Anda di halaman 1dari 3

DONUT SEDAP

Bahan-bahan Untuk Donut

Tepung Gandum 1 kg Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram) Gula Pasir 7 sudu besar Garam Halus 1 sudu kecil Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan Marjerin 1 cawan Telur 2 biji Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil Air secukupnya

Cara Memasak 1. Isikan gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas. 2. 3. 4. 5. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil. Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam. 6. 7. 8. 9. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.

10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya. 11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375 Fahrenheit. 12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan menais / jadi bertepek-tepek basah. 13. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.

Bahan-bahan : 1 kg. tepung gandum (all purpose flour) 11 gm (1 peket) yis segera Mauripan 50 gm majerin 1 biji telur B,dipukul dengan garfu 5 sudu besar gula kastor 2 sudu teh serbuk penaik 3 sudu besar susu pekat manis + 3 sudu besar air 500 ml air Cara Membuatnya : 1. Satukan tepung gandum,yis, gula kastor dan serbuk penaik dalam sebuah bekas. Gaul bahan kering ini hingga rata. 2. Buat lubang di tengah dan tuangkan telur dan air susu pekat manis. Gaul rata. 3. Masukkan majerin dan gaul rata. Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang kasar. Doh hendaklah basah dan lembut. 4. Sediakan sebuah dulang dan taburkan sedikit tepung. Uli doh dengan cara menolaknya ke depan dan membawanya semula ke belakang (seperti memberus kain). 5. Uli selama 15 minit hingga doh menjadi lembut, licin dan elastik. Bulatkan doh. 6. Masukkan semula ke dalam bekas dan tutup plastik atau dulang tadi. Biarkan doh mengembang selama 45 minit atau naik 3 kali ganda dari saiz asalnya. Letakkan di tempat hangat agar ia cepat mengembang. 7. Tumbuk doh satu kali untuk mengeluarkan angin atau karbon dioksida yang dikeluarkan oleh yis tersebut. Uli semula sebentar ke bentuk asal. 8. Ambil secubit doh dan bulatkan. Bentukkan seperti roda dan susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan ia mengembang selama 20 minit. 9. Panaskan minyak dan goreng dalam api yang kecil. Apabila donat kembang dan kekuningan,angkat dan toskan. 10. Apabila hampir sejuk, golekkan dengan gula kastor atau gula halus yang dikisar. Boleh juga dicelup dengan coklat masakan yang dicairkan. Hiaskan atasnya dengan chocolate rice atau badam cincang.

KARI DAGING
bhn: 1 kilo daging batang pinang 2 cwn santan dari sebiji kelapa 5 ulas bwg kecil dihiris* 4 ulas bwg putih dihiris* 2 inci halia dihiris* 4 biji kentang dibelah4 rempah 3 sekawan ( buah pelaga,bga lawang dan kulit kayu manis) 1 sudu teh jintan manis 1/4 cwn serbuk kari ikan babas 1/4 cwn serbuk kari ayam dan daging adabi* sedikit air asam jawa 1 sudu bsr kicap manis cap kipas udang* garam serta perasa sedikit myk utk menumis sedikit air utk mengempukkan daging

cara:

1. Perap daging dgn sedkit bhn hirisan ,kicap manis serta serbuk rempah ayam dan daging adabi.Ketepikn 2. Pnskan periuk add myk.bila myk dh panas add bhn hiris serta daun kari ,rempah 3 sekawan dan jintan manis.kacau biar sehingga naik bau. 3. Bila bhn tumis dh naik bau add serbuk kari ikan serta sedikit air...kacau rata..Biar rempah pecah myk . 4 Bila rempah dh pecah myk add daging yg tlh diperap tadi.gaul rata daging.Biar daging mesra dgn rempah. 5. Add sedikit air dan tutup periuk.Biar daging empuk dgn sendiri. 6. Bila daging dh mula empuk add air asam jawa serta addkn juga kentang serta santan tadi.kacau rata 7. Biar santan mendidih dan kari mula pecah myk.Bila kentang dh empuk addkan garam serta perasa. 8. Sedia utk dihidangkan

Kali ni akak masak rendang ayam pencen. Kalau guna ayam pencen kenalah masak sampai lembut. (akak rebus dulu guna pressure cooker) Cara nak memasak rendang sama cuma tukar nak guna daging ataupun ayam. Bahan-bahan: 1 ekor ayam-potong 12-16 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing* 2 sudu besar jintan manis* 2 sudu besar biji ketumbar* 1/2 sudu besar jintan putih* 1 sudu besar lada hitam* 15 biji bawang merah# 8 biji bawang putih#+ 1 inci lengkuas# 2 inci kunyit hidup# 6 batang serai# 3 batang serai-tumbuk hujung 3 helai daun kunyit-siat dan simpul 1kg santan kelapa 2 cawan air 4 sudu makan kerisik sedikit minyak garam dan sedikit air asam jawa nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer Cara menyediakannya 1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan. 2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan 3. Bersihkan ayam dan toskan. 4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #. 5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar. 6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap. 7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit. 8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit. 9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.