Anda di halaman 1dari 17

Bahagian A

i ) Sinopsis masalah bahasa di kalangan murid Orang Asli Melalui Wawasan 2020 , kerajaan berharap agar semua rakyat Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka ke arah pembangunan minda kelas pertama termasuklah masyarakat Orang Asli di negara kita.Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Bagi merialisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. Namun demikian, masih terdapat golongan Orang Asli yang tercicir di dalam mengejar pendidikan. Persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan berlaku keciciran di dalam kelompok Orang Asli tersebut? Bagaimana kerajaan , masyarakat serta guru berusaha untuk menampung lompang yang terhasil? Adakah perkara ini akan menjejaskan matlamat utama pendidikan sepertimana yang telah disebutkan dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu kepentingan pendidikan untuk negara dan bangsa? Penulisan ini akan melihat permasalahan ini dari kaca mata sosiologi ( sekolah dan masyarakat ) merangkumi tajuk tajuk seperti pendidik sebagai aktivis sosial, pendidikan dan masyarakat, interaksi dan masyarakat serta sejarah sosial pendidikan Melaysia. Selain itu, saya akan merungkaikan faktor- faktor dominan yang mempengaruhi pendidikan di kalangan Orang Asli. Adakah permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya keprihatinan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak mereka atau pun terdapat faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran mereka.

Pengenalan Orang Asli ( Malay: Original people ) is the accepted term for 17 to 25 indigeneous ethnic minorities of Peninsular Malaysia . Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abad ke -8 SM , iaitu kira kira 10,000 tahun yang lalu.

ii) Analisis isu Menurut laporan jawatankuasa di atas Pendapat Mengenai Pelajaran dan masyarakat ( Laporan Keciciran ) pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa ramai murid murid miskin di luar bandar yang tercicir berbanding dengan rakan rakan mereka di bandar. Kadar Keciciran yang paling tinggi ialah di peringkat peralihan persekolahan iaitu dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah rendah. Seterusnya laporan kes mengenai keciciran di sekolah rendah oleh bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan mendapati bahawa semua pelajar yang tercicir datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan yang persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Walaupun agak sukar untuk menentukan punca sebenar yang menyebabkan berlakunya keciciran, kajian menngenalpasti empat faktor yang saling berkait iaitu pelajar sendiri, kerluarga, persekitaran dan sekolah. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan semata mata, bahkan menanamkan sikap, nilai serta sahsiah yang sempurna dalam diri pelajar pelajarnya. Bagaimanapun perkembangan yang pesat dalam pembangunan serta teknologi yang semakin maju menyebabkan perubahan terutamanya dari segi sosial pelajar seiring dengan arus perkemnbangan. Sub topik ini menekankan bahawa guru berperanan untuk membentuk pelajar-pelajar agar dapat meningkatkan prestasi mereka tidak kira dalam pelajaran mahupun membaiki nilai nilai dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh masalah jurang pendidikan Orang Asli dengan bangsa yang lain seharusnya dapat dikurangkan memandangkan ramai guru guru siswazah telah ditempatkan di kawasan pedalaman bagi membantu golongan ini. Guru sebagai model seharusnya dapat menyalurkan cita cita dan mengembangkan bakat para pelajar terutamanya

Orang Asli. Ini kerana guru mempunyai ketokohan yang menyakinkan serta mempunyai pandangan yang tinggi di dalam masyarakat. Melalui usaha yang berterusan ini. Guru diharapkan dapat merubah Orang Asli dari segi mentalitinya agar mereka mempu meningkatkan taraf hidup mereka kepada tahap yamng lebih baik berbanding dengan keadaan mereka sekarang. Peranan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara ialah membentuk anak didiknya yang mentah sehingga mereka menjadi manusia yang berjaya di dalam akademik mahupun di dalam kehidupan mereka. Segala permasalahan yang dihadapi ketika berdepan dengan karenah anak murid haruslah ditangani dengan cara yang positif. Orang Asli hendaklah mengeluarjan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan mereka terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam pendidikan. Kehidupan mereka menumpukan sara diri haruslah diubah melalui pendidikan formal. Ini kerana hanya dengan pendidikan sahaja mereka mampu menjadi suatu bangsa yang berdaya saing setanding dengan bangsa bangsa yang lain. Bagi menangani masalah bahasa dikalangan Orang Asli, pelbagai aspek dapat dilihat untuk mengetahui punca kanak kanak murid Orang Asli menghadapi masalah dalam pembelajaran terutama dari sudut budaya bahasa iaitu dikaitkan dengan membaca, menulis dan berkomunikasi. Apabila semua pihak

membincangkan tentang budaya Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti masyarakat Orang Asli yang dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat Orang Asli. Daripada sudut pandangan pentadbir, kemunduran pelajar Orang Asli berpunca daraipada sikap komuniti Orang Asli itu sendiri. Justeru beberapa pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan namun terus gagal menemui jalan penyelesaian. Merujuk Kamus Dewan, Budaya ialah tamadun, peradapan dan kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Secara umumnya budaya pemikiran Orang Asli boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural.

Aspek Kognitif Merupakan idea dan pemikiran berkaitan dengan cara bagaimana mengataso masalah. Kemelut budaya sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah masalah pembelajaran menyebabkan murid Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. (

Alang Sabak, NGO : Orang Asi)

Aspek Afektif Dari aspek ini melibatkan perasaan ( emosi ) dalaman pada individu Orang Asli yang tidak ketahui. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan ketika berada di sekolah yang mempunyai majoriti pelajar Orang Asli, di mana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara murid Orang Asli dan bukan Orang Asli, golongan murid Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan jika mereka berasa telah tersinggung dengan kata kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapanya. Ibu bapa murid Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat mereka untuk belajar.

Aspek Behavioural Aspek ini berkaitan dengan tingkahlaku atau reaksi yang tidak nampak, sikap atau budaya Behavioural yang negatif ini tidak akan ditunjukkan secara realiti. Antara ciri ciri tingkahlaku mereka adalah seperti berikut :a) Pemalu dan berasa rendah diri, ini menyebabkan kurang keyakinan diri di kalangan pelajar Orang Asli ini. b) Mencintai kesenian, oleh kerana sekirannya ada persembahan untuk sesuatu upacara sama ada Hari Ucapan, Hari Sukan, Hari Ko-Kurikulum dan sebagainya mereka paling suka mengambil bahagian dalam Tarian Sewang dan nyanyian. Pelajar Orang Asli kenbanyakkan boleh bermain alat muzik seperti gitar dan dram. c) Pelajar Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti memanjat pokok. Mereka paling gemar jika

dapat menikmati hujan. Disebabkan keadaan seumpama itu, mereka tidak menitik beratkan pendidikan , kesihatan dan kebersihan diri. d) Namun begitu masyarakat Orang Asli amat mementingkan warisan kraftangan, sambil bersantai mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang ada kaitan dengan produk seni, untuk hiasan juga kegunaan seharian. e) Sikap masyarakat Orang Asli yang tebal dengan kepercayaan animisme, percaya kepada kuasa ghaib dan berpegang teguh kepada adat. ( Hukum Sayeit ). Justeru faktor faktor dalaman ( budaya pemikiran ) inilah seharusnya diselami oleh guru dan pihak pentadbir untuk menjadikan sifat kognitif, afektif dan behavioural murid Orang Asli menjadi positif dan mampu bersaing dengan pelajar daripada komuniti lain. Selain daripada itu antara faktor- faktor utama yang memberi kesan terhadap budaya pemikiran Orang Asli ialah : a ) Hukum Sayeit ibu bapa mesti mengikut karenah anak anak untuk mengelakkan mereka jatuh sakit atau ditimpa bencana. Masyarakat Orang Asli amat sayang kepada anak anak mereka dan mengikut semua kehendak anak adalah perkara utama dalam kehidupan mereka. Kesan negatif kepada anak anak menjadikan mereka terlalu manja dan boleh berbuat sesuka hati termasuk tidak hadir ke sekolah. b ) Masyarakat Orang Asli sudah berada dalam zon selesa - mereka tidak perlu membayar sebarang cukai tanah atau pintu, tidak perlu membeli barangan keperluan makanan dan minuman kerana bertani dan berburu merupakan sumber mata pencarian mereka. Kesan negatif kepada murid Orang Asli mereka tidak perlu tahap pencapaian akademik yang tinggi dan cemerlang. Ini kerana tanpa perlu bersusah payah belajar pun mereka masih mampu mendapat makanan, minuman dan keperluan lain seperti ibubapa mereka. c) Sikap masyarakat Orang Asli yang mudah tersinggung ( sensetif )- pertuturan perlu sentiasa dijaga kerana masyarakat Orang Asli tidak fasih berbahasa Melayu kerana Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kehidupan mereka. Kesan negatif kepada pelajar Orang Asli, apabila ditegur guru mereka berasa cepat tersinggung dan situasi ini mendorong kepada masalah ponteng sekolah pula. d) Mendapat hasil tangkapan dari berburu dan bertani dalam tempoh singkat tanpa perlu menunggu lama- ibu bapa pelajar Orang Asli mendapat keperluan seharian dalam tempoh sehari, pergi pada waktu pagi dan akan membawa pulang hasil pada

