0 PENGENALAN
1.1 Maksud Tamadun Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban.
Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.
Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.
Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
1.2
Ciri-ciri Tamadun Terdapat 6 ciri-ciri asas sebuah tamadun . Lihat rajah dibawah;
Ciri-ciri Tamadun
Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik. Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis. Lapisan 1 Lapisan 2 Pembesar Lapisan 3 Rakyat Bebas Lapisan 4 - Hamba Ciri utama kemunculan tamadun kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang. Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.
Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan Tertentu melalui kepakaran kumpulan tersebut Membawa kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan. Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknilogi dan budaya berlaku antara masyarakat
akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan. Antara Bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit. contoh tulisan awal ialah; Heiroglif Cuneiform Piktograt Histogram
Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar. Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai pemerintah. Sistem perundngan dicipta.
2
Mengamalkan kepercayaan Animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling. Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama. Tamadun awal mengamalkan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak Tuhan.
2.0
Tamadun Islam
Tamadun Melayu
Bermula lebih kurang 5000 tahun dahulu denga kehadiran orang melayu berbahasa autronesia zaman neolitik. Ada sarjana mengatakan orang melayu adalah penduduk asal bukannya orang autronesia, berdasarkan penemuan tapak Paleolitik Kota Tampan yang berusia 12000 tahun Namun asas kepada kemunculan tamadun dan susunan masyarakat kompleks yang dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian adalah zaman neolitik (zaman batu baru).
Bermula dilembah Hwang Ho, diperintah oleh Maharaja Shih Huang, Dinasti Ching (221S.M 206 S.M) dan empayarnya meluas hingga ke bahagian selatan Cina. Jajahan takluknya amat luas hingga ke Sungai Merah Vietnam Tamadun Cina diperluaskan lagi oleh dinasti lain seperti Dinasti Han, Qin, Jin, Sui, Tang Liao dan lain-lain Menjadu tamadun terunggul dan pencetus tamadun barat. Bermula zaman Tamadun Indus tahun 2500SM 1800SM. Kemudian diruntuhkan oleh orang Aryan,diganti dengan Zaman Vedik, mengambil sempena kelahiran kitab Veda. Inilah zaman bermulanya kehidupan beragama disini iaitu hindu. Pada abad ke 7 SM, mereka berpindah ke lembah Ganges dan membentuk kerajaan yang diperintah oleh Raja. Tahun 321 SM, seluruh India telah disatukan di bawah Dinasti Mauriya. Empayar tersebut mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Asoka Bermula zaman Yayoi (zaman Neolitik, 300SM 300M). Zaman ini banyak dipengaruhi oleh tamadun Cina seperti kemasukan Agama Buddha, budaya bertani, bersawah padi dan membuat senjata. Pada zaman Heian (794M 1185M), terkenal dengan zaman tradisi Jepun, diberi penekanan kepada carahidup beradab dan peraturan yang baik/sopan. Seterusnya zaman pra moden yang terdiri dari zaman Keshogunan Kamakura 1185- 1333 M, Keshogunan Ashikaga, Keshogunan Tokugawa sehinggalah ke zaman Pemodenan Jepun Meiji. 3
Kelahiran Tamadun
Tamadun Cina
Tamadun India
Tamadun Jepun
2.2
Dari Tanah Arab Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah diislamkan tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh alYamani dari Yaman. Kandungan persuratan Melayu dahulu menggunakan istilah dan tulisan Jawi yang menunjukkan sumber dari Arab Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya.
Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu selatan India lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai pekerja samada kerani atau buruh ladang getah milik peladang Eropah.
Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di negeri Selat dan negeri Melayu Bersekutu sekitar 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).
Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Kebanyakan mereka menyembah tuhan Shiva sebagaimana tradisi di selatan India. 4
Perhubungan antara Negara China dengan Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama menerusi kegiatan perdagangan.
