Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PERMAINAN GALAH PANJANG


1.1 PENGENALAN Merupakan jenis permainan laman. Biasanya dimainkan di luar rumah. Pemain terdiri daripada kumpulan iaitu tiap-tiap kumpulan mestilah mengandungi lima (5) orang pemain. Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan Bertahan oleh satu kumpulan dan Penyerang oleh satu kumpulan yang lain. Gelanggang galah panjang di bina di permukaan yang rata dan mendatar.

1.2 GELANGGANG PERMAINAN Permainan ini selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga meter. Tepung akan digunakan sebagai penanda garisan jika permainan ini dimainkan di atas padang.

1.3 PEMAIN Dua kumpulan pemain perlu dibentuk lima (5) orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak.

1.4 LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya. Permainan akan dibuat sebanyak dua set.

1.5 PERATURAN PERMAINAN 1. Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan

2. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang dihadapannya, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

3. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

4. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.

5. Awak-awak bagi pasukan bertahan hanya boleh berada di garisan melintang manakala ketua boleh bergerak di semua garisan.

1.6 LANGKAH/ PERINGKAT PENJELASAN

I.

Bentuk Permainan a) Nama permainan b) Kawasan permainan : Galah Panjang : Padang atau mana-mana kawasan yang rata dan mendatar. c) Bilangan pemain d) Alatan : 5 orang bagi setiap kumpulan : Tepung

II.

Apresiasi Permainan a. Peraturan permainan i. 2 buah kumpulan akan dibentuk dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta.

ii.

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

iii.

Pemain

pasukan

penyerang melepasi

tidak

boleh

berundur gelanggang

kebelakang

setelah

garisan

dihadapannya, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

iv.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

v.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.

vi.

Awak-awak bagi pasukan bertahan hanya boleh berada di garisan melintang manakala ketua boleh bergerak di semua garisan.

vii.

Penyertaan

berdaftar

sahaja

yang

boleh

menyertai

permainan galah panjang ini. Rujuk Lampiran 2.0.

b. Langkah keselamatan 1. Pemain memakai pakaian yang lengkap dan kasut yang sesuai

2. Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bendasing.

III.

Kesedaran taktikal Prinsip Pergerakan: i. Koordinasi mata dan pergerakan ii. Kemahiran ketangkasan dan kelajuan iii. Mengelakkan diri daripada dicuit oleh kumpulan bertahan. iv. Kembali ke garisan permulaan untuk mendapatkan lima markah. Ruang i. i. Gelanggang dibuat 6 meter lebar dan 9 meter panjang.

Perkaitan dengan orang lain Bekerjasama membuat strategi untuk memenangi permainan ini.

1.7 PENILAIAN PEMENANG 1. Pasukan penyerang akan mendapat satu (1) mata jika terdapat awak-awak yang melepasi ke garisan belakang.

2. Lima (5) mata bagi awak-awak yang berjaya melepasi garisan belakang dan berjaya balik semula ke garisan permulaan.

3. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.

BIBLIOGRAFI Shamsul Anuar H.N. & Ahmad Shahar H.N (2005). Siri Panduanan Permainan Tradisional Kanak Kanak. DBP: Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai