Anda di halaman 1dari 7

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI BEHAVIOURISME PELOPOR : B.F. SKINNER Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran. Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.

PRINSIP TEORI BEHAVIORISME Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan Pengukuhan penting dalam P&P Latihan bahasa perlu diperkukuhkan Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P HUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis. Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji. Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza. Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka. Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

TEORI KOGNITIF PELOPOR : JEAN PIAGET KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET Skema Asimilasi

Akomodasi Adaptasi

SKEMA Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. o Contohnya: o Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. ASIMILASI Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. o Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya. AKOMODASI Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. o Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. ADAPTASI Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. TAHAP TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF Tahap Sensorimotor atau deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)

Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) TAHAP SENSORIMOTOR Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). TAHAP PRAOPERASI Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan. o Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. o Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. TAHAP OPERASI KONKRIT Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak. TAHAP OPERASI FORMAL Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.

Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik. KELEMAHAN TEORI PIAGET Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. KEKUATAN TEORI KOGNITIF Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. TEORI MENTALIS PELOPOR : NOAM CHOMSKY Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky) Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ). proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.

CIRI TATABAHASA Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan Tulisan dan bacaan diutamakan Pendekatan Analisis Kaedah: kod-kognitif Teknik: hafalan TEORI INTERAKSIONALIS PELOPOR : HALLIDAY Berkembang dalan Tahun 60an Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973),Gromer (1976) dll Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa hanya boleh manfsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat Mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah. Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka. Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.

Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka. PANDANGAN DALAM P&P Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul PRINSIP P&P INTERAKSIONALIS Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna KELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS Merupakan interaksi sosial harian. Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai