Anda di halaman 1dari 55

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Soalan ini kerap kali ditanya oleh seseorang apabila membincangkan mengenai personaliti.Adakah personaliti ini mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia ? Dalam tajuk personaliti ini kami akan membincangkan mengenai konsep personaliti yang sebenar berdasarkan daripada pendapat-pendapat beberapa ahli psikologi yang terkenal seperti Alder, Crow and Crow dan sebagainya Selain itu kami akan mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Disini kita akan mengetahui sama ada personaliti, watak dan trait adalah berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama. Personaliti juga dapat diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert yang juga akan dibincangkan di dalam tugasan ini. Kami juga akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh Sigmund Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalis serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus mempraktikkannya. Kami juga akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti seseorang?.Aspek terakhir yang akan dikaji didalam tugasan ini adalah mengenai pengaruh personaliti terhadap pembelajaran serta bagaimana cara guru melayani personaliti murid yang berbeza. Diharapkan, kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman terhadap konsep personaliti yang sebenar serta diharapkan kajian ini juga dapat membantu bakal pendidik untuk mengaplikasikan konsep personaliti ini didalam proses pembelajaran agar falsafah pendidikan kebangsaan dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.

Definisi personaliti
Personaliti berasal daripada perkataan Latin Persona yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji dengan memerhatikan tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah. Murugian (1996) pula menyatakan bahawa personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Selain itu, Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu, ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya. Rogers (1951) pula berpendapat, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.

Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri. 2

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik. Ciri-ciri ini akan mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku individu tersebut dalam pelbagai situasi (Rykman, 2000). Sebagai kesimpulan, personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi dengan persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang.

PENGERTIAN PERSONALITI
Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari kita dapat mendengar kenyataan-kenyataan seperti Encik A memang mempunyai personaliti yang baik, Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal. Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa pendapat seperti berikut :

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI

MISHEL (1968)

BAHASA LATIN

PENGERTIAN PERSONALITI

ALLPORT (1961)

WATSON (1919) KAGEN,J & SEGAL,J (1988) EYSENCK

BAHASA LATIN Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan. 4

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut: Perangai Kecerdasan Sentimen Sikap Minat Kepercayaan Cita-cita Nilai-nilai Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu. MISHEL (1968) Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personality mereka yang sebenar. ALLPORT (1961) Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan 5

HANS EYSENCK (1981) Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. KAGEN,J & SEGAL,J (1988) Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. WATSON (1919) Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.

Perbezaan antara personaliti, watak dan trait


Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti.

PERSONALITI WATAK

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormatmenghormati dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang ditentukan oleh sesuatu masyarakat. Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas, tanggungjawab, terbuka, mudah mesra dan sebagainya. Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar.

Klasifikasi Personaliti
Menurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut : Ekstrovert Introvert Ambivert Ekstrovert Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Introvert Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko. Ambibert Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

Pendapat ahli psikologi lain mengenai klasifikasi personaliti Block (1971), dalam satu kajiannya yang melibatkan 100 orang lelaki dan perempuan masing-masing selama 25 tahun telah merumuskan bahawa ciri-ciri individu seperti kawalan emosi, minat, kesabaran, dan kebolehpercayaan tidak banyak berubah. Conley (1984), menegaskan bahawa dengan berlalunya masa, kita tidak banyak berubah dari segi gaya, emosi dan cara kita berinteraksi dengan orang lain. Mishel (1984), pula menyatakan bahawa kita tidak selalu bertingkah laku secara tekal dalam situasi yang amat berbeza. Contohnya, tingkah laku seseorang semasa melawat sebuah keluarga yang kehilangan seorang yang tersayang adalah amat berbeza dengan tingkal laku seseorang itu ketika berada dalam satu majlis perkahwinan atau hari jadi. Epstein (1983), pula menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak stabil serta boleh diramal.

Cara-cara guru menolong seorang Introvert


Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert. Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar ytersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa. Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi. Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti bodoh , si gemuk atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya.

10

Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu. Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain. Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.

11

TEORI PSIKOANALISIS
Pengenalan

(Sigmund Freud >> sumber Wikipedia) Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang psikolagi yang diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). Beliau merupakan seorang ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis. Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia (sekarang dikenali sebagai

Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian besar hidup beliau dihabiskan di Vienna. Namun begitu, beliau menghembuskan nafas terakhir di London pada tahun 1939 pada umur 83 tahun. Beliau mendapat pendidikan formal hingga ijazah perubatan dari Universiti Vienna. Pada awalnya, beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan berbagai-bagai penyelidikan dalam bidang neurologi. Pengalaman dan minatnya yang meluas dalam bidang itu mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi rawatan khusus bagi penyakit saraf sahaja.

12

Semangat dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi mendorong beliau meninggalkan dunia akademik di universiti dan menjadi pengamal perubatan pada tahun 1886. Pada tahun yang sama, beliau mendirikan rumah tangga denag Martha Bernays. Keluarga bahagia ini dikurniakan empat orang anak. Salah seorang daripada anak beliau adalah Anna, iaitu tokoh psikologi yang terkenal. Beliau menulis beberapa buah buku penting yang masih dikaji sehingga sekarang. Antaranya adalah The Interpretation of Dreams, The Psychopathology of Everyday Life, Beyond The Pleasure Principle, The Ego and The Id dan Civilization and Its Discontents. Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang mengalami tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk mencungkil masalah dan perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed pula menyatakan bahawa psikoanalisis itu sebagai satu kaedah merawati seseorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui fahaman triadisi pula psikoanalisis lebih dianggap merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.

13

Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri. Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri semulajadi manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang menyatakan bahawa manusia ini tidak rasional (antirasionalisma). Maksudnya, manusia itu seringkali didorong oleh keinginan daging sendiri yang kelaknya merosakkan dirinya dan sekaligus mempengaruhi kepada nasib haluannya. Tingkah laku manusia itu biologikal atau dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri. Oleh sebab itu, ciri- ciri sosialisma harus ada, maksudnya manusia perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman yang pernah berlaku dalam masyarakat.

14

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia dipengaruhi oleh tenaga psike. Tenaga psike ini adalah pentig untuk mengetahui lebih lagi mengenai konsep psikoanalisis itu sendiri. Ini adalah meliputi kepada beberapa konsep iaitu konsep penentuan psike dan konsep tahap kesedaran. Penetuan Psike Penetuan psike ini menerangkan konsep yang mana sebab-sebab tertentu itu mempengaruhi tingkah laku dan reaksi emosi manusia. Ini adalah berkait rapat dengan tahap sedar dan tahap tidak sedar, pemikiran yang rasional dengan tindakan atau kehendak emosi yang sertamerta. Ini secara keseluruhannya merangkumi kepada hubungan antara sesama insan. Tenaga psike( tenaga kejiwaan) ini adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu dorongan atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Walaubagaimanapu ini tidak tertumpu kepada maksud seksual yang sempit tertapi termasuk kepada kehendak nafsu untuk memenuhi kepuasan sendiri. Selain itu dorongan dan desakan lain dalam tenaga psike kehendak mati.

15

Daripada dorongan- dorongan atau desakan-desakan itu, semuanya merupakan keinginan naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu dilahirkan. Oleh itu, setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang sekaligus akan mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil

berpanjangan walaupun itu adalah bermula daripada masalah yang kecil. Tahap Kesedaran Teori psikoanalisis berpendapat bahawa tahap kesedaran adalah sama penting dengan konsep pentuan pskie dalam perkembangan personaliti seseorang. Ada tiga tahap kesedaran yang dikemukakan dalam teori psikoanalisis. Tahap-tahap itu ialah tahap sedar, tahap prasedar dan tahap bawah sedar. Peringkat sedar ini adalah peringkat yang disedari oleh seseorang. Ini adalah merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh perbuatan minum, berjalan, berasa gembira atau sepi. Peringkat prasedar pula, sesorang akan mengalami sedikit kesukaran untuk menyedari sesuatu yang berlaku. Walaubagaimanapun, jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula. Keseluruhannya peringkat ini lebih kepada pemikiran yang berkaitan dengan perasaan. Contohnya penilaian manusia terhadap tahap kesejukan atau kepanasan. Manusi mampu berfikir sejauh mana tahap kesejukan dan kepanasan berdasarkan pengalaman. atau pemikiran sedar ialah

16

Tahap bawah sedar berdasarkan teori psikoanalisis ialah tahap yang paling penting. Ini kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku sesorang. Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk keperibadiannya. Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkahlaku yang suka diterima oleh oleh orang ramai. Oleh sebab itu, peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar adalah sangat sukar. Ianya perlu merujuk atau memerlukan pembimbing yang lebih arif dan bertauliah contohnya counselor . Umumnya teori psikoanalisis berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses yang mana situasi yang dihadapi disekat oleh kenyataan. Maksudnya individu itu biasanya beranggapan bahawa dia tidak dapat menerima kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima kenyataan itu. Contohnya khayalan sesorang atau mimpinya.

17

PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI PSIKOANALISIS Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya

personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego.
Model struktur personaliti

Frued>http://www.wilderdom.com/personality/L83TopographyMindIceberg.html.

18

Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle) Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar. (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Teori psikoanalisis pula menyatakan bahawa semua perbuatan atau gejala manusia yang neutral dalam pemikiran manusia itu adalah id. Keadaan id atau ciri-ciri id seseorang itu sudah wujud sejak ianya dilahirkan. Maksunya id itu diturunkan, semulajadi dalam diri, elemen yang diwarisi, dan memang suda ada sedia dalam diri manusia itu. Id keseluruhannya merupakan perbuatan atau tingkah laku bawah sedar iaitu menjadi sumber kepada LIBIDO (Naluri Kehidupan- life instinct) dan THANATOS( Naluri Kematian- death instinct), lebih primitif , tidak tersusun, tidak rasional, dan lebih kepada oreintasi kehendak nafsu. Objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan. Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality) Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Ego secara keseluruhannya terbentuk melalui pengalaman. Ini berbeza daripada id herana ego tidak wujud sewaktu kelahiran. Ego berkembang secara berperingkat. Ego penuh dengan pelbagai persepsi, inginkan kemajuan, dan boleh beradabtasi dengan fungsi ego itu mengikut keadaan. Ego berkembang dengan hubungan atau perantaraan secara sosial dengan orang lain atau alam sekeliling. Keseluruhannya ego mempengaruhi personaliti seseorang dan perkembangan ego haruslah melalui proses pendidikan.

19

Fungsi ego yang yang boleh didapati adalah ego dapat bertindak terhadap keadaan yang mendatangkan kecemasan.keadaan yang digunakan konsep ego dalam keadaan kecemasan ini adalah melalui pengalaman. Maksudnya penyelesaian masalah lebih berasaskan kepada pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu helah yakni pemesongan keadaan yang sebenar kepada tidak sebaliknya. Proses ini adalah dikenali sebagai makenisma bela diri ego. Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle) Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan dan keburkan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Umumnya super ego adalah suatu struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Ia lebih terarah kepada hati naluri seseorang atau kesedaran suara hati seseorang. Super ego ini penting untuk penentuan kepada tingkahlaku moral yang baik. Perkaitan super ego berdasarka moral dipelajari melalui asuhan ibubapa, dipelajari daripada masyarakat, dan seterusnya kepada penerapan moral itu sehinnga sebati dalam diri. Keseluruhannya super ego ini adalah penetuan kepada ego dan id. Super ego ini mengenal ego dan id. Pendek kata super ego ini bertindak sebagai makenisma pengingat yang tertumpu kepada kebaikan seseorang.

20

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS Secara keseluruhannya perkembangan ini terbahagi kepada lima peringkat. Peringkat - peringkat itu ialah;a.) Peringkat Oral b.) Peringkat Anal c.) Peringkat Falik d.) Peringkat Latensi e.) Peringkat Genitial Peringkat Oral Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi yang berumur antara 0 hingga 18 bulan.

Keseronokan dan kepuasan bayi itu boleh dicapai melalui mulut. Ini kerana mulut adalah zon erotik yang aktif bagi bayi. Ini dibuktikan bahawa bahawa hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi. Selain itu bayi lebih menghabiskan masanya bermain dengan mulut contohnya ibunya

menyusunya atau menyusu jarinya sendiri.

21

Peringkat Anal Peringkat anal ini berlaku pada lingkungan umur 2 hingga 4 tahun. Pada peringkat ini sudah mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang najis. Pada peringkat ini lebih kepada rangsangan melalui dubur. Kanak kanak dilatih bagaimana kaedah atau cara yang lebih sesuai untuk membuang najis. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa kepuasan dapat dicapai sekiranya kanak-kanak mampu membuang najis berdasarkan kehendaknya sendiri. Keseluruhannya psikoanalisis menerangkan bahawa semua latihan tunjuk ajar yang dilalui oleh kanak-kanak akan membentuk sahsiahnya. Peringkat Falik Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa pada masa ini kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat dibuktikan dengan kanak-kanak pada peringkat umur ini sering memegang organ jantinanya. Pada peringkat ini juga berlaku perkembangan kepada Oedipus kompleks dan Elektra kompleks. Oedipus kompleks ini berlaku kepada kanak-kanak lelaki yang lebih cenderung dengan ibunya manakala Elektra kompleks pula berlaku kepada kanak-kank perempuan yang lebih cenderung dengan bapanya. Peringkat Latensi Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa pada masa ini pemikiran seksual mula berkembang. Maksudnya kanak-kanak mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain selain daripada ibubapanya. Ini dapat dilihat bahawa kanak-kanak pada umur begini sudah mula bergaul dengan kanak-kanak yang berlainan jantina dengannya.

22

Peringkat Genitial Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 12 tahun keatas. Kebiasaannya kanak-kanak sudah mencapai baligh pada masa ini. Teori psikoanalisis menerangkan lebih banyak tentang oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja mula tertarik dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Perkembangan ini membentuk kematangan dan pemikiran kepada haluan masa depan iaitu alam perkahwinan.

APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung. Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat umur yang lebih diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu para pendidik harus memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak murid. Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan hujah dan teori psikoanalisis ini. Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku pelajar secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.

23

Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang bermasalah. Ini kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami kecaleruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah mendekati pelajar-pelajar ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang sepatutnya mereka terima. Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin meningkat umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus peka dan tahu akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting untuk mentukan tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika tugasan dan latihan yang diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan boleh dicapai dalam diri mereka. Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka pelajari. Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat penting. Ini kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi keseluruhan sahsiah dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori psikoanalisis ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

24

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI


Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu.Dua faktor yang utama tersebut adalah factor baka/genetik dan factor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut.

1.

0 FAKTOR BAKA/GENETIK

Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. a.Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

25

Jenis bentuk badan Endomorf

Rupa bentuk badan Bulat dan lembut

Ciri-ciri personaliti Trait Viscerotinia: Suka bergaul, cepat mesra,

Mesomorf

Otot-otot kuat, berkemahiran psikomotor

berlega, mengandur. Trait Somatotonia: Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran. Trait Cerebrotonia: Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

Ektomorf

Kurus dan tinggi

b.

Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakkannya disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu.

c.

Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti

26

seseorang. Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan dengan itu boleh menjadikannya tidak popular.

d.

Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.

2.0 FAKTOR PERSEKITARAN Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan

27

perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

A.

KELUARGA

Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan

perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan personaliti seseorang individu tersebut. Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam

perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan

mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.

Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang

28

disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

B.

KEBUDAYAAN Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam

kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.

C.

PENGARUH SEKOLAH

Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi

29

perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

D.

RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang

30

kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.

E.

MEDIA MASSA Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.

F.

PENGALAMAN AWAL Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor

31

dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.

G.

MASYARAKAT Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi

pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.dengan itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan masyarakat yang sanggup menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yag tidak diiingini.

Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.

32

PENGARUH PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN


Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu itu belajar dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Oleh itu, setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Terdapat pelajar yang suka belajar secara berkumpulan dan ada juga yang yang gemar belajar secara bersendirian.

33

Daripada perbezaan ini, dapat disimpulkan bahawa personaliti seseorang pelajar itu mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut Dunn dan Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada cara bagaimana elemen-elemen dari lima rangsangan asas mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajaran. Elemen-elemen tersebut ialah rangsangan persekitaran, rangsangan emosi, rangsangan sosiologi, rangsangan fisiologi dan rangsangan psikologi. Bermula daripada awal zaman kanak-kanak lagi, seorang murid mula membentuk gaya pembelajaran ini. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut di dalam pelajarannya. Menurut Duna dan Duna (1981), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar adalah seperti berikut: 1) 2) 3) 4) 5) Aspek persekitaran Aspek emosi Aspek sosiologi Aspek fisiologi Aspek psikologi

Aspek persekitaran Aspek persekitaran merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Oleh itu, bunyi merupakan salah satu aspek tersebut. Kajian menunjukkan terdapat sebahagian pelajar yang belajar dengan berkesan apabila

34

mendengar muzik. Manakala ada pula pelajar yang hanya boleh belajar dengan berkesan tanpa mendengar muzik. Perbezaan ini bergantung lepada individu tersebut.Cahaya juga salah satu aspek persekitaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan cahaya yang sikit sahaja untuk relajar. Tetapi apabila mereka membesar, mereka memerlukan cahaya yang lebih untuk belajar. Aspek yang lain adalah suhu. Kesan suhu terhadap keberkesanan pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, bilik yang berhawa dingin adalah lebih selesa dan mendorong pembelajaran Aspek Emosi Emosi merupakan aspek yang mempengaruhi secara mendalam dalam gaya pembelajaran seseorang murid itu. Aspek perlu dipandang tinggi pengaruhnya kerana akan membawa kesan yang mendalam kapada pelajar. Apabila seseorang murid itu mempunyai motivasi yang tinggi, maka dia akan menunjukkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi diperlukan untuk menaikkan semangat dan keazaman dalam sesuatu pembelajaran.

