Anda di halaman 1dari 12

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN KAJIAN PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAKKANAK (FIZIKAL DAN KOGNITIF) TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN GURU. Al-Hassan Bin Eron (631110015483) 1. Pengenalan Kanak-kanak selalu dirujuk sebagai seseorang yang belum lagi menjadi dewasa yang mempunyai cirri-ciri tertentu. Mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) di Malaysia, kanak-kanak dikategorikan sebgai seseorang yang di bawah umur 18 tahun. Merujuk kepada peringkat perkembangan manusia, peringkat awal kanak-kanak adalah usia dari lahir sehingga umur 8 tahun dan biasanya ia terbahagi kepada dua kategori iaitu lahir hingga 3 tahun dan dikenali sebagai peringkat bayi dan anak tatih. Kategori yang kedua pula dikenali sebgai peringkat prasekolah atau awal kanak-kanak iatu dari usia 3 hingga 5 atau 7 tahun; berbeza kategorinya antara sesebuah negara dengan negara yang lain bergantung kepada usia seseorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan formal (Gordon and Browne,2004). Namun istilah globalisasi yang digunapakai, peringkat awal kanak-kanak merujuk kepada usia dari lahir sehingga 8 tahun (Morrison, 1984). Pengajaran dan pembelajaran pula adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan dan membentuk sikap. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses dalam saraf deria dan proses motor. Pengajaran dan pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Perubahan fizikal dan fungsi psikologikal yang sistematik yang mengikut usia seseorang kanak-kanak adalah merujuk kepada perkembangan kanak-kanak. Ianya adalah berbeza-beza dari satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Terdapat kanak-kanak yang perkembangan kemahiran belajarnya lebih efektif dan sebaliknya. Terdapat dua domain perkembangan kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan perkembangan kognitif. Perkembangan fizikal kanak-kanak pula adalah pertumbuhan fizikal dan kematangan, asas genetik bagi seseorang dan kebolehannya, perkembangan otak, pemerolehan kemahiran

motor dan tingkah laku. Manakala perkembangan kognitif merujuk kepada perubahan sistematik yang berlaku di kalangan kanak-kanak dari segi reasoning , konsep dan memori. 1.1 Definisi Perkembangan Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya. 1.2 Definisi Pertumbuhan

Pertumbuhan merupakan penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu. (www.med.unc.edu/embryo)

Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu: (i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia) (ii) Penambahan saiz sel (hipertropi) (iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion) Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras. Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di dalam sel

tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan. Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik, dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan kompleks. Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan. Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran. 1.3 Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Fizikal Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanakkanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses

pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanakkanak tersebut. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak- kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka. Perkembangan fizikal mempunyai berberapa prinsip asas bagi memastikan perkembangan seseorang individu stabil dan teratur. Prinsip yang pertama ialah perkembangan mempunyai arah tertentu yang dapat diramalkan iaitu dari tengah badan dan berterusan sehingga ke luar badan. Terdapat dua arah perkembangan iaitu arah dari kepala ke kaki ataupuncephalocaudal dan arah dari tengah ke tepi atau proximodistal. Perkembangan bermula dari tulang belakang menuju kearah luar badan dimana pada peringkat prenatal, organ-organ yang terbentuk terlebih dahulu dan diakhiri oleh pembentukan otot halus. Prinsip yang kedua ialah susunan perkembangan adalah serupa bagi semua namun ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada umur yang sama, ada kanakkanak yang berjaya duduk dahulu namun ada yang lebih lambat. Ada juga yang akan terus berjaya berdiri selepas berjaya duduk namun urutan ini tidak akan berpatah balik ke peringkat sebelumnya. Prinsip yang ketiga menyatakan bahawa perkembangan bermula daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya dari umum kemudian kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh, apabila bayi merasa sakit, mereka akan menangis.
1.3

Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Kognitif Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,

memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi

penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Kecerdasan mental individu berbeza (keupayaan berfikir logik, belajar, mengingat, menaakul,menganalisis, kebolehan berbahasa, mengira dan berimiginasi, kebolehan bertindak cepat, berfikiran kehadapan, pengetahuan sedia ada, pengalaman latar belakang kreativiti). 3. Objektif Kajian 3.1 . Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan disekolah. 3.2. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pertumbuhan dan perkembangan kognitif seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan disekolah.
4. Skop Kajian

Kajian ini akan membincangkan mengenai dua orang kanak-kanak yang berbeza jantina. Kajian ini akan meninjau perkembangan kanak-kanak tersebut dari segi fizikal dan kognitif. serta adaptasi keseluruhan kanak-kanak tersebut dengan pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak yang telah dipilih di sini merujuk kepada seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang telah dikenal pasti dalam kelas yang sama. Kanak-kanak ini bersekolah SK. Sultan Idris 111, Kuala Kangsar, Perak , kanak-kanak ini akan dikenali sebagai subjek sepanjang perbincangan ini. Ianya akan menyentuh tentang perbezaan pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif berdasarkan pemerhatian.