Peringkat awal, kedatangan mereka keTanah Melayu bukan bertujuan untuk membuka petempatan, tetapi menjalankan perniagaan semata-mata. Tambahan pula, masa itu wujud hubungan diplomatik yang baik antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Tanah Besar China. Bila berlaku campur tangan Inggeris di PulauPinang (1786), Singapura (1819), dan Negeri Selat (1826), bermulalah satu lembaran baru kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. British membawa masuk dan menggalakkan kedatangan orang Cina adalah untuk bekerja bagi kepentingan mereka. Pihak British amat berminat dengan buruh dari Negara China kerana bayaran upah adalah rendah dan orang Cina terkenal dengan sikap rajin bekerja. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina keTanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Masa itu,kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai. Oleh itu, mereka mempunyai dialek yang berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka,Hailam, Kwangsi dan Teowchew. Tumpuan mereka di Tanah Melayu kerana mempunyai peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan. Kepesatan kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong terdiri daripad orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran sepert ikesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa di Negara China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China, terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah diTanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah Melayu.
Masyarakat Melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme dan bertukar kepada konsep ketuhanan, hormatmenghormati dan pentingkan soal persamaan taraf. Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, nabi-nabi, malaikat dan kitab suci. Agama dan Kepercayaan Namun, tradisi lama masih sukar dihapuskan tetapi hilang sedikit demi sedikit.
Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah.
Lahirlah para cendiakawan Melayu seperti Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdul Malik Abdullah.
Pendidikan
Bahasa dan Kesusasteraan
Setelah Islam datang sistem perundangan berubah kepada sistem adat dan Islam. Contoh Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang didasarkan kepada hukum syariah dan hukum adat.
Perundangan
Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan.
Gelaran raja (konsep dewaraja) bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah, mufti sebagai penasihat kepada sultan dalam hal ehwal Islam dan rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan penubuhan sistem beraja.
Masyarakat bukan Islam bebas menjalankan aktiviti agama selagi tidak mengganggu ketenteraman awam. Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat Melayu di samping komuniti bagi melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu dan pendidikan berteraskan Islam dan adat.
Sistem kekeluargaan
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya.
8
Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya.
Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama
Wujud kepelbagaian agama dalam masyarakat di malaysia. Masyarakat Cina biasanya beragama Toism dan Buddha.
Terdapat peruntukan kekebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan
Wujud aliran Pendidikan Cina dalam arus perdana pendidikan di Malaysia seperti Sekolah Cina dan Sekolah Kebangsaan Cina.
Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai 1290 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, 60 buah Duli Zhongxue1, 3 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (aliran Cina). Institusi pendidikan ini diwujudkan semata-mata untuk mengekalkan budaya, bahasa, identiti dan menyatupadukan masyarakat Cina di Malaysia
Pendidikan
Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut :
(a) Makanan dan buah-buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu. (b) Pakaian dan barang-barang dagangan Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci. (c) Rumah dan peralatan Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing. (d) Manusia dan ehwalnya Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong. (e) Permainan Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong
10
Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut: i) Budaya Baba-Nyonya Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Maka bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan dan institusi keluarga. Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku.
Kebudayaan
ii
Budaya Cina Peranakan Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. a) Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat.
11
Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah pengguna-an dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian
a) Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu
Kesenian Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina diTanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Kesenian Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapanialah pada reka bentuk bumbung masjid yangmenyerupai seni bina Pagoda.
12
Lahir kepelbagaian agama dalam masyarakat di malaysia. Masyarakat India biasanya beragama Hindu dan Buddha. Kebanyakan mereka menetap di pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Negeri Sembilan, Selangir dan Perak
Terdapat peruntukan kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan
Pendidikan
Wujud aliran Pendidikan India di Malaysia seperti Sekolah Tamil dan Sekolah Kebangsaan Tamil. Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai 524 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. 324 buah sekolah bantuan kerajaan dan bakinya adalah sekolah kerajaan. Kewujudan sekolah ini dapat mengekalkan budaya, bahasa, identiti dan menyatupadukan masyarakat India di Malaysia
13
Pengaruh Bahasa Tamil. Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya: Kendii = kendi Kappal = kapal Petti = peti
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata. Hikayat Seri Rama dapat inspirasi daripada Epik Ramayana. Epik Mahabharata diberi wajah tempatan Hikayat Pendawa Lima, H. Pandawa, H. Panda Delima & H. Sang Boma. Karyasastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos.Turut diadaptasikan dalam wayang kulit.