sebelah petang. Begitu juga memancing, sebelum petang hasil tangkapan sudah diperolehi. Paling lama menanam padi dalam tempoh 3-6 bulan sudah mendapat hasil tuaian. Begiru juga hasil hutan yang mudah didapati. Kesan negatif kepada murid Orang Asli ialah mereka perlu menghabiskan masa dalam dunia pendidikan sekurang-kurangnya 15 tahun atau lebih sememangnya jangka masa panjang yang tidak digemari olerh mereka. Minda mereka telah dipengaruh dengan cara kehidupan kelaurga mereka. e) Kebebasan tanpa peraturan satu lagi kegiatan yang dianggap mempengaruhi budaya pembelajaran pelajar Orang Asli ialah masyarakat Orang Asli sendiri yang mempunyai aktiviti menebang hutan, menanam padi huma, ubi kayu dan sebagainya tanpa had masa yang telah ditetapkan. Kesan negatif kepada murid Orang Asli mereka berasa peraturan peraturan ( disiplin) di sekolah menyekat kebebasan mereka. Sistem persekolahan yang sistematik menyebab mereka tidak betah berada di dalam kelas mengikut proses pengajaran dan pembelajaran berterusan yang panjang dari pagi hingga tengahari, f) Budaya sharing society iaitu semangat gotong royong- semangat bergotong

royong dan bekerja berkumpulan merupakan kegiatan yang mempengaruhi budaya pembelajaran murid Orang Asli. Mereka bukan materialistik, kesan negatif kepada pelajar Orang Asli ialah mereka tidak suka jika sesuatu aktiviti dilakukan secara individu sebaliknya jika dilakukan dala kumpulan, mereka akan lebih menonjol.

iii ) Konsep mesra budaya yang diamalkan oleh guru Pada dasarnya setiap sekolah mempunyai ciri ciri persamaan antara satu sama lain, mempunyai murid, guru, pejabat, bilik darjah, kantin, padang, bilik makmal, surau dan sebagainya.Begitu juga dengan rupa fizikal. Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Maka dalam konteks ini , persekiataran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah mesra budaya. Perkataan mesra mengambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan. Menurut Ralp Linton ( 1945) , Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli ahli masyarakat.

Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin diantara individu individu di dalam suatu masyarakat. Kesimpulannya mesra budaya merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

Bagi menangani masalah ini, guru perlu merancang satu aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk belajar dalam subjek bahasa Malaysia sama ada dalam penulisan, bacaan dan juga pertuturan. Melalui isu yang dilihat guru perlu menyediakan konsep mesra budaya di dalam bilik darjah supaya dapat menarik minat mereka untuk belajar iaitu :-

Guru perlu mengambil kira persepsi murid Orang Asli terhadap sekolah dan guru guru. Bagi mewujudkan persekitaran ini murid Orang Asli perlu mempunyai sikap positif yang tinggi terhadap guru di sekolah. Guru mestilah mempengaruhi sikap murid terhadap aspirasi pendidikan dan aspek sosial di sekolah. Konsep pembelajaran daari kaca mata masyarakat pribumi dalam membina pedagogi dan kurikulum guru perlu mengambil kira beberapa perkara berkaitan dengan konsep pelajarannya seperti Pembelajaran ialah memahami pengertian sesuatu perkara dan mengapa ianya sedemikian. Hasil pembelajaran memberi kekuasaan. Pembelajaran ialah melihat sesuatu dari sudut yang lain Pembelajaran berlaku secara automatik dengan melakukan sesuatu secara fizikal. Pembelajaran berlaku secara aksi ( membuat sesuatu ) Pembelajaran berlaku dengan kematangan dan pengalaman.

Selain daripada itu pandangan murid murid Orang Asli terhadap guru juga perlu diambil kira dalam merancang pedagogi pribumi. Mesra budaya ini merupakan Budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama.

