Anda di halaman 1dari 3

Kepimpinan Menurut Ramaiah (1999) menyatakan bahawa kepimpinan adalah proses yang

mempengaruhi aktiviti manusia yang ada kaitannya dengan apa yang mereka perlu lakukan ke arah mencapai objektif organisasi yang dianggotainya. Manakala Hersey (1982), kepimpinan adalah proses mempengaruhi pekerja untuk mencapai objektif organisasi. Hisham (1991), kepimpinan adalah proses menggerakkan tenaga manusia untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan tanpa sebarang tekanan atau paksaan. Koonts dan ODonnel (1976) memberi tafsiran kepimpinan adalah kemahiran individu yang mempungaruhi ahliahlinya untuk menyelasaikan masalah (Saifullizam Puteh, 2006).

Ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan merupakan proses atau kaedah bagi seseorang pemimpin yang mengetuai sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat yang telah dipersetujui dan ditetapkan. Fungsi utama seseorang pemimpin adalah mengubal visi dan misi organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi-strategi bagi mencapainya. Ini bermakna para pemimpin akan menentukan hala tuju dan masa depan organisasinya (Ainon Mohd, 2003).

Sifat-sifat

pemimpin

Adair (1983) dalam Mohd Salleh Tahar (2006) telah menggariskan bahawa seseorang itu dikatakan pemimpin sepenuhnya sekiranya seseorang itu mempunyai kriteria-kriteria berikut: a) Berupaya mempengaruhi peristiwa, dan boleh mencetuskan perubahan b) Mereka mempunyai hasrat yang tinggi untuk mencapai kesempurnaan tugas, kebolehan menggunakan proses kumpulan dan dapat pula membuat keputusan yang bijak. Pemimpin tulen depan. d) Pemimpin harus bertanaga, mempunyai dorongan, kemahiran perhubungan manusia, boleh membuat keputusan, boleh diharap dan mempunyai kestabilan emosi. e) Mereka harus adil, bercita-cita tinggi, dedikasi, objektiviti dan boleh bekerjasama. f) Dinamik, prigresif, mudah menyesuaikan diri, mudah dihubungi dan berpengetahuan. g) Pemimpin juga harus bersifat toleransi, agresif, bertanggungjawab, dihormati, mudah mempunyai wawasan dan bertindak menjadikannya kenyataan. c) Kebolehan membuat pertimbangan, inisiatif, intergriti, dapat melihat kemungkinan masa

bergaul, cekap, berdisiplin, bersimpati, tegas dalam hubungan mereka dan komited. Secara umumnya, seorang pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berwawasan tinggi, berkemahiran dalam tugasnya, mempunyai kemahiran komunikasi dan motivasi serta mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap. Selain itu, seseorang pemimpin mestilah mempunyai kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikannya. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila Abas Awang (1999) menyatakan bahawa antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah berilmu, mempunyai etika yang tinggi, bijak membuat keputusan dan bersikap positif dan yakin. Manakala Institut Aminuddin Baki (1998) menyatakan pemimpin perlu ada matlamat yang jelas, mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap dan mampu membuat keputusan secara konsensus. Mohd Salleh Tahar (2006) menyatakan pemimpin mesti mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi selain kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Mohd Salleh Tahar, 2006).

Ini jelas membuktikan bahawa seseorang pemimpin perlu ada kemahiran berkomukasi yang cekap, kemahiran berfikir yang tajam dan kemahiran menyelesaikan masalah yang baik. Justeru itu, sistem pendidikan negara kita perlu memainkan peranan bagi melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan Tun Hussien Onn.

Pembelajaran

Berasaskan

Masalah

(PBL)

Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari pembelajaran kaedah pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan graduan yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian akademik yang terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005). Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar, menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan

pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa, 2005). Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring dengan teknologi terkini dan perkembangan semasa. Menjadi tanggungjawab pendidik untuk menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Di mana dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri.

Anda mungkin juga menyukai