Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PECUTAN AKHIR SEBELUM UPSR SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KIRI 2012

1. PENDAHULUAN Setiap tahun pihak sekolah akan merancang program dan aktiviti khas untuk kecemerlangan akademik khasnya untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Perancangan awal dan kerjasama erat antara semua pihak amat diperlukan dalam bekerjasama untuk mencapai hasrat untuk kecemerlangan dan kejayaan murid-murid yang bakal menghadapi UPSR bagi tahun ini 2012. Selain dari program awal kecemerlangan akademik , pihak sekolah juga mengadakan Program pecutan terakhir sebelum UPSR. Ini bagi membina kekuatan diri bagi muridmurid yang bakal mengambil peperiksaan agar tidak mudah berputus asa dan terus bersemangat dan yakin diri untuk menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. 2. OBJEKTIF i- Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam UPSR. ii- Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah. iii- Untuk mencapai sasaran peratus lulus yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD Perak Tengah seiring dengan matlamat pendidikan nasional. iv- Memberi peluang kepada murid untuk belajar tuisyen. v- Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru. vi- Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan lebih berkesan dalam memperolehi pencapaian optimum. vii- Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran kecemerlangan peperiksaan awam dengan kerjasama pihak luar, PIBG dan masyarakat setempat. 3. BUTIRAN PROGRAM 1. Latih Tubi 1.1 Telah dijalankan dari awal tahun dan masih diteruskan bagi Program Pecutan Terakhir Sebelum UPSR 1.2 Murid-murid menjawab soalan yang berbentuk topikal 1.3 Murid-murid berbincang dengan guru matapelajaran bagi topik yang masih tidak dikuasai. 2. Menjawab Soalan dari Percubaan UPSR Negeri Lain. 2.1 Guru menyediakan soalan-soalan peperiksaan percubaan UPSR dari negeri-negeri lain untuk dijawab oleh murid-murid. 2.2 Mengadakan analisis item bagi megenalpasti murid-murid yang masih tidak dapat menguasai matapelajaran. 2.3 Guru berbincang dan memberi penjelasan jawapan bagi soalan yang tidak dapat dikuasai oleh murid. 3. Program face to face 3.1 Murid yang lemah dalam matapelajaran akan diberi satu buku latihan atau soalan untuk dibuat samada di rumah atau di sekolah. 3.2 Murid yang menghadapi masalah diminta untuk berjumpa dengan guru matapelajaran secara individu. 3.3 Murid akan berbincang dengan guru dan mendapat penjelasan lebih detail lagi dari guru secara individu.

4. Peperiksaan Ala UPSR 4.1 Mendedahkan murid dengan situasi sebenar peperiksaan. 4.2 Mengadakan jadual waktu bercirikan peperiksaan 4.3 Selepas peperiksaan murid akan kembali ke kelas masing-masing untuk sesi perbincangan secara terperinci dengan guru matapelajaran. 4.4 Analisi item dijalankan dan penerangan serta perbincangan soalan-soalan yang masih belum dikuasai dijalankan. 4.5 Jadual seperti di lampirkan. 5. Kelas Bimbingan Waktu Petang ( 2.00 hingga 5.00 ) 5.1 Kelas bimbingan dijalankan dari hari Isnin hingga hari Khamis 5.2 Jadual waktu adalah seperti berikut :-

HARI ISNIN

WAKTU / MATAPELAJARAN 2.00 3.30 MATEMATIK 3.30 5.00 BAHASA MELAYU 2.00 3.30 SAINS 3.30 5.00 BAHASA INGGERIS 2.00 3.30 MATEMATIK 3.30 5.00 BAHASA MELAYU 2.00 3.30 SAINS 3.30 5.00 BAHASA INGGERIS

NAMA GURU EN YUSZAIMEE PN ROZITA PN HASNI PN KHAIRIAH PN NOOR LAILY PN NORHAN PN ANA TAKSIAH PN AMILIA YATINA EN YUSZAIMEE PN ROZITA PN HASNI PN KHAIRIAH PN NOOR LAILY PN NORHAN PN ANA TAKSIAH PN AMILIA YATINA

SELASA

RABU

KHAMIS

6. Pemulihan ikut topik 6.1 Berdasarkan analisi item, guru membimbing murid yang masih tidak menguasai dengan memberi soalan- soalan topikal. 6.2 Murid-murid ini dibimbing semasa sesi perbincangan. 7. Kelas Lonjakan UPSR 7.1 Kelas dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dan masa adalah pada pukul 8.00 hingga 12.00 tengahari. 7.2 Kelas lonjakan ini diadakan bagi mengisi masa yang terluang agar murid-murid lebih fokus dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang. 7.3 Murid-murid lebih diberi penerangan mengenai isi atau fakta yang masih belum dikuasai. 7.4 Rujuk Lampiran

4. JAWATANKUASA PROGRAM - Sila Rujuk Lampiran _

5. SUMBER KEWANGAN i- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ii- Sekolah (Pengurusan dan Pentadbiran) iii- Panitia Matapelajaran iv- Sumbangan Luar (lain-lain)

6. HARAPAN Semoga perancangan dan perlaksanaan program Pecutan Akhir Sebelum UPSR 2012 pada kali ini menjadi lebih baik dan menambahkan semangat terutamanya murid, guru dan ibu bapa untuk bekerjasama dan memberikan komitmen sepenuhnya. InsyaAllah.

Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian. Sekian dan terima kasih. Disediakan oleh , ....................................................................... ( Pn Hj Khairiah bt Mohamed Daud ) Setiausaha Program Pecutan Akhir 2012

Anda mungkin juga menyukai