Cara mengintegrasikan elemen elemen penting dalam pedagogi murid Orang Asli ialah :a.Bercerita dengan unsur kecindan amat penting Semasa sesi pengajaran di jalankan guru perlulah memasukan unsur- unsur kecindan supaya suasana dalam pembelajaran tidak tegang dan tidak menimbulkan kebosanan kepada murid Orang Asli. Mereka ini sangat suka akan lawak jenaka yang akan disampaikan oleh guru mereka. Melalui unsur ini secara tidak langsung dapat memberikan emosi yang baik dalam sesi pembelajaran. Perasaan takut juga tidak ada dalam diri mereka dan mereka akan berani mendekati guru mereka.

b. Alam Sekitar yang terbaik Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS. Selain daripada itu guru perlu mengadakan alam persekitaran yang selesa dan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Misalnya guru mengambil masa 5 minit sebelum sesi belajar bermula meminta murid mengutip sampah dan menyusun meja serta duduk dalam keadaan selesa. Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan

c. Belajar melalui penjelajahan dan pengembaraan Mereka belajar perlu dalam suasana yang memberansangkan minat mereka. Tanpa minat dan cara yang sehala murid Orang Asli akan cepat berasa bosan dan mereka lebih menyukai aktiviti gerakkerja berkumpulan daripada kerja individu. Aktiviti seperti treasure hunt dapat memberikan mereka peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada itu aktiviti seperti ini dijalankan hendaklah jangan terlalu lama, ini kerana mereka cepat berasa bosan dengan aktiviti yang terlalu lama. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

d. Belajar melalui lagu-lagu Nyanyian adalah satu budaya bagi mereka untuk mengadakan upacara upacara tertentu. Secara tidak langsung dalam menjalankan aktiviti nyanyian di adakan untuk memberansangkan minat mereka dalam pembelajaran bahasa. Selain daripada itu ia dapat memperkukuhkan kosa kata mereka dalam bahasa. Pengurusan SosioEmosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran e. Pembelajaran yang melibatkan pemerhatian dan pengalaman Apabila pembelajaran yang dijalankan melibatkan kemahiran bertutur dan kemahiran sosial secara tidak langsung murid Orang Asli boleh bergaul dengan murid lain semasa pembelajaran di jalankan. Guru tidak perlu mengasingkan murid Orang Asli dan murid berbangsa lain. Bagi meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi mereka. Hal ini adalah bagi meningkatkan lagi kemahiran bersosial mereka dengan murid yang berbangsa lain. Selain daripada itu juga ia boleh meningkatkan tahap keyakinan diri murid Orang Asli itu sendiri. Guru boleh meningkatkan kemahiran berfikir murid berdasarkan pengalaman mereka. Misalnya bercerita. Pe

f. Bahan bantu belajar yang menarik Bahan bantu belajar adalah salah satu bahan untuk menarik minat murid Orang Asli untuk belajar. Bahan bantu belajar seperti kosa kata, carta bergambar , penggunaan bahan media seperti LCD, komputer. Contohnya guru memberikan peluang kepada mereka menggunakan komputer di makmal komputer. Di situ mereka diberikan tugasan menaip bagi memberikan kemahiran mereka tentang komputer. Secara tidak langsung mereka dapat mengetahui tentang penggunaan komputer. Mereka berkeyakinan untuk menggunakan sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Menaip dapat meningkatkan kemahiran kosa kata mereka dalam bahasa Malaysia. Mereka tidak lagi ketinggalan dalam penggunaan bahan komputer. Selain daripada itu mereka juga boleh melayari internet dengan bimbingan guru.

iv) Menjelaskan kemahiran komunikasi Kemahiran lisan dan bukan lisan Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah

pemnbentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan dalam cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan dan juga alat alat tertentu seperti komputer telefon dan sebagainya. Guru yang mahir berkomunikasi dengan murid , biasanya dapat menghasilkan suasana pengajaran yang dinamik, pembetukan akhlak, kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan. Guru perlu memahami murid dan murid akan memahami guru bermaksud guru perlu mempengaruhi muridnya mengekalkan tahap motivasi dalam

pembelajaran. Murid Orang Asli mempunyai komunikasi bahasa yang berbeza dengan masyarakat lain. Akan tetapi apabila murid Orang Asli selalu bergaul dengan murid biasa secara tidak langsung mereka dapat memahami maksud yang ingin disampaikan semasa berkomunikasi. Dalam mengembangkan kemahiran