14
Kebanyakan adat resam yang bertentangan dengan ajaran Islam sudah tidak dipraktikkan setelah kedatangan Islam kerana membawa kerosakan akidah.
Konsep Devaraja (Raja) (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna Raja Tuhan) masih digunapakai. Upacara pertabalan diadakan bagi membezakan rakyat dengan raja serta berperanan untuk mengekalkan status tinggi seorang pemerintah. Konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan. Raja berkuasa mutlak terhadap rakyatnya kerana mereka takut dikenakan bencana kerana melanggar titah Raja walaupun dizalimi.
Sistem Pemerintahan
15
Struktur Masyarakat
Wujudnya sistem lapisan masyarakat yang berbeza status dalam kehidupan. Terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) yang dianggap lebih mulia dari golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal(bangsawan) dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Menggalakkan perpecahan kerana perbezaan status menyebabkan rasa irihati dan penindasan terhadap mereka yang lemah.
KESAN DAN PENGARUH JEPUN DALAM TAMADUN MALAYSIA Kehadiran Jepun ke Malaysia tidak memberi kesan yang banyak terhadap perkembangan tamadun dan budaya masyarakat Malaysia. Ini kerana beberapa sebab iaitu: a) Semata-mata untuk menakluk dan meluaskan jajahannya dan bukannya untuk bekerja b) Untuk mengaut segala hasil bumi tempatan bagi memulihkan kegawatan ekonomi yang melanda Jepun dan sekatan ekonomi oleh Amerika. c) Masa menduduki Malaysia terlalu singkat hanya 3 tahun lebih sahaja.
Kehadiran Jepun juga dilihat lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan terhadap masyarakat pelbagai kaum tanah melayu waktu itu. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman gelap bagi tanah Melayu kerana penderitaan yang dialami oleh masyarakat. Namun daripada sudut-sudut yang terpinggir, kedatangan Jepun tetap menyumbangkan kesan positif terutama dalam membentuki pemikiran dan jatidiri masyarakat. Ini bukanlah kesan yang kecil tetapi pengaruh impak dan pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat
malaysia.Antara perkara yang dikira memberi kesan terhadap perkembangan tamadun Malaysia walaupun tidak sebesar Tamadun Islam, Cina dan India, Antaranya:
16
Pekerjaan
Menekankan sistem pertanian moden- penggunaan peralatan moden, sistem batas, pemilihan tanah dan baja serta bijih benih Menyimpan stok dalam gudang spt hasil padi Memperkenalkan teknik pengairan yg cekap, sistem penanaman dan penuaian yg diperbaiki Seni tembikar dan pembuatan barangan logam spt alat pertanian, senjata kerja sampingan Perlombongan dan pembuatan wang syiling dari logam turut diperkenalkan. Kegiatan perdagangan mulai berkembang.
Jepun menekankan konsep self Sufficient memaksa rakyat bergantung kepada hasil usaha sendiri untuk keperluan masing-masing dengan menggalakkan penanaman pelbagai hasil tanaman. Keadaan ini melatih rakyat dan menanamkan sifat berdikari dan rajin dalam berusaha mendapatkan makanan. Walaupun kehadiran Jepun melumpuhkan ekonomi, tetapi Jepun mengajar satu anjakan pemikiran baru iaitu ekonomi boleh di jana dengan pelbagai cara dalam persediaan menghadapi pelbagai suasana hidup.
Ekonomi
Pendidikan
Memberi pendidikan yang sama kepada semua orang melayu dan memberi peluang kepada mereka menerima semangat kebangsaan. Subjek yang diajar meliputi matematik, sains, pertanian dan pelbagai subjek akademik lain. Ini mendedahkan orang melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan dan mempelajari bahasa Jepun. Merekalah yang memperjuangkan bahasa kebangsaan dan keistimewaan orang melayu dalam memberi semangat nasionalisma selepas kekalahan Jepun. Jepun juga menubuhkan sekolah teknik yang mengajar kursus kejurutetaan mekanik, jurutera major dan pembinaan kapal. Ini menambahkan kemahiran masyarakat Melayu. Setelah Jepun kalah, kesedaran dalam jiwa pejuang nasionalisma ialah mereka menganggap tiada kuasa yang tidak boleh dikalahkan. Kesedaran inilah membawa kepada gerakan nasionalisma penentangan terhadap Inggeris dan memaksa Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah mengambil alih tanah melayu kali yang ke 2
17
Peraturan/ Undang-undang
Hukuman berat yang diperkenalkan Jepun menyebabkan jenayah berkurangan. Mereka yang melakukan jenayah berat akan dipancung di khalayak ramai, manakala jenayah yang agak ringan akan diberi minum air yang banyak kemudian diletakkan papan di atas perut dan dipijak beramai-ramai oleh tentera Jepun. Jepun juga melatih individu yang terlibat dengan pentadbiran Jepun dan tentera sukarewla Jepun dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan tanahair yang tinggi. Paksaan dan disiplin tinggi menyebabkan semua kerja berjalan lancar dan licin. Peperapan disiplin ini membantu membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik. Kedatangan Jepun tidak bertujuan untuk menyebarkan agamanya iaitu agama shinto. Oleh itu mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada masyarakat dalam beragama. Masyarakat boleh mengamalkan agama masing-masing tanpa di ganggu. Semua agama yang wujud di Tanah Melayu tidak terganggu dan masih diamalkan oleh masyarakat hingga hari ini.
Agama
18
4.
RUMUSAN Kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia dan penjajahan yang bersilih ganti
memberi impak yang besar dalam perkembangan tamaddun Malaysia sebagaimana yang telah dibincangkan di atas. Kepelbagaian ini pasti memberi kesan dalam hidup bermasyarakat sekiranya tidak ditangani dengan baik. Antaranya:
Jurang ekonomi
Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan mengusaha tanaman sara diri sahaja, sedangkan masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import. Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan dikawasan yang bersedia menerima perubahan ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina. Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, sementara India di ladang. Ini memberi kesan kepada
ketidakseimbangan antara kawasan desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah.
Jurang Sosial Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan masyarakat miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar bandar-
Melayu dan
peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas. Kelas atasan terdiri dari golongan bangsawan Melayu,saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit
19
dari
golongan
India,
sebilangan
kecil
individu
Melayu
dan
lain-lain
kaum
bumiputera. Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini memberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman
Pencapaian Tidak Seimbang Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya
pendidikan-Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik di Malaysia-Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik Indiadengan pendidikan berteras bahasa Tamil dan etnik Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti peribumi yang terdiri dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.
Oleh itu pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berwajib dalam menangani dan mengawal supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku didalam masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama ini, antaranya: Dasar Pendidikan Negara Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata
Razak dan Penyata Rahman Talib dan Akta Pendidikan 1995. Semua dasar-dasar ini berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Dasar Integrasi Nasional Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah. Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan dan penempatan.
20
Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi
peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963. 5. KESIMPULAN
Menjadi tanggungjawab masyarakat dan pihak bertanggungjawab agar saki baki keharmonian serta saling menghormati budaya pelbagai yang masih wujud harus dipeliharai dan dikawal rapi dengan baik agar ia sentiasa berterusan. Manakala perkara yang tidak diingini dan dibenci seperti saling tidak menghormati, wajib dijauhi agar keharmonian yang dikecapi tidak dinodai. Semuanya pasti mengingini negara yang aman dan harmoni, masyarakat yang saling hormat menghormati walaupun berbeza asal usul, etnik dan ideologi. Sentiasalah diadakan dialog dalam pelbagai tamaddun untuk membincangkan titik pertemuan supaya perbezaan pendapat dan unsur permusuhan dapat dikikis dan diuraikan.