4.1 Profil kanak-kanak Lelaki.

Nama : Ashlie Bin Alang Kassim Umur : 7 tahun 9 bulan Alamat : No 9, Jalan Dato sagor, 31250, Kuala Kangsar, Perak. Hobi : Permainan komputer dan melayari internet Cita-cita : Polis Bilangan adik beradik: 3 orang (Anak Bungsu) Pencapaian akademik : Pertengahan tahun 3B 3C Keistimewaan : Hebat dalam permainan bola. 4.1.1 Ciri-Ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Lelaki 4.1.1.1 Ciri-Ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Responden Dari Segi Fizikal Ciri-ciri Normal Boleh berlari pantas Tinggi Matang Penerangan Responden adalah seorang yang normal dari segi fizikal dan tidak mengalami sebarang kecacatan sejak lahir Responden adalah pemenang acaara lumba lari 50 meter. Responden seorang yang tinggi. Ketinggian responden melebihi rakan sebayanya . Dari segi fizikalnya, responden nampak kurang matang daripada usianya yang sebenar.

4.1.1.2 Ciri-Ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Responden Dari Segi Kognitif

Ciri-ciri Kognitif Minat Imiginasi Memori Kreativiti

Penerangan Responden kurang minat dan tidak tahu melakukan sesuatu tanpa arahan Responden kurang berkebolehan meneroka topik pembelajaran sendiri . Responden kurang berkebolehan menghafal fakta secara tidak langsung. Responden kurang berkebolehan dapat menyelesaikan masalah dan meningkatkan daya cipta.

4.2 Profil kanak-kanak Perempuan. Nama : Nur Nasuha Binti Meor Aki Umur : 7 tahun 3 bulan Alamat : No 1426, Taman Daeng Selili, 31250, Kuala Kangsar, Perak. Hobi : Membaca Al-Quran dan menulis blog Cita-cita : Pensyarah Bilangan adik beradik: 4 orang (Anak Sulung) Pencapaian akademik : Pertengahan tahun 6A Keistimewaan : Hebat dalam permainan catur.

4.2.1 Ciri-Ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Perempuan 4.2.1.1 Ciri-Ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Responden Dari Segi Fizikal Ciri-ciri Normal Tidak boleh berlari pantas Ketinggian Matang Penerangan Responden adalah seorang yang normal dari segi fizikal dan tidak mengalami sebarang kecacatan sejak lahir Responden tidak gemar besukan. Responden seorang yang sederhana ketinggiannya. Dari segi fizikalnya, responden nampak matang daripada usianya yang sebenar.

4.2.1.2 Ciri-Ciri Pertumbuhan dan Perkembangan Responden Dari Segi Kognitif Ciri-ciri Kognitif Minat Penerangan Responden minat dan tahu melakukan sesuatu tanpa arahan

Imiginasi Memori Kreativiti

Responden boleh meneroka topik pembelajaran . Responden dapat menghafal fakta secara tidak langsung. Responden dapat menyelesaikan masalah dan meningkatkan daya cipta.

5.

Dapatan Kajian Melalui pemerhatian profil perterhadap kedua-dua responden, jelas menunjukkan

perbezaan fizikal dan kognitif murid perempuan dengan murid lelaki mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Masalah fizikal dan kognitif yang dihadapi oleh kedua-dua murid ini memerlukan penyesuaian dari aspek psikososial. Keadaan ini disebabkan sifat atau ciri-ciri individu murid pintar berbakat dan kreatif seperti mementingkan kesempurnaan, perihal mudah terangsang, perihal kepekaan dan sensitiviti, ketekunana dan kegigihan dalam mengusahakan sesuatu perkara, keinginan untuk mendapat penghargaan dalam pencapaian akademik, suka mempersoalkan peraturan dan kekuasaan seseorang dan mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap keadilan. Keputusan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap 2 orang murid yang berlainan jantina menunjukkan bahawa ada perbezaan keputusan prestasi antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan. Keputusan ini menyatakan bahawa walaupun terdapat perbezaan akiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan perbezaan perkembangan struktur otak mereka, masih tidak terdapat perbezaan dalam kemahiran motor. Malina dan Bouchard dalam Frank dan Ronald, (1996) berkata kanak-kanak yang berbeza dari segi kematangan akan turut berbeza dari segi fizikal, saiz, komposisis badan, ketahanan dan prestasi motor dan perbezaan ini hanya akan kelihatan pada umur 9 hingga 14 tahun untuk kanak-kanak perempuan dan 11 hingga 16 tahun bagi kanakkanak lelaki . Ini menjelaskan tentang perbezaan yang tidak wujud antara prestasi motor kanak-kanak lelaki dengan perempuan seperti yang telah dibuktikan dalam ujian pemerhatian ini. Dari segi pergaulan didapati, sikap murid lelaki berbanding murid perempuan yang kadangkala suka menyampuk menyebabkan beliau kehilangan kawan dan ini menyebabkan beliau kekurangan kawan. Ketika perbincangan di dalam kelas sedang berjalan, responden lelakik sering tidak menumpukan perhatiannya. Responden lelaki juga mempunyai masalah daya ingatan di mana beliau mengalami kesukaran untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan apa yang telah dibaca.

