Anda di halaman 1dari 11

OBJEKTIF LATIHAN

Sebagai acara yang mementingkan tahap kecergasan fizikal yang tinggi di mana ketangkasan, daya tahan kardiovaskulat, daya tahan otot dan kepantasan adalah merupakan komponen utama bagi program latihan yang bersistematik sangat diperlukan. Program ini dibahagikan dalam beberapa fasa dan pada amnya objektif terbahagi kepada dua seperti berikut :-

1.1 Objektif keseluruhan Secara keseluruhan, program ini bertujuan bagi menyediakan atlet yang dapat bertindak pada tahap yang optimum dengan cemerlang dalam permainan bola sepak dalam pertandingan yang disertainya. Untuk mencapai tujuan ini, beberapa kaedah latihan yang sistematik akan dilaksanakan dan tumpuan adalah kepada aspek-aspek sistem tenaga anaerobik, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan, kekuatan otot, dan kosentrasi serta teknik-teknik. 1.2 Objektif khusus Program latihan ini adalah khusus pada fasa persediaan umum dimana satu program selama 6 minggu akan disediakan khusus untuk pertandingan. Program 6 minggu ini akan dapat menyediakan atlet menghadapi musim pertandingan dengan berbekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Kesemua komponen kecergasan fizikal akan diberi penekanan yang khusus di samping membina teknik tendangan dan jaringan yang baik dan betul. Juga menyediakan atlet dari aspek persediaan psikologi dan mental bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam musim pertandingan.

1.0 PENGENALAN ACARA LONTAR PELURU.

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Acara ini menggunakan kekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapak yang agak stabil dalam gerakan melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini disamping ciri-ciri tubuh yang dijelaskan diatas.

1.1 SEJARAH Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktivi melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang scotland dan irelang telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acar lontar peluru ini tidak dapat diterima sebagai acara sukan di keduadua buah negara tersebut. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara ini telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada awalnya, kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Acara ini telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk

dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk lontaran ini juga terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda,yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.
Last edited by rabiatuladawiyah on 01 Mar 2009, 04:04, edited 5 times in total. rabiatuladawiyah

Posts: 6 T o p Joined: 11 Jan 2009, 13:05

Re: Lontar Peluru


by ida_farahim on 17 Feb 2009, 00:24

CODE: SELECT ALL

NURFARAHIM BINTI ADNAN KHUZAIDA BINTI MOHAMAD NOR

PPISMP SEM 2 PK(BM)/PSO/PJ

1.0 PENGENALAN
ida_farahim

Posts: 8 T o p Joined: 12 Jan 2009, 06:06

Re: Lontar Peluru


by amirulhadi on 18 Feb 2009, 00:34

CODE: SELECT ALL

KERTAS KERJA INI DISEDIAKAN OLEH : PPISMP PJ/BI/BM SEM 2 2009

1) AHMAD AMIRULHADI BIN MOHAMAD

2) AHMAD NAIMUDDIN ABD.MANAF

1.0 Pengenalan acara sukan lontar peluru : PENGENALAN Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. 1.1 PERALATAN Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai. Berat Peluru 1. DEWASA 7. 265 kg 2. WANITA 4. 005 kg 3. REMAJA 4. 000 kg

Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.

1.2 FASA FASA LATIHAN Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu : 1. Fasa Persediaan 2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan

Fasa Persediaan ( Preparation ) 1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran 2. Peluru dipegang dengan cara yang betul 3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa

1.3 KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN Latihan Bebanan Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik. Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan :

1. Daya tahan otot lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali) 2. Kekuatan otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali). 3. Kuasa otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas). 4. Kelenturan otot lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali).

2.0 Objektif 1. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki. 2. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki. 3. Membina daya tahan otot umum dan spesifik. 4. Membina kelajuan. 5. Meningkatkan fleksibiliti. 6. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.

2.1 Sistem Tenaga 1. Melibatkan sistem tenaga ATP PC dan ATP LA secara dominan. 2. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.

2.2 Kekerapan 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.
amirulhadi

Posts: 6 T o p Joined: 14 Jan 2009, 00:33

Re: Lontar Peluru


by fatihah on 22 Feb 2009, 03:58

CODE: SELECT ALL

NURUL FATIHAH BT ABD HAMID(901105035794) NURUL AFIQAH BT MOHD SOUD(901115035042)

PPISMP SEM 2 BM/PJ/MU

1.0 PENGENALAN 1.1 SEJARAH Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di keduadua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

1.2 ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM LONTAR PELURU Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi

empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.

Berat Peluru 1. DEWASA 7. 265 kg 2. WANITA 4. 005 kg 3. REMAJA 4. 000 kg

Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan. 1.3 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LONTAR PELURU PERDIRIAN PERSEDIAAN Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh

bergantung kepada tinggi badannya.Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk leher.Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.Kepalanya tegak memandang ke depan. LUNSURAN Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi.

KILASAN MEMBALING Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran.Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang.

BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.

PEMULIHAN Melontar mengikut lajak


Last edited by fatihah on 22 Feb 2009, 04:06, edited 1 time in total. fatihah

Posts: 17 T o p Joined: 14 Jan 2009, 10:06

Anda mungkin juga menyukai