komunikasi secara lisan, guru hendaklah mampu mengembangkan kemahiran berkomunikasi dengan selalu berkomunikasi dengan murid Orang Asli.Secara tidak langsung mereka dapat memahami dengan apa yang hendak di sampaikan. Selain daripada itu guru perlu lebih kreatif dalam membentuk hubungan dinamik. Dalam pengajaran pembelajaran guru perlu melibatkan murid Orang Asli dengan semua aktiviti yang dijalankan bersama murid berbangsa lain. Ini memudahkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan bangsa lain dan tidak ada masalah komunikasi dalam perhubungan sosial.Selain daripada itu guru juga dapat menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh murid Orang Asli. Menurut Brown and Levinson ( 1978 ) menyatakan bahawa Strategi kesantunan dikembang untuk menjaga martabat pendengar dan pihak yang terlibat Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan adalah seperti berterus terang, kesantunan positif, kesantunan negatif dan berlaku tanpa rekod.Kelebihan komunikasi memerlukan pengunaan teknik yang efektif, perlu mengingatkan murid untuk memberi perhatian kepada idea dan perasaan rakan, bersifat terbuka dan mendengar apa yang diperkatakan den guru perlu menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat terhadap idea yang dikemukakan. Guru sangat menguasai kemahiran komunikasi agar kawalan kelas dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akan memberi impak kepada proses pengajaran

dan pembelajaran. Guru harus memastikan tujuan dalam menyampaikan ilmu itu dapat dicapai. Guru juga harus bijak memilih waktu dan tempat untuk berkomunikasi supaya mesej yang disampaikan lebih mudah , jelas dan menarik. Murid pula akan mudah memahami dan berupaya memberi penjelasan terhadap mesej yang diterima. Komunikasi haruslah berterusan kerana akan membuat andaian daripada pergerakan dan tingkahlaku kita. Komunikasi berkesanberupaya mempengaruhi minat murid untuk belajar dan mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti pembelajaran.

Laras Bahasa Laras bahasa adalah gaya pengunaan sesuatu bahasa, gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan dan penulisan. Laras bahasa mempunyai dua konsep iaitu pengguna dan pengunaan. Penggunaan bahasa merujuk kepada penutur , pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Bagi murid Orang Asli guru perlu memahami bahasa yang yang dipertuturkan. Selain daripada itu guru perlu mengetahui laras bahasa yang sesuai digunakan kepada mereka seperti mengikut latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang mengamalkan bahasa tersebut. Jenis laras bahasa yang sesuai digunakan untuk murid Orang Asli ialah laras bahasa biasa. Laras bahasa biasa tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal dan kurang kata pinjaman. Laras bahasa ini sesuai kepada mereka kerana laras bahasa ini digunakan di khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan, pengetahuan dan penerangan dan maklumat pemujukan. Dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran komunikasi dan laras bahasa yang sesuai digunakan bagi meningkatkan kefahaman murid Orang Asli dalam penggunaan bahasa. Ini memudahkan guru menyampaikan maklumat dapat diterima dan difahami oleh murid. Kesukaran murid asli bertutur dengan jelas makna yang akan disampaikan adalah salah satu masalah guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah salah satu punca mereka keciciran dalam pembelajaran. Sikap tidak ambil peduli mereka akan membuatkan tahap kefahaman mereka belajar semakin sukar. Guru memainkan peranan supaya segala apa yang diajar dapat disampaikan dengan sepenuhnya.

BAHAGIAN B

GAMBAR /ARTIKEL INTERNET, SURAT KHABAR ( RUJUK BUKU SKRAP )