21
Rujukan Ibn. Khaldun, (1995) Mukaddimah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Attas, S.M. Naquib, (1996). Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen Masyarakat Madani, September 19-21, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Azizan Baharuddin (ed), Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, 2005 hal. 80-85. Afifah Abu Yazid, (2004).Pengajian Tamadun Asia.Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Faizurah Hj. Basri et.al, (2008).Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM A. Aziz Deraman (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan Kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Ishak. (1990). Islam Di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Petaling Jaya, Selangor: Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia. Abdullah Jusoh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdula Rahman Abdullah. (1999). Falsafah Alam Semesta Di Nusantara. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. http://ipkt.edu.my/naim/?_page=2 http://members.tripod.com/man999/Tamadun_Islam.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html
22
REFLEKSI
Pertama sekali saya amat bersyukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan inayahNya saya dapat melaksanakan tugasan walaupun pelbagai halangan yang terpaksa saya tempuhi kerana saya percaya tiada kejayaan dapat dicapai tanpa ada cabaran yang mendatang bak kata pepatah mana dapatnya sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya. Menerusi pembelajaran keseluruhannya dalam subjek ini, saya dapat memahami penerapan nilai-nilai pelbagai tamadun iaitu Islam, Melayu, Cina, India dan Jepun dalam pembinaan tamadun Malaysia. . Sebagaimana yang terdapat dalam tugasan Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu (KKBI) WAJ 3101 yang membincangkan tentang tamdun di Malaysia, saya berpendapat bahawa topik ini membawa saya meneroka tentang semua yang berkaitan dengan tamadun Islam, Melayu, Cina, India dan Jepun. Berdasarkan daripada penerangan daripada pensyarah iaitu Puan Zubaidah bt Hj Ahmad, saya mendapat gambaran tentang kehendak tugasan KKBI ini.
Setelah membuat tugasan yang diberi secara berkala, saya begitu teruja kerana mengetahui begitu banyak pengetahuan dan makumat yang saya belum mengetahui sebelum ini. Begitulah uniknya tamadun yang terdapat pada masyarakat Islam, Melayu, Cina, India dan Jepun. Sebagai contoh, semua tamadun menekankan nilai positif dalam kehidupan seharian seperti mereka mempertahankan nilai budaya masing-masing disamping menghormati nilai budaya lain. Namun begitu walaupun uniknya tamaduntamadun ini ia tidak dapat menandingi tamadun Islam yang mengandungi ajaran yang sempurna.
23
Di samping itu, saya juga banyak melakukan rujukan, pembacaan dan pemerhatian tentang nilai-nilai tamadun yang terdapat di Malaysia. Saya banyak mencari bahan melalui internet, perpustakaan, pusat sumber sekolah dan pertukaran buku rujukan bersama rakan-rakan.
Saya berasa amat seronok dan teruja dapat menyiapkan tugasan yang diberi kerana saya dapat meneroka banyak ilmu baru. Di samping itu, saya juga dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman pensyarah dan rakan-rakan sekuliah berkaitan tentang ilmu tamadun ini. Secara peribadi saya juga dapat memupuk sikap toteransi dan bekerjasama dengan rakan yang lain sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga belajar untuk bertanya dan berkongsi pengetahuan dengan rakan yang lain. Hal ini turut membawa saya untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal dan interpersonal.
Akhir kata, saya berharap agar ilmu pengetahuan yang saya garap menerusi pembelajaran dalam subjek Tamdun Islam dan Tamadun Asia (WAJ3101) ini tidak
terhenti setakat ini sahaja. Saya juga berharap agar segala usaha saya selama ini dapat memenuhi objektif WAJ 3101 dan yang paling penting segala pencarian ilmu ini
24