Terdapat sebahagian pelajar yang akan menyempurnakan tugasan dengan sekaligus apabila mereka mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi. Tetapi terdapat juga pelajar yang memerlukan rehat dan hentian sejenak sebelum tugasan itu diselesaikan. Sifat bertanggungjawab perlu ada dalam setiap pelajar kerana dengan sifat

35

ini, mereka akan sentiasa menghasilkan kerja yang bermutu. Mereka juga akan melalui pembelajaran yang lebih berkesan apabila sifat ini sentiasa dipraktikkan. Di dalam aspek emosi ini, faktor struktur akan menentukan kebolehan seseorang pelajar itu. Terdapat pelajar yang suka membuat tugasan apabila menerima atau mengikut arahan daripada gurunya. Bagi pelajar yang lebih kreatif, mereka lebih gemar menyempurnakan tugasan atas iniasitif mereka sendiri. Aspek Sosiologi Didalam aspek sosiologi ini, kita dapat melihat kecenderungan pelajar itu bersosiologi dengan erti kata yang lain, terdapat pelajar yang sukakan pelajar secara bersendirian manakala terdapat pelajar yang sukakan belajar secara berkumpulan. Maka dari sini kita telah mendapati bahawa pelajar telah mengaplikasikan aspek sosiologi dalam pembelajaran mereka secara tidak sengaja. Aspek Fisiologi Fisiologi bermaksud secara umum adalah *anggota fizikal*. Aspek ini penting kerana melibatkan pergerakkan dan tubuh badan seseorang pelajar. Dalam aspek ini, gaya pembelajaran seseorang pelajar berlainan antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai kekuatan persepsi yang berbeza seperti pelajar visual(pandang), pelajar auditor dan pelajar kinesthetic-tactile. Melalui kekuatan inilah mereka dapat membentuk gaya mereka sendiri dalam pembelajaran dan akan berkekalan selagi ianya tidak diubah. Pelajar visual(pandang) ialah jenis pelajar yang belajar dengan melihat carta, graf dan gambar rajah. Dengan cara pembelajaran begini, mereka akan lebih mendalami sesuatu konsep tersebut dan mudah mengingatinya. Selain itu, pelajar dari kategori ini

36

gemar membaca kepada diri sendiri, menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari objek-objek dengan cepat. Kategori pelajar auditor pula adalah pelajar yang gemar belajar dengan cara membaca dan menyebut perkataan-perkataan .pelajar kategori ini akan melakukan perkara demikian bertujuan sebagi kaedah untuk mereka mengingati sesuatu konsep Ketegori yang seterusnya adalah pelajar kinesthetic-tictile. Jenis pelajar

kinesthetic-tactile adalah pelajar yang gemar belajar dengan menyentuh dan merasa. Mereka suka bergerak ke sana dan ke mari dan ingin memanipulasikan objek-objek yang berada di sisi mereka supaya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Pergerakkanpergerakan yang dilakukan ini akan memudahkan seseorang pelajar itu memahami dan mengingati sesuatu perkara itu dengan cepat. Makanan dan minuman juga merupakan salah satu gaya pembelajaran bagi sesetengah pelajar. Mengikut kajian yang dijalankan, terdapat murid yang belajar dengan lebih baik apabila mereka dibenarkan makan dan minum.Sebaliknya apabila mereka tidak dibenarkan untuk makan atau minum, mereka gagal untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang tertentu. Kebanyakan pelajar jenis ini adalah terdiri daripada kelompok pelajar perempuan.

Waktu juga merupakan peranan yang penting dalam mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar itu. Secara amnya, murid-murid adalah segar dan lebih aktif di sebelah pagi dan kurang aktif di sebelah petang. Pengalaman mendapati bahawa semasa kita di zaman persekolahan dahulu telah mengalami situasi sebegini dimana pada waktu setelah

37

rehat sahaja, kita akan berasa cepat mengantuk atau dengan erti kata lain tidak aktif. Oleh itu, untuk menyeimbangkan jasmani dan emosi pelajar, pelajar akan belajar pagi waktu pagi manakala bermain pada waktu petang. Selain daripada perkara yang telah disebutkan diatas, terdapat juga sebahagian pelajar yang belajar dengan lebih berkesan apabila dibenarkan bergerak bebas berbanding belajar di satu tempat sahaja.Pelajar jenis ini secara amnya lebih kearah teknikal dan amali. Jadi satu-satunya kaedah yang dapat digunakan untuk mengatasi kebosanan pelajar ini adalah dengan menjadikan proses pembelajaran tidak hanya di kelas sahaja. Proses pembelajaran boleh dilakukan di bengkel, taman,kawasan peranginan dan ditempattempat yang difikirkan sesuai.

Aspek Psikologi Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dan kekuatan gaya pembelajaran yang dimiliki digunakan dengan sebaik mungkin dalam mendapatkan ilmu

38

dan maklumat yang diberikan oleh guru. Secara saintifiknya kita ketahui bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak sebelah kanan dan otak sebelah kiri. Didalam pemprosesan data dan maklumat yang baru, para pelajar mungkin merupakan pengguna otak kiri atau pengguna otak kanan. Otak kanan menjalankan fungsi sebagai mengenal wajah, corak, lukisan, kreatif san sntesis. Bagi otak kiri pula, ianya bekerja dengan memproses maklumat berkaitan dengan nombor, logik, bahasa (membaca dan menulis) formal dan analisis. Bagi pelajar yang menggunakan otak kanan lebih daripada otak kiri, mereka lebih gemar belajar dalam senyap, suka cahaya yang lebih terang, suka tempat duduk tersusun dan sebagainya. Dan bagi pelajar yang menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan, mereka lebih gemar belajar dengan muzik, keadaan sederhana terang, tempat duduk yang informal dan sebagainya. Bagi menjelaskan perbezaan pengguna otak kanan dan kiri, jadual disediakan seperti dibawah :

PEMPROSES OTAK KIRI 1. Suka belajar di tempat senyap 2. Suka kepada cahaya yang lebih terang 3. Suka pada tempat duduk yang tersusun

PEMPROSES OTAK KANAN 1. Suka belajar dengan muzik 2. Suka pada keadaan yang sederhana terang 3. Suka pada tempat duduk yang informal