BAHAGIAN C Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Kuang Rawang.Di sini terdapat pelbagai kaum yang datang ke sekolah untuk belajar iaitu terdiri murid Melayu, Cina, India dan juga murid Orang Asli. Setelah beberapa tahun mengajar disini saya telah mendapati ada beberapa masalah yang sukar dapat diselesaikan. Akan tetapi pelbagai kaedah telah dirancang oleh semua guru bagi memastikan semua pelajar dapat menerima ilmu dengan jayanya. Setelah saya kaji saya mendapati terutama murid Orang Asli kebanyakannya dikenali sebagai murid yang keciciran. Ini adalah masalah bagi sekolah ini apabila membuat sesuatu analisis dalam setiap matapelajaran. Pelbagai kaedah dan strategi telah dilaksanakan bagi memastikan mereka ini tidak keciciran, walau bagaimanapun pihak sekolah telah membina sebuah kelas pendidikan khas bagi murid Orang Asli yang menghadapi masalah pembelajaran. Menurut Perdana Menteri , Datuk Seri Najib tun Razak berkata, walaupun kemudahan infrastruktur pendidikan telah disediakan tetapi masalah sikap dan minda golongan itu perlu diubah khususnya ibu bapa supaya anak anak mereka mendapat pendidikan sempurna. Terdapat beberapa factor yang menjadi punca utama golongan ini lemah dan menjadi keciciran dalam pembelajaran. Di antara teori pencapaian yang telah dijadikan asas penyelidikan ini ialah teori ekologi sosial dan budaya. Iaitu penyelididikan berkaitan dengan status sosial ekonomi keluarga ( SES atau sosioeconomic determinant theory ) yang telah banyak menjalankan kajian . Antara faktor faktor asas yang berkaitan dengan latar belakang kanak kanak tersebut ialah pendapatan keluarga , pencapaian akademik ibu dan bapa dan status pekerjaan ibu bapa. Ketiga aspek ini mempengaruhi status sosial sesuatu keluarga murid yang Kesan kesukaran ekonomi yang dihadapi oleh keluarga terhadap

perkembangan kanak kanak yang berkaitan isu ini telah banyak direkodkan. Semua itu adalah daripada bahan bahan pelajaran mereka seperti buku tulisan, kertas lembaran kerja dan juga dapatan kajian dari sumber yang membuktikan isu ini. Dalam masa yang sama ibu ibu yang mengalami peristiwa stress dalam

keluarga seperti masalah kewangan

akan member kesan kepada gaya

keibubapaan dan pengurusan keluarga. Keadaan status ekonomi rumah tangga yang rendah diburukkan lagi oleh saiz keluarga yang besar. Apa yang saya dapati setelah melihat persekitaran rumah mereka menurut Gottfried & Gottfried ( 1994 ) dan ( 1995 ) mengutarakan teori Proximal home background yang member penekanan bahawa aspek aspek penting berkaitan dengan persekitaran kanak kanak seperti kognitif, sosioemosi, ransangan fizikal dalam keluarga boleh member kesan kepada perkembangan kanak kanak. Ini adalah saya dapati ibu bapa mereka yang bekerja sebagai petani, penternak dan mencari hasil hutan adalah sumber makanan dalam kehidupan mereka. Saya ingin menyatakan bahawa apabila persekitaran mereka sebegini, taraf kehidupan mereka juga sangat rendah. Tempat tinggal murid Orang Asli Ulu Kuang juga jauh daripada masyarakat lain. Mereka tinggal secara berkelompok di dalam sebuah pinggir pecan Kuang. Ini menyukarkan mereka untuk bergaul antara satu sama lain. Mereka kurang keyakinan diri. Ini adalah salah satu punca dan masalah ibu dan bapa mereka tidak mendapat ilmu pengetahuan yang luas. Pemikiran mereka juga terhad dan terbatas disebabkan persekitaran tempat tinggal mereka. Persekitaran yang kurang menggalakkan perkembangan kanak kanak

berdasarkan semua aspek dibincangkan member kesan kepada perkembangan tingkah laku kanak kanak yang seterusnya memberikan kesan kepada pencapaian akademik. Selain daripada itu apa yang saya dapati budaya dan sikap Orang Asli turut mempengaruhi keberkesanan pendidikan anak anak mereka. Secara menyeluruh budaya adalah aspek aspek utama yang berkaitan dengan gaya hidup sesuatu kelompok masyarakat seperti dinilai masyarakat, kepercayaan, artifak, cara bertingkahlaku dan cara berkomunikasi. Dalam Aspek ini saya dapat melihat mereka gemar berkomunikasi dengan rakan rakan mereka sahaja. Penglibatan mereka dalam aktiviti di kelas juga kurang berkeyakinan. Ini adalah akan menganggu proses pengajaran yang dijalankan. Interaksi antara murid dengan cara berkomunikasi adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sekolah adalah agen sosialisasi yang penting mungkin selepas keluarga. Bezanya dengan keluarga ialah sekolah mempunyai garis panduan yang

bersistematik bagi merealisasikan dasar dasar pendidikan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Walaupun agak terpencil dari kawasan Bandar, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai mempunyai kemudahan seperti jalan raya yang baik dan beberapa kedai sebagai tempat membeli barangan keperluan. Akan tetapi tempat tinggal mereka jauh dari sekolah. Kemudahan bas disediakan bagi memudahkan mereka ke sekolah. Adakalanya mereka menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah jika bas yang digunakan rosak. Jarak antara sekolah hingga ke kawasan tempat tinggal mereka kira kira 8 kilometer. Memandangkan sebahagian besar murid Orang Asli keciciran sekolah telah membina beberapa kelas pemulihan khas kepada mereka. Beberapa orang guru pakar dalam bidang pemulihan khas juga disediakan bagi membantu mereka dalam menghdapi masalah pembelajaran. Sekolah juga memperuntukan Rancangan Makanan Tambahan kepada mereka. Ini juga dapat membantu mereka untuk mendapat makanan yang berzat setiap hari. Selain daripada itu guru matapelajaran yang ada di dalam kelas mereka ini telah membuat pelbagai aktiviti untuk menarik minat mereka ke sekolah. Aktiviti yang dijalan kan adalah lawatan, menggunakan bahan pengajaran yang menarik, bersukan dan memberikan pelbagai pendedahan luar kepada mereka supaya mereka dapat berfikir dengan luas. Kegagalan kanak kanak murid Orang Asli ini adalah satu rentetan peristiwa yang saling berkait antara satu sama lain yang boleh dikaitkan dengan teori yang berkaitan dengan pencapaian akademik.Secara keseluruhan apa yang dilihat kegagalan mereka dalam pembelajaran adalah bermula dari rumah dan selepas itu barulah melibatkan agen agen sosialisasi yang lain seperti sekolah, rakan sebaya, dan sikap dan masalah ekonomi mereka. Keadaan ini mungkin menyebabkan sikap, nilai dan kepercayaan masyarakat Orang Asli sukar berubah apatah lagi untuk bersaing dengan kaun Melayu Cina dan India yang tinggal berhampiran mereka. Kemiskinan juga menyebabkan kanak kanak ini merendah diri, mengalami kemerosotan estim kendiri, konsep kendiri, self efficacy, yakin diri atau apa sahaja berkaitan dengan kendiri. Hal ini menyebabkan personality kanak kanak orang asli kurang menarik seperti malas, penampilan diri yang kurang bersih, pasif, kurang petah berbicara, kurang kemahiran sosial dan dalam konteks tingkah laku dalam bilik darjah semuanya boleh dikategorikan tingkah laku learned helpless.

Kekurangan ini pula ditambah pula tempat tinggal jauh dari sekolah. Apabila jauh timbul pula masalah pengangkutan. Semua halangan ini menyebabkan alam persekolahan bukanlah yang menarik tetapi adalah merupakan pengalaman yang memeritkan, Masalah pengangkutan pendudukan kampong Ulu Kuang dan murid sekolah sepatutnya telah lama dapat diselesaikan dengan mudah jika pelbagai pihak benar benar prihatin bagi memajukan masyarakat Orang Asli. Walau apapun segalanya bergantung dengan program jangka masa pendek dan prongram jangka masa panjang. Apabila semua ini dapat dirancang, pelbagai pihak dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Orang Asli lantas keciciran murid asli disekolah dapat dibendung.

RUJUKAN

1.Budaya dan Pembelajaran 2012, Penerbitan Multimedia Sdn . Bhd. 2.Siri Pendidikan Guru, Budaya dan Pembelajaran, Oxford Fajar Sdn.Bhd. 3..http://www.scribd.com/doc/14269900/masalah-keciciran-pelajaran-kaum-orang asli 2.http://www.scribd.com/doc/85105167/Pelan-Tindakan-Mewujudkan-PersekitaranYang-Mesra-Budaya 3. http://bedks.blogspot.com/2009/02/apa-mesra-budaya.html 4. http://hariguru.ppdputama.net/guru-dan-alam-pendidikan/ 5.http://nyongatthesky.blogspot.com/2009/05/konsep-bilik-darjah-yang-mesrabudaya_29.html 6. http://kheru2006.i8.com/EDU3106/6_kemahiran_komunikasi_guru.htm

Anda mungkin juga menyukai