Anda di halaman 1dari 3

Penyeliaan Klinikal Cogan (1973) mendefinasikan penyeliaan klinikal sebagai rasional dan latihan yang direka bentuk untuk

meningkatkan prestasi guru di bilik darjah.

Model Penyeliaan Klinikal Pada asalnya model penyeliaan klinikal oleh Cogan (1973) terdiri daripada lapan fasa, dan setiap fasa itu akan mempengaruhi fasa seterusnya, menghasilkan perubahan dan perkembangan guru yang lebih baik dalam mencapai objektif di bilik darjah (Zepeda, 2002). Perubahan masa telah mengubah bentuk penyeliaan klinikal kepada yang lebih bersifat kolaberatif dan menggalakkan kerjasama aktif daripada guru (Pajak, 2002). Pajak (2002) telah mengelompokkan penyeliaan klinikal kepada empat kumpulan, iaitu model asal klinikal, model humanistik/artistik, model teknikal, dan model pembangunan/reflektif. Namun dalam konteks pembentangan ini, model penyeliaan klinikal oleh Acheson dan Gall (2003) dianggap bersesuaian dengan proses penyeliaan di bilik darjah. Mengikut model ini terdapat tiga langkah dalam penyeliaan, iaitu; 1. Persidangan prapemerhatian 2. Pemerhatian di bilik darjah 3. Persidangan pasca pemerhatian. Sehubungan dengan itu, Acheson dan Gall (2003) menjelaskan bahawa untuk menjadi penyeliaan klinikal itu berkesan, minda, emosi dan tingkahlaku penyelia perlulah disepadukan dalam usaha mencapai matlamat utama penyeliaan klinikal, iaitu pembangunaan profesionalisme guru. Data dan domain Penyeliaan Klinikal Cogan (1973) Penyeliaan Klinikal memfokuskan kepada peningkatan pengajaran guru dalam bilik darjah. Data utamanya ialah rekod aktiviti dalam bilik darjah, perlakuan guru murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, yang didokong oleh persepsi, kepercayaan, sikap dan pengetahuan atau pengalaman lampau yang ada pada murid. Domain utamanya ialah interaksi guru dengan murid sebagai individu dan kumpulan.

PENCERAPAN KLINIKAL

1. Konsep Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian, pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tinglah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran. 2. Objektif Pensayarah pembimbing, guru pembimbing dan pelajar bersama-sama berusaha: (i) memperbaiki kelemahan pengajaran/pembelajaran (ii) memperkembangkan potensi dan kemahiran Langkah-langkah Dalam Pencerapan Klinikal A. Sidang Prapemerhatian Peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh (kerangka mental) dan langkah-langkah (prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan berlaku. Pembimbing perlu berusaha menjalinkan perhubungan dan menyakinkan pelajar bahawa tujuannya adalah untuk membantu beliau dalam aspek-aspek profesional. Peringkat ini juga digunakan untuk menentukan focus pemerhatian yang dipersetujui bersama. B. Pemerhatian Dalam peringkat ini pembimbing memerhati pengajaran yang disampaikan oleh pelajar dan mebuat catatan (data). Pembimbing juga menyediakan huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan. C. Analisis Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing/guru pembimbing dan pelajar dengan tujuan: (i) menjelaskan apa yang telah dicatat semasa pemerhatian dengan memberi fokus kepada apa yang telah dipersetujui. (ii) merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan. Pembimbing mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca pemerhatian, soalan dan kesimpulan. D. Sidang Pasca Pemerhatian Dalam siding ini pensyarah pembimbing/guru pembimbing berbincang dengan pelajar tentang pengajaran dengan; - merujuk kepada perkara-perkara ( episode-episod) tertentu dalam pelajaran - mencari penerangan atau penjelasan. - mengenal pasti alternatif. E. Analisis Sidang Pasca Pemerhatian Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing/guru pembimbing menganalisis sidang pasca pemerhatian bagi mengkaji semula strategi pencerapan dan mebuat penilaian kendiri.

Penyeliaan Klinikal Bantu Pengetua Sebagai Pemimpin Kurikulum. Kalau diamati sepenuhnya peranan atau fungsi penyeliaan klinikal, kita akan dapati bahawa ia membawa sesuatu yang memberi kebaikan kepada kemajuan sekolah. Dalam konteks ini, Joyce dan Showers, (1988) memberi penerangan yang menarik tentang kebaikan yang dibawa oleh penyeliaan klinikal dengan pernyataan berikut;

Clinical supervisison can become a powerful way to look at what geos on in classrooms and in the school, as well as a powerful way to support school wide staff development, including transfer of training into classrooms after shared learning experiences.

Penyeliaan klinikal berunsur persefahaman, penyeliaan lebih banyak mendorong, menyelesaikan masalah bersama, saling menyembang idea untuk menyelesaikan masalah pengajaran.