Anda di halaman 1dari 16

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

Butiran am Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid : Pendidikan Jasmani : 17 Oktober 2012 : 7.30 8.00 pagi : 5 Alpha : 12 orang

Butiran Khas Tunjang Tajuk Kecergasan : Kecergasan : Imbangan : Imbangan Skala Sisi dan Imbangan Skala Y

Hasil Pembelajaran:

Psikomotor

: Murid dapat melakukan aktiviti imbangan skala sisi dengan teknik yang betul dalam tempoh masa 5 saat tanpa bantuan guru.

: Murid dapat melakukan aktiviti imbangan skala Y dengan teknik yang betul dalam tempoh masa 5 saat tanpa bantuan guru. Kognitif : Murid dapat menyatakan secara lisan tentang teknik imbangan skala sisi dan imbangan skala Y dengan tepat. Afektif : Murid-murid seronok dan gembira semasa melakukan aktiviti permainan kecil.

Pengalaman sedia ada

: Murid telah mempelajari aktiviti imbangan seperti mengimbang skala ke depan di atas bangku dan mengimbang di atas hujung kaki semasa berada pada Tahun 4

Penerapan nilai KBKK Penggabungjalinan Kesepaduan Sumber Rujukan Alatan Bil. 1 2 3 4 5 6

: Bekerjasama, patuh pada arahan : Menjana idea : Tunjang Kecergasan Daya Tahan Otot : Sains dan Pendidikan Muzik : Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Jasmani : Alatan Kad berwarna Skitel Bola Pundi kacang Wisel Tali Jumlah 4 8 6 6 1 3

BAHAGIAN / AKTIVITI MASA Permulaan (5 minit) 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Murid membentuk ladam kuda di hadapan guru. Kehadiran murid direkodkan. Guru bertanyakan kesihatan murid dan memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru menasihatkan murid yang tidak sihat untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan. Guru memastikan semua murid berpakaian sukan, kemas dan seragam. X = Murid = Guru
X X X X X X X X X X X X

FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

CATATAN / ALATAN

Nilai : Patuh pada arahan

BBM: Tali Skitel Wisel

Induksi Guru membawa murid melakukan pergerakan tarian Sumazau dan diiringi dengan lagu Sayang Kinabalu. i. Guru membimbing murid ii. melakukan pergerakan tarian tersebut. Guru memberitahu murid bahawa pergerakan Sumazau yang dilakukan mempunyai kaitan dengan tajuk yang akan diajar iaitu gaya imbangan.
X X X X X X X X X X X X X X X X X X X

X X =X Guru

X= Murid

X X X

X X X

X X

Guru menjelaskan bahawa Tarian Sumazau memerlukan keseimbangan badan semasa melakukan pergerakan tarian tersebut agar tidak terjatuh dan tersalah langkah.

Guru menjelaskan bahawa kebolehan seseorang untuk mengekalkan posisi badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti dinamakan sebagai imbangan badan.

Aktiviti memanaskan badan dijalankan

Murid membentuk 3 kumpulan di hadapan guru. Setiap kumpulan berbaris dan memegang bahu kawan yang lain
X X X X X X X X X X X X

Cabut Ekor Naga

manakala murid pada barisan yang terakhir akan menyangkutkan tali di bahagian belakang. Murid hadapan dari pasukan lain akan cuba mencabut tali dari belakang. Bila isyarat berhenti diberikan oleh guru, pasukan yang kehilangan ekor akan dikenakan latihan fizikal iaitu lompat bintang sebanyak 10 kali.

= Guru X= Murid = Skitel

- Penglibatan menyeluruh oleh semua murid. Perkembangan Langkah 1 (10 minit) Pengelolaan aktiviti Gerak kerja individu 1. Murid diminta membuat ladam kuda untuk mendengar penerangan daripada guru. 2. Guru memberi penerangan secara ringkas tentang konsep imbangan (Imbangan ialah kebolehan seseorang mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti, sama ada semasa berada dalam keadaan statik ataupun dinamik.) Murid membentuk empat kumpulan. Guru menyediakan empat keping kad berwarna yang tertulis teknik melakukan imbangan skala sisi dan imbangan skala Y secara ansur maju. X = Guru = Murid BBM: Kad berwarna Wisel Skitel
X X X X X X X X X X X X

KBKK: Menjana idea

Nilai : Patuh pada arahan

Setiap kumpulan diberi pilihan untuk mengambil kad berwarna yang diberikan oleh guru dengan mencabut undi di dalam kotak kecil.

Setiap kumpulan akan berbincang dalam kumpulan tentang tajuk yang telah dipilih iaitu gaya imbangan skala sisi dan gaya imbangan skala Y.