39

4. Gigih ketika menyempurnakan tugasan 5. Tidak suka makan atau minum ketika membuat verja 6. Gemar menyempurnakan satu tugasan pada satu masa 7. Lebih suka bekerja di hadapan pihak berkuasa 8. Gemarkan tugasan berstruktur (iaitu ada arahan yang jelas)

4. Memerlukan rehat sebelum dapat menyempurnakan tugasan 5. Suka makan atau minum ketika membuat kerja 6. Gemar menyempurnakan beberapa tugasan dalam satu masa 7. Berusaha dengan lebih baik tanpa pihak berkuasa 8. Lebih suka tugasan yang tidak berstruktur

Menurut Honey dan Murnford (1986) pula, terdapat empat gaya pembelajaran yang utama bagi pelajar-pelajar untuk belajar dengan berkesan. Gaya yang pertama ialah aktivis. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini lebih gemar kepada sesuatu yang baru. Mereka suka mencari pengalaman yang baru dan berfikiran terbuka. Mereka juga mengambil tahu tentang perkara-perkara yang baru disekeliling mereka. Selain itu, mereka lebih meminati dan suka terlibat dalam bidang perbincangan seperti debat.

Gaya yang kedua adalah gaya reflaktif. Gaya reflektif merupakan gaya pelajar yang lebih menggemari mengumpul dan menganalisis data serta mengambil masa membuat kesimpulan. Apabila berlaku sesuatu perkara, kesimpulan yang di buat akan berdasarkan pada pandangan dan pemerhatian sendiri dan juga mengambil kira

pemerhatian orang lain. Tidak terkecuali perkara yang sedang berlaku dan yang telah berlaku. Bagi gaya ketiga pula adalah gaya teoris, gaya teoris adalah gaya para pelajar yang bersifat objektif. Rumusan yang mereka lakukan adalah berdasarkan teori iaitu

40

bukti, analisis data dan logik. Pelajar pelajar jenis gaya teoris ini tidak akan mempercayai sesuatu konsep melainkan sehingga mereka menemui bukti yang bernas mengenai konsep tersebut. Gaya yang terakhir adalah gaya pragmatis . Gaya pragmatis ini merupakan gaya pelajar yang lebih kepada praktikal. Ini bermaksud, mereka menggunakan idea, teori, dan teknik untuk memastikan ianya berguna dalam situasi sebenar.Bagi pelajar-pelajar daripada gaya pragmatis ini akan sentiasa menyifatkan bahawa jika sesuatu objek itu berfungsi, maka ianya adalah dalam berkeadaan baik.

Cara guru melayani personaliti murid yang berbeza.


Faktor sekolah dan persekolahan telah memberi sumbangan terhadap

pembentukan dan perkembangan personaliti murid-murid. Tenaga pendidik telah diberikan tanggungjawab untuk membentuk personaliti pelajar-pelajar selain daripada ibu bapa mereka. Setiap pelajar mempunyai skill atau gaya pembelajaran yang tersendiri. Ada pelajar yang suka belajar didalam keadaan yang bebas bebergerak, ada yang suka belajar pada satu tempat sahaja dan banyak lagi gaya pembelajaran pelajar-pelajar. Namun begitu, guru handaklah mengenal pasti personaliti setiap pelajar serta mempunyai

41

strategi-strategi pengajaran yang sesuai agar pelajar-pelajar dapat menerima apa yang diajarkan oleh guru. Rita dan Kenneth Dunn ada menyebut bahawa, If children cannot learn the way we teach them, then we must teach them the way how they learn. Penerangan daripada petikan tersebut adalah kita perlu mengenal pasti cara seorang kanak-kanak itu belajar dan daripada cara itulah kita gunakannya sebagai alat (method) untuk mengajar mereka. Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku. Yang pertama,gunakan teknik dapatan atau inkuiri bagi pelajar yang bersifat berdikari. Teknik ini memerlukan guru sentiasa mengajukan beberapa persoalanpersoalan yang dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara dan mereka akan menyelesaikan persoalan-persoalan tersebut dengan sendiri.

Tip yang kedua adalah dengan menggunakan teknik penerangan bagi pelajar yang bersifat bergantung kepada orang lain. Sesetengah pelajar mempunyai daya pemikiran yang agak lambat dan memerlukan orang lain untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka, guru perlulah mengaplikasikan tip ini apabila berdepan dengan situasi tersebut iaitu dengan memberikan penerangan yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut. Tip yang seterusnya adalah dengan memberikan lebih pujian kepada mereka yang introvert. Bagi mereka yang mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian kepada mereka akan dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

42

Tip yang keempat adalah dengan mengadakan perbincangan berkumpulan dengan kerap kepada pelajar yang bercirikanekstrovert.Bagi individu yang ekstrovert ini, perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Tip yang kelima adalah melakukan eksperimen dengan kerap bagi pelajar-pelajar yang tactile. Eksperimen dapat menjadikan pelajar yang bercirikan tactile ini mudah memahami objektif yang disampaikan serta dapat memahami sesuatu konsep dengan senang, mudah dan praktikal. Tip yang seterusnya adalah dengan mengendalikan lawatan sambil belajar seperti ke kilang, estet,hutan simpan, air terjun dan tempat-tempat yang relevan. Tujuan mengendalikan lawatan ini adalah untuk menampung personaliti-personaliti pelajar yang berbeza. Kita dapati bahawa bukan semua pelajar mempunyai personaliti yang sama maka, dengan menggunakan kaedah ini, objektif akan tercapai dan semua pelajar dapat menerima proses pembelajaran dengan seadanya. Tip yang ketujuh adalah dengan mengadakan pengajaran yang susah atau kompleks disebelah pagi dan pelajaran yang senang di sebelah petang. Kaedah ini secara amnya telah pun digunapakai oleh sistem persekolahan di Malaysia pada masa kini dimana matapelajaran yang susah seperti matematik tambahan, bahasa inggeris,dan sebaginya telah diletakkan di sebelah pagi manakala matapelajaran yang senang seperti bahasa malaysia diletakkan di sebelah petang. Selain daripada itu, subjek yang berbentuk kemahiran seperti amali juga diletakkan di sebelah petang. Tip yang terakhir adalah dengan mengadakan bengkel motivasi yang dikendalikan dari masa ke semasa. Tujuan bengkel motivasi ini diadakan adalah untuk mencungkil

43

bakat dan prestasi pelajar-pelajar supaya mereka yang mempunyai personaliti yang berbeza ini dapat dicungkil serta bagi pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa akan menunjukkan prestasi akademik yang baik.

