Anda di halaman 1dari 28

PROSES PENERBITAN AYAT BAHASA MELAYU

1) KONSEP TRANSFORMASI GENERATIF


2) KONSEP AYAT TERBITAN

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD IZZUDIN BIN ABDULLAH AZRUL ZAILAN BIN AWANG

KONSEP TRANSFORMASI GENERATIF


Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuaan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya.

Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian. Dalam teori standard TG, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu :
i- sintaksis ii- semantik iii- fonologi.

Penentuan sama ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penutur terhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman, iaitu struktur yang sifatnya amat dasar dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayatayat lain yang lebih kompleks.

Seseorang penutur mungkin mengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan sesuatu ayat yang lain atau ia dapat mengenal pasti ayat-ayat yang berpara frasa. Dua ayat atau lebih yang dianggap berparafrasa bererti ayat-ayat tersebut mengandungi pengertian atau memberikan penerangan yang sama walau pun mungkin ayat-ayat berkenaan mempunyai struktur atau aturan kata yang berbeza.

Misalnya, bagi penutur bahasa Melayu, keduadua ayat berikut ( ayat aktif dan pasif ) dianggap sebagai berparafrasa:

a) Ali memandu kereta itu.


b) Kereta itu dipandu oleh Ali.

Jika dilihat dari strukturnya, kedua-dua ayat ini membawa penegasan yang berbeza. Ayat pertama memberi penegasan kepada Ali, manakala dalam ayat kedua, penegasannya pada kereta, tetapi oleh sebab kedua-dua ayat tersebut memberi penerangan atau makna yang sama, maka kita katakan ayat-ayat ini berparafrasa.

Satu lagi faktor yang boleh dikaitkan dengan kecekapan berbahasa ialah kemampuan seseorang penutur itu mengenali unsur-unsur ketaksaan, contohnya:
Ibu bapa Ali telah meninggal dunia. Ayat ini mempunyai unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (nenek) Ali telah meninggal dunia atau keduadua ibu bapa Ali telah meninggal dunia.

Untuk dapat mengenali perbezaan erti ini, kita perlu secara intuisi menyedari kewujudan dua jenis binaan yang berbeza, contohnya: a) Ali teringat akan kekasihnya. b) Ali teringat oleh kekasihnya. Kedua-dua ayat ini kelihatan mempunyai pola atau struktur yang sama, tetapi tidak semestinya mempunyai makna yang sama.

Dalam ayat ( a ) Ali menjadi subjek atau unsur yang diterangkan pada kata aktif, manakala ayat ( b ) Ali merupakan subjek kata kerja pasif. Kedua-dua ayat tersebut memperlihatkan hubungan gramatis yang berlainan antara bentuk kata sehingga menghasilkan makna yang berbeza.

Kita perlu melihat setiap ayat sebagai mengandungi dua peringkat iaitu:

Struktur Sintaktik (Transformasi Generatif)


Struktur Dalaman Struktur Permukaan

a) Peringkat struktur dalaman Struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat.
b) Peringkat struktur permukaan Struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang akan diucapkan oleh si penutur dan yang akan diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa (komponen fonologi )

Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa.

Lihat contoh di bawah


Ayat Dasar (Struktur Dalaman)

Encik Zaki Cikgu

Encik Zaki bukan guru. Ayat Transformasi Siapakah Encik Zaki? Encik Zaki ialah guru di Sekolah (Struktur Menengah Ismail Petra. Permukaan) Guru itu Encik Zaki.

Transformasi Generatif
Munir Suka Tidur

Munir Sedang Buat Apa?

Munir tidur
Adakah Munir Tidur?

Munir tidur waktu siang

Teori tatabahasa transformasi-generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama, jenis rumus struktur frasa, yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis yang kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.

Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Ini meliputi representasi fonetik.
Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulah sebab mengapa Transformasi generatif diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat.

Tatabahasa Model Generatif

Seseorang memerlukan satu set rumus tatabahasa yang disebut rumus sintaksis yang akan menentukan aturan penyusunan bentukbentuk perkataan hingga menjadi ayat. Rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar.

Rumus struktur frasa dalam bahasa Melayu, boleh mengandungi unsur-unsur yang berikut:

Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah-rajah pohon seperti berikut:

Rajah pohon di atas kemudian mengalami satu proses yang disebut penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut:

Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi. Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.

Untuk pemahaman lebih lanjut :


Kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis. Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu.

KONSEP AYAT TERBITAN


Penerbitan sesuatu ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Anda mungkin juga menyukai