Salah satu perbezaan utama antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan adalah kesukaran untuk menumpukan perhatian tanpa bimbingan. Masalah tersebut lebih ketara apabila kanak-kanak lelaki dikehendaki membuat tugasan yang sama berulang kali dan membosankan . Selain dari itu kanak-kanak lelaki juga , mempunyai kawalan impulsif yang kurang iaitu tidak sabar, tidak suka menunggu, dan bertindak melulu tanpa menantikan arahan . Di kelas, kanak-kanak lelaki didapati sering tidak duduk setempat, bercakap sesuka hati dan suka membuat bunyi-bunyian yang tidak sesuai di dalam kelas (Barkley, DuPaul & McMurray, 1990). Pada kebiasaannya perbezaan pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta kognitif kanak-kanak ini tidak dapat dikenal pasti sehinggalah mereka mencecah usia persekolahan dan menghadapi masalah di sekolah. Ini adalah kerana, guru-guru dapat membandingkan mereka dengan rakan-rakan sebaya mereka di dalam kelas dan membuat keputusan sama ada tingkah laku mereka adalah sesuatu yang tipikal dengan kelas tersebut. Antaranya ialah kanak-kanak mempamerkan masalah tingkah laku kerana mereka tidak mempunyai kemahiran akademik. Mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah kerana tidak mampu belajar seperti orang lain, dan ini akan menyebabkan penurunan motivasi untuk menumpukan perhatian dan mematuhi peraturan di dalam kelas (McGee & Share, 1988). 6. Implikasi Terhadap pengajaran dan pembelajaran guru Menurut Barkley (1995), berdasarkan teori beliau bahawa masalah kesukaran memberikan tindak balas, terdapat beberapa isu-isu penting yang perlu diambil berat oleh pembuat dasar seperti mengenal pasti kanak-kanak, penilaian mereka di dalam bilik darjah yang bersesuaian. Ini adalah kerana kanak-kanak lebih mudah dikenal pasti dengan pemerhatian jangka panjang dan terus di dalam situasi yang memerlukan mereka memberikan perhatian yang berterusan. Guru-guru di dalam kelas terpaksa memerhatikan tingkah laku anak murid mereka di dalam kelas dan dapat membantu kanak-kanak tersebut. Guru juga perlu membuat modifikasi agar dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk belajar supaya dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak bukanlah masalah pencapaian tetapi lebih kepada kekurangan kemahiran belajar , dan pengetahuan. 7. Rumusan

Secara jujurnya teori perkembangan perlu difahami oleh guru kerana sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanakkanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitif dan fizikalnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya. Teori perkembangan ini juga memberi panduan kepada guru dan tentang perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari sep perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktorfaktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dan sebagainya. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dari satu sama yang lain. Ini berlaku kerana terdapat perbezaan yang nyata dari segi genetik yang boleh membezakan seseorang dari segi fizikal. Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif ( 2005), bagi memahami perbezaan individu kanak-kanak, guru boleh mengambil langkah-langkah berikut: 1. Cuba memahami perbezaan-perbezaan itu, menerimanya,berempati dengan pelajar itu serta berusaha untuk membantu mereka. 2. Pelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza dari segi kognitif dapat faedah dari satu-satu pelajaran. 3. Mengumpulkan pelajar mengikut pencapaian mereka, iaitu kumpulan A, B dan C. guru boleh memberi bimbingan yang lebih kepada pelajar lemah di dalam kumpulan C, manakala pelajar yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu pelajar yang sederhana pencapaiannya di dalam kumpulan B. 4. Pelbagaikan strategi pengajaran agar sesuai dengan kebolehan pelajar yang berbeza. 5. Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar pelajar yang berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya. Maka pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembanng kanak-kanak akan memberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiap satu teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak

7.0 BIBLIOGRAFI Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005; Membentuk Identiti Remaja.

Barkley, R. A. 1998. Attention Deficit Hyperactivity Disorder : A Handbook for Diagnosis and Treatment . New York : Guilford Press

Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Todays Children. Madison, WI: Brown and Benchmark

Gesell, A. (1949). Gesell Developmental Schedules . New York: The Psychological Corporation.

Gordon, A. M., & Browne, K. W. (2004). Beginnings & Beyond: Foundation in early childhood education (6th Ed.). USA: Thomson Delmar Learning.

Green, P.J., Hoogstra, L.A., Ingels, S.J., Greene, H.N., and Marnell, P.K. (1997).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mastura Badzis. 2007. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. http://www.mindamadani.my/conyent/view/186/2/

McGee & Share, 1988. Child Development. New Jersey : Pearson Education

Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Morisson, S., George. (1984). Early Childhood Education Today. (3rd ed). Ohio: Merril Pahang : PTS Publication and Distribution. Publishing Company Schmidt, R. A. dan Wrisberg, C. A. (2000). Motor Learning and Performance: A ProblemBased Learning Approach. (2nd Ed.). Champaign,Illinois: Human Kinetics.

Wright, H. Dan Sugden, D. (1999), Physical Education for All. London: David Fulton

www.med.unc.edu/embryo

Anda mungkin juga menyukai