Artikel dan Perbincangan

Khamis, 14 September 2006

Laman Utama

Redaksi

Siapa Kami?

Hubungi Kami

Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Auto Lanskap Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran RSS Feed Insertion Order Versi Digital

Hantar pada kawan!

44

Mak Su tak jemu ajar orang dewasa mengaji


Oleh Nazura Ngah

Format Pencetak

Artikel di Perspektif :
Demi Negara Misteri: Tasik Laoye Miao telan kapal, askar Jejak: Perogol bersiri paling kejam Spesies ikan pari di perairan Asia Berakhir riwayat The Crocodile Hunter Pari pembunuh Memburu ikan berparuh Pelajar kita kejar ilmu kejuruteraan di Hoboken Peranti pintar MyKad Terumbu karang jadi tumpuan spesies berparuh Kaki pancing berhabis duit untuk jinak marlin Misteri: Santau guna jin Misteri: Amalan Animisme Susah, senang urus jenazah di kota metropolitan Misteri: Marikh dunia baru manusia Laporan dari London: Islamofobia semakin menjadi-jadi

USIA emas 64 tahun tidak menghalang bekas johan tilawah peringkat antarabangsa sebanyak lima kali berbakti kepada masyarakat dengan mencurahkan pengetahuan dan pengalaman mengajar mengaji di kelas orang dewasa. Saban hari, rutin harian Datuk Rogayah Sulong atau lebih mesra dengan panggilan Mak Su adalah sama antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Bezanya cuma lokasi, sama ada di Masjid Kuala Berang, Hulu Terengganu pada setiap Ahad, Masjid Jerangau (Isnin), Masjid Padang Midin (Rabu), surau Tepoh, Kuala Terengganu (Khamis) atau di rumahnya sendiri di Kampung Durian Guling pada setiap Jumaat dan malam Selasa. Bukan kerana pantang larang menyebabkan Rogayah tidak mengajar pada sebelah petang, cuma keadaan kesihatan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian. "Kudrat Mak Su tidak lagi seperti dulu, petang adalah masa untuk rehat atau menghadiri majlis keagamaan dianjurkan pelbagai pihak sama ada badan kerajaan atau bukan kerajaan," katanya yang menghidap penyakit kencing manis sejak lapan tahun lalu malah beliau pernah diserang angin ahmar beberapa tahun lalu. Anak murid Rogayah kebanyakannya suri rumah berusia antara 20 hingga 50 tahun. Tidak ramai anak muridnya di kalangan lelaki, cuma dua sahaja yang berminat mengikuti kelasnya di Masjid Kuala Berang. Malah daripada hampir 50 anak muridnya yang datang belajar di rumahnya setiap Jumaat dan malam Selasa, lelaki hanya 18 orang. "Mak Su pun tak pasti apa masalah mereka, mungkin mereka (lelaki) lebih suka berguru dengan guru lelaki berbanding wanita. Mak Su tidak pernah menolak kalau ada yang mahu belajar daripada Mak Su," katanya yang tidak mempunyai anak murid di kalangan kanak-

Waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur... SUBUH 5:48 ZUHUR 13:11 ASAR 16:10 MAGHRIB 19:14 ISYAK 20:23 Waktu solat kawasan lain...

Berita Harian dan Harian Metro - Versi PDA Berita Harian - Versi Digital NSTP Classifieds - tempah iklan di akhbar Arkib Berita semenjak 1991

Maklumat Penuh... Gawang Bajet2006 Sumber Terbuka Galeri Video Galeri Seminggu Anugerah Bintang Popular Perhimpunan Agung UMNO Senarai Kabinet 2006 Terima Kasih Dr Mahathir

?? Anda Tanya Doktor Jawab: Tidak boleh mengandung selepas buang rahim ?? Anda tanya doktor jawab: Ketulan mungkin kelenjar ?? Anda tanya doktor jawab: Wanita tidak pernah hamil hadapi risiko barah rahim
Emel Doktor: tanyadoktor@bharian.com.my

45

kanak kerana tugas itu diserahkan kepada anak muridnya yang datang belajar tajwid dan ilmu taranum (mengaji berlagu). Tidak sukar mendekati Rogayah, bagi mereka yang pertama kali bersua, pasti ada yang beranggapan Rogayah seorang yang tegas dan serius. Hakikatnya Rogayah begitu cepat mesra sebaik disapa. Bukan ganjaran atau pengiktirafan yang dicari, sebaliknya semangat yang ada pada Rogayah adalah semata-mata mahu melihat generasi baru dapat membaca al-Quran mengikut hukum tajwid serta menguasai ilmu taranum. "Mak Su tidak mengharapkan pengiktirafan yang tinggi, cukup dengan apa yang diberikan kerajaan negeri ketika ini. "Mak Su amat berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang prihatin terhadap kebajikan golongan yang memberi sumbangan dalam bidang keagamaan. "Cuma Mak Su mengharapkan kerajaan negeri membangunkan pusat bimbingan membantu qari dan qariah yang terpilih mewakili negeri menggilap bakat mereka dengan bergurukan bekas johan tilawah," katanya. Ini katanya, kerana qari dan qariah memerlukan latihan intensif sekurang-kurangnya empat bulan bagi memantapkan mutu bacaan dari semua aspek terutama tajwid dan taranum. Khidmat bekas johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta Tokoh Maal Hijrah 2005 peringkat Terengganu itu masih diperlukan dalam membimbing ke arah generasi celik al-Quran. Malah, Rogayah menganggap pengurniaan darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-42, Julai 2004, menyuntik semangatnya untuk terus menabur bakti kepada masyarakat. Cintanya terhadap al-Quran timbul seawal usia

