Anda di halaman 1dari 4

KRITERIA PENSKORAN KERTAS 2 (012)

FORMAT PENTAKSIRAN KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS PENULISAN BAHAGIAN A PENSKORAN Cemerlang KRITERIA Menggunakan ayat lengkap yang gramatis dan menepati bahan grafik. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. Baik Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang

sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. Memuaskan Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. Pencapaian Tahap Minimum Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

FORMAT PENTAKSIRAN KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS PENULISAN BAHAGIAN B PENSKORAN Cemerlang KRITERIA Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik untuk dibaca. Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan

pelbagai ayat lengkap yang gramatis bertepatan dengan tema. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul

berdasarkan jenis karangan. Baik Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang

sederhana serta sesuai dengan tema. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan. Memuaskan Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas. Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar

berdasarkan tema. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah dan koma). Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

Pencapaian Tahap Minimum

Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

FORMAT PENTAKSIRAN KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS PENULISAN BAHAGIAN C PENSKORAN Cemerlang KRITERIA Ulasan jelas dan menggunakan ayat lengkap yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. Baik Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang

sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. Memuaskan Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. Pencapaian Tahap Minimum Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan rangsangan. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

Anda mungkin juga menyukai