Anda di halaman 1dari 17

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN [LDK]

-PROGRAM KEPIMPINAN-

PERKHEMAHAN KOPERAL DAN LANS KOPERAL KOR KADET POLIS SMKTD3 KALI KE-3 2013

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) ICE BREAKING !!

PELAKSANAAN:

1. Peserta diminta untuk berada di dalam besar dan berjalan mengelilingi bulatan sambil diiringi muzik. 2. Semasa peserta berjalan, arahan akan disampaikan dan peserta dikehendaki untuk mengikut arahan yang diberi. 3. Antara arahan-arahan yang digunakan ialah: Peserta diminta berkumpul mengikut pangkal abjad pada nama Peserta diminta berkumpul mengikut bulan dilahirkan Peserta diminta berkumpul mengikut warna kegemaran Peserta diminta berkumpul mengikut hobi.

OBJEKTIF:

1. Aktiviti ini dilaksanankan bertujuan untuk memastikan setiap peserta mampu bersuai kenal dengan peserta lain walaupun dalam masa yang singkat. 2. Sebagai pemimpin yang berdedikasi, mereka haruslah saling mengenali antara satu sama lain untuk memastikan kepimpinan mereka menjadi hebat serta dihormati.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2)

FOLLOW ME!!
OBJEKTIF: 1. Mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan. 2. Menanam semangat kepimpinan dalam diri peserta. 3. Melatih peserta untuk menerima arahan daripada orang lain dan memberi arahan dengan jelas kepada orang lain. 4. Membina keyakinan dalam diri peserta untuk lebih yakin kepada gerak hati. 5. Meningkatkan kemahiran komunikasi antara ahli kumpulan dan perasaan percaya terhadap satu sama lain.

PERLAKSANAAN: 1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing 2. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas mahjong, sebiji telur dan kain hitam. 3. Setiap kumpulan perlu memilih seorang konduktor. 4. Semua ahli kumpulan kecuali konduktor perlu menutup mata dengan menggunakan kain hitam. 5. Semua peserta kecuali ketua kumpulan perlu memegang kertas mahjong dan diletakkan telur di atas kertas tersebut. 6. Peserta perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil memegang kertas mahjong mengikut arahan konduktor. 7. Semasa bergerak, peserta tidak dibenarkan untuk bercakap sesama ahli kumpulan. 8. Konduktor memainkan peranan dalam member arahan kepada peserta yang lain agar telur yang dibawa tidak akan pecah. 9. Konduktor tidak dibenarkan menggunakan arahan kanan,kiri,depan, dan belakang untuk bergerak dan arahan yang diberi mestilah ditukar mengikut kreativiti setiap kumpulan. 10. Kumpulan yang berjaya membawa telur dengan selamat akan dianggap sebagai pemenang.

11. Kumpulan yang tidak berjaya dianggap gagal menguruskan kumpulan mereka.

PERALATAN: 1) Kertas mahjong 15 helai 2) Telur 15 biji 3) Kain hitam ARAHAN MU LUKISAN KU (BACKUP)

PELAKSANAAN 1. Setiap ketua kumpulan perlu menutup mata dengan menggunakan kain hitam. 2. Setiap kumpulan akan dibekalkan sehelai kertas mahjong dan sebatang marker. 3. Ahli kumpulan yang lain perlu memberi arahan kepada ketua kumpulan untuk melukis sebuah lukisan. 4. Ahli kumpulan tidak boleh menyentuh ketua kumpulan, hanya memberi arahan lisan. 5. Selepas beberapa minit, peserta perlu menyiapkan lukisan mereka. 6. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil lukisan mereka.

PERALATAN Kertas mahjong Pen marker Kain hitam

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 3 (LDK 3) PULAU GERSANG


OBJEKTIF:

1. Untuk menguji tahap kecekapan dan ingatan para peserta 2. Untuk melatih para peserta memberi arahan dengan lebih tepat 3. Untuk menguji tahap penerimaan dan kepekaan terhadap arahan yang diberikan oleh seorang pemimpin. 4. Untuk melatih dan memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan.

PELAKSANAAN: 1. Setiap kumpulan akan diberi kertas mahjong dan magic colour 2. Seorang ahli dari setiap kumpulan akan dipilih oleh ahli kumpulan itu sendiri untuk menerima arahan daripada fasilitator yang bertugas. 3. Ahli yang terpilih akan dibawa oleh fasililator ke satu tempat untuk melihat satu peta yang telah dilukis. 4. Ahli tersebut diberikan masa selama 2 minit sahaja untuk mengingati keseluruhan peta tersebut. 5. Ahli itu akan kembali semula kepada kumpulan masing-masing dan

menerangkan secara lisan kepada ahli yang lain untuk melukis kembali apa yang dilihat oleh ahli tersebut tanpa pertolongannya. 6. Jika sempat, setiap ahli dari setiap kumpulan akan dipanggil keluar untuk meneruskan permainan.

