U/P : Pegawai Pemantau PTPTN, Pejabat PTPTN Negeri Pahang, No.

48 Malay Town, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang.

No.29 Lorong 3, Taman Melati, 25150, Kuantan, Pahang Tuan/Puan, Per : Memohon Pengecualian Bayaran Balik bagi Ijazah Kepujian Kelas Pertama Merujuk kepada perkara di atas, saya, Nur Izara Aisyah, No.KP : 880521-06-XXXX, graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin memohon pengecualian bayaran bagi ijazah kepujian kelas pertama. 2. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya menamatkan pengajian saya dalam program 18 November 2012

Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan mendapat ijazah kelas pertama. Bersama surat ini, saya lampirkan salinan ijazah, salinan transkrip, borang akuan pelajar, pengesahan MQR, dan salinan pengesahan ijazah kelas pertama dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua dokumen yang dilampirkan juga telah disahkan oleh Pegawai Tadbir Bahagian Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tindakan dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan. 4. Untuk memudahkan rujukan oleh pihak Tuan/Puan, saya sertakan bersama, nombor

rujukan PTPTN saya iaitu PTPTN/SPP/2008/XXXX. Segala tindakan dan pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan.

_________________ (NUR IZARA AISYAH) .Sekian. terima kasih Yang Benar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful