Anda di halaman 1dari 21

ANATOMI

Kajian tentang struktur tubuh badan dan perkaitan antaranya . Berasal daripada perkataan Yunani : Ana : asingkan Tome : memotong

FISIOLOGI
Kajian tentang fungsi struktur tubuh

ANATOMI KASAR
ANATOMI KAWASAN / REGIONAL Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan
ANATOMI BERSISTEM / SYSTEMIC Melihat hubungkait antara struktur dengan fungsi . Contoh sistem otot dan perkaitan dengan komponen sistem otot. ANATOMI PERMUKAAN / SURFACE Melibatkan struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh

ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA

Tubuh mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya . Aras struktur paling rendah ialah aras kimia . Gabungan atom membentuk molekul . Cantuman molekul membentuk pelbagai sel yang menjalankan tugas berbeza . Sel ialah unit paling ringkas bagi semua hidupan . Manusia ialah organisme multisel .

Sambungan

Pengelompokan sel serupa membentuk tisu untuk menjalankan fungsi umum. Gabungan 2 atau lebih tisu berbeza membentuk organ bagi menjalankan tugas khusus dalam tubuh. Organ tertentu dikelompokkan membentuk suatu sistem organ tubuh yang bekerjasama mencapai satu tujuan . Semua sistem organ membentuk organisme mewakili aras tertinggi organisasi struktural manusia iaitu Aras Organisme

ARAS ORGANISASI STRUKTURAL MANUSIA


Sistem Kardiovaskular Aras Sistem

Aras Organ Organ Jantung

Tisu Otot Jantung

Aras Tisu

Aras Sel
Sel Otot Jantung

Filamen Protein

Aras Molekul

INTEGUMENTARI
REPRODUKTIF

RANGKA

OTOT URINARI SARAF

PENCERNAAN ENDOKRIN

RESPIRATORI

LIMFATIK

KARDIOVASKULAR

SISTEM INTEGUMENTARI / KULIT


Organ utama ialah kulit . Fungsi sistem : Melindungi tisu dalaman tubuh daripada kecederaan . Sifat kalis air membantu mencegah kehilangan air dalam badan. Peka kepada rangsangan sakit , sejuk , kepanasan , tekanan dan sentuhan . Singkirkan bahan kimia semasa perpeluhan seperti air , asid urik dan garam mineral berlebihan .

a. b. c.

d.

SISTEM RANGKA
Organ utama : Tulang - kartilej - ligamen - sendi Fungsi sistem Menyokong berat badan Melindungi organ lembut di dalam tubuh seperti otak , saraf tunjang (spina korda ) jantung dan paru-paru Memberi dan mengekalkan bentuk badan Sdiakan tempat untuk pelekatan otototot rangka. Tuas untuk pergerakan badan. Menghasilkan sel-sel darah merah dan putih serta platelet di dalam sumsum merah tulang .

a. b.

c. d. e. f.

SISTEM OTOT
o o a. b. c. d. e. Organ utama : Otot - tendon Fungsi sistem : Mengekalkan postur tubuh Menghasilkan pergerakan Menghasilkan haba melalui aktviti sel di dalam otot. Menstabilkan sendi Mengartikulasi antara otot dengan tulang .

SISTEM SARAF

Organ utama: - otak - saraf tunjang - saraf periferi - organ reseptor Fungsi sistem a. Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan. b. Menyimpan maklumat yang diterima. c. Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh .

SISTEM ENDOKRINA
Organ utama : - kelenjar seperti pituitari , tiroid dan adrenal . Fungsi sistem : a. Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah .

SISTEM KARDIOVASKULAR
Organ utama : - jantung - salur darah Fungsi sistem : Jantung mengepam darah ke seluruh badan . Mengangkut gas-gas respiratori , nutrien , hormon dan bahan buangan . O2 dari paru-paru ke jantung diserap secara resapan Salur darah sebagai medium aliran darah ke semua bahagian badan.

a. b. c. d.

SISTEM LIMFATIK
Organ utama : - nodus limfa - salur limfatik - timus - limpa - tonsil Fungsi sistem : Sebagai sistem imunisasi tubuh kerana mempunyai sel darah putih ( leukosit ) . Menghasilkan limfosit . Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati . Mengangkut hasil pencernaan untuk diserap ke dalam lakteal .

a. b. c. d.

SISTEM RESPIRATORI
Organ utama : - hidung - farinks - trakea - bronkus - paru-paru Fungsi sistem : Membekalkan oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan karbon dioksida . Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-paru Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil ( homeostasis ) .

a.

b. c.

SISTEM PENCERNAAN
Organ utama : - mulut - esofagus - perut - pankreas - hepar - ileum - usus besar - rektum Fungsi sistem a. Memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel . b. Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis .

SISTEM URINARI
Organ utama : - ginjal - ureter - pundi kencing - uretra Fungsi sistem : a. Menyingkirkan bahan kumuh. b. Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia . c. Mengimbangkan paras asid dan alkali dalam darah .

SISITEM REPRODUKTIF
Organ utama lelaki : - penis - testis - vesikel semen - kelenjar prostat - uretra Organ utama perempuan: - ovari - uterus - tiub falopio - vagina Fungsi sistem : a. Menghasilkan zuriat b. Menghasilkan hormon seks

Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain


Sistem integumentari : - Sintesis vitamin D penting untuk penyerapan normal kalsium dan fosforus (perlu untuk Sistem otot :tulang ) tumbesaran -Membekal kalsium untuk penguncupan otot. Sistem saraf : -Tulang bertindak sebagai tuas untuk menghasilkan -Membekalkan kalsium untuk fungsi saraf pergerakan tubuh -Melindungi otak , saraf tunjang -Menstabilkan kedudukan tulang Sistem kardiovaskular: -Reseptor pada sendi memberi maklumat tentang -Ketegangan pada tendon merangsang tumbesaran -Menyediakan kalsium untuk pengucupan otot kedudukan tubuh tulang kardiak respiratori: Sistem -Mengawal kedudukan tulang dengan mengawal -Sel-sel darah dihasilkan dalam sum-sum merah -Pergerakan tulang penguncupan otot rusuk penting untuk pernafasan tulang -Rangka mengelilingi dan melindung paru-paru -Membekal oksigen dan mengkumuh karbon Sistem endokrina: dan mengkumuh karbon -Membekal oksigen dioksida dioksida -Melindungi organ endokrina khususnya dalam otak , dada dan kviti pelvik Sistem pencernaan :dikawalatur oleh hormon -Tumbesaran tulang tumbesaran , tiroid dan seks -Tulang rusuk melindungi sebahagian daripada hepar dan usus -Mobilasi kalsium dikawalatur oleh hormon-hormon parathormon dan kalsitonin -Membekal nutrien , kalsium dan fosfat

Untuk semua sistem:

- memberi sokongan mekanikal


- stor tenaga - stor kalsium dan fosfat

Sistem urinari : -Melindungi ginjal dan ureter -Pelvis melindungi pundi kencing dan uretra proksimal -Memulihara kalsium dan fosfat untuk tumbesaran tulang -Mengkumuh bahan sisa