Anda di halaman 1dari 18

PERJUANGAN INSAN PENDIDIK

Tokoh-tokoh pendidik timur dan islam Haji Abdul Karim Amrullah Imam Al-Ghazali Confucius Lao Tzu

Haji Abdul Malik Karim Amrullah(HAMKA)


Nama sebenar HAMKA adalah Haji Abdul Malik bin As-Syeikh Karim bin AsSyeikh Muhammad Amrullah. HAMKA dilahirkan pada 13 Muharram 1362H bersamaan 16 Februari 1908, di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Minangkabau, Meninjau, Sumatera Barat. Kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 pada usia 73 Tahun di Jakarta. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, serta seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam yang tersohor. Bapa beliau merupakan seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau. Hamka merupakan seorang manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan petah berpidato sehinggakan beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rencana radio Arab Saudi. Selain itu, Hamka juga mempunyai bakat penulisan dan berjiwa seni. Ini terbukti melalui gaya bahasa dalam penghasilan karya agungnya yang indah dan sering diselitkan rangkap-rangkap pantun dan syair dalam penulisannya. Tambahan itu, beliau merupakan seorang yang BERANI menegakkan kebenaran semasa revolusi penjajahan Belanda di Sumatera, beliau telah mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda.

HAMKA telah dididik untuk mempelajari Al-Quran dan asas -asas agama daripada bapanya sendiri. Setelah itu, beliau telah mendapat pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang dan di sekolah agama Attawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri. Gelaran BUYA, yang membawa maksud seorang yang dihormati. Menceburi diri dalam bidang keguruan. Menjadi REKTOR perguruan tinggi

Sumbangan

Berminat mengkaji karya ulamak dan tokoh-tokoh utama timur tengah sprt Zaki Mubarak, Jurji Zaidah, Abbas al-Aqqad. Karya sarjana tokoh-tokoh Inggeris, Perancis dan Jerman sprt William James, Sigmund Freud, Jean Paul Satre, Karl Marx dan Pieere Loti. Merupakan seorang wartawan, penulis dan penerbit. Aktif dalam soal keagamaan dan politik. Pada era prnjajahan Belanda, Hamka merupakan editor utama majalah Indonesia, sprt Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Pada tahun 1970-an, Hamka menjadi pemimpin Majlis Ulama Indonesia, iaitu organisasi Islam yang terbesar di Indonesia di samping Ulama Nahdlatul dan Muhammadiyah.

Imam Al-Ghazali

Nama lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf. Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam alMuluk, al-Ghazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan Falsafah pada zaman tersebut.

Imam Al-Ghazali termasuk salah seorang dari tokoh-tokoh pemikir Islam yang mempunyai pelbagai pengetahuan dan kebudayaan yang luas. Beliau tidak menjurus kepada satu atau dua bidang ilmu dan pemikiran sahaja sebagaimana kebanyakan tokoh-tokoh Islam terkemuka yang lain Tetapi berbeza sekali dengan Al-Ghazali, jika sebut namanya maka bercabanglah ilmunya dari seluruh aspek. Beliau adalah faqih yang bebas, Al-Ghazali mutakallim, Imam sunah dan pembelanya, Al-Ghazali yang berjiwa sosial, mengetahui hal ehwal alam, rahsia-rahsia diri dan selok belok hati. Beliau juga ahli falsafah yang bangkit menentang falsafah dan menyingkap apa yang ada padanya. Boleh dikatakan beliau adalah seorang lelaki yang mengetahui segala sesuatu dan dahaga kepada cabang-cabang pengetahuan.

Al-Ghazali adalah seorang tokoh Islam yang mendalami sesuatu ilmu secara terperinci. Beliau terkenal sebagai hujjatul Islam dan Pembaharu iaitu beliau akan membuat pembaharuan atau pemahaman yang lebih jelas mengenai sesuatu ilmu yang diterokainya. Beliau seorang alim yang aktif, maklumat yang diterimanya diteliti dan diuji sejauh mana kebenaran dan kebatilannya. Oleh itu, ada kalanya beliau menolak, merubah atau menjelaskan dan menghuraikan lalu

Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab membela agama Allah, beliau mempelajari dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Beliau mengkaji penulisan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah terutamanya ilmu falsafah Yunani. Dengan kesibukannya mengajar ilmuilmu agama, beliau menggunakan masa terluang untuk mempelajari ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal. Al-Ghazali memberikan sumbangan yang besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam.

Setelah menganalisa ilmu falsafah yang dipelajarinya, Al-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan;
Atheis
Golongan pertama ialah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini.

Natural
Golongan kedua ialah golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.

Theologi
Golongan ketiga adalah ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Sokratus. Golongan ini membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Matematik menurut Al-Ghazali ialah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ia tidak berkaitan dengan perbahasan dari sudut agama. Mantiq pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujahhujah yang dikemukakan. Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya. Selain itu, ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dari perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantiq dan logik. Ilmu ini menurut Al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar. Siasah menurut Al-Ghazali adalah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah menurut Al-Ghazali ialah akhlak iaitu ilmu yang berkaitan bagaimana seseorang menjalani kehidupan

Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah:


Maqasid Al-falasifah, Al-Munqiz min aldhalal dan Tahafut Al-falasifah.

Confucius (551-479 SM)


Confucius atau dikenali sebagai Kong Fu Tze merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial yang termasyhur di China. Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah Shandong yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman Chunqiu, China Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun.

Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Beliau membuka sekolah sendiri pada umur 30 tahun dan dikenali sebagai adat-istiadat negeri China Semasa Confucius berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri keadilan bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan.

Beliau bermastautin di luar negeri Lu selama 14 tahun. Beliau pulang ke negeri Lu ketika umurnya menjangkau 60 tahun. Beliau menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, ikhlas hati, menghormati orang tuaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan masingmasing. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk

Aliran fahaman konfusianisme menjadi falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China sejak tahun 1911, iaitu semasa Koumintang mengambil alih tempat pemerintahan. Bagaimanapun, pengaruh konfusionisme masih meluas, bukan sahaja di negeri China, tetapi juga berpengaruh di luar negeri China.

LAO ZI (570-? SM)


Nama sebenar beliau adalah Taoisme Lao Zi. Beliau merupakan seorang lagenda yang dikatakan pernah meninggalkan penulisan teksTaoisme yang berjudul Dao Di Jin (klasik moral). Menurut Lao Zi, Taoisme mengutamakan etika hidup berdasarkan ilmu komprehensif terhadap realiti semula jadi. Pengikut-pengikut Taoisme berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kefahaman intisari Dao, iaitu jaan yang betul, dan mengamalkannya dalam kehidupan

Selepas Lao Zi, Zhuang Zi (369-286 SM) merupakan pengikut Taoisme yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafahnya. Beliau mengembangkan idea Dao dengan meliputi kebebasan dan kehidupan berharmoni yang mematuhi peraturan semula jadi daripada syurga. Dao yang diamalkan oleh manusia merupakan jalan syurga, oleh itu ia tidak seharusnya mengandungi hasrat atau nafsu serta tidak ada usaha agar mencapai kesejahteraan hidup melalui amalan prinsip wu wei, iaitu tiada rancangan dan tiada tindakan, dan hanya mengikut prinsip semula jadi sahaja.

Zhuang Ziberpendapat, melalui amalan wu wei , pemerintah negara akan menerima De, iaitu nilai-nilai murni, untuk membimbing rakyatnya mempelajari semula jadi dan amalan hidup bahagia tanpa dikongkong oleh peraturan dan undang-undang negara.

Anda mungkin juga menyukai