Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Sepanjang melaksanakan tugasan projek Merancang untuk Mengajar Sekolah Rendah ini, saya telah menerima banyak

faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru pada masa hadapan. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas yang lain, saya lebih memahami tentang penyediaan rancangan pengajaran harian, mingguan dan tahunan. Selain itu, saya turut dapat mempertingkatkan kemahiran mengajar melalui pelaksanaan pengajaran

mikroyang terkandung dalam Bahagian B dalam tugasan projek ini. Bagi bahagian A, tugasan tersebut agak mudah kerana saya telah mempunyai bahan yang tersedia hasil daripada tugasan lalu. Saya hanya perlu menambah sedikit sahaja untuk melengkapi tugasan tersebut. Bahan yang saya perlukan juga senang diperolehi kerana kemudahan-kemudahan yang

mencukupi seperti internet, buku-buku ilmiah dan majalah senang diperolehi melalui perpustakaan IPG Kampus Tawau. Melalui sesi pembacaan maklumat yang saya lakukan, saya juga menyedari bahawa guru bertanggungjawab dalam dalam memastikan pengetahuan murid sentiasa dipertingkatkan melalui pengajaran yang berkesan. Hal ini boleh dilaksanakan jika guru dapat membuat perancangan aktiviti yang kreatif dan tersusun agar mampu mencapai hasil pembelajaran. Walau bagaimanapun,kesukaran mula terasa semasa proses menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan dan tahunan kerana saya kurang berkemahiran dan tidak mengetahui susunan yang sesuai mengikut ketetapan pensyarah pembimbing. Oleh itu, perbincangan yang kerap dilakukan bersama kawan-kawan dan pensyarah pembimbing agar tidak berlaku kesilapan dan kekeliruan dalam melaksanakan tugasan projek ini. Bagi Bahagian B pula iaitu pelaksanaan satu kemahiran pengajaran mikro, saya telah melakukan pemerhatian melalui laman sesawang bagi mendapatkan maklumat dan ilham yang sesuai agar dapat diterapkan dalam sesi pengajaran mikro di dalam kelas. Sikap toleransi dan bekerjasama di antara ahli
4

kelas kami sememangnya memudahkan saya menjalankan aktiviti amali seterusnya dapat menghasikan kerja yang sangat memuaskan. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyediakan

perancangan pengajaran mikro membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang ada sebelum penilaian dilakukan markah dilakukan. Melalui tugasan ini, terdapat kelemahan yang dapat saya kenalpasti dan sudah tentu saya akan usahakan untuk mengatasinya pada masa hadapan. Antara masalah yang saya hadapi ialah menghadapi kekangan masa dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya telah menyusun masa dengan sebaikbaiknya agar semua tugasan yang diberikan dapat disempurnakan. Namun begitu, dengan kehadiran rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan moral, saya mampu menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang baik hati dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi. Ianya bukan sahaja membantu meringankan beban dalam menyiapkan tugasan projek malah dapat mengeratkan lagi hubungan kami. Akhir sekali, proses terakhir yang saya lakukan ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum melakukan pendokumentasian terhadap tugasan yang saya lakukan sebelum ini. Saya berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

Anda mungkin juga menyukai