Anda di halaman 1dari 20

KONSEP ASAS FALSAFAH & FALSAFAH PENDIDIKAN

Nur Izzatol Bt Ismail Nur Hazirah Bt Shamsudin Nurul Najihah Bt Awang Siti Nazirah Bt Hasbullah

KONSEP ASAS FALSAFAH


Istilah

falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan

Mengikut

Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D

Miller pula mengatakan falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai satu usaha untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara

tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh

itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan

FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah

pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan. Dari perspektif sains kognitif, sains tulen telah diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburnya.

Menurut

kamus dewan 1979 Pendidikan berasal daripada satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga merupakan proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.

Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial

YUSUF AL-QARDAWI (1980):


Pendidikan

merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal , hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang seiring menghadapi kebaikan, kejahatan,kemanisan, dan kepahitan

HASSAN LANGGULUNG (1987)


Pendidikan

merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut telah berlaku melalui cara-cara berikut: 1. Pengajaran pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain

2. Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran 3. Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden

Takrifan

pendidikan mengikut pandangan tokoh-tokoh barat, timur dan islam:tokoh-tokoh islam berpendapat bahawa proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia

Kesimpulan:-

Konsep Falsafah Pendidikan


Tokoh-tokoh

berpendapat pendidikan mempunyai fungsi-fungsi seperti di bawah sosiolisasi:- pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain supaya mereka akan menjadi orang yang berfungsi kelak.

Proses

Pembentukan budaya:- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya. Penempatan sosial:- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akademik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan Secara umum, falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep atau asas berhubung dengan pendidikan

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :

Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Melahirkan

rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

Menghasilkan

Melahirkan

rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan citacita demokrasi mengikut perlembagaan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Mengurangkan

o Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara o Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

IMPLIKASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA. Sistem pendidikan di Malaysia lebih teratur dan sistematik Mempunyai arah tuju Menjadi suluh pedoman dan inspirasi untuk semua institusi pendidikan di Malaysia