin dirasa kurang disebabkan keperluan mereka kepada ilmu tersebut.
Keraguan orang-orang kristian barat tentang ilmu sains mula berubah
apabila Gerbert dari Aurillac (946-1003M) menjadi Pope Sylvester II
(999-1003M). beliau telah menggunakan beberapa gereja di spanyol untuk
mendapat beberapa buah buku bahasa arab yang telah diterjemahkan ke
latin. Apabila meneliti buku-buku berbahasa arab ini, beliau mendapati
bahawa isi kandungannya sekurang-kurangnya tidak akan menidakkan
adanya Tuhan. Bahkan beliau berpendapat bahawa ilmu daripada buku-
buku ini berguna untuk orang-orang kristian, seperti pengetahuan
mengenai astrolab dan abakus yang beliau perolehi selepas membaca
buku-buku ini. Selain daripada itu beliau sedar bahawa tidak seperti
agama orang Greek, agama Kristian lebih banyaknya dengan agama Islam.
Disamping itu, jika meneliti buku-buku yang ditulis oleh sarjana Islam
ketika itu, biasanya bukanlah matlamat utama mereka menulis buku-buku
sains untuk menunjukkan kesalahan agama lain, tetapi unuk mencari
kebenaran tentang alam semesta dan betapa sains itu dapat mengukuhka
iman penganutnya (Abdul Latif, 2000).

8.0 PERBINCANGAN DAN ANALISIS TERHADAP PROSES


PERPINDAHAN ILMU DARI ISLAM KE BARAT

9.0 BEBERAPA PANDANGAN PEMIKIR-PEMIKIR BARAT MENGENAI


KESAN TAMADUN ISLAM.

Rujukan

Abdul Latif Samian dan Khairul Anwar Mastor. 2000. Perkembangan Sains dan
Peradaban Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahayuddin Hj. Yahaya. 2000. Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Murad W. Hofmann. 2002. Menengok Kembali Islam Kita. Terj. Bandung: Pustaka
Hidayah
Ismail Yakub. 1970. Orientalisme dan Orientalisten. Surabaya: CV. Faizan
John L. Esposito. 1995. Ancaman Islam Mitos atau Realitas. Terj. Bandung: Mizan
Hugh Goddard. 2000. History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh
University Press Ltd.
Ferguson, W.K. 1948. The Renaissance in Historical Thought, Houghton Mifflin Co.,
New York.
------------, and Bruun, G. 1969. A Survey of European Civilization, Houghton Mifflin
Co., New York.
Sivachandralingam Subdara Raja. 1997. Tamadun Eropah. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Nasr, S.H. 1984. Science and Civilization in Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
M.A.J. Beg. 1980. Islamic and Western Concept of Civilization. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya Press.
Daud, M.H. 1987. Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Indah Sdn. Bhd.