Anda di halaman 1dari 7

Interaksi antara pelbagai tamadun 1.

Tamadun Melayu dan Cina Hubungan antara China dengan Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han. Kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan dilpomatik dengan negara China melalui utusan Laksamana Cheng Ho semasa zaman Dinasti Ming. Kemakmuran Melaka menyebabkan Maharaja China mengahwinkan puterinya Hang Li Po kepada Sultan Mansur Syah. Menurut rekod rasmi China, Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke China juga menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan Tamadun China. Tamadun Melayu telah mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian seharian. Mereka mempunyai cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, permainan mahjong dan capjeki. Baba dan Nyonya tetap mengekalkan amalan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme dan mengamalkan kepercayaan kepada roh nenek moyang. Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan. Ang pao turut diberikan semasa sambutan Hari

Raya dan Deepavali terutamanya kepada golongan kanak-kanak dengan kadang kala dibezakan dengan sampul yang pelbagai pilihan warna. Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin. Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu seperti tauhu, gincu, loceng, mahjong dan lain-lain. 2. Tamadun Melayu dan India Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu. Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamildan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum. Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan iaitu masyarakat Melayu yang berpegang kepada kepercayaan animisme. Kedatangan agama Hindu dan Buddha

telah menjadi upacara agama di kalangan masyarakat tempatan tersebut lebih formal dan teratur. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan Chola menguasai Kedah. Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Konsep keutuhanan agama Hindu yang membesar-besarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan telah membentuk konsep Dewaraja di kalangan masyarakat Melayu. Upacara pertabalan yang dijalankan bagi mengekalkan status tinggi Raja juga memperlihatkan pengaruh dari Tamadun India. Raja dianggap suci dan berdarah putih, dianugerahkan kuasa daulat melalui istiadat pertabalan. Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Gelaran jawatan dalam sistem pentadbiran seperti Seri Paduka Bendahara, Laksamana juga dipengaruhi oleh tamadun India. Selain itu, pengguanan bilangan pembesar dan hulubalang juga berasakan empat kardinal penjuru alam yang dikali 4 iaitu 4, 16 dan 32. Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera dalam golongan bomoh ketika melakukan upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India. Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini. Terdapat percampuran bahasa Sanskrit dan Tamil dalam Bahasa Melayu. Terdapat banyak kosa kata Bahasa Melayu merupakan pinjaman Bahasa Sanskrit seperti bumi(bhumi), denda(danda) dan lain-lain. Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan. Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata. Karya sastera Melayu tradisional begitu mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta penyelitan unsur mitos dan epik. Karya sastera ini turut diadaptasi ke dalam wayang kulit. 3. Tamadun Cina dan India Menurut rekod sejarah China, tamadun Cina dan tamadun India mula berinteraksi melalui perdagangan sepanjang Jalan Sutera seawal kurun ke-2 S.M. Pertembungan

antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan pada kurun ke-2. Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif seperti penyebaran agama Buddha di negara China. Ajaran buddha telah muncul di India sekitar kurun ke-6 S.M. Agama Buddha dibawa masuk ke China pada kurun-1 Masihi. Ketika itu, maharaja Han Timur menghantar seorang sami ke India untuk mendalami ajaran agama buddha dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina. Sami-sami dari China menetap di India untuk mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka. Ajaran buddha yang dibawa masuk ke China telah disesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat Cina. Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan teknologi seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan oleh India kepada China. Sistem kalendar lunar Cina yang baru telah diperkenalkan hasil daripada usaha sama pakar astronomi Cina dan India. Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina selain daripada 60 koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama. Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian, bidang fonetik di China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan konghou juga berasal dari India. Muzik dan tarian dari India juga popular di kalangan golongan istana dan atasan selain daripada kalangan tentera Cina. 4. Tamadun Cina dan Tamadun Jepun Jepun mendapat banyak faedah daripada hubungan ini kerana beberapa sumbangan penting dari Tamadun China. Tamadun China mengembangkan agama Buddha di Jepun dan diasimilasikan dengan agama asal Jepun iaitu Shinto. Asimilasi ini langsung tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Melalui aspek tulisan pula, tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan ini juga memberi kesan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan Tamadun Jepun. Selain itu, Tamadun China turut meninggalkan unsur kebudayaannya seperti upacara minum teh, seni taman dan struktur pembinaan bandar. Begitu juga ajaran falsafah Konfusianisme yang