PERALATAN 1) Kertas mahjong 2) Pen marker 3) Magic colour (15 helai) (12 batang) (5 batang)

LAYAN TAK LAYAN (BACKUP)

OBJEKTIF: 1. Murid dapat membina keyakinan diri. 2. Melatih murid untuk bercakap di khalayak ramai.

3. Melatih murid bekerjasama di dalam kumpulan. 4. Murid dapat belajar memahami perasaan orang lain.

PELAKSANAAN: 1. Ketua-ketua kumpulan dipanggil untuk keluar dari dewan. 2. Fasilitator akan memberi arahan tugas kepada ketua kumpulan untuk bercerita di dalam dewan. 3. Apabila ketua-ketua kumpulan sedang bercerita, ahli lain di dalam dewan akan melakukan arahan yang disuruh. a. Ketawa b. Booo!! c. Tepuk tangan d. Bersembang

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 4 (LDK 4) KARAM


PELAKSANAAN:

1. Peserta diminta untuk membayangkan bahawa mereka sedang berada di atas sebuah kapal. Peserta diberi peluang untuk bersuka ria. Kemudian, peserta diberitahu kapal yang mereka naiki bakal karam. 2. Peserta diminta membuat satu bulatan, 3. Peserta di beri 2-5 straw setiap seorang. 4. Peserta dimaklumkan bahawa hanya 1 sampan sahaja yang boleh dinaiki dan hanya boleh memuatkan 4-5 orang sahaja. 5. Peserta diminta memberikan lidi kepada sesiapa yang layak untuk diselamatkan berdasarkan kriteria yang dimiliki dengan harapan orang itu boleh memberi sumbangan yang besar kepada dunia. 6. Berhadapan, lihat wajah/mata dan sebutkan nama , kemudian jika beri kata awak layak, jika tidak maaf, awak tidak layak. 7. Kumpulkan 4 peserta yang berjaya mendapatkan lidi yang paling banyak. Minta mereka ke hadapan untuk memberikan ucapan untuk membalas kepercayaan peserta lain.

OBJEKTIF:

1. Dapat menilai diri bahawa selama ini ada memberi sumbangan atau tidak. 2. Sebagai pemimpin, kita akan dinilai sama ada layak atau tidak layak untuk menajdi pemimpin. 3. Bersedia untuk menjadi seorang pemimpin dan memegang tanggungjawab besar.

PERALATAN:

1. Straw

2. Latar belakang muzik yang sesuai.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 5 (LDK 5) MINI EXPLORES


OBJEKTIF: 1. Bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang cerda, kreatif, berfikiran jauh, setia kawan dan dapat menguasai komunikasi yang baik.

2. Menanamkan nilai-nilai kepimpinan dalam diri. 3. Memperkukuhkan sifat-sifat kepimpinan sedia ada 4. Meyedarkan bahawa setiap individu itu memimpin dan dipimpin.

PELAKSANAAN: 1. Kawasan permainan dibahagikan kepada beberapa checkpoint. 2. Antaranya ialah: a) Towering straw Pelajar akan diminta untuk mendirikan menara dalam masa sepuluh minit menggunakan alatan yang dibekalkan. Menara yang dibina mestilah kukuh dan boleh menampung air yang telah diisi di dalam botol. Jika berjaya, akan mendapat mata sebanyak 5 point. Jika tidak berjaya, kumpulan akan didenda penalty masa iaitu 5 minit ataupun sebarang denda yang dianggap bersesuaian.

b) Kawad senyap Seorang komender akan dipilih dari kalangan kumpulan. Komander akan memberikan arahan kawad secara senyap berdasarkan 4 keping kad yang disediakan. Jika anak buah gagal, mengikut arahan, kumpulan tersebut akan didenda dan jika berjaya akan mendapat 5 markah terkumpul juga.

c) Bowling Sebanyak 8 botol mineral yang diisi dengan air disusun dengan jarak 20 langkah dari tempat balingan. Setiap botol mewakili 2 mata Jika kumpulan gagal menjatuhkan botol, maka 1 mata akan ditolak.

d) Tali Kasih Pelajar akan dibekalkan dengan sehelai kertas A4

Mereka dikehendaki membuatkan satu rantai yang dapat dipegang oleh kesemua ahli kumpulan mereka tanpa memutuskan helaian kertas tersebut.

Jika mereka gagal, penalty lima minit akan dikenakan.

e) Radio Buruk Setiap kumpulan dikehendaki beratur dalam barisan yang panjang. Fasilitator akan memberikan beberapa ayat untuk disampaikan kepada rakan-rakan yang beratur tersebut. Peserta akan dikenakan penalty berdasarkan jumlah perkataan yang mereka salah semasa menyampaikan ayat tersebut.

3. Pemenang akan dikira mengikut jumlah mata yang terkumpul. 4. Mana-mana kumpulan yang tidak melalui kesemua checkpoint tidak layak dikira sebagai pemenang.

