Anda di halaman 1dari 2

Vygotsky dilahirkan pada 17 November 1896 di Orsha, sebuah bandar kecil yang terletak di Belorussia dan dibesarkan di Gomel,

sebuah bandar kira-kira 400 batu dari Moscow. Lev Vygotsky membesar dalam sebuah keluarga kelas pertengahan. Ibunya merupakan seorang guru namun tinggal di rumah sahaja kerana mendidik anak-anaknya. Vygotsky turut mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah dengan anugerah medal emas kemudian melanjutkan pelajaran ke Moscow State University dan tamat pengajian pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat antaranya Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad, dan Kharkow. Beiau telah menulis buku tentang Pemikiran dan Bahasa dan Fikiran masyarakat.

Teori sosiobudaya Vygotsky merupakan teori gabungan antara kognitif dengan persekitaran sosial. Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaraan sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Vygotsky bersetuju dengan teori Piaget bahawa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya pemikiran yang berbeza-beza. Akan tetapi, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Piaget bahawa anak menjelajah dan meneroka dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitinya sendirian kerana menurut Vygotsky suatu pemahaman dan pengetahuan tidak hanya didapati oleh kanak-kanak itu sendiri melainkan dengan bantuan orang yang lebih berpengetahuan serta dari lingkungannya juga.

Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea utama iaitu peranan guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan moderator pembelejaran murid, interaksi orang lain memperkaya perkembangan intelektual dan intelektual berkembang pada ketika individu menghadapi ideaidea baru dan sulit yang mengaitkan idea-idea tersebut dengan apa yang mereka ketahui.

Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang aikibat daripada pergauIan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan indlvidu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibubapa, adik-

beradik,keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu akan bertindak memberi arahan, maklumbalas dan membimbing komunikasi kanak- kanak.

Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang. Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat social dan peringkat individu atau peribadi. di peringkat social,

Peringkat Sosial Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat, jiran.

Peringkat Individu (peribadi) Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Anda mungkin juga menyukai