Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan lagu-lagu al-quran di Malaysia Sejarah kemunculan taranum al-quran di Malaysia serentak dengan kemasukan agama islam di nusantara

.Pengajian Al-quran di Negara ini bermula lebih kurang 500 tahun lalu.Dalam buku Pelayarann Pada Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka , Abdullah Munshi mengatakan bahawa sudah menjadi tradisi orang-orang Melayu membawa al-Quran bahkan kanak-kanak mereka diwajibkan belajar Al-Quran.

Daripada sejarah kita dapat mengetahui bahawa orang-orang Melayu sudah pernah membuat hubungan dengan orang arab sejak zaman Muawiyah lagi.Oleh yang demikian , Tidak syak lagi bahawa perkembangan lagu-lagu al-quran juga datang dari mereka iaitu orang-orang arab yang datang berdagang ke Negara ini.Pendapat ini dikuatkan lagi dengan penemuan sepasang batu nisan di Pulau Tambun , Pekan , Pahang yang tertera tulisan khat Thulus serangkap ayat syair arab yang begitu indah dan cantik.Sementara di Kelantan pula qari-qari daripada tanah arab pernah datang mengajar lagu-lagu al-quran di istana sultan Kelantan atas jemputan istana . Selain dari kedua-dua sumber tersebut , kenyataan Abdullah Munshi dalam buku pelayarannya yang menyebut ketika kegemilangan kota Melaka , sudah menjadi adat orang-orang melayu Melaka mewajibkan anak anak mereka belajar al-quran khususnya secara berlagu.Senario ini hadir serentak dengan terjalinnya hubungan dagang antara rakyat tanah melayu dengan orang-orang arab . Sejarah awal perkembangan taranum di Malaysia menunjukkan istana juga memainkan peranan penting dalam perkembangan lagu-lagu al-quran kerana kebanyakkan istana-istana itu mempunyai qari-qarinya sendiri yang dikenali dengan qari-qari diraja atau qari qari istana.Qari-qari ini sentiasa memperdengarkan lagunya bukan sahaja kepada raja-raja atau sultan di istana , tetapi juga menjelajah ke pelosok negeri , ke majlis majlis khatam al-quran , kenduri kahwin dan haflah haflah ( perayaan agama ) tertentu yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat.Selain daripada bertujuan untuk mengajar al-quran , mereka juga memperdengarkan bacaan bacaan yang indah daripada ayat-ayat alquran. Penglibatan istana dalam pembelajaran al-quran ini akan lebih menyemarakkan lagi perkembanganpembelajaran lagu-lagu al-quran di seluruh negeri.Ini adalah kerana jika raja atau pemerintah sesuatu negeri atau Negara sudah bergiat cergas dalam sesuatu urusan , maka sudah tentu rakyatnya kan turut bergerak bersama-sama dengannya , sebagaimana yang ditegaskan oleh Khalifah Umar bin abdul aziz : orang ramai akan mengikut apa yang dilakukan oleh raja-raja atau pemerintahnya Ini terbukti jika dilihat melalui lipatan sejarah bahawa mana-mana negeri yang mempunyai ramai qari diraja maka di sana terdapat ramai rakyat yang mampu dan berkebolehan membaca al-quran dengan baik dan mengikut lahjah arab.Melalui qari-qari inilah oang ramai dapat mengenali dan mempelajari alquran dengan lahjah arab.Antara qari diraja yang yang terkenal pada sekitar tahun 1920-1920 an ialah : a) Muhammad Yussof Kedondong dari Negeri Kelantan

b) c) d) e) f) g)

Haji Muhammad dari negeri Terengganu ( Mat Lintar) Haji Muhammad Ribat dari negeri Kedah Haji Sulaiman dari negeri Johor Haji Khalid dari Negeri Selangor Haji Muhammad Jempol dari negeri Sembilan Muhyiddin dari negeri perak.

Kesimpulannya ,qari qari diraja memainkan peranan penting dalam perkembangan lagu-lagu al-quran secara meluas di seluruh negeri di Malaysia .

Walaubagimanapun pada hakikatnya terdapat dua aliran perkembangan lagulagu al-quran di Malaysia iaitu : 1) Angkatan lama : mereka terdiri daripada qari-qari diraja yang berkembang luas sebelum penjajahan jepun , atau sebelum meletusnya perang dunia kedua .Ketika ini lagu lagu al-quran hanya berkisar sekitar lagu-lagu lama , yang terdiri daripada lagu hijaz , dan corak persembahannya hanya dengan dua atau tiga lagu saja dalam satu kali bacaan 2) Angkatan baru : Mereka terdiri daripada qari-qari yang belajar lagu di makkah dan di mesir.Antaranya ialah haji ahmad pergau , haji latif , haji zabidi aman , haji saleh bilah , haji mufti dan lain-lain lagi.Dengan menonjolnya angkatan baru ini memberi nafas baru kepada perkembangan lagu-lagu al-quran di tanah air kerana mereka terpengaruh dengan qari-qari dari mesir dan makkah.Corak persembahan mereka juga dikenali dengan lagu misri. Dengan jalinan antara angkatan lama dan baru ini maka perkembangan lagu al-quran terus meluas di seluruh negeri di Malaysia , yang berorientasikan pembaharuan terhadap persembahannya , dengan membawakan beberapa lagu sekali persembahan. Perkembangan lagu al-quran ini kian meluas dengan adanya usaha yang dilakukan oleh bahagian pendidikan islam, Kementerian Pendidikan Malaysia , yang telah menubuhkan satu skim khas , yang dinamakan dengan Pengajian Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran , bagi melatih para guru dan pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang ini. Sementara dalam bahagian peningkatan dan pengembangan lagu pula dipimpim oleh al-ustaz nik jaafar bin Nik Ismail , seorang pakar lagu taranum dan beliau juga salah seorang hakim pada majlis tilawah al-Quran dan beliau juga salah seorang hakim pada majlis ujian tilawah al-quran peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Kelas khas ini ditubuhkan pada tahun 1985 , bertujuan untuk melatih pelajar yang berbakat dalam bahagian seni lagu al-quran supaya menjadi pelapis kepada tokoh-tokoh qari lagu yang sedia ada , disamping melatih guru-guru al-quran yang sudah mempunyai kebolehan dalam bahagian seni lagu untuk dikembang dan dipertingkatkan lagi mutu kemahiran mereka. DEngan

wujudnya , skim khas ini , Kementerian bukan sahaja dapat memilih , meningkat dan mengembangkan seni lagu al-quran dalam kalangan guru-guru agama , tetpi juga mendidik , melatih dan membentuk suatu angkatan pelepis yang bener-benar berkebolehan dalam bahagian seni lagu al-quran dari semasa ke semasa dan akan tercapailah hasrat dan matlamat kerajaan yang meganjurkan ujian tilawah al-quran peringkat kebangsaan dan peringkat antarabnagsa setiap tahun.