ALATAN: 1. Straw 2. Tape 3. Botol air mineral 4. Kad manila 5. Kertas A4 6. Bola

Jumlah checkpoint adalah berdasarkan kawasan sekitar sekolah.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 6 (LDK 6) BOLEH KE TAK BOLEH


Objektif Meningkatkan daya kretiviti para murid.

Alatan

Menanam sikap tidak berputus asa. Membantu murid berfikir secara kreatif. Menyemai sifat berkerjasama dan saling tolong menolong.

Kertas A4 Gam Batu bata

Prosedur. 1. Setiap kumpulan diberikan 15 helai kertas A4 dan gam 2. Sediakan satu binaan yang menggunakan kertas A4 yang mampu menampung batu bata. 3. Masa selama 15 minit diberikan kepada setiap kumpulan. 4. Setelah selesai, setiap binaan akan cuba untuk menampung batu-bata sebanyak yang mungkin 5. Kumpulan binaan yang menampung paling banyak batu bata menang.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 7 (LDK 7) THE LAST GENERATION!!


Objektif Meningkatkan daya kretiviti para murid. Membantu murid untuk lebih rasional dalam melakukan sesuatu keputusan. Menyemai sikap berani untuk mempertahankan sesuatu yang benar Membantu murid berfikir secara kreatif.

Alatan

Menyemai sifat berkerjasama dan saling tolong menolong. Menguji kepekaan murid

Kertas mahjong Marker Kertas A4

Prosedur. 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sehelai kertas mahjong dan juga marker pen. 2. Peserta dibayangkan bahawa bumi yang menjadi tempat tinggal mereka akan musnah tidak lama lagi dan hanya beberapa sahaja yang dibenarkan untuk menaiki roket untuk ke tempat lain. 3. Disana mereka akan membina tamadun yang baru. 4. Fasilitator akan menyenaraikan beberapa watak yang harus dipilih oleh murid. Antara watak tersebut ialah: 1. Ibu mengandung 2. Jurutera 3. Polis 4. Bomba 5. Doktor 6. Guru 5. Arkitek 6. Tentera 7.Anak yang soleh 8. Petani 9. Jururawat 10.Imam

5. Diantara 10 watak yang dibekalkan, peserta perlu memilih 4 sahaja untuk dibawa ketempat baru. Setiap watak memainkan peranan yang berlainan. 6. Peserta juga dikehendaki melukis peta atau plan tamadun mereka yang baru beserta dengan organisasi pentadbiran tamadun tersebut. 7. Peta tersebut akan dibentangkan dan setiap pemilihan watak yang dilakukan akan disoal kepentingan watak tersebut oleh fasilitator.

Kesimpulan:

Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi.

Setiap individu akan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Untuk memastikan murid faham dengan pilihan mereka dan mampu untuk menyatakan keputusan pemilihan mereka.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 8 (LDK 8) THE BEAUTIFUL BEG!!


Objektif Meningkatkan daya kretiviti para murid. Membantu murid untuk mengenal pasti nilai-nilai murni. Menyemaikan nilai-nilai murni terhadap diri mereka melalui aktiviti permainan Menyemai sifat berkerjasama dan saling tolong menolong.

Memastikan nilai-nilai tersebut perlu diterapkan dalam diri sebagai seorang pemimpin.

Alatan Kertas mahjong Gam Surat Khabar Lama Gunting

Prosedur. 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kertas mahjong, gam, gunting, serta surat khabar lama. 2. Mereka dikehendaki mencipta satu beg yang paling cantik dan mereka juga dikehendaki mencari perkataan nila-nilai murni seperti baik, sayang dan sebagainya. 3. Setiap perkataan yang telah mereka kumpul, hendaklah ditampalkan dibeg mereka.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 9 (LDK 9) MALAM KEBUDAYAAN!!


Aktiviti: Lakonan

Tema: Kepimpinan

Objektif: - Memupuk semangat dan budaya kepimpinan

- Pelajar mengetahui bahawa perlunya sifat dan semangat kepimpinan dalam diri setiap waktu dan situasi. - Memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar sewaktu mengendalikan aktiviti bersama-sama.

Perlaksanaan: 1. Fasilitator akan meminta setiap kumpulan membuat cabutan atau undian. 2. Mereka perlu melakonkan babak yang bersesuai dengan konsep kepimpinan dengan dibantu oleh fasilitstor.

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN 10 (LDK 10) PERKONGSIAN ILMU!!


Objektif: Membantu murid untuk meluahkan masalah. Memberi peluang kepada fasi untuk lebih mesra dengan murid. Mampu untuk bersama-sama berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pelaksanaan: Fasilitator berada bersama ahli kumpulan dan sama-sama berbincang tentang kepimpinan dan nilai-nilai kepimpinan. Bersama-sama berkongsi cerita.

Fasilitator memberikan nasihat yang bersesuaian dengan tahap dan masalah yang dihadapi oleh murid

Anda mungkin juga menyukai