Guru memantau dan membimbing setiap kumpulan dalam sesi perbincangan. Imbangan skala Y Berdiri tegak, kaki rapat dan tangan di sisi Angkat sebelah kaki perlahan-lahan Luruskan kaki di sisi sambil tangan

memegang pergelangan kaki Imbangkan badan Angkat kaki setinggi yang mampu dan kekalkan kedudukan

Imbangan skala sisi Berdiri tegak. Rapatkan kaki dengan tangan di sisi. Angkat sebelah kaki ke sisi sambil merendahkan badan perlahan-lahan ke satu sisi lagi. Luruskan lutut.

Kumpulan yang mendapat tajuk imbangan skala sisi membuat demonstrasi pergerakan di hadapan.

Selepas membuat demonstrasi,

semua murid melakukan gaya imbangan skala sisi beramai-ramai dalam tempoh masa 5 saat. Kumpulan yang mendapat tajuk gaya imbangan skala Y membuat demonstrasi pergerakan di hadapan. Selepas membuat demonstrasi, semua murid melakukan gaya imbangan skala Y beramai-ramai dalan tempoh masa 5 saat. Langkah 2 (10 minit) Pengelolaan aktiviti Gerak kerja kumpulan 1. Guru menyediakan dua stesen aktiviti. 2. Murid membentuk tiga kumpulan. 3. Setiap kumpulan akan bergerak dari stesen ke stesen yang seterusnya. 4. Murid-murid perlu melakukan aktiviti imbangan pada setiap stesen dalam tempoh masa yang telah ditentukan oleh guru. = Guru XX XX XX BBM: Skitel Wisel XX XX XX Nilai : Bekerjasama

Stesen 1: Imbangan skala sisi sambil memegang bola

Stesen 1: Murid berdiri tegak dan memegang sebiji bola. Angkat sebelah kaki ke sisi sambil merendahkan badan perlahan-lahan ke satu sisi lagi. Luruskan lutut.

X= Murid = Stesen aktiviti

Bola Pundi kacang

Stesen 2: Imbangan skala Y dan pundi kacang di atas kepala Stesen 2: Murid berdiri tegak, kaki rapat dan tangan berada di sisi. Murid meletakkan pundi kacang di atas kepala masing-masing. Angkat sebelah kaki perlahan-lahan. Luruskan kaki di sisi sambil tangan memegang

pergelangan kaki. Imbangkan badan dan angkat kaki setinggi yang mampu. Kekalkan kedudukan badan. Kemuncak Langkah 3 (5 minit) Permainan kecil Pertandingan skala sisi statik Murid bergerak secara bebas di dalam kawasan yang telah ditentukan. Apabila muzik dimainkan, murid bergerak berdasarkan pergerakan yang diarahkan oleh guru di kawasan yang telah ditetapkan. Contoh pergerakan: Galop Satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindah padanya. Kaki belakang digerakkan ke hadapan BBM: Skitel Wisel

di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang. Menolak dan mendarat dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan. Lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan. Skip Pergerakan kaki satu langkah kaki kanan diambil dahulu

= Murid = Skitel

kemudian diikuti dengan hop kaki yang sama kemudian kaki kiri melakukan langkah yang sama. Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas tangan yang bertentangan dengan kaki hadapan yang dihayun. Hayunan tangan berfungsi untuk memberi imbangan dan momentum semasa fasa hop. Berat badan sentiasa di bebola kaki pada sepanjang pergerakan.

Apabila muzik dihentikan, murid berhenti dan membuat imbangan skala sisi.

Murid yang bergerak atau tangannya menyentuh lantai akan disingkirkan.

Murid yang tersingkir daripada permainan akan membuat imbangan skala sisi apabila murid yang masih bermain permainan kecil membuat imbangan skala sisi.

Teruskan permainan sehingga pemenang diperoleh

Penutup (5 minit)

Sesi cooling down

Guru memilih seorang murid untuk menjadi ketua memimpin sesi penyejukan badan mengikut pengalaman dan pengetahuan murid tersebut.
X X X X X X X X X X X X X X X X X

Nilai: Patuh pada arahan Bekerjasama

Sesi penyejukan badan bermula pada kaki hingga ke kepala dengan diiringi oleh muzik.
X

Refleksi Soal Jawab

Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid berkaitan aktiviti yang dijalankan serta meminta murid mengemukakan pandangan

X X =XGuru X X X = Murid X X X X

BBM:
X X X

MP3 Speaker

Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti: Nyatakan teknik imbangan skala sisi dan imbangan skala Y yang betul.

= Skitel

Guru merumuskan aktiviti P&P berkaitan imbangan dan meminta murid mengemaskan kembali alatan yang telah digunakan.

Anda mungkin juga menyukai