Anda di halaman 1dari 14

Topik 10 Suhu dan Hukum Sifar Termodinamik Dua objek yang bersentuhan terma akan mencapai suhu yang

sama pada akhirnya (Keseimbangan terma).

Hukum Sifar Termodinamik

C
A B

Jika A berada pada keseimbangan terma dengan C dan B berada pada keseimbangan terma dengan C, Maka A dan B juga berada dalam keseimbangan terma.

Termometer & Suhu


Suhu adalah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek. Termometer yang baik mempunyai ciri-ciri: - kapasiti haba yang kecil (tiub kacanya sukar dipanaskan) - sifat terma bahannya yang peka kepada suhu (cth: merkuri) - sifat fizik bahannya yang dapat diukur (cth: volum merkuri, rintangan dawai, voltan termogandingan dll.)

Jenis-Jenis Termometer 1) Termometer cecair dalam kaca (cth: merkuri, alkohol)


Termometer boleh dibina dengan meletakkan - satu campuran air & ais pada tekanan atmosfera (takat lebur ais) - satu campuran air & stim dalam keseimbangan (takat didih air) Panjang kolum antara 2 titik ini dibahagikan kepada 100 bahagian sekata iaitu darjah. Julat terhad termometer adalah seperti berikut: Merkuri tidak dapat dipakai dibawah 39o C Alkohol tidak dapat dipakai di atas 85o C

Kepekaan termometer boleh ditambahkan dengan

Mengecilkan saiz bebulinya Mengurangkan diameter tiub rerambutnya Menggunakan bebuli kaca yang lebih nipis

Tiub rerambut

Bebuli kaca

2) Jalur Dwilogam (Bimetallic strip)


Dibuat daripada 2 jenis logam bercantum (Fe/Cu) yang mempunyai pekali pengembangan terma berbeza. Bila jalur dipanaskan kepada suhu melebihi suhu percantuman, ia akan membengkok ke suatu arah. Bila ia disejukkan kepada sesuatu suhu yang rendah (cth: rendam dalam air berais), ia akan membengkok ke arah bertentangan. Digunakan sebagai termostat dalam peti sejuk, periuk nasi elektrik, seterika dll. Apabila seterika (electric iron) menjadi panas, jalur dwilogam akan membengkok menjauhi titik sentuhan. Ini memutuskan litar & arus elektrik akan berhenti mengalir.

3) Termokupel / termogandingan
Kesan Seebeck - Daya gerak elektrik dijana oleh perbezaan suhu pada dawai. Jika ais & air didih digunakan, G = 5 mA, & jika ais & cecair X dipakai, G = 3 mA. Kira suhu cecair X.

CU
Konstantan

CU

Hujung Pengesan

Suhu cecair X = 3/5 X 100oC = 60oC

4) Termistor
Suatu semikonduktor yang rintangannya berubah dengan suhu. Apabila suhu berkurang, rintangannya bertambah. Pada suhu bilik iaitu 300C, arus, I = 4A Bila termistor dipanaskan, arus, I = 8A Apakah suhu termistor?

Suhu = 8/4 X 300C = 600C

5) Termometer Pengembangan Cecair (Termometer Tekanan)


Tolok tekanan Bourdon 1) Tiub bebuli mengandungi cecair dan wap dan ia disambung kepada tolok tekanan Bourdon. 2) Bila suhu bertambah, cecair akan mengembang dan ini Tiub menyebabkan tekanan wap Kapilari bertambah. 3) Pertambahan tekanan yang diukur tolok Bourdon adalah berkadar terus dengan kenaikan suhu.

wap

cecair

6) Termometer Isipadu Gas Tetap


Isipadu gas adalah tetap. Bila suhu cecair (bath) bertambah, tekanan isipadu gas yang tetap itu juga bertambah. Perubahan tekanan = h g dimana = ketumpatan merkuri Pertambahan tekanan adalah berkadar terus dengan kenaikan suhu. gas

6) Termometer Isipadu Gas Tetap


Untuk menentukan suhu sesuatu bahan, kelalang gas direndam di dalamnya. Tentukan tekanannya. Suhu bahan dapat ditentukan dari graf (Tekanan pada takat lebur & didih bahan telah ditentukan terlebih dahulu).

Termometer dan Skala Suhu

Suhu biasanya diukur dengan menggunakan skala Kelvin, Celsius, atau Fahrenheit.

Kelvin Titik didih (H2O) Titik lebur (H2O)

Celsius

Fahrenheit

373

100

212

273

32

Sifar Mutlak

-273

-459

Perbandingan Skala Suhu


Celsius dan Kelvin

TC = T K 273
Celsius dan Fahrenheit

TF

9 TC 5

32 F

TUTORIAL
1) Tukar a) 400C b) -300C kepada 0F

2) Tukar a) 650C b) -800C kepada Kelvin


3) Tukar 165 K dan 345K kepada 0C 4) Tukar 540F dan 1230F kepada 0C

5) Satu kelalang 250 ml disambung ke suatu tolok Bourdon dan direndam dalam bikar air yang dipanaskan dengan penunu bunsen. Suhu cecair berais ialah 00C dan suhu air didih ialah 1000C. Bagaiman kamu boleh menggunakan peralatan ini untuk mengukur suhu cecair X?

Anda mungkin juga menyukai