IKLANMAYA

46

10 tahun sekali gus membolehkannya memenangi pertandingan pertama disertainya. Kegigihan dan bakat yang ada pada Rogayah, tidak menyukarkan ibu saudaranya, Chik Ali, membantu membimbing, mengasah dan menggilap bakatnya. Kejayaannya di peringkat kebangsaan bermula ketika berusia 19 tahun apabila dinobatkan sebagai johan qariah pada 1961 mengalahkan peserta yang lebih tua dan berpengalaman. Lebih manis lagi kejayaan pertama itu dikongsi bersama suami tercintanya, Allahyarham Megat Osman Megat Chik yang tidak putus memberikan dorongan dan kata-kata perangsang membakar semangatnya untuk memperdengarkan bacaan ayat suci dengan lebih baik. "Sewaktu nama dipanggil ke pentas untuk memperdengarkan bacaan, Mak Su rasa gementar. Bagaimanapun, keyakinan diri serta dorongan suami membuatkan perasaan itu hilang," katanya. Datuk dan ibu adalah orang yang bertanggungjawab mengajar Rogayah mengaji, manakala teknik berlagu dalam bacaan alQuran dipupuk oleh ibu saudara. Selain itu, Allahyarham Megat Osman yang turut mengajar Rogayah mengaji memberikan cadangan kepada isterinya menyertai musabaqah peringkat negeri. Hasil usaha gigih, Rogayah berjaya mencipta rekod terbaik iaitu muncul johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa dua tahun berturut-turut pada 1973 dan 1974. Kali terakhir Rogayah menyertai tilawah pada 1978 dan sekali lagi beliau muncul juara peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sejak itu Rogayah terus menabur bakti kepada masyarakat dengan mengajar mengaji kepada mereka yang berminat untuk mendalaminya terutama membabitkan ilmu taranum. "Selagi Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik, insya-Allah Mak Su akan terus mengajar anak murid menguasai bacaan al-

47

Quran dengan tajwid yang betul," katanya. Pertemuan singkat di Masjid Padang Midin, Kuala Terengganu, baru-baru ini digunakan sepenuhnya kerana kesibukan Rogayah membatasi waktunya untuk ditemu bual. "Mak Su bersemangat memberikan yang terbaik kerana mahu melihat Terengganu tidak ketandusan qari dan qariah yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara," katanya. PROFIL: NAMA: Datuk Rogayah Sulong. UMUR: 64 tahun TEMPAT LAHIR: Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. SUAMI: Megat Osman Megat Chik. (Meninggal dunia pada 1999) KEJAYAAN: Juara Qariah peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 1961, 1963, 1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979. Juara Qariah Peringkat Antarabangsa 1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979.

Iklan Teks Menjana PENDAPATAN Melalui


ONLINE@SMS NEGARA ! Peluang HEBAT Ustaz BADRULAMIN

BAKAL MELEDAK MENGEGAR Bonus RM 500 sehari PERHATIAN! Lonjakan Pendapatan


Berganda

5335 HEBAT! PENDAFTARAN PERCUMA! Maklumat percuma e-dagang baru Tempah Kad Kahwin Secara Online! Perniagaan Prepaid MASTERELOAD Kasih Sejati Dimalam Pengantin Produk Halal Sempurna Iman

48

Peluang Kerjaya Usahawan Takaful DAPATKAN YANG ORIGINAL! Pertama Seumpamanya Di Malaysia Bina Kerjaya Anda Dengan Shell Hartanah Untuk Dijual/Sewa
Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Auto Lanskap Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran RSS Feed Insertion Order

Copyright 2006 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.

Ulasan Menurut Alder (1948), personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu dengan erti kata yang lain, gaya hidup mencerminkan pesonaliti seseorang. Terdapat juga pakar psikologi yang berpendapat bahawa personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia. Perbincangan pada kali ini akan membawakan kita mengenai kisah seorang warga emas berusia 64 tahun yang sehingga kini masih mencurahkan bakti kepada kepada masyarakat. Datuk Rogayah Sulung yang lebih dikenali sebagai Mak Su merupakan bekas johan tilawah peringkat antarabangsa yang kini aktif dalam mengajar orang-orang dewasa mengaji al quran di masjid-masjid serta di rumahnya. Apa yang hendak diketengahkan disini, Mak Su mempunyai personaliti yang begitu mulia dan patut diberikan pujian yang mengalakkan. Mak Su adalah seorang yang aktif.Semasa usia mudanya, beliau giat menyertai pertandingan tilawah al quran dan telah pun dinobatkan sebagai johan tilawah al quran sebanyak enam kali. Kini, apabila telah

49

mencecah usia tua, Mak Su telah mengambil inisiatif dengan mencurahkan bakti kepada penduduk kampung terutamanya yang masih lagi jahil dalam pembacaan al quran. Cuba anda bayangkan sekiranya anda seusia dengan Mak Su, adakah dalam usia sebegini anda masih ingin mencurahkan kepakaran anda kepada mereka yang memerlukannya? Hanya segelintir sahaja yang bersetuju dengan persoalan yang telah diutarakan tadi. Didalam konteks personaliti, Mak Su telah mematuhi klasifikasi personaliti ekstrovert yang telah dibincangkan pada bahagian sebelum ini. Secara deduktifnya, kita percaya bahawa bagi seorang yang introvert sama sekali tidak mampu mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Mak Su. Bukti bagi pendapat ini adalah seorang yang mempunyai klasifikasi personaliti jenis introvert ini mempunyai sikap yang pendiam dan pemalu serta tidak mempunyai cita-cita tinggi didalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, mereka juga tidak akan mengambil inisiatif apa yang berlaku disekitar mereka. Apabila kita melihat beberapa tokoh-tokoh politik, tokoh-tokoh agama dan sebagainya, ternyata sekali mereka bercirikan ekstrovert dan tidak sesekali mereka yang bergelar tokoh ini mempunyai spesifikasi introvert. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang mempunyai ciri kepimpinan seperti Mak Su, hanya ekstrovertlah yang memenuhi ciri-cir seorang pemimpin yang berjaya dimasa yang akan datang.

