Anda di halaman 1dari 3

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor

yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Laura Chapman (1978) telah menyatakan pendapat beliau mengenai kritikan seni ataupun apresiasi seni. Menurut beliau kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Apresiasi adalah penting agar setiap orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga,para pelajar dapat memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Menurut Laura Chapman lagi, apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni amat di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti apresiasi, perhatian perlu diberi kepada beberapa aspek. Laura Chapman telah menggariskan 4 aspek utama dalam membuat apresiasi seni di dalam kelas iaitu: a) b) c) d) aspek perasaan murid aspek nilai murni aspek bahasa aspek penghargaan hasil karya

Aspek perasaan murid iaitu sebelum dan selepas aktiviti dijalankan perlu diberi penekanan kerana melalui perasaan ini murid akan lebih dimotivasi atau rasa diri mereka diberi penghargaan melalui proses apresiasi yang dijalankan. Sekiranya terdapat kritikan terhadap hasil seni rakan mereka, murid perlu didedahkan dengan cara member kritikan secara membina dan bukannya menyinggung perasaan orang lain. Selain daripada itu murid juga dapat membuat refleksi diri terhadap perasaan mereka sepanjang aktiviti dijalankan. Nilai murni merupakan perkara penting dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Begitu juga semasa menjalankan aktiviti apresiasi seni. Murid seharusnya ditekankan agar mempunyai sikat hormat menghormati dan bersikap toleransi semasa membuat apresiasi. Peyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan bahan juga perlu diberi penekanan. Sekiranya guru berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid, aktiviti apresiasi seni akan dapat dijalankan dalam situasi yang lebih aman dan menyeronokkan. Semasa membuat apresiasi, aspek bahasa juga menjadi keutamaan. Murid perlu memahami dan dapat menggunakan bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Guru seharusnya member input dan pendedahan kepada murid dalam aspek ini. Aspek bahasa juga perlu dalam hal berkaitan dengan kandugan dan hal benda serta manipulasi alat bahan dan teknik. Aspek yang terakhir ialah penghargaan hasil karya dan menghormati pembuat karya. Murid seharusnya diajar untuk tahu menghargai hasil karya orang lain di samping pandai

menghormati rakan mereka sebagai pembuat karya. Aspek ini penting bagi menimbulkan rasa hormat dan mampu menilai dan menghargai setiap karya yang dilihat. Sekiranya keempatempat aspek ini diberi perhatian dan penekanan, murid akan mampu menjadi seorang yang bijak dan tahu menilai sesuatu hasil seni dengan penilaian yang lebih positif. Pada pandangan saya aspek-aspek ini adalah penting dan perlu diberi penekanan dalam P&P PSV kerana apresiasi seni visual adalah proses untuk memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Selain daripada itu proses ini merupakan proses di mana hasil seni murid dihargai dan ia akan menimbulkan rasa kejayaan dalam diri murid-murid. Kejayaan yang dirasai ini secara tidak langsung akan memotivasikan murid dan mampu meningkat keyakinan mereka untuk berusaha lebih maju di masa hadapan. NOR SHAKIAH HUSSAIN PPG PJJ KOHORT 1 (SEMESTER 4) PENDIDIKAN KHAS

(i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan Dalam aspek pemerhatian, Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada pengetahuan sedia ada murid; benda yang konkrit; minat, kecenderungan dan latar belakang murid; bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi serta mencetus idea dan imaginasi.

Aspek pemerhatian ini penting kerana melalui kegiatan akan membantu murid untuk terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi Ia akan menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Melalui kefahaman aspek pemerhatian ini, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup