Anda di halaman 1dari 11

KOMUNIKASI Apa itu komunikasi?

- Konsep dan Kriteria Komunikasi: suatu yg kompleks yg diberi pelbagai definisi Secara am, komunikasi - 1 proses simbolik di mana individu menghantar dan menerima mesej yg menghasilkan perkongsian makna. Berlaku bila seorang dpt memberi makna kpd perkataan atau perlakuan org lain Kaji episod-episod berikut: Episod 1 Bila Prof. Ram keluar dari pejabatnya beliau ternampak seorang pelajar yg menundukkan kepala tanda memberi salam kpdnya. Prof. Ram lalu membalas dgn memberi senyuman kpd pelajar itu. Episod 2 Kemudian Prof. Ram lalu di hadapan seorang pelajar lain yg tersenyum dan menundukkan kepalanya tanda memberi salam. Tetapi Prof. Ram tidak melihat perbuatan pelajar ini dan beliau terus berjalan.

Episod 3 Bila menghampiri dewan kuliah, Prof. Ram terdengar bisikan seorang pelajar kpd seorang pelajar lain yg sedang berdiri di situ. Mereka sedang bercakap tentang kerumitan utk memahami kuliah Prof. Ram. Episod 4 Setelah kembali ke pejabatnya semula, Prof. Ram meminta setiausahanya menulis dan menghantar sepucuk surat dgn segera. Bagaimanapun, surat tersebut dihantar oleh setiausahanya pd keesokan harinya. Berdasarkan episod-episod di atas, kita lihat bahawa komunikasi: tidak terdiri dpd bahasa dan kata-kata shj (E. 1) mesti mempunyai samada pemerhati atau pendengar (E. 1, 3, & 4) tidak terhad kpd mesej yg dimaksudkan shj (E. 3) samada ianya berkesan atau tidak (E. 4)

Ciri-Ciri Komunikasi 1. Komunikasi bersifat simbolik


Manusia menyampaikan makna menggunakan simbol, secara lisan atau bukan lisan Simbol (perkataan atau gerak tubuh) tidak mempunyai makna secara sendiri; hanya membawa erti kerana org yg menggunakan simbol tersebut bersetuju dgn makna yg telah diberikan kpdnya Bila kita menggunakan simbol, kita anggap org lain berkongsi sistem simbol yg sama (Cth: bila kita berkata mari sini, kita anggap individu tersebut faham erti 2 perkataan ini. Makna yg sama boleh disalurkan menggunakan pergerakkan tangan) Tidak ada hubungan semulajadi antara simbol dan referent; hubungan antara keduanya bersifat arbitrari dan berbeza antara budaya (cth: cat/kucing/gatto/ koska) Sungguhpun setiap budaya menggunakan simbol, mereka memberikan makna yg berbeza kpd simbol (cth: anjing/dog, sungguhpun merujuk kpd sejenis haiwan, melambangkan perkara yg berbeza kpd org Melayu, Inggeris dan Vietnam)

2. Komunikasi adalah satu proses bersifat dinamik

Proses dinamik - suatu yg berterusan, bertukar-tukar dan tidak mempunyai titik bermula atau titik berakhir yg spesifik

Komunikasi sentiasa berkembang tanpa permulaan atau penghujung yg tepat. Sungguhpun mesej verbal individu mempunyai titik bermula dan berakhir yg jelas, sukar menyatakan di mana dan bila komunikasi bukan verbal bermula dan berakhir Komunikasi bukan suatu yg tetap; 1 perkataan atau gerak tubuh diganti dgn 1 perkataan atau gerak tubuh yg lain dan seterusnya
1 perkataan yg telah dikeluarkan (atau gerak tubuh) tidak boleh ditarik balik. Ini mempengaruhi komunikasi seterusnya

3. Komunikasi bersifat interaktif

Komunikasi melibatkan interaksi antara manusia Memerlukan penglibatan aktif sekurang-kurangnya 2 org yg menghantar dan menerima mesej. Penglibatan aktif bererti yg seorang itu menujukan mesejnya kpd org lain Proses komunikasi - dua-hala: interaktif

Peserta - kedua-dua penyampai dan penerima mesej pd masa yg sama. Setiap org dlm situasi komunikasi mengekod dan menyahkod mesej pd waktu yg sama
Contoh, bila A menghantar mesej ke B, B pd masa yg sama menghantar mesej ke A dlm bentuk mesej bukan verbal (pandangan mata, air muka, gerak tubuh) yg memberitahu A bagaimana mesejnya sedang diterima

4. Komunikasi berkemungkinan tidak dimaksudkan

Komunikasi yg dimaksudkan - bila 2 atau lebih org melibatkan diri secara sedar dlm interaksi dgn tujuan yg tertentu (cth: A menjemput B utk makan malam dan B menerima) Komunikasi yg tidak dimaksudkan - bila penyampai tidak sedar akan mesej yg beliau menghantar

Cth: semasa 1 rundingan perniagaan, seorang ahli perniagaan Amerika di Arab Saudi duduk dihadapan tuan rumahnya menunjukkan tapak kasutnya (satu penghinaan dlm masyarakat Arab), menanya khabar isteri tuan rumah (topik yg tidak sesuai) dan menolak pelawaan utk minum teh (tindakan yg dianggap biadap). Akibatnya rundingan tersebut gagal sungguhpun penghinaan tidak dimaksudkan

5. Komunikasi terikat kepada konteks Komunikasi tidak berlaku dlm keadaan terasing/dlm vakum; ia berlaku dlm suatu konteks tertentu dan dipengaruhi oleh konteks tersebut Cth: konteks bilik darjah akan menentukan jenis komunikasi yg berlaku dlm persekitaran ini Konteks termasuk elemen spt tempat, masa, peserta, peristiwa, topik, peranan dan tali hubungan antara peserta

Cth: dari segi tempat, manusia berkelakuan dgn cara yg berbeza dlm persekitaran yg berlainan (bandingkan perlakuan manusia dlm pejabat dan di restoran McDonalds). Secara sedar atau tidak sedar, seorang itu tahu peraturan dan norma yg mesti dipatuhi dlm perlakuannya di suatu tempat itu
Peristiwa juga menetukan perlakuan seorang itu baik perlakuan verbal atau bukan verbal (semasa majlis Hari Raya atau penganugerahan ijazah)

6. Komunikasi bersifat kompleks Komunikasi memerlukan aktiviti fizikal dan mental dan juga 1 set proses yg kompleks yg melibatkan isyarat, kod dan makna Peserta mesti bersetuju dgn makna suatu mesej itu utk memastikan yg komunikasi itu berjaya. Namun suatu mesej boleh mempunyai lebih dari 1 makna (cth: saya cinta pd mu mungkin bererti saya ingin menghabiskan hayat saya bersama mu, saya perlukan bantuan kamu atau saya meminta maaf atas apa yg telah saya lakukan)

Bila kita berkomunikasi, kita anggap yg penerima menerima makna yg kita maksudkan. Utk individu dari latarbelakang budaya berbeza, andaian ini mungkin salah dan boleh mengakibatkan salahfaham
Sungguhpun semua budaya menggunakan simbol utk melambangkan realiti mereka, simbol yg digunakan dan realiti yg dilambangkan mungkin berbeza antara 1 budaya dgn yg lain (cth: cara penyapaan bersenyum, menundukkan kepala dgn cara formal atau bercium pipi antara 1 sama lain)

7. .Komunikasi menghasilkan reaksi


Semua mesej memberi kesan kpd org lain. Sukar utk tidak memberi reaksi kpd perkataan/tindakan seorang Respon yg diberi kpd mesej berbeza dari segi tahap dan jenis. Respon mungkin bersifat terbuka/terang dan mudah difahami (bila memberitahu jalan utk sampai ke perpustakaan bila ditanya) Ada respon yg lebih bersifat terselindung dan sukar dikesan spt respon kpd mesej yg diterima melalui peniruan, pemerhatian dan interaksi dgn org lain. Kita mungkin tidak sedar kita menerima mesej tersebut (cth: mesej tentang peranan gender kita) Respon yg diberi kpd mesej bergantung kpd budaya (cth: cara seorang bertindak bila dipuji) Olehkerana komunikasi berorentasikan penerima, penerima yg memberikan makna kpd suatu mesej itulah yg akan menentukan hasil/akibat suatu situasi komunikasi. Jika seorang mengintepretasikan mesej anda sebagai bersifat prejudis, seksis atau negatif, intepretasi itu mempunyai pengaruh yg jauh lebih besar kpd komunikasi yg akan datang daripada makna yg anda maksudkan

Rujukan
Martin, J. and Nakayama, T. (2008). Experiencing Intercultural Communication. McGraw Hill: New York. Neuliep, J. W. (2003). Intercultural Communication: A Contextual Approach. Houghton Mifflin: Boston, MA. Samovar, L. A. and Porter, R. E. (2004). Communication between Cultures. Thomson-Wadsworth: Belmont, CA.

Martin, J. and Nakayama, T. (2007). Intercultural Communication in Contexts. McGraw Hill: New York.

TUTORIAL MINGGU 2
Dalam kumpulan kecil (4 orang dlm 1 kumpulan) sediakan pembentangan (10 minit) untuk setiap soalan di bawah: 1) Pilih 1 atau 2 rencana dari suratkhabar atau internet yg melaporkan tentang masalah komunikasi yg diakibatkan oleh hubungan antara kumpulan budaya yg berbeza. Kenalpasti budaya-budaya yg terlibat dan masalah yang dialami dan nyatakan situasi dan fakta yg menyumbang kpd masalah komunikasi antara budaya 2) Terangkan mengapa masyarakat berbilang etnik di Malaysia mungkin mengalami masalah komunikasi, dgn memberi contoh-contoh yg sesuai 3) 4) 5) Huraikan 1 pertembungan antara budaya (Intercultural Encounter) yg anda alami baru-baru ini (cth: dgn org dari kumpulan etnik, bangsa, negara atau agama yg berbeza) Huraikan pertembungan tersebut: kenapa ianya bersifat antara budaya? Apakah perasaan anda selepas pertembungan tersebut? Kenapa anda berperasaan sedemikian? Berdasarkan pengalaman ini, kenalpasti ciri-ciri yg penting utk komunikasi antarabudaya yg berjaya. Bincangkan jenis-jenis masalah komunikasi yg pernah anda alami bila berinteraksi dgn org dari budaya yg berbeza Apa itu komunikasi? Bincangkan konsep dan ciri-ciri komunikasi manusia

Anda mungkin juga menyukai