50

Kesimpulan
Setelah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang berkisar tentang personaliti ini, kami telah mempelajari dan menimba ilmu yang baru mengenai personaliti. Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Melalui tugasan ini kami telah mengkaji mengenai pengertian personaliti daripada pelbagai aspek iaitu dari bahasa Latin yang membawa maksud topeng muka, pembentukan psikologi, dan pendapat ahli psikologi yang terkenal. Antara ahli psikologi yang diambil definisi mengenai personaliti adalah Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson. Ramai yang berpendapat bahawa personaliti dan watak merupakan satu konsep yang sama. Tetapi pendapat mereka telah disangkal melalui tugasan yang telah kami buat. Sebenarnya watak merupakan sebahagian daripada personaliti sahaja. Bagi membuktikan kenyataan ini kami telah mengkaji dan menyenaraikan perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Selain daripada itu kami telah mengklasifikasikan personaliti

51

kepada tiga unsur utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert di mana setiap unsur tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama sekali. dalam tugasan ini kami telah mengkaji mengenai seorang yang bersifat introvert dan telah memberikan atau menyenaraikan beberapa tip atau cara bagi seorang guru menolong golongan individu berkenaan.

Teori Psikoanalis merupakan satu teori yang amat penting kerana teori ini lebih membincangkan tentang personaliti yang lebih kompleks yang melibatkan emosi dan jiwa. Psikoanalisis ini juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi. Perkembangan psikoanalisis penentuan psike dan tahap kesedaran. Penentuan psike ini menerangkan tentang konsep LIBIDO yang lebih kepada dorongan atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Tahap kesedaran pula membincangkan kepada tiga tahap iaitu tahap sedar, prasedar dan bawah sedar. Konsep personaliti yang dibincangkan dalam teori psikoanalisis ini terbahagi kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego. Ketiga-tiga pembahagian ini mempunyai perbezaan berdasarkan konsep yang diketengahkan yakni id lebih kepada kehendak diri, ego pula lebih kepada harga diri atau persepsi diri manakala super ego adalah hati naluri seseorang atau kesedaran suara hati seseorang. Perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalisis dibahagikan kepada lima peringkat iaitu Peringkat Oral (0 hingga 18

52

bulan), Peringkat Anal (2 hingga 4 tahun), Peringkat Falik (4 hingga 6 tahun), Peringkat Latensi (6 hingga 12 tahun) dan Peringkat Genitial 12 tahun keatas. Secara keseluruhannya, teori psikoanalisis ini juga mempengaruhi kepada keadaan dalam bilik darjah. Para pendidik harus memahami konsep teori ini yakni para pendidik harus mengambil kira kepada keadaan pelajar, kemampuan pelajar, keadaan pembelajaran dan seterusnya kepada nilai yang akan diterap dalam pembelajaran.

Di dalam pembentukan personaliti ini terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukannya. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti iaitu faktor baka dan persekitaran. Dalam faktor baka ini terdapat beberapa kesan yang berlaku akibat daripada faktor baka tersebut. Kesan yang berlaku terhadap pembentukan personaliti adalah seperti bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan, dan emosi. Berkenaan dengan bentuk badan, faktor baka sedikit sebanyak mempengaruhi didalam pembentukan bentuk badan seseorang individu tersebut. Antaranya adalah dari segi bentuk muka, bentuk badan dan sebagainya. Di samping itu, kecerdasan seseorang individu tersebut juga dipengaruhi oleh keturunannyan. Individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani.Selain itu, emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Faktor yang kedua yang mempengaruhi personaliti adalah faktor persekitaran. Di dalam faktor persekitaran ini terdapat beberapa faktor yang lain iaitu keluarga,

53

kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, pengalaman awal, dan masyarakat. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi di dalam pembentukan personaliti seseorang individu tersebut. Kami juga mengkaji tentang pengaruh personaliti terhadap pembelajaran. Personaliti seseorang pelajar akan mempengaruhi kaedah pembelajaran mereka apabila dipengaruhi oleh lima aspek yang utama iaitu aspek persekitaran, aspek emosi, aspek sosiologi, aspek fisiologi, dan aspek psikologi. Kelima-lima aspek ini mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajaran. Suhu,cahaya dan bunyi merupakan salah satu contoh bagi aspek persekitaran. Aspek ini merupakan keadaan persekitaran pelajar yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Dari segi aspek emosi pula, para pelajar perlu mempunyai keazaman, motivasi, tanggungjawab, dan struktur bagi membolehkan pembelajaran mereka berjalan dengan baik dan berkesan. Pelajar yang mempunyai kekuatan dalam aspek ini akan lebih berasa stabil dan tidak akan mengalami gangguan emosi ketika dalam pembelajaran mereka. Aspek sosiologi lebih menekankan kepada cara seseorang pelajar itu berinteraksi dengan masyarakat sekelilingnya. Aspek fisiologi pula menekankan mengenai gerakan fizikal bagi seseorang pelajar. Gerakan ini dilakukan untuk memudahkan pembelajaran dan membentuk personaliti seseorang pelajar itu. Contoh bagi aspek ini ialah makanan, minuman, pergerakan dan sebagainya.Aspek yang terakhir pula ialah aspek psikologi yang membincangkan tentang kajian terhadap minda dan jiwa seseorang pelajar itu. Aspek ini merangkumi pemprosesan otak kiri dan otak kanan bagi pelajar.

54

Jadi, memang benarlah apa yang dikatakan oleh pakar psikologi yang memberikan pendapat mereka sendiri mengenai konsep personaliti seperti Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson. Oleh itu, personaliti merupakan satu elemen yang amat penting bagi seseorang individu dan tingkah laku seseorang itu melambangkan personaliti masing-masing.

Bibliografi

1. Bootzin, R. R., Bower, G. H., (1991). Psychology Today, An Introduction (7th ed.). New York : McGraw-Hill. 2. Kagan, J. Lang, C.(1986). Psychology and Education. New York 3. Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New Delhi. 4. Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa. 5. Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.). Selangor : Fajar Bakti. 6. Nazurah Ngah.(2006,Spetember).Mak Su tak jemu ajar orang dewasa mengaji. Retrieved September 14,2006, from http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20060827124744/Article/

55

Anda mungkin juga menyukai