Anda di halaman 1dari 2

Jauhi Sembilan Perkara Kesukaan Iblis Laknatullah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT maksudnya : "Ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu." (Surah al-Baqarah (2) ayat 208)
Seorang sahabat Nabi SAW bernama Anas b. Malik r.a. telah meriwayatkan satu hadis Nabi Muhammad SAW yang menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah SWT. tentang banyak perkara: 1. Iblis bertanya kepada Allah SWT : " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas). " 2. Iblis berkata : "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya." 3. Iblis berkata lagi :"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu-lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan). 4. Iblis berkata :"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (katakata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah SWT yang bermaksud: " ceritacerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yang berkaitan dengannya)" 5. Iblis bertanya lagi : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling." 6. Tanya iblis lagi :"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah SWT

yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya." 7. Kata iblis :"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran) kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ." Firman Allah SWT yang bermaksud:"Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya) 8. Kata iblis :"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah SWT berfirman yang bermaksud :"Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. " 9. Kata iblis :"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah." Sahabat yang dimuliakan, Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada sembilan perkara yang menjadi amalan dan kesukaan iblis laknatullah. Anggaplah iblis sebagai musuh utama kalian dan lawanlah segala hasutan dan godaannya dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai