Anda di halaman 1dari 6

Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


.

NOTA MODUL & CD INTERAKTIF ESS 207

DISEDIAKAN OLEH:

WIDA YANTI BT MOHD ZEN UMAR

1|Page

Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P

1.0 PROJEK INOVASI Nota modul bagi melengkapkan bahan pengajaran dan pembelajaran serta CD Interaktif sebagai alat bantu mengajar (ABM) 2.0 MAKSUD Inovasi yang dilakukan ialah berkaitan dengan penyediaan nota modul dan alat bantu mengajar bagi kursus ESS 207 (Pemasangan Perkakasan dan Perisian Komputer) yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. 3.0 SKOP Inovasi ini membawa pembaharuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kursus dan peningkatan terhadap pemahaman pelajar. 4.0 ALATAN/BAHAN 1. Nota Modul Bergambar 2. Set komputer 3. CD interaktif iC-Com 5.0 OBJEKTIF Objektif inovasi ini adalah: a) Mengatasi masalah ketiadaan bahan rujukan bagi kursus ESS 207 b) Menyediakan persekitaran pembelajaran secara aktif dimana menerapkan unsur teknologi dalam penciptaan kandungan modul yang dinamik. c) Membawa perubahan baru dalam strategi pedagogi pembelajaran yang membolehkan pengajar dan pelajar untuk memahami lebih mendalam dalam sesuatu subjek d) Mencipta alat bantu mengajar yang efektif dan menarik.

2|Page

Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P

6.0 PENYATAAN MASALAH Masalah Pertama Kursus ESS 207 Pemasangan Perkakasan & Perisian Komputer telah diajar oleh pensyarah Program Sistem Komputer & Sokongan tanpa dibekalkan nota modul sebagai bahan Pengajaran & Pembelajaran dalam kuliah. Pada ketika itu, pensyarah kursus mencari inisiatif sendiri mencari dan mengumpulkan bahan-bahan untuk P&P. Masalah Kedua Namun begitu, kaedah pengajaran secara chalk and talk yang biasa digunakan dalam proses P&P untuk menerangkan sesuatu topik pembelajaran adalah kurang memberangsangkan. Ini kerana kursus Pemasangan Perkakasan & Perisian Komputer memerlukan pelajar memerhatikan demo pemasangan perkakasan komputer sebelum mereka memulakan amali yang diberikan. Pengajaran melalui nota modul sahaja adalh kurang efektif untuk meningkatkan kefahaman pelajar kerana pelajar tidak dapat melihat dengan jelas caracara pemasangan perkakasan dan perisian komputer. Kaedah memberikan perkakasan komputer yang sebenar juga kurang sesuai kerana mungkin akan mengakibatkan kerosakan terhadap perkakasan tersebut dan kekangan pihak kolej yang mungkin tidak dapat menyediakan perkakasan komputer yang terkini selari dengan peredaran teknologi.

7.0 PENYELESAIAN MASALAH Bagi Masalah 1 : Nota Modul (Penambaikan) Bagi mengatasi masalah kekurangan ataupun ketiadaan nota modul bagi kursus ESS 207 ini, nota modul ini dihasilkan dengan menyatukan bahan-bahan daripada pelbagai sumber dan dibukukan sebagai Nota Modul ESS 207 yang melengkapkan proses P&P di dalam kelas. Bagi Masalah 2 : CD Interaktif (Inovasi P&P) Berdasarkan pengalaman mengajar kursus yang sama bagi beberapa semester, satu CD Interaktif dan slaid persembahan dibangunkan untuk melengkapkan proses P&P untuk kursus ESS 207. CD Interaktif dan slaid persembahan ini juga telah dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka. Selain daripada itu, terdapat juga kuiz interaktif di dalam CD ini bagi setiap topik kursus bagi membolehkan pensyarah menguji pemahaman pelajar bagi topik yang diajar. Video yang telah dirakam sendiri oleh pensyarah dapat ditonton oleh pelajar sebagai demo kepada topik yang sedang diajar.

3|Page

Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P

Rajah 1 : Menu Utama CD Interaktif ESS 207

Rajah 2 : Gabungan elemen teks, suara, video dan grafik

8.0 KEPENTINGAN NOTA MODUL & CD INTERAKTIF ESS 207 1. Bahan Rujukan. Nota modul yang dibukukan telah menjadi rujukan utama oleh pensyarah dan pelajar. Praktikal. Boleh digunakan oleh semua pensyarah dan pengajar yang mengajar kursus ESS 207 kerana kaedah mengendalian mudah.

2.

3. Penjimatan sumber dan masa. Inovasi yang dihasilkan boleh digunapakai setiap masa. Ia dapat mengurangkan masa persediaan Alat bantu mengajar pensyarah. 4. Kesan Positif kepada motivasi dan pencapaian pelajar. Penggunaan media yang berbeza menarik minat para pelajar. Peningkatan kepada pemahaman pelajar terhadap kursus ESS 207. Berpotensi untuk diguna sama. Berlaku perkongsian ilmu dan idea bersama para pensyarah yang lain dan boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat yang ingin mempelajari Pemasangan Perkakasan & Perisian Komputer baik di rumah, sekolah rendah mahu pun menengah serta pekerja di sektor pekerjaan.

5.

4|Page

Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P

6.

Memudahkan Proses P&P Memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran pensyarah dan juga pelajar jarak jauh.

7. Tambah Nilai Kecanggihan Teknologi Dalam P&P Penggabungan elemen teks, suara, video dan grafik menerapkan nilai-nilai teknologi dalam proses P&P.

9.0 KESAN / IMPAK 1. Nota Modul ESS 207 Pensyarah Pensyarah dapat membuat persediaan sebelum memulakan kuliah dengan mengulangkaji nota kursus. Menambah keyakinan pensyarah untuk mengajar kerana mempunyai rujukan yang menepati silibus kursus. Pelajar Menjadi buku teks atau rujukan utama semasa proses P&P dijalankan Dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi soalan teori dalam kuiz, ujian dan peperiksaan akhir. 2. CD Interaktif ESS 207 Kajian Keberkesanan CD Interaktif ESS 207 Kajian keberkesanan penggunaan CD Interaktif telah dilakukan oleh Zarulrizam Ab Jalil, Zaini Ahmad dan Noor Fardzilawati Md Nasir dalam kertas kajian mereka yang bertajuk Kesan Penggunaan Cd Interaktif Dalam Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Pemasangan Perkakasan Komputer, 2010. Hasil daripada kajian mendapati penggunaan CD Interaktif Kemahiran Pemasangan Komputer di kalangan pelajar adalah amat praktikal bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Hasil kajian adalah seperti yang dilampirkan. Penilaian Terhadap Prestasi Pelajar Prestasi pelajar sebelum dan selepas penggunaan CD Interaktif adalah dapat dibezakan melalui keputusan peperiksaan rasmi pelajar. Perbandingan keputusan peperiksaan ESS 207 bagi sesi Julai 2009 dan Januari 2010 telah dilakukan. Pelajar bagi sesi Januari 2010 (selepas penggunaan CD Interaktif) mempunyai keputusan yang lebih baik daripada pelajar sesi Julai 2009 (sebelum penggunaan CD Interaktif). Lembaran markah adalah seperti yang dilampirkan.
5|Page

Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P

10.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, hasil inovasi yang dihasilkan dapat membantu mempertingkatkan prestasi dan minat pelajar dalam mempelajari kursus ESS 207 Pemasangan Perkakasan & Perisian Komputer khususnya dan semua pelajar yang ingin mempelajarinya. CD interaktif ini juga dapat dijadikan sumber pengajaran dengan menjadikan pengajaran lebih perinformasi dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas.

6|Page