diasimilasi dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme memberi penekanan kepada institusi kekeluargaan dan ini memberi kesan kepada pemantapan institusi keluarga di Jepun. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Selain itu, konsep mandat dan syurga yang diperkenalkan telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu sehingga kini. 5. Tamadun Islam dengan Tamadun Cina Tamadun Islam mula tiba di wilayah selantan China iaitu Fujian dan Guang Dong pada tahun 652. Orang pertama yang tiba di negeri China ialah utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi banyak memainkan peranan dalam proses interaksi ini. Disebabkan terdapat komuniti Arab Islam yang menetap di situ, berlakulah perkahwinan campur antara pedagang dengan wanita tempatan. Hasilnya, penyebaran agama Islam kemudiannya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, muncul beberapa tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Cendekiawan-cendekiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu telah muncul. Agama Islam diperkenalkan kepada masyarakat China melalui konsep hubungan kekeluargaan, ketaatan kepada ibu bapa dan raja serta nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme supaya diterima oleh ahli-ahli Konfusianisme. Melalui interaksi ini juga, berlakunya pertembungan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China yang dapat dilihat melalui masjid-masjid di China hari ini. Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China yang kekal. Antaranya ialahh Prof. Muhammad Pai Shao Yi yang menyebabkan Islam di negeri China memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi. Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya pendidikan agama diajar di sekolah-sekolah. Ketika interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku, terdapat juga penerbitan media massa dalam kalangan masyarakat Islam di negeri China. Review Islam telah diterbitkan dan Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun

1915 adalah yang terawal diterbitkan. Antara penulis yang terkenal dalam bidang penerbitan ialah Elias Wang Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming. Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Cina dan menulis kamus Arab-China. Dalam bidang kesusasteraan, terdapat juga ahli masyarakat Cina Islam yang aktif seperti Lee Yen Shen yang terkenal pada zaman Dinasti Tang. Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar manakala Mi Fei seorang penyair dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina . Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh orangorang Cina, Korea dan juga Jepun. Ketika zaman Dinasti Manchu pula, terdapat ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Ma Ming Loong, Sheikh Wang Tai Yu dan dan Pu Sung Ling. Pu Sung Ling telah menulis cerita Liao Chai yang bermaksud rumah yang tidak dikehendaki atau rumah perbualan. Cerita Liao Chai dianggap setaraf dengan cerita Arab, Seribu Satu Malam. Dari aspek kesenian pula, Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang Dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang. Interaksi tamadun ini juga telah melahirkan ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam. Antaranya ialah Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan dan Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan. Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera China dan Jepun pada tahun 1894. 6. Tamadun Islam dengan tamadun Melayu Tamadun Islam turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu melalui perdagangan. Dikatakan bahawa pengaruh Islam di Asia Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India serta dari China. Namun kesan positif iaitu dengan tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan yang paling menonjol. Lalu, muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain. Sistem pentadbiran Islam telah diperkenalkan dan diamalkan dalam pentadbitran kerajaan Melaka. Interaksi ini menwujudkan gelaran sultan dan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu. Interaksi ini juga turut membawa tulisan jawi yang banyak mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Unsur seni khat Islam juga terselah dalam seni ukiran kayu

masyarakat Melayu. Unsur seni kaligrafi ini mengambil contoh huruf Arab, ayat AlQuran dan tulisan Jawi. Terdapat juga unsur seni yang dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan. Unsur khat ini boleh dilihat pada bangunan masjid, surau, dan rumah kediaman masyarakat Melayu. Sebelum kedatangan Islam, budaya dan cara hidup masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh animisme serta agama Hindu dan Buddha. Tetapi, setelah Islam bertapak deengan kukuh unsur kepercayaan lama seperti memuja semangat dan memeprcayai keramat semakin beransur hilang. Dengan itu, lahirnya cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok. Kedatangan Islam juga telah mengubah sistem sosial masyarakat Melayu yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia. Nilai-nilai akhlak Islam telah dijadikan panduan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Dalam ekonomi, Islam menggalakkan orang Islam berdagang dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga. Oleh itu, masyarakat Melayu tidak mengamalkan amalan riba, penindasan dan penipuan.

Anda